Friday, 13 September 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Currumbin Wildlife Sanctuary

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Moh ikut JM kita bergurau senda dengan kanggaroo"

Sebelum JM meneruskan celoteh kat sini, JM memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas nikmat kesihatan yang baik sehingga sekarang dan juga mempunyai rakan-rakan travel dan blogger yang baik-baik hati..terharunya....Terdapat beberapa rakan pembaca telah inform mereka dah terima ole-ole dari JM tu..alhamduillah...ole-ole yang tidak seberapa nilainya..yang penting niat JM ikhlas...kalau ada rezeki lebih..In Shaa Allah kalau JM berpeluang jenjalan ke obersea lagi..leh la JM kirim ole-ole yang lain pulak.

Meh ikut JM sambung cerita...sebelum tu sediakan kopi ke, milo or nescafe panas coz entry ni agak panjang....nanti bosan nak baca :-)

Oh yer..terlupa pulak JM nak kongsi sedikit info berkenaan dengan tempat penginapan di Islander Resort Hotel ni. Entry lengkap berkenaan hotel ni boleh di capai di label sebelah kanan blog. Kedudukan hotel ini amat strategik sekali kerana berdekatan dengan Woolworth, Hard Rock Cafe Surfers Paradise, kedai - kedai souviners dan just a few minutes walk to Surfers Paradise. Kiranya keluar sahaja dari entrance hotel tu akan nampak semua bangunan yang JM nyatakan di atas tadi. So memang highly recommend hotel ni tapi kalau rasa nak menginap hotel lain, banyak lagi hotel di area Surfers ni.

Kami mendapat bilik menghadap ke view swimming pool dan hotel cancellor. Bilik agak besar 1 queen bed dan 1 single bed dan kami siap masak lagi dalam bilik.

View hotel dari jalan besar berdekatan bangunan MELBAS
View from our room balcony
Bangun seawal pagi kerana jam 6.00 pagi dah terang benderang kat sini, jam 9.00 malam dah rasa mengantuk nak tido..apa tak nya kalau jam 5.00 petang seperti jam 7.00 mlm di Malaysia. Selesai semua apa yang patut dan sarapan pagi kami mulakan misi hari ini.

Perjalanan di Gold Coast di teruskan lagi pada hari ke dua 25/08/2013 (Ahad) kami akan ke Currumbin Wildlife Sanctuary.

Source : Google
Currumbin Wildlife Sanctuary at Currumbin on the Gold Coast, Queensland in Australia, is world renowned for its feeding of huge flocks of free-flying wild Rainbow Lorikeets, which come to the Sanctuary to feast off the special mixture which the Lorikeets eat.

Sebenarnya JM dah pernah pegang dan sentuh kanggaroo semasa melancong ke Perth pada Mei 2012 dulu di Caversham Wildlife Park, Perth Australia. Oleh kerana rakan travel JM ni first time ke Aussie, so mestilah nak bergambar dengan kanggaroo kan..kat Msia mana ada binatang ni maybe tak sesuai dengan cuasa. alahh..JM ni pun nama je pernah beramas mesra ngan kanggaro dulu..kali ni pun nak jugak..bukan main suka lagi bila dapat jumpa binatang tu mengalahkan budak-budak..nak tahu..jom baca lagi heeee

Semua orang sedia maklum bila sebut je Australia mesti sinonim dengan Kanggaroo dan Koala Bear yang kiut miut tu. Nak temgok tak..jom..

Kalau nak ke Currumbin Wildlife ni tak perlu tunggu bas di depan Apple Park tu tetapi di bus stop bersebelahan dengan bangunan MELBAS. Korang dah tengok kan gambar hotel kat atas tu, so keluar dari hotel tu terus gerak ke arah main road dan akan lalu depan restoran Subway dan Bangunan Melbas. Bus stop betul-betul di T- Junction dan bertentangan dengan kaunter untuk naik Wyndham Cruise. Sampai di bust stop tu tunggu bas no 700. Sebenarnya boleh naik bas no 760, 761 tetapi kami mendapat info dari receptionist better naik bas 700. 

Tunggu bas kat sini..nampak tak dari jauh Vibe Hotel bersebelahan Apple Park, banguna warna hijau tu
Jom kita ke Currumbin BUKAN Clubbing ye heee.aha dari junction..toleh ke kiri..akan nampak Islander Resort Hotel tu
Getting there :
1. Bus No 700 or 760, 761 (mana sampai dulu naik jer but beter bus no 700)
2. Bus akan berhenti di bus stop betul-betul di Currumbin Wlidlife Park tu
3. Korang cross sahaja jalan di mana round obout sebelah kanan jalan
4. Jalan terus ke hadapan melalui pokok-pokok unik seperti gambar di bawah
5. Opening Hour : 08.00 am - 05.00 pm
6. Kami sampai lebih kurang jam 8.40 pagi
7. Tambang : AUD4.18

Bas akan stop berdekatan round about ni
Cross jalan, nampak tak sign Currumbin tu..jalan je terus ke hadapan
Kalau dah nampak sign ni..dah nak sampai le tu
Currumbin Wildlife Sanctuary ni lebih kurang seperti Zoo jugak terdapat banyak binatang yang menjadi tarikan pelancong dan tempat yang amat sesuai untuk kanak-kanak, tapi bukan sahaja bebudak, JM yang dewasa ni pun teruja tau..nak tahu nanti tengok aksi-aksi kami dalam gambar-gambar seterusnya.

Aha..lupa pulak JM nak kabor..nak masuk sini ada entrance fee di mana boleh booking online atau beli di kaunter tiket yang disediakan. Kalau malas nak beratur di kaunter boleh book kat sini : http://www.cws.org.au/getcloser/tickets_and_bookings/general_admission/

Entrance Fee :
Adult : AUD49
Children ages 4 - 14 year : AUD33
Children age below 4 : Free

Kepada sesiapa yang baca entry preparation - tiket online JM sebelum ni boleh tahu yang JM booking secara combo pax dan mendapat harga yang lebih murah. Sila baca entri tersebut untuk mendapatkan info yang lebih lanjut.

Sampai sahaja entrance, perlu ada aksi wajib le..tak tahu ke..heee....alah..buat-buat tak tahu pulak. Sila abaikan gambar JM ber boot bagai tu..ahahaha...nak masuk hutan pun pakai boot ke JM..ni la di katakan nak bergaya tak kena tempat..belasah je...ahahah

Bergambar dulu depan entrance
Masuk sahaja melalui entrance ni akan disambut dengan kedai souviner. Kami buat tak layan dulu, nak balik nanti baru belek-belek apa yang menarik.

Nature Gift Shop
Cafe juga di sediakan
Jom kita ke kaunter tiket dulu, oleh kerana kami beli online so just tunjuk sahaja bukti pembelian di kaunter dan dorang akan cop di lengan tangan untuk mengesahkan kemasukkan.

Lepas dapat cop pengesahan ni baru boleh masuk
Bertabahlah dengan entry yang panjang lebar ni dan kepada Pak Lang Mie, jangan semput ye baca entri ni..kalau tulis entri pendek tu bukan JM lah nama nya. Baru sampai entrance..kul berapa nak sampai di kawasan kanggaroo ni..tak sabar dah ni..heeeeeeeee....sabo..saborr..tak ke mana kanggaroo tu.

Kepada yang datang sini jangan lupa ambik map dan timetable show kat entrance tadi..nanti kang tersesat barat pulak pastu telepas show-show yang menarik tu.

Tempat pertama kami masuk adalah Venomous Snake dan kami hanya sekadar lalu sahaja tak sempat JM ambik gambar ular-ular tu coz kawan JM ni 'penggeli' orang nya belum tengok lagi dah takut. JM pun takut jugak tapi kalau tengok dari jauh masih berani kalau di minta pegang, usap-usap badan ular tu eeeee...lari!!!

Venomous Snake
Kemudian kami gerak ke kawasan Koala's..alahhh..koala bear yang kiut miut tu...Koala ni jenis spesis pemalas, jenis tak banyak gerak...asyik tido je dan yang JM faham koala ni tido 22 jam dan 2 jam je dia terjaga untuk makan sebab tu kalau tengok badan dia bulat je kan..pastu berkepit je di celah-celah dahan-dahan pokok tu. Kat sini di sediakan sesi bergambar dengan Koala tu tapi dek kerana bayaran mahal sangat bagi JM dalam AUD25 per/pieces kalau tak salah, so kami batalkan niat tu. Tengok dan ambil gambar dari jauh je lah.

Koala Research & Conservation
Koala yang kuat tido tapi cute
Aha..nampak tak Koala tu..apa tak nampak...ok..ok..meh JM close up lagi

Aha...dah jelas kan..nampak tak di tak pandang kamera pun sama ada malu atau sombong heeee
Sebenarnya banyak 'animals' kat sini tapi tujuan utama kami nak tengok kanggaro dan koala je yang lain-lain cam malas nak layan la kan. Tak percaya..jom tengok sign ni..banyak..follow je direction yang di beri serta peta di tangan...yang pasti kami nak pergi tengok kanggaloooo.....pastikan juga jika berminat jangan terlepas dengan show yang di sediakan.

Jom kita ke Kanggaroo farm
Kanggarooo...wait for me...wahhh...excited benar..Dalam perjalanan nak ke farm tu terpandang batu ni..ntah apa yang menarik kat batu ni..siapa tahu?

Siput besar berkepala orang
Pastu kami lalu je depan Wild Island ni tak minat nak masuk katanya..semua binatang tu leh tgk kat Malysia
Then sampai lah ke tempat yang di tuju..Kanggaroo ni di tempatkan dalam kawasan berpagar dan di jaga rapi. Kepada pelancong, mereka di benarkan untuk feed kanggaroo tu so kami ambil kesempatan untuk beri makan kepada kanggaroo..wahh..rupanya lapar betul...beriya makan...geli tapak tangan den.....menjerit-jerit JM heeee...

Kepada yang tak pernah lihat - inilah makanan kanggaroo tu
Inilah kanggaroo yang berkeliaran..kelaparan
Meh kita beramas mesra dengan kanggaroo
Dah puas belum tengok kanggaroo..nak lagi...bertabahlah..banyak betul gambar dalam entry ni. Jom tengok aksi kami bersama kanggaroo jantan ni...Yang mana aksi paling superb...tentulah tourist dari Jepun tu kan

Cuba lihat aksi pelancong dari Jepun tu..sama tak macam kanggaro betina ahahaah
Masing-masing teruja dapat pergi tengok kanggaroo
Ini adalah antara staff yang betugas di situ..cuaca sejuk dan nyaman jer
Argghh...dah puas bersama kanggaro..jom kita pegi tengok Australia Sheep Shearing Show jam 11.40 am.

Hai Kambing- dah ready ke nak kena cukur bulu tu...oh tidak..kami ni sekadar model je kat sini...oHHHH
Show ni mengambil masa lebih kurang 1 jam termasuk celoteh dari pengantara tu bermula dengan bagaimana mereka menggunakan anjing yang telah di latih untuk memastikan semua kambing-kambing yang berkeliaran di padang akan berlari masuk ke dalam kandang. Kiranya anjing ni kategori bijak lah membantu tuan nya menjaga kambing-kambing tadi. Kemudian selepas aksi -aksi sendaloka yang boleh membuatkan pelancong terhibur termasuk lah JM sedangkan dah pernah tengok show ni sewaktu di Perth dulu. Malas lah nak story panjang, meh kita tengok acara mencukur bulu kambing biri-biri dari Australia ni.

Show bermula
Selesai sahaja show kami ambil keputusan untuk gerak balik ke Surfers Paradise kerana petang nanti kami akan pergi ke tempat lain pulak. Untuk pengetahuan semua, di dalam sanctuary park ni juga di sediakan train so kepada sesiapa yang malas berjalan aroud the park ni boleh naik train. Kami juga ambil kesempatan untuk naik tren balik semula ke entrance tadi. Meh kita layan gambar-gambar yang berlatar belakang langit yang biru ni.

Biru betul langit ni kan
Sebelum balik singgah dulu beli ole-ole untuk kawan-kawan di Malaysia.

Souviner shop
Bila nak balik nanti korang jangan tunggu bas di bus stop yang mula-mula sampai tadi tetapi di bus stop di arah bertentangan. Kiranya bus stop tu tak perlu cross jalan.

Tunggu bas kat sini dan boleh lihat jadual waktu bas bertolak
Dalam jam 2.10 petang kami naik bas untuk bertolak balik ke Surfers Paradise stop berdekatan Apple Park dengan kadar tambang AUD4.11. Sampai sahaja tak terus balik ke hotel kerana ada agenda lain..ke mana JM selepas ni perlu tunggu entry selanjutnya.

Total expences today :
1. Tambang bas return : AUD8.29
2. Cling Koalas Souviner : AUD18.75
3. FM Wildlife Park : AUD4.95

Total summary : AUD31.99 (RM95.97)

Arghhh..penatnya nak siapkan satu-satu entry rupanya ye...selamat membaca semua...jumpa lagi..bye

71 comments:

  1. waa bestnya dpt jumpa kangarooo.....hehuuuu moga2 urusan kami dipermudahkan....woot...woot.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ nk jumpa kanggaroo next week kan...epi holiday dan selamat sambut besday kat sana nanti :-)

      Delete
  2. wow lebatnye bulu tu kambing, unik show mencukur kambing :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. DR, bulu kambing yg lebat je yang boleh di cukur utk buat bajuk sejuk katanya..

      Terima kasih sudi singgah sini.. :-)

      Delete
  3. dulu pegi carversham, free je amek gmbr dgn koala, wombat semua tuh. hehehe. tp ade sesetgh tempat ade kenekan charge. mybe eksklusif katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..betul tu HF, nasib baik dulu di Caversham pernah bergambar ngan dua animal ni so tak lah ralat sgt

      Delete
  4. Wah hebat gambar . .mcm pro la.
    Teringin la nak bergambar ngan kangaroo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh..ye ker..lom leh challenge gambar dlm blokg Syeida dan Kaki Berangan tu..lg awesome ma :-) ...Cepat simpan duit di Aussie ajak Emy tak kecik sekali hiksss

      Delete
  5. Terbaik...Teruskan penceritaan ni. Cukup menarik..

    ReplyDelete
  6. weee.. Liya dpat koala bear yang kat atas tu la. eh Jm liya ada nmpak sign board tasmanian devil lah . JM xg melawat dia ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha...org perlis dah terima ye...Alhamdulillah..sampai sudah :-)
      Tamanian Devil tu?..tak pergi coz dh tgk semasa melawat Perth Zoo last year

      Delete
  7. Waaa.. nak tnya bau kanggaro tu ada mcm bau kambing tak? ke wangi jer hahhahaa.. :P
    Koala tu comey.. bela sekor boleh peluk time tidur hahahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau kambing?...no..no..tak ada bau..wangi pun tak busuk pun tak..ke idung akak yang tersumbat :-) Aha..koala tu comei tapi bulu dia kasar..tak best kalau nk buat bantal pelok ehehehe

      Delete
    2. Baru perasan.. saya rasa koala yg Kak JM kasi tu asal dari Wild Life Sanctuary Gold Cost ni kot..
      bulu kasar tapi yg kak JM kasi tu lembut je bulu dia hahaha :P

      Delete
    3. yeayyy...betullll...100 markah heee...ha'a lembut kan...cer pegang yang idup lak..

      Delete
    4. yang hidup kene tunggu... ntah hahahha :P
      Insyallah azam one day nanti :D

      Delete
    5. Opsss..dh ke lain maksudnya tu heee

      Delete
    6. Ok dh bau kanggaro di perth awal tahun lepas.. Okla tak bau kambing tapi bau kanggaro. Hahahahaa

      Delete
  8. MS pun tengok show lebih kurang sama dengan JM time kat melbourne dulu...
    tapi tak berpeluang nak pegang kanggaro...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..MS pun dah pernah sampai Melbourne eh...aha..show dia sama je kan kat mana2 park eh..alahh..rugi ahh kalau tak dpt nak beramah mesra ngan kanggaroo tu..nampaknya perlu repeat lah :-)

      Delete
  9. Tersedak PLM pagi tadi...

    Kangaroo makan dedak ke? Wah bolehlah bela sekor nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeeeeeeee....ada org sebut nama eh..dia ingat lah tu

      Itu dedak ke namanya..kalau PLM nk bela sekor nanti leh JM pergi main2 ngan dia hiksss

      Delete
  10. Bestnya gambar yang ada langit biru ? Ke mana saya pergi mesti tengok langit biru negara depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Din,
      Baru berkesempatan baca dan follow blog En Din tu :-)

      Ha'a..biru sgt..dah mcm lukisan...kurang berawan spt di Msia..jatuh chenta dng Austalia :-)

      Delete
  11. bestnye JM,koala bear 2 comel sgt,bulat2,hehehe!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a cute kan..itulah kalau boleh sentuh..mau JM peluk kuat2 sampai dia mengamuk heeee

      Delete
  12. Wahh,.,.kena cop kat tangan tu..hhiihi..bestnya dapat tengok real koala..hihi..kanggaroo tu..kalau ciku cam takut je nak dekat..haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaahh...tak perlu takut Ciku, kanggaroo tu jinak sangat..bebudak pun suka..urut2 badan dia pun..dia buat tak kesah je..ce pegi bwk bebudak sekali..mmg x rugi :-)

      Delete
  13. JM lau peluk koala bear 2 kuat2 pun dia xsedar kot,asyik tidoo je,tp bulat betul kan,daa rupa buah ngka kat pokok,hahaha.caler je xsama!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahaha...kalau bulu lembut ok lah..ni bulu dia kasar sikit..takut nanti gatal2 plak..tak tahu berapa kali dia mandi..ntah mandi ntah tidak tu heee

      Delete
  14. tpt ni mcm kat carvensham jugak ye...ohhh rinduu ngan kangroo yang manjeee tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a hani..like di Carversham tu..kita usap2 lah byk kali pun..dia tak gerak2..tak larik..time akak pegi tu semua kelaparan...berebut2 nk mkn :-)

      Delete
  15. Bila lah nak merasa beramas mesra ngan kanggaru ni lah. Kerlas tau JM, boots itu menarik hati & jiwa saya! Saya tertarik ngan cop entrance kat tangan tu. Macam menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni kan ada sale free seat..try cari mana tahu dpt rega murah :-)
      Menarik ke..nak pinjam heeee..cop di tangan 2 traveller yg setia :-)

      Delete
  16. untunglah dpt jumpa kangaroo kat aussie. kita jumpa kangaroo kat taman safari bogor indon je. ahaha. dah boleh feeling gi aussie la kot. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..dah 2 kali jumpa kanggaroo tu hikss..Taman Sari Bogor Jakarta tu?..ri tu JM ke sana napa tak nampak pun..kuda belang adalah hee..

      Delete
  17. untungla dapat pegang kangaroo jm, hehe...kitorang ni merasa pegang kambing biri-biri jer, tu pun makan rumput. jm, thanks untuk souvenir, dah sampai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaah...dpt pegang kanggarooo sama je like pegang badan lembu..rasanya sama je heeee

      Sobiner dh sampai?..sama2 kasih

      Delete
  18. amboiiii...... seronoknya dapat beramas mesra ngan kangaroo....

    ReplyDelete
  19. bagus betul kangaroo dibiarkan lepas bebas gitu & pengunjung berpeluang dtg dkt ngn kangaroo.. baru la dpt sentuh2 beramas mesra bagai..kalu tgk drpd kandang je mesti kureng feel kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a...tak ada had masa nk main ngan kanggaroo tu..tengok dan pegang lah puas..pergi lah sekali bwk anak2 mesti best

      Delete
  20. gituu posing sakan dua org sahabat travel ni... santek seluar ngan kasut mmbr uols itew.. hehehe Comey je koala tu melekap kat pokok. Jangan lupe kak JM kirimkan alamat uols ke e-mel iols ye. nak bagi ole-ole balasan dari tanah rencong. hikhikhik. anyway iols tak sempat tengok lagi kiriman JM tu dah sampai ke belum di pejabat. kalau dah selamat sampai akan dikhabarkan berserta gambo dalam blog iols ye. (hambek ko komen berjela bagai untuk ko kak!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhahaha....org dari Acheh dah balik...terkezut Ahkah tgk komen yg panjang ni..ok2..nanti akak email alamat tu..sebenarnya bg ole2 hari tu bukan nk balasa..ikhlas dari ahkak sebagai kenang kenangan..

      Delete
  21. salam JM
    apa khabaq. sorry baru dapat meluangkan masa singgah umah u ni
    bestnya dapat gi sini. Teringat kat steve erwin. Lau x mesti dia sambut JM & friends kan
    nice place & tq sharing de info
    doakan suatu ari nanti dapat dilla jejak kat bumi ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam..Dila

      Takpe..biasalah JM pun time free je leh terjah blog kwn2 pun..
      In Shaa Allah ..simpan duit dulu nanti leh terjah ngan SR..mesti gambar lagi awesome..hari ni AA ada sale...tak try ke :-)

      Delete
  22. JM... kalau bawak budak2 ni memang terloncat2ler yerk... syiok bebenoler JM dapat bermesra2 ngan haiwan2tu... yang penting cuacanyer sangat nyamankan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..kalau adak bawak 2 orang anak dara akak tu..mesti dorang suka punya..JM yg boleh jadi mak budak ni pun suka bukan main lagi heee..

      Betul tu dengan ciaca yg nyaman ni..jam 1 tgh masih rasa seperti 8.00 apgi..sejuk jeeee

      Delete
  23. MashaAllah, murah rezqi kamu untuk melancong ke negara-negara orang :3

    Nisa'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nisa' terima kasih sudi baca blog JM..ermm...maybe rezeki JM arah ke melancong coz rezeki org lain ada anak isteri, suami..itu pun rezeki jugk..cuma JM ni ni belum ada rezeki Jodoh lagi..so bersyukur ngan rezeki yg Allah bagi ni :-)

      Keep on reading tau :-)

      Delete
  24. Comelnya koala dan kanggaru tu...

    ReplyDelete
  25. Nanti nak pergi sana culik kangaroo sekor ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal : pegi jauh2 semata2 nak culik kanggaroo je hihihhi

      Delete
  26. salam, JM bestnya dapat melawat negara org..moga satu hari nnti saya pon bole kesana juga...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Fariana..in sha Allah jika ada keinginan mesti boleh :-)

      Delete
  27. best kan dapat tengok kanggaroo, koala segala JM, awal tahun 2014 kak noor ke Brisbane dpt lah pegang budak dua orang ni tapi kaki aduiilenguh nya berjalan jauh dan besar sangat ladang Di Oz ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah kak Noor..2 binatang ni x de kat Msia..mmg TERUJA habis kami heee.
      Aha...kalau nk ke sana perlu buat sit up kat umah dulu dan training kaki habis habisan hihihhi

      Delete
  28. hai JM, lama tak bw di sini. :).. wah, seronoknyer dapat pegang2 kangroo. jinak-jinak semua dekat sana.. macam tak takut dengan orang pun.. comel je koala tu tido. hehehehe

    Bahaya cuaca panas melampau terhadap diri. Ketahui kesan panas melampau dan tips dan cara untuk sihat di musim panas.

    http://ciknainthehouse.blogspot.com/2015/02/Keburukancuacapanasmelampau.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Cik Na Cerita Vita..lama tul menghilang eh

      Delete
  29. Bestnyer dapat pegang dapat belai2 budak dua ekor tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Bunda..rasa cam nk culik bawak blk msia hehehehe

      Delete
  30. Untunglah JM dapat bilik besar dan boleh masak2 lagi....
    Boleh ke?

    ReplyDelete
  31. Kesian kambing2 tu dah togel....bila dah dicukur bulu2 kambing tu tak sejuk ke...apa penternak buat untuk pastikan kambing2 togel tu tak sejuk...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk rasanya kan Bunda....dorang letak dalam bilik pemanas.ehh ye ke :P

      Delete
  32. koala tu boleh peluk tak . geram lak tgk kegebuannya . alahai , manja2 benor kanggaroo tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qaseh Vee : nak peluk perlu bayar huhhu..so tgk dari jauh je

      Delete
  33. soronoknya dpt tengok kangaroo ... yg ni harga affordable :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok Zie Has..jinak sgt..kalau bawak bebudak ni mmg heaven lah

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG