Assalamualaikum sahabat reader sekalian 💖
Semua orang tahu PKP 2.0 telah dilanjutkan sehingga 4 Feb 2021, jadinya semua rakyat tidak dibenarkan merentas negeri dan daerah sesuka hati kerana kes covid 19 makin galak sekarang...angka kes cecah ribuan kes sehari.
Bagi mengurangkan bilangan kes semakin bertambah dan virus semakin merebak dan juga mengurangkan jangkitan, pihak kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan raya untuk mengurangkan pergerakan kelaur masuk dari negeri yang bergejala.
Akan tetapi pihak kerajaan masih beri peluang kepada mereka yang mempunyai urusan yang terpaksa merentas negeri sebagai contoh ada kematian ahli keluarga, isteri nak bersalin, ibu ayah masuk hospital dan alasan-alasan seangkatan dengan nya masih lagi mendapat pertimbangan daripada pihak polis.
Susulan dengan itu, JM nak kongsi dengan korang pengalaman JM sendiri membuat permohonan rentas negeri.
Caranya :
1. Cetak borang borang permohonan rentas negeri dari laman web PDRM. Bagaimana nak dapatkan borang tu?
- Klik link ni Permit Pergerakan PKP dan klik link ni Permit Pergerakan PKPB
- Borang permit pergerakan PKP ni dalam bentuk imej JPEG jadi korang kena right click pada image tu, pastu copy image kedalam microsoft word. Kemudian baru cetak. Kalau direct print image tu nanti, size borang adalah separuh dari kertas A4. Mungkin staff IT PDRM perlu tambahbaik supaya borang yang di upload masuk adalah dalam format PDF fail jadi bila download boleh terus print tanpa perlu edit.
Contoh Borang Permohonan Rentas Negeri PKP |
- Untuk borang pergerakan PKPB, korang klik je link yang JM share kat atas tu, klik download dan save dalam mana-mana folder, pastu boleh terus cetak sebab memang dah dalam format PDF.
**Tak ada cara lain untuk dapatkan borang ni tau melainkan download dari laman web PDRM, sebab kalau pergi balai polis minta borang ni pun dorang akan cakap "Sila muat turun dari laman sesawang PDRM"
Hari JM nak sumbit borang ni, makcik depan JM tu tanya pegawai yang bertugas :
"Encik! saya nak mohon rentas negeri tapi borang tak ada lagi, boleh ambil kat sini tak"
"Tak ada puan, kami tak sediakan borang kena pergi Pustaka Rawang..bagi tau nak borang ni..bla..bla....bla..nanti dorang tahu"
2. Bila dah cetak borang ni, complete kan semua butiran dalam borang tu sebagai contoh item 1.9 Bilangan orang..sekiranya yang nak rentas negeri tu seorang je letak bilangan 1, kalau lebih masukan jumlah yang akan rentas negeri, kemudian kepilkan salinan kad pengenalan setiap orang yang ingin rentas negeri.
3. Selesai isi borang dan nyatakan sebab-sebab untuk merentas, perlu sediakan juga Surat Rasmi yang menyatakan dengan terperinci keperluan merentas negeri, senaraikan ahli keluarga yang akan ikut serta semasa merentas negeri nanti.
4. Kepilkan dokumen sokongan yang menguatkan lagi sebab untuk merentas, contoh nya ibu bapa masuk wad, kepilkan surat daripada hospital.
5. Sekiranya alamat pada Kad Pengenalan tidak sama sepeti alamat kediaman sekarang, perlu kepilkan bil letrik atau bil air. Jika sama tak perlu just salinan kad pengenalan sahaja.
Semua dokumen no 1 -5 perlu disediakan dalam 2 salinan kerana selepas mendapat kelulusan, satu salinan untuk simpanan balai polis dan satu salinan untuk kita bawa semasa rentas negei nanti. Faham??? hihih
Bila dah siap sedia semua dokumen, bawa ke balai polis berdekatan, waktu JM pergi balai polis hari tu, just submit kat pondok pengawal polis je..dorang dan semak situ kalau complete, dia akan cakap tunggu dorang akan call semula untuk kutip semula surat permohonan yang telah di luluskan.
Hari tu JM hantar jam lebih kurang 4.30 petang, pada jam 8.15 malam JM terima panggilan daripada balai polis dan memaklumkan perm0honan telah lulus dan boleh ambil esok pagi atau bebila masa sahaja.
Kawan ofis JM pernah cakap dia ada submit juga permohonan untuk bawak anak buat rawatan di hopital pakar memang perlu rentas negeri, dia submit awal pagi dengan harapan dapat kelulusan cepat sudahnya malam juga baru dia terima call kata lulus hahahaha.
Nasihat JM, let say korang nak rentas negeri tu lagi 2,3 hari so hari ni baik submit yang tunggu esok nak rentas hari ni baru nak submit biar ada buffer time so tak kelam kabut.
Rupanya hari yang JM pergi hantar borang tu...ramai jugak yang mohon..Q panjang kat pondok pengawal tu..maksudnya masing-masing ada hal penting yang perlu diselesaikan. Apa-apa pun JM doakan juga semua urusan pembaca blog JM berjalan lancar aaminnn
*** Peringatan : JIKA TIADA URUSAN PENTING DI LUAR SILA DUDUK DIAM-DIAM DI RUMAH
Sekian untuk laporan hari ni..bobaiiii hihihhi
Dah siap photocopy byk borang PKP/PKPB ni.. Merentas negeri tiap minggu bawa anak masuk sekolah calon spm 2020. Jgn lah tangguh lagi..
ReplyDeletemak aih..penat kalau mcm tu kak MULAN...setiap mggu arr hadap pak polisi..ni PKP sambung lagi sehingga 18Feb
DeleteMESTI IKUT PERATURAN N SOP KALAU NK RENTAS NEGERI KAN JM
ReplyDeleteye kak PI..barulah semula selamat..hari tu JM rentas alhamdulillah tunjuk jek surat..jalan! hihih
Deletetq JM, details dan nyata serta terang pasal surat rentas negeri ni.
ReplyDeleteAritu mmg ada cari gak...tp mmg sejenis jpeg eh borang nya...
hahaha..Ako! kalau x detail explanation bukan JM namanya
Deleteyehh! ikot sop okay..
ReplyDeleteda lama tak jejak blog akk nihh..
ye Pun Nadya....hihih...sis pun dah lama x jejak blog kwn2
DeleteJangan lupa bawa surat kebenaran merentas yer kengkawan.
ReplyDeleteKami beberapa kali juga memohon permit perjalanan, alhamdulillah dipermudahkanNya.
ReplyDeleteSepanjang perjalanan seboleh mungkin elak singgah di mana2, jika terpaksa seperti perlu ke bilik air, cuba ikut sop 100% sebab kita tidak tau samada sekeliling kita selamat @ tak.
Naniey baru pergi balai tp x print borang la sebab buat surat sendiri utk rentas diri sebab kerja. Tp ic wajib ada n dorang nk copy sekali.
ReplyDeleteMase nk rentas negeri dulu wajib ada borang yang download dari pdrm web
stay safe sis JM :)
ReplyDeletesis next buatla entri tips untuk saving tuk travel pula hehhehehe
kalau kat sini cepat mungkin sebab tak ramai orang.. Polis tengok dan kalau dia puas hati terus sain.. Tempat crowded lambat sikitlah kot..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Hye JM, lama tak jejak sini.. JM sihat ke??
ReplyDeletetgk balai polis jugak eek.. kat tempat wak ni gi je kaunter kalo oaky leh dpt lulus masa tu jugak.. xyah tungu malam gulap guliterr.. 😅😅😅
ReplyDeleteAlhamdulillah . Terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletehai adik manis...kak mieja datang :)
ReplyDeleteJM, DATT 2x apply kebenaran untuk rentas negeri dan daerah sepanjang PKP ni...nasiblah balai kat rumah DATT ni ada borang siap-siap di balai, jadi terus datang dan isi sahaja..Tahun lepas alasan merentas negeri sebab bawak kucing pergi Vet..
ReplyDeleteHmm. Nak g jalan jalan 🥺
ReplyDeleteMekasih share yer👍👍
ReplyDeleteHari tue, cikbunga terus pi balai... Sib baik tak ramai orang, urusan pon cepat, depa tengok surat, isi form dan cop... Dah boleh rentas negeri🌹🌹
bila la covid ni akan hilang :(
ReplyDeleteda dua bulan senyap..JM back to hiatus xoxo
hari tu ada rentas negeri dari penang ke negeri sembilan sebab bawa mentua pi sana, jaga biras yang baru bersalin. mentua saya yang pi buat permohonan kat balai polis, dia kata mudah saja, x macam yang orang dok kata..
ReplyDeletesinggah sini..mau wish selamat hari raya walaupun raya baru ja limpas hehehe
ReplyDeletestay safe and healty akak JM :)
Kes makin meningkat sekarang. Semoga sis JM dan semua sentiasa berhati-hati di mana jua.
ReplyDeletesshnya zmn covid2 nie kena mohon bagai nk rentas negeri..adududu..cobaann
ReplyDeleteEncik suami Sha selalu lah isi borang rentas ini untuk merentas daerah melawat emaknya..
ReplyDeleteAwal-awal dulu alhamdulillah, senang sangat berurusan dengan pihak polis bila dokumen lengkap tapi bila masuk dua ke 3 bualan yang baru ini agak susah dan ada yang tak dapat.. Sedih jugalah sebab ketatnya pemberian kebenaran ini disebabkan sikap manusia yang ambil kesempatan..
Asalam..jumpa lagi ..semoga tabah harungi hidup norma baharu
ReplyDeletesemoga sentiasa kuat dan sabar..terhindar dari segala panyakit .ammin
ReplyDeleteterima kasih masih dalam senarai bloglist
ReplyDeleteAlhamdulillah harap semuanya berlalu pergi dan biarlah jadi sejarah
ReplyDeleteselamat tahun baru JM!
ReplyDeleteLama tak blogwalking..
ReplyDeletehai Jarimanis ... lama tak dengar berita
ReplyDeletesemoga sihat selalu
ReplyDeleteLama tak siinggah sini
ReplyDeletejom la sama2 kita hidupkan kembali semula blog masing2 yer hahaha..
ReplyDeleteSalam JM...tak menulis lagi ker.. ni kak teen...
ReplyDelete