Pages

Tuesday, 16 April 2013

Holiday : Spring at Guilin Day 1 Episod 2

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia to all my lovely readers,

Mesti ada yang tertunggu-tunggu nak baca kisah selanjutnya apa yang berlaku selepas kami bergerak dari Airport ke Guilin City kan. Kepada yang terlepas story sebelum ni boleh baca kat SINI yer .

Bersemangat JM malam ni nak tulis sambungan entry yang lepas dek kerana feminat-feminat JM beriya minta keluarkan entri baru termasuklah pembaca dari opis JM ni heee (hamboi..ada ke feminat tu..ferasan tull). So dengan gigihnya pada malam yang sunyi, JM sanggup korbankan rancangan TV kesukaan semata-mata nak menyiapkan entri hari pertama ni hahaha...gitueww...boleh percaya ker..atau propa je yang lebih..heeee

Kebetulan pulak JM baru je beli samsung tab keyboard kat Guangzhou hari tu, so boleh la try update kat tab guna keyboard ni heeeee.....baru best. Pastu lak entri ni siap ber-episod pulak, dah seperti drama bersiri lakonan hebat Aaeron Aziz tu..Ombak Rindu dan apa lagi satu tu Adam & Hawa kalau x salah coz JM tak follow sangat cerita bersiri ni.

Rakan-rakan ada bertanya, nko pegi bercuti ke mana, Beijing ker, Shanghai ker...JM jawab tak lah, aku pegi bercuti ke Guilin. Guilin?..kat mana tu..nampak sangat Guilin kurang famous di kalangan kaki shopping tapi fofular di kalangan kaki jalan.

Satu ayat yang sentiasa jadi motivasi kepada JM adalah kata-kata hikmat dari blogger Fatt, is not about your destination but is't about your journey kerana kekadang semua orang pegi tempat yang sama tetapi pengalaman setiap orang adalah berbeza.

Moh ikuti pengembaraan JM di Guilin, China.

28 Mac 2013 (Khamis)

Meh JM sambung. Last entry, kami keluar sahaja dari airport hujan renyai-renyai dan dalam pada tu sempat lagi posing, ambik gambar buat kenangan coz tak tahu bila pulak boleh sampai kan.

Oh ya..sebelum terlupa, waktu JM tukar duit kat Money Changer hari tu, 100RMB(Yuan) = RM50.50 dan 100HKD = RM40.50, agak mahal juga ratenya tapi apa boleh buat..beli je lah kan.

Kami berlari-lari anak masuk ke dalam perut ikan paus opppsss, masuk ke dalam van bersama beg tarik dan backpack masing-masing.

Dalam jam 11.15 pagi perjalanan bermula ke Guilin City dan mengambil masa lebih kurang 45 minit selepas dibuat kiraan menggunakan jam tangan JM yang di beli di Citigate HK last year. Motip JM nak kaborkan kat mana beli tu, hahaha memang nk kena lepuk budak JM ni, orang beli beg LV kat London pun diam jek sekadar jam tangan murah pun nak bising hahahaha.

Nyonya manis bersama driver yang datang jemput kami bak tuan puteri baru turun dari tahta, hish..merapu betul lah JM ni heeee....inilah akibatnya kalau taip di malam hari kepala weng sikit..Beliau cuba nak berborak dengan kami tapi kami satu pun tak paham apa yang dia cakap dan bila di tanya can u speak english, pandai lak dia jawab NO sambil geleng-geleng kepala...ahahah, maybe itu jer perkataan yang dia tahu.

Oleh kerana dek teruja dah sampai Guilin, masing-masing menikmati pemandangan sekitar luar tingkap van, apa yang boleh JM gambarkan disini adalah Guilin merupakan sebuah bandar yang dikelilingi dengan bukit-bukit batu kapur di sepanjang jalan dan juga beberapa buah bangunan yang usang sebelum sampai ke bandar Guilin. Inilah antara gambar yang sempat JM ambil semasa dalam van, gegar sikit . Nampak segar dan nyaman je kan...

View sekitar bandar Guilin
Berbalik kepada nyonya manis tadi, dia cuba jugak nak cakap dengan kita orang, tapi cakap bahasa dialah, shi sheo mei pei ..semua keluarlah..kami geleng-geleng kepala dan senyum-senyum simpul macam orang kena risik (ye ker) senyum macam tu ke...ahahahaaa.

Kemudian dia keluarkan satu clear holder yang ada gambar scenary dengan harganya sekali tapi dalam bahasa Cina jugak..adusss....oh rupanya dia ada buat pakej untuk melawat tempat-tempat menarik di Guilin ni, oleh kerana kami pun tak paham satu benda just tengok gambar je lah.

Pastu si nyonya manis tu telefon seorang rakan beliau yang boleh cakap english untuk bercakap dengan rakan JM ni berkenaan pakej yang mereka sediakan jika berminat dan kami memutuskan untuk discuss later selepas sampai di hotel nanti.

Lebih kurang jam 12.30 tgh kami sampai di hotel untuk urusan check-in, kami tunjuk kepada receptionist yang tak berapa fasih cakap omputih tu (JM pun lebih kurang je...nk ngata org pula..heee) booking form melalui agoda dan selesai semua terus masuk ke bilik. Kami menginap di Grand 0773 Hotel, Guilin dan jika ingin tahu maklumat lanjut boleh refer entry JM sebelum ni SINI

Rupanya, semua hotel di Guilin terdapat satu kaunter khas yang menyediakan pakej untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Gulin, Yongshou dan Longji Paddy Terrace Field. So tidak perlu risau, jika suka dengan harga yang ditawarkan boleh booking kerana kebanyakan tour guide mereka English speaking.

View hotel dan bilik
Sampai sahaja ke bilik, ya ampun, bilik yang agak besar dan bersih, memang muat untuk tiga orang tidur dalam satu bilik, nak save budget ma.

Kami mula discuss berkenaan pakej yang di tawarkan bersama kawan si nyonya manis yang boleh speaking tu dan terdapat 3 pake j :

City Tour RMB193/pax (included entrance fee & boat ticket)
Lijiang River RMB400/pax (included cruise ticket & lunch) 
Longjie Paddy Terrace Field RMB200/pax (included long hair show)

Kami berpikir sejenak, nak pegi sendiri atau nak guna pakej jer..rasa macam mahal harganya tapi kalau nk pergi sendiri ke Yangshou dan Longjie tu perlu beberapa kali tukar bas dan kesuntukan masa kerana 3 hari sahaja di sini. Kami setuju dengan semua harga pakej tersebut selepas beberapa kali bargain..haruslah kann.

Alhamdulillah, cuaca di luar agak cerah dan program kami petang ni adalah City Tour yang merangkumi lawatan ke Reed Flute Cave dan Two Pagoda & four Lakes.

Lebih kurang jam 2.30 petang selepas mandi, makan dan solat, kami keluar menunggu di lobi dan seorang uncle datang dengan sebuah van dan khas untuk kami bertiga sahaja dan destinasi pertama adalah ke Reed Flute Cave.

Reed Flute Cave (Lu Di Yan)

With its location five kilometers northwest of the downtown of Guilin, the Reed Flute Cave is a brilliant cave marked on almost all travel itineraries. The cave got its name from the verdant reeds growing outside it, with which people make flutes. Inside this water-eroded cave is a spectacular world of various stalactites, stone pillars and rock formations created by carbonate deposition. Illuminated by colored lighting, the fantastic spectacle is found in many variations along this 240-meter-long cave. Walking through the serried stone pillars, tourists feast their eyes on changing spots, feeling they are in a paradise where the Gods live.

Info :

Addmission Fee : CNY90 ~ RM45
Opening Hour : Disember to Mac from 08.00 am until 05.30 pm
                          : April  to November from 07.30 am until 06.30 pm

Bus Route       : 3, 58 (free but the departure interval is very long)

Hoyee dah sampai dan JM pun tak pasti kenapa entrance kami tak sama dengan entrance yang di laporkan oleh blogger supermeng malaya, maybe dia ikut main entrance dan kami adalah another entrance. Jom cuci mata dengan layan gambar dulu, tulis panjang-panjang pun bosan jugak nak baca dan JM pun penat jugak nak menaip heeee.
Ada sesapa boleh tolong translate apa yang tertulis tu eh....
Lepas dapat tiket, jom follow JM masuk ke dalam GUA
You oulss nampak seram ke nampak cantik atau tak nampak apa-apa..heeeeeee
Dah puas ke belum tengok gambar-gambar ni...apa? belum lagi..ok2..JM tambah lagi gambar untuk tatapan semua. Tapi sebelum tu ingin JM jelaskan disini, uncle van yang uruskan pembelian tiket kami kerana harga tiket termasuk dalam harga pakej yang kami bayar dan terdapat seorang tour guide yang akan bawak kami masuk ke dalam bersama rombongan lain. Sekali tour guide tu cakap Cina, jadi kami just follow dan ambil gambar sahaja. Kebetulan pulak, rombongan tu dari Sri Kembangan, Malaysia..satu rombongan adik beradik, anak-beranak, jadi dorang yang tolong translate untuk kami..hahaha..kelakar.

Semua gambar dalam cave ni nampak cantik dek kerana lampu warna-warni yang di pasang. Pastu tour guide akan berhenti di setiap pits stop dan menerangkan bagaimana struktur batu-batu, stalaktit dan stalagmite terbentuk, dek kerana tak paham..satu pun tak masuk dalam telinga heeeeee.

Ada lagi..nak tengok tak...ke ada yang dah pening..hahaha...nampak sama tapi tak serupa :-)
Cantik kan view yang berwarna-warni ni..kat Malaysia pun boleh buat mcm ni..
Ni lah family yang tolong translate tu. Auntie tu sporting :-)
Selepas satu jam kat dalam gua ni, kami semua keluar dengan perasaan gembira..ada ke sesiapa yang datang bercuti hati tapi gundah gulana..mesti ada something wrong kan.

Ke mana pulak JM lepas ni..perlu tunggu next entry coz JM rasa entri ni dah ambil masa 20 minit untuk habis baca, lainlah kalau just baca intro, tengok gambar dan last ayat kat bawah ni...ahahah...Baca lah semua, fenat tau JM nak habiskan heeeeeee...

See u on episod 3..muaachhhh heeeeeeeeeee

40 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. reed flute tu ada entrance lain rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer bang...eh abang ker..heeeeee

      Ha'a..JM pun tak tahu lepas baca entry abg meng ler..heee

      Delete
  3. Cantik dlm gua tu....tapi lebih cantik sebab letak lampu warna warni tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah Kak Ita,
      JM pun rasa mcm tu..cantik di sbbkan lampu yg bermcm2 colour tu :-)

      Delete
  4. JM..pasni kasi gambar besau2 sikit bole? x puas lah..hahaha
    hari ni dah baca 2 blog cerita pasal guilin ni..tak tahan sungguh nafsu menegoknye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Dzuchan,
      Eheheh..boleh..boleh..no prob Dzuchan nyer pasal heee..
      Iyo..saja kasi para pembaca ada rasa nak ke Guilin..cecepat carik tiket murah tau.. :-)

      Delete
  5. Eh... dalam gua yg warna warni tu kat sunway lagoon ada rasanya... heheh, dulu la saya pernah masuk situ...

    cantik tak guilin... sebab officemate saya bangsa cina pun suruh saya pergi situ... kalau ke china

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..iyerrr..tak pernah lak JM masuk sana

      Santek sgt dear..kalau view waktu mlm..pegilah..hajak kak Dilla..rasanya dh lama dia tak berjln tue heeeeee

      Delete
  6. Wah ni baru hari pertama, kalau sebelas hari mahu jadi novel tebalnya... hehe

    Foto dalam gua mengingatkan saya gua yang ada di Halong Bay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahah...kelakar jugak En Mie ni sebenarnya..hik..hik..gelak JM sorang2 baca komen ni tau

      Oh..Gua di Halong Bay, Hanoi pun lebih kurang sama eh..bila lah agak nya JM boleh ke sana kan..Hanoi nak pegi..Shanghai pun nk pegi..ahaha..teruk betul JM ni :-)

      Delete
  7. setuju dengan dzuchan jm, tak puas tengok gambar kecik-kecik. view dalam gua ni pulak unik and cantik, tapi tula...semua pakej tu macam mahal pulak. dari hotel jm jauh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Orga,

      Ohh..kecik eh..ok2..untuk next entry JM kasik besor sikit..heeee

      Bagi JM kalau datang semata-mata ke Guilin sahaja dalam 4-5 hari better pergi sendiri jek like Pencerita Maya dan kengkawan tu..naik bas jek..lagi murah..kalau ikut pakej tu..mcm ni lah reganya...

      Tak jauh pun..bila kami naik van dalam 10min dh sampai..bila tgk balik map dekat jek ngan hotel tempat JM nginap tu tp dek kerana masa kami accept je pakej tu.

      Delete
  8. wah...very colourful gua tu ye
    mcm nak sambut raya pun ada.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Irfa,
      Pandai..cuma tak ada lampu liplap/klip klip tu jek...heee..klau tak mesti lagi meriah kan...

      Delete
  9. JM,
    Gua Kelam kat Perlis tu ada gak cahaya2 cam kat Lu Di Yan ni, tapi tak der la semeriah kat sana tu
    Cahaya dia ala2 hidup segan mati tak mau.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Ayu,
      Hahahaha...JM pun pernah masuk Gua Kelam tu...mmg sesuai dengan namanya..mmg kelam..malap jek..nak jalan pun teraba-raba nasib baik lah JM tak rabun kalau tak..heeeee

      Delete
    2. Ha tau takpe, cahaya dari handphone saya pun lagik terang dari cahaya lampu dalam gua tu! muahahah
      tapi kita bersangka baik la, mungkin untuk mengekalkan originality dan nama Gua Kelam itu sendiri, maka lampunya pun dikelam-kelamkan.. huhu

      Delete
    3. ahahahahah..kelakar...JM gelak hampir nak jatuh kerusni ni...ehehe
      Ilang rasa ngantuk JM di petang hari ni heeeeee

      Delete
  10. Kak JM .. lawa nyer gambar2 dalam gua tu.. memang dia pasang lampu warna warni ker... hehehee..
    best tempat ni.. kene pi juga satu hari nanti.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. My Dear TT Boy, heeee
      Ha'a..lawa kan..lagi lawa kalau Kak JM besarkan gambar kan...heeee

      Ha'a..tak ramai yang tahu yang Guilin ni ada tempat menarik..dtg la sini, maybe Kak JM pun nak repeat lagi.coz belum pueh jln2 kat Gulin City nih heeee

      Delete
  11. berdebar nak komen kat sini...
    err...
    cite lah lagi...
    suka baca blog ini...
    heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash,
      x perlu berdebar2 heeee JM suka sgt sampai tergolek2 ni ha coz JM pun dh lama follow dan silent reader blog kak anash tu tp malu dan segan nk komen heeeee travelholicawesome tue heeeee

      Terima kasih coz sudi baca blog yg tatabahasa berterabur ni n love u kak anash heee, eh akak kewww? Hihihi

      Delete
    2. iya...akak nih dah pangkat makcik2 pun...haha...
      haip..jgn la suka sampai tergolek..bahaya tulang rusuk patah nanti
      lite-lite tergolek cukup la...
      feel free to drop comment (peh..speking Italy plak akak?)
      love u back!!!

      Delete
    3. Ehehehe kelakar lak kak Anash ni xoxo :-)

      Delete
  12. JM, kat Guilin bersepah gua macam tu. tinggal nak g atau tak je.
    trip kali ni kami tak x masuk gua, sbb dah masuk gua last trip. haha
    tapi memang unik la kan?
    err... agak2 kalau rindu bolehlah g Gua Tempurung. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..ye ker..baru lah JM tau :-)

      Ehehe..gua tempurung?..cantik mcm tu tak..kalau ye baru berbaloi hiksss

      Delete
  13. dapat jumpe tukang translate syok la.. org msia pulak tu.. cantik gue die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fifi: kalau x de org tu mmg melopong lah kami :-)

      Delete
  14. Cantik pulak dilampu-lampukan gua tu. Tapi salah tatap nampak macam eerie pulak hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah : Gua tu nampak cantik sbb lampunya...kalau x gelap gulita je..

      Delete
    2. Unik. Berseri-seri stalaktit stalagmit tu dilimpahi cahaya. Batu Caves ada tak lampu colourful begini? Hmmmmm.

      Delete
  15. salam tahun baru, suka pic semua JM, nice family tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tahun baru BabyPose..sorry dear lama x terjah sana...tunggu your turn eh :-)

      Delete
  16. very nice ..terlekat seketika nampak warna warni yang mengkagumkan..sekali lagi nak kata amazing ...hu...truly amazing ...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg Amazing Cikgu Etuza..kami yg dapat lihat live ni mmg speechless tau :-)

      Delete
  17. besar ya gua guilin tu...tak basah kah hingga tak rosak rona2 warna ajiab tu..pelik bebenar lah ..kreatif sangat..

    ReplyDelete
  18. Nasib baik dalam gua tu tak terjumpa dengan penunggu, kalau tak boleh tanya dekat mana dia simpan harta Ahmad Albab. Kihkihkih. Menunggu entri seterusnya dengan penuh kesabaran yang tinggi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radin Fadli : kalau ada penunggu mmg x sempat nak tanya dah...CA ALIP BUT la hahahaah..Waduh2..penyabar jugak orgnya hihihhihi

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS