Friday, 25 January 2013

Panduan ke USS Singapore

Assalamualaikum dan selamat sejahtera to all my reader & friends,

Welcome to Universal Studio Singapore (USS)

Image from google
Sebenarnya JM nak berkongsi pengalaman pertama ke Singapore pada 27/05/2010 - 28/05/2010.. bila cari semua gambar sepanjang percutian di sana hilang or maybe misplace..cari punya cari tak jumpa. so tak de entri trip ke sana buat masa ni.

Jadi sebagai rujukan untuk diri sendiri dan akan datang lagi bersama 2 adik lelaki kembar pada April nanti In Shaa Allah dan juga sebagai rujukan rakan travel yang lain yang belum pernah ke sana.

Entri ini agak tak relevan buat mereka yang pernah ke Universal Studio Singapore (USS). Jadi entry ini lebih sesuai buat mereka yang pertama kali ingin ke sana. Terdapat pelbagai cara sama ada melalui flight, kereta, train dan pengangkutan awam.

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk pergi dengan menaiki train boleh follow direction di bawah. Sekiranya korang dari utara, timur atau dari KL, Selangor dengan kereta, boleh parking kereta berbayar di seberang jalan Stesen/Hentian Bas Larkin dengan kadar RM5.00 sehari. Jika parking kereta di Terminal Bas Larkin tu agak mahal kerana bayaran mengikut jam. Begitu juga jika datang dengan bas ekspres akan berhenti di stesen yang sama. Terdapat beberapa cara yang ingin aku kongsi untuk rujukan semua.

** Perlu di ingat perlu bawa Singapore Dollar yer (SGD) boleh tukar kat mana-mana money changer yang menawarkan kadar yang rendah..di Terminal Bas Larkin juga terdapat kemudahan tukar mata wang ini. Anggaran SGD1 = RM2.50**

Cara 1 : Direction from Larkin Terminal Bus to MRT Kranji Train Station :

1. Naik SBS Transit No 170 (MRT Kranji) Platform No 13 menuju  ke Stesen MRT Kranji Singapore - Tambang RM1.80
2. Kekerapan bas adalah 15minit sekali dari jam 6.00 pagi sehingga 12.30 malam
3. Bas akan berhenti di Imigresen Malaysia (CIQ) dan Imigresen Singapore (Woodlands) bagi tujuan cop dan pengesahan passport. Apabila selesai urusan passport, pastikan naik bas yang sama atau sekiranya terlepas bas tadi boleh naik bas lain dengan no bas yang sama untuk ke MRT Kranji stesen. Tiket jangan di buang kerana akan di periksa semula ketika naik bas selepas urusan imigresen

Berikut antara hentian MRT sebelum sampai ke USS di Resort World Sentosa Island

MRT Singapore Line
Terdapat 2 alternatif untuk ke Harbour Front dengan MTR ni, jadi korang pilih mana yang korang nak yer

Alternatif laluan 1 :
1. Sampai sahaja di MRT NS7 Kranji (line merah) beli tiket ke CC9 Harbour Front (line purple) - one time ticket SGD2.30
2. Train akan melalui 16 pit stop dan pit stop yang ke 16 adalah Dhoby Ghaut. Perlu di ingat, MRT ini bukan direct line ke Harbour Front, jadi perlu turun di Dhoby Ghaut
3. Apabila sampai di pit stop Dhoby Ghaut, keluar dari train dan interchange ke line purple untuk ke arah Harbour Front. Naik semula train line purple utk ke Harbour Front

Alternatif laluan 2 :
1. Sampai sahaja di MRT NS7 Kranji (line merah) beli tiket ke CC29 Harbour Front (line purple) - one time ticket SGD2.30
2. Perlu di ingat, MRT ini bukan direct line ke Harbour Front
3. Jadi dari MRT Kranji perlu turun di Jurong East dan naik train ke Outram Park (line hijau)
4. Sampai Outram Park, turun dan tukar train ke Harbour Front (line purple)
5. Apabila sampai sahaja di Harbour Front stesen,

Signage to Vivo City
6. Follow signage ke VivoCity/Sentosa Expres (Monorail) . Ini kerana untuk ke Sentosa Island di mana terletak Universal Studio perlu menaiki monorail. Jika lapar boleh makan di food Court Vivo City di aras LG dan jka masih kenyang sila ke aras 3 - Sentosa Station ke Sentosa Island. Ticke Fee SGD3.00

Sentosa Station
Akhirnya sampai sudah Universal Studio di Sentosa Island...mudah bukan...

Sekiranya ada pembaca yang beli tiket kapal terobang untuk ke Singapore, arrive at Changi International Airport juga tidak perlu risau kerana terdapat kemudahan MRT ke Harbour Front.

Cara 2 : Changi Airport Singapore to Harbour Front
1. Naik train di Changi Airport (line hijau)
2. Stop at Harbour Front ......lagi mudah tanpa perlu interchange ke mana-mana line
Bagi sesiapa yang memang malas nak naik train turun train MRT ni ada cara lain untuk ke Singapore Studio dengan cara menaiki bas terus ke USS. Selalunya bagi parent yang bawak ramai budak-budak kecil, cara ini lebih sesuai dan aku juga suka cara ni kerana lebih mudah...bagaimana caranya...jeng..jeng..jeng...ehehe

Cara 3 : Tunes hotel ke USS
1. Beli tiket murah je Airport Johor Bharu atau naik kereta ke Johor Bharu
2. Check in kat Tunes Hotel berdekatan Danga Bay
3. Tiket Bas unutk ke USS RM23.00 return dan tiket USS RM180 (SGD 74)

** Tiket masuk ke USS boleh beli di kaunter tiket sebelum entrance ke USS atau beli secara ONLINE TICKET bagi mengelakkan membuang masa dan beratur terlalu lama. Harga tiket standard online SGD74, jika pemegang kd kredit Maybank boleh dapat harga SGD64 tetapi bergantung kepada tempoh promosi**
Kalau nak tempah tiket bas dan USS pastikan buat tempahan awal  dan boleh refer serta call sini :
Route dari Tunes Hotel - USS - Tunes Hotel. Masa perjalanan lebih kurang 40 minit

Odyssey Luxury Liner atau boleh refer kat website ni Odyssey Luxury Liner .
Tunes Hotel Danga Bay
Norkhaizan : 012- 766 0172 Email : khai@odysseynow.com.my  ATAU
Roslina : 017-718 5022  Email : rosefashionista@gmail.com

Ahaa..mcm mana..enty ni dapat tak membantu korang untuk bersuka ria di USS..JM harap dapat membantu lah yer....penat dah menulis...nak rehat sekejap..Wasalam...

60 comments:

  1. Teringin ke sini,belum jejak kaki lagi di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kak mah :-) best kak mah pegi tmpt ni sy dh beli 2 tiket utk pegi thn ni jer hihihi dasyat x? Follow jer guideline ni mmg x sesat :-)

      Delete
  2. apakah sekarang musim ke USS? banyak blogger yang menuju ke sini...Legonland takde orang cerita lagi, hehe...great info!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh pernah sampai uss belum? Mesti blum ni rugi tau klau x pegi lg :-)
      Try bwk org umah tu pegi mmg best :-) legoland lebih sesuai utk kanak below 15 more than that dh x edvanture

      Delete
    2. hehe dah sampai dah USS tahun lepas, pg ramai2 naik senandung semalam smp woodlands, syiok. Yeke legoland tak adventure utk aku, muahaha..tgu ada anak la gini baru aku pegi..;p

      Delete
    3. Iyerrr hihihi nk try lah naik senandung mandung tu :-), ha'a pegi ngan anak baru meriah In Sha Allah dh x lama tue Aminnnn

      Delete
  3. wak pon dh pegi Usd tuu, tp kt luar je tapi sbb tiket dh abes... uhhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal wak, wak ni familiar la d kalangan rakan blogger JM hehehe, ha'a wak jgn beli kt kaunter sbb ikut nasib klau ader ader lah klau x putih mato hihihi. Itu maknanya wak kena pegi lg rugi woooo byk game dlm tu

      Delete
    2. mak JM apa yg familiar.., wak kan X fofuler.. uhhHhuu

      Delete
    3. Iyolah selalu tgk ada jer komen di blog kwn2 yg lain :-) so nampak familiar

      Delete
  4. salam sis, terima ksih bebyk sbb buat entri ni, sy mmg plan nak msuk ke uss nnt, tpi xtau mcm mna, sy dri sabah. beli tiket kapal dri kota kinabalu-kuala lumpuar-kota kinabalu, bole sis jelaskan apa transport yg ssuai sy ambik utk ke sna, 2 adult 1 child, planning nak stay kt jb 2mlm je, ptut ke sy ambil bus dri kl ke jb (ambil pakej tune hotel), atau train dri kl ke spore?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, yer sama2 dsn harap2 entri ni sikit2 dpt membantu yer. Nasihat ahkak better naik bas kl ke jb turun di stesen bas larkin then dari sana naik teksi ke tune hotel ambil pakej naik bus ke uss sbb pegi ngan budak kan. Kalau naik train ke singapore hampir 8 jam kang x selesa budok kecik tu. Klau stay lama kt jb leh pegi legoland :-). Thank for drop by n keep on reading yer and also epy holiday kt uss nanti :-) ambil pic bebanyak

      Delete
    2. Terima kasih semoga dpt membantu trip saya..anda hebat

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Terpaut dgn USS.. rasa mcm nak hanimun kat singapore tapi kalu gi hanimun situ.. bulan berikutnya nak travel lg.. adus help.. kalu lah singapore ni 2jam je dari kelate.. tak yah pikir panjang doh hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah dekda naik fligt jer leww hihi x sampai pun 2 jam. X g time honeymoon pun x per ajak je org sbelah :-)

      Delete
  7. Sy n family, 2 dewasa,anak 4 thn n 9 bln akn ke USS pd 24 jun nie dgn fligt dr kl..nak tny refer naik bas, mrt atau taxi ye ke USS? Brp kos utk tmbg pengangkutan?

    ReplyDelete
  8. Sy n family, 2 dewasa,anak 4 thn n 9 bln akn ke USS pd 24 jun nie dgn fligt dr kl..nak tny refer naik bas, mrt atau taxi ye ke USS? Brp kos utk tmbg pengangkutan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kalau fligt from kl to singapore airport, from there better naik mtr lebih jimat dan convinience. Dari segi cost lebih murah

      Delete
  9. boleh tao x? kalau dari airport JB.. ada pengangkutan terus x ke USS? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kalau nk naik teksi..TAPI mahal lah..

      Delete
  10. Saya sediakan pakej mudah nak ke USS.

    Just call 0194491170.
    atau refer page https://www.facebook.com/pakejmurahkeUSS
    blog: http://pergiuss.blogspot.com/

    RM167/pax tiket sahaja untuk dewasa
    RM135/pax tiket sahaja untuk kanak-kanak
    RM185/pax untuk dewasa (harga termasuk kenderaan pergi dan balik serta tiket masuk ke USS)
    RM150/pax untuk kanak-kanak (harga termasuk kenderaan pergi dan balik serta tiket masuk ke USS)

    lagi murah dari pergi sendiri. Serius. Saya boleh buktikan insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada pembaca blog yang berminat boleh refer sini

      Delete
  11. Salam..thanks utk entry yg sgt berguna ni..sy nak tny..kalo dari changi airport tu kan ade option naik bus atau mrt kan,,,bole sy taw kalo naik bus berapa min n mrt brepe lame? N anggaran tambang.n kalo naik bus plak mcmane carenye..huhu.tq

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Salam..thanks utk entry yg sgt berguna ni..sy nak tny..kalo dari changi airport tu kan ade option naik bus atau mrt kan,,,bole sy taw kalo naik bus berapa min n mrt brepe lame? N anggaran tambang.n kalo naik bus plak mcmane carenye..huhu.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon maaf kerana lambat reply dek kerana byk betul kerja2 yg perlu disipakan.

      Direction dan haga tambang dari Changi Airport ke USS dengan menaik MRT boleh refer kat sini :http://backpackers.my/342/universal-studio-singapore-uss/ ATAU http://alwzbemybaby.blogspot.com/2012/05/uss-trip-cara-untuk-ke-universal-studio.html

      Delete
  14. klau dr stesen bus larkin ke senai airport brp lama masa perjalanan, lebih sng naik teksi or bus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. From Johor Bahru to Senai Airport
      Depart from JB Sentral using the Causeway Link (white) bus to Senai Airport.

      Or you may board using Causeway Link bus No. 333 from Larkin Bus Terminal, Johor Bahru. Travelling time will take about 1 hour in good traffic.

      Please refer to Causeway Link website at http://www.causewaylink.com.my for bus schedule and further information.

      Kalau naik teksi bermeter tapi costly lah sikit

      Delete
  15. selamat malam.
    blog sungguh menarik.

    jika memerlukan transport untuk tour singapore,boleh terus email ke restastotra@gmail.com
    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok thanks :-)
      Kepada reader yg berminat boleh email ke sini yek :-)

      Delete
    2. En lufti bole minta contact no?

      Delete
  16. Entry menarik & byk membantu. Bleh cerita kemudahan utk solat & makanan halal pulak, kalau dh ada kt dlm USS tu...thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading. Semua info tu boleh baca kat sini yer :
      http://jarimanistravel.blogspot.com/2013/12/bersuka-ria-di-uss-singapore-day1.html

      Delete
  17. Salam. Entri yg sangat berinfo. Kalau bole saya nak tanya saya ni nak pergi uss pada hari sabtu. Jadi rasa2 pukul berapa harus saya bertolak dari kl sentral supaya dapat pergi uss tepat pada masanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Shila, nk ke USS dari KL central tu kiranya nak naik KTM ke nak naik BAS..kalau nk naik KTM better ambil tren malam sampai sana around 7 pagi so sempat lah masuk USS jam 9.00 pagi tu

      Delete
  18. Assalam JM. Mohon pendpt anda perjlnn paling ekonomi utk ke Kallang yakni kwsn Stadium Nasional Singapura? Sori tersimpang jauh dari artikel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaqeen : boleh naik MRT or Bus...either one..more info pls refers here : http://www.leisurepark.com.sg/

      Delete
  19. boleh refer kat sini.. utk first time pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZF dh pernah sampai belum? Boleh ajak SS join

      Delete
  20. sis ada adik kembaq noh.. syoknya...patut ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapee2 kawin ngan sis JM ada peluang dpt anak kembar nih :-)

      Delete
  21. lengkap panduannya . sis teringat satu ketika masa nak pergi ke hospital termasuk lak lorong nak ke imigresen singapore . nasib baik blh u turn kat situ ... adeh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis QVee..itu semua pengalaman kan..kalau x sesat tak sah heeee

      Delete
  22. Thanks Sharing info... Sedikit sebanyak membantu saya ke USS nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Puan Diksu..semoga bermanfaat ye :-)

      Delete
  23. harap satu hari nanti dapatlah berkesempatan ke sna..orang jauh pun dah pergi..yang tinggal kat jb ni tak pernah pun jejak singapore...hehehe.entry bermanfaat kepada mereka yang ingin ke sana JM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sitit Rohaida : org JB pun belum jejak kaki ke sana? biasalah tu sbb dekat kan...sama gak seperti org perlis x pernah ke Padang Besar hehehehe

      Delete
  24. Kak nk tnya, kalau dari airport spore ke uss naik bas ye? Tau tk tambang brp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Aqilla..ada beberapa mode transport untuk ke USS dari Singapore Airport dan salah satunya boleh naik bas dari Singapore Airport to USS Studio

      Naik Bus RWS8 ke Resort World dan kadar tambang SGD2. Dari arrival hall cari sign "Bus to Resort Wold Sentosa"

      Delete
  25. Tempat yg plg mudah nak dikunjungi jika punya waktu cuti yg terhad kan sis Jm. Hee, mudah2 pun mekja tak sampai lagi kemari.

    ReplyDelete
  26. Assalam Sis JM
    January 2017 sy n wife n 3 org anak dr umur 3thn hingga 10 thn akan ke JB flight dr KLIA..dlm website Senai Airport ke Singapore menunjukkan hanya smpi MRT Kranji je.. next step takd... camno tu? niatnya nak ke USS..plzzz..tqvm

    ReplyDelete
  27. assalam sisi JM
    january 2017 sy,wife n 3 org anak berusia 3 thn hingga 10 thn akan ke JB flight dr KLIA..dlm website tunjuk Senai Aiport ke Singapore hanya smpi MRT Kranji je.. niatnya nak ke USS..tp tak tahu camano cara dan harga..tolong plzzz..tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru baca komen ni..mcm mana trip..success x

      Delete
  28. Klo rate parking motor adakah sama Rm 5 ?

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG