Tuesday, 18 February 2014

Siam Reap : Kingdoms of Cambodia (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat blogger dan rakan pembaca semua,


" Why Kingdoms Of Cambodia"

Ishhh...lama betul JM tak update blog kan...ada tak sesiapa tertunggu-tunggu nak baca entry baru?..dan ada tak sesiapa yang rindu sama JM....JM rindu sama korang semua tau heee. Gambar yang dipaparkan tiada kaitan dengan percutian di SR :-) tetapi percutian di Cameron Highland.

Bersama adik perempuan yang ke -4 dan adik lelaki yang ke -7
Minta maaf yer kepada mereka yang menanti-nanti info perjalanan JM ke sana kerana lately JM sibuk sangat you ouls...hati ini meronta-ronta je nak kongsi journey yang penuh dengan keseronokan dan keinsafan tu.

Pada asalnya, percutian kali ini melibatkan 4 orang tapi last minute 2 orang lagi rakan JM tak dapat join so tinggal kami berdua je. Percutian pada penghujung bulan Januari ini mesti di teruskan kerana semua persiapan rapi telah di buat. Kepada rakan blogger yang akan ke sana pada bulan Mac nanti if i'm not mistaken seperti Farel dan Tok Dad, enjoy your holiday hokay.

Siapa tahu maksud di sebalik nama Siem Reap?...Menurut sejarah secara ringkasnya Siem Reap dahulunya adalah sebahagian daripada Thailand dan selepas peperangan akhirnya ia telah jatuh ke tangan Cambodia dan hasil daripada kejayaan itu ia di beri nama Siem Reap atau maksudnya 'Siam telah jatuh'.

Kenapa pulak ia di gelar Siem Reap Kingdoms of Cambodia, ini adalah kerana Siem Reap menjadi terkenal di sebabkan oleh Angkor Wat sebuah Archeologial Park which was desclared as UNESCO World Heritage site in 1992.

Cambodia terletak di antara sempadan Thailand, Laos dan Vietnam
Tempoh percutian : 23 Jan 2014 - 28 Januari 2014
Ticket flight KL - Siem Reap : RM111 return without luggage and meal
Ticket flight Phnom Penh - KL : RM123 without luggage and meal

Antara route yang biasa dilakukan oleh backpacker adalah :
i. KL - Siem Reap - Phnom Penh - KL ( inilah adalah route kami)
ii. KL - Phnom Penh - Siem Reap - KL
iii. KL - Siem Reap - Phnom Penh - Ho Chi Minh - KL
ii. KL - Phnom Penh - Siem Reap - Ho Chi Minh - KL

"Ok...let's start our journey"

Menunggu di balai perlepasan
Penerbangan dari LCC Terminal pada jam 6.50 pagi dan di jangka tiba di Siem Reap International Airport pada jam 7.50 pagi waktu tempatan dan jika di kira waktu Malaysia adalah 8.50 pagi. Sampai sahaja di sana terus tukar waktu jam tangan kepada local time bagi memudahkan pengiraan masa.

View di dalam penerbangan selama 2 jam
Isi Imigresen form
Sebaik sahaja mendarat di Siem Reap International Airport perkara pertama adalah keluarkan kamera dan ambil gambar dulu.

Siem Reap International Airport
Airport SR ni kecik je sebab selepas urusan Imigresen yang perlu scan ke semua jari jemari dan juga senyum pada kamera, terus ke ruang buggage claim. Kepada mereka yang ingin ke tandas ia terletak di sebelah kiri dan money changer di sebelah kanan. Pergi ke hadapan sedikit untuk tinggalkan arrival form dan jalan terus ke pintu keluar.

Keluar sahaja dari pintu airport JM di tegur oleh si Salim, driver tuk tuk yang JM hire untuk tempoh 3 hari di SR dan beliau membawa kami ke Rithy Rine Angkor Hotel.

Salim bersama tuk tuk tuk beliau - just nice for 4 person
Let's go kita gerak ke hotel - dalam 20 min perjalanan kami pun sampai di hotel. Baik si Salim ni beliau sediakan FACE MASK untuk kami.
Cuaca pada pagi ini memang dingin seperti berada di dalam bilik aircond bersuhu 25 darjah celcius lebih kurang dan jalan raya agak berhabuk. JM nasihatkan supaya standby face mask tapi kami tidak perlu risau kerana Salim bagi kami FREE.

Rithy Rine Angkor Hotel


Receptionist yang baik dan sporting
Bilik hotel besar , kemas dan bersih
Price for 3 night included 10% VAT + 10% Service Charge + City Tax = USD84
Each person will pay = USD42
Booking melalui booking.com dan tidak perlu bayar semasa membuat tempahan dan bayar semasa check out.

Location :

Centrally located in downtown Siem Reap, Rithy Rine Angkor Hotel is only a 5-minute walk from Old Market and Pub Street. Relaxing massage services and an outdoor pool await guests.

Air-conditioned rooms at Angkor Rithy Rine are equipped with cable TV and a fridge. Private bathrooms feature a bathtub with hot and cold shower. Some rooms come with a balcony overlooking the pool.


Guests can make travel arrangements at the tour desk, or browse souvenirs at the gift shop. Rithy Rine Angkor Hotel has a business center and a 24-hour front desk. Internet access is free in public areas.


Open for all-day dining, Rithy Rine Restaurant serves Khmer, Asian and Western dishes. Cocktails and wines can be enjoyed at the bar.


Rithy Rine Angkor Hotel is a 20-minute drive from Siem Reap International Airport.


*** Rithy Rine Angkor hotel tiada lift dan perlu menaiki tangga, jika mendapat bilik paling atas iaitu aras 5, sila kuatkan kaki anda

Pada jam 9.20 pagi kami tiba di hotel dan selepas mendapat pengesahan booking, receptionist membenarkan kami untuk terus check in. Servis yang diberi oleh pekerja hotel amat baik sekali dan ruang hotel yang bersih dan cuma satu je kekurangan nya iaitu perlu menggunakan tangga untuk ke bilik hotel.

Selepas chek in, kami turun semula ke lobi kerana Salim sedia menanti untuk membawa kami ke destinasi seterusnya.

Plan kami pada hari ni adalah :
- Sarapan pagi
- War Museum
- National Museum
- Tasik Ton Le Sap

Oleh kerana masing-masing kelaparan kerana belum sarapan pagi, Salim akan bawa kami bersarapan di Kitchen Muslim Restaurant. Pada masa yang sama beliau menerima beberapa panggilan dari 'customer' untuk hire tuk tuk tetapi beliau terpaksa menolak dan memaklumkan sebelum kami datang pun ramai yang call untuk dapatkan perkhidmatan beliau. Oleh kerana dia ingin entertain kami, so beliau serahkan kepada abang nya Nasir. Apa lagi bukan main seronok dan terharu lah kami kan.

Inilah travel partner JM tu, nampak tak Salim sibuk melayan panggilan telefon
Korang nampak tak, sampah sarap bersepah tepi jalan dan tidak terjaga...beginilah gambaran Siem Reap itu belum lagi lihat rumah penduduk di sini nanti JM kongsi.

Sarapan pagi di Muslim Kitchen Restaurant
- Bagaimana nak ke sana?..tidak perlu risau kerana apabila kita dah sewa tuk tuk, biar Salim yang uruskan dan duduk je diam-diam kat atas tuk tuk tu.
- Terletak tidak jauh dari Old dan Night Market, bersebelahan Masjid, Cambodian Muslim Restaurant dan Siem Reap Holiday Villa

Konsep restoran dalam taman, ada FREE WIFI dan rasa makanan jugak sedap. Highly RECOMENDED
Antara menu yang disediakan dan harga. Jika rasa bawak duit berkepuk pilih harga yang mahal sikit
JM pilih Fried Rice Basil with beef (USD3) dan Hot Milo (USD1) . Sila jangan convert kepada RM
Nampak je macam ni tetapi sedap dan menepati tekak atau memang kami yang lapar. Sambil makan sambil layan internet free tu. Kemudian kami meneruskan perjalanan untuk ke destinasi seterusnya.

Beginilah gambaran bandar Siem Reap dan di galakkan memakai face mask
Tetapi sebelum itu Salim bawa kami singgah dulu di Fast Air Ticket and Tour untuk beli tiket bas ke Phnom Penh sleeping bed dengan harga USD10 for each person.

Fast Air Ticket & tour
Jika korang nak tahu ke mana JM lepas ni sila tunggu next entry ye

To be continueee!!!

106 comments:

  1. sampah bersepah kt tepi jalan sama mcm kat gombak! ahhks

    ReplyDelete
  2. Saya buat route kl - bangkok - siem reap - phnom penh - KL 2 last year

    ReplyDelete
  3. wah...nampaknya JM Permaisuri kemboja...tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MKL : Permaisuri?...tiba2 tercari2 identiti...hahaha...Permaisuri lah sgt kan..

      Delete
  4. Tuk tuk tu comei la history gitu..nnt free ciku baca ye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a Ciku...gerak pun slow je..maybe sbb kami BERAT kot hee

      Delete
  5. Replies
    1. Zila, ha'a kemas dan bersih ada swimming pooll agi..tapi sayang tak ada lift...hari tu JM dpt tingkat 5...bykan mcm mana

      Delete
  6. tulisan orang Cambodia sama mcm tulisan thailand kan..mungkin sbb negara sebelah2 jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn kata tulisan je nampak lebih kurang tau Zura, JM dgr dorang cakap pun lebih kurang jugak tapi sebenarnya lain...tak pandai nak ajuk :-) yang pasti org kaunter check in di airport PP tanya JM dalam bahasa kemboja..hello..i'm malasyian hokey...ahaha...dh nampak cam org kemboja kewww

      Delete
  7. Jm, sebenarnya kan one of my dream nk pergi Cambodia ni. nak sgt pergi Angkor wat
    tapi
    tiada travel mate yang berminat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaahh...cian kat Dzuli, best tau pegi Angkor Wat tu..better pegi SR dari PP..errm..kalau tanya JM..nak je pegi lagi..kalau Dzuli sudi moh jadi travelmate JM hiksss

      Delete
    2. kalau nak pergi lagi mohon roger...:-)

      Delete
    3. Dzuli...ye ker ni..ahakss...In Sha Allah...

      Delete
  8. hotel dia nampak kemas dan bersih...
    naik tuk tuk open mcm tu balik hotel sure BB cream tambah sekilo kan hahahaaaa
    makanan dia dari segi rupa nampak tak banyak beza sangat dengan makanan kita...
    dari segi rasa macam mana jm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a Mrs, bilik dan lokasi ok, staff dorang pun baik, mesra dan setiasa senyum kecuali 1 je...tak ada lift...perlu naik tangga jika dapat 5 floor (paling atas)

      Ha'a tak byk beza yang pasti rasa masakan org msia lagi marbeles

      Delete
  9. Nasib berdua je JM. Kalau berempat agak pening lah duduk kat tuktuk tak mengadap arus..

    Bz betul driver tuktuk JM tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jea, try gak duduk lawan arus....baru gerak je kefala dh fenin ahahah...sib baik kan..Ha'a..BZ betul dia tau...asyik dpt call je..org nk hire

      Delete
  10. Haaa.... Journey da bermula, tuk2 n hotel kita same...sonang tok dad, i followwwww.... Tq JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok dad..berapa dapat harga utk tuk2 tu..pastu Rithy Rine hotel tu berapa harga per night?...Sharing is caring kan :-)

      Delete
  11. Cptkah sambong JM..x sobar eden nk nunggu ni..hihihi...suspeng la u ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. *cptlah... sorry typo...hihihi

      Delete
    2. Alahh Feryy...eheeh nama geralan baru...pueh JM nak siapkan entry yg ini tau..nak sambungan..ok..ok..nanti JM coba :-)

      Delete
  12. Hmmm.... Tuk2 salim kira 2h USD40, hari ke3 dia tlg hantar ke bas station utk ke P Penh... Hotel Rithy Rine utk 2 mlm USD56 (MYR185.92)... And AA flight RM212 per head - JM untong dpt RM111 je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha..2 hari je Tok Dad kat sana en...kalau USD40 for 3 or 4 person murah lah kan...ni mesti USD40 for 2 person je..ok lah tu harga nya..epy holiday nanti ye Tok Dad...rate USD tggi sekarang..tk best jln2...

      Delete
  13. siemreap??? mcm ada kena mengena je ng CV...tetibe..heheh
    habuk eh,,tu yg kena mask..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CV?...apa citer di sebailknya tu ...kongsi larrr..ha'a jln berhabuk...tanah kering kan...

      Delete
  14. Hye jm, lama nida xsinggah blog jm :) best x jalan cambodia? Tak terfikir lagi nak jalan sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nida, JM pun dh lama tak singgah 'umah' kamu...tak ada story terkini kew...SR?..bagi JM best jugak compare to PP..tak per..mana tahu hari nanti..try ke Angkor Wat akan terpegun dengan senibinanya nya :-)

      Delete
  15. dalam byk2 tempat kt berjalan, cambodia n hong kong kt semangat sangat nak repeat....dan juga krabi hehehe

    tak tau nak caakap pe best benor cambodia ni...tp kt suka g sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..taste kita samalah...JM pun nk repeat SR dan HK..tapi Krabi belum sampai lagi...best jugak ke..hiks..tak sabar nk pegi nih heheh...JM suka gi SR kerana adaAngkor Wat dan juga sbb ada driver tuk tuk yg sporting tu ahaha..dasar gatal!!!

      Delete
  16. 'to be continued' tu yg hadoiiiiii sangat tau... haha... cepat-cepat sambung cerita yek JM... i followwwwwwww..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fayreen singah sini..saja je kan tetiba continue..ye lah rasa cam dh panjang lebar entri nyer...pastu byk lagi nk strory..kalau panjang sgt malas nak baca ye dak...ehh..tak ada blog ke..i nk poloww u back ni heee

      Delete
  17. info menarik untuk dikongsi bersama
    akak baca dari jauh je la...
    *tahun nih lum ada plan ke mana-mana*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe kak Anash..baca dari jauh pun...jgn tak baca ehehehe
      Nanti ada plan..leh gi..ajak Ren..nk ajak John dah jauh..dia dah round europe sinun :-)

      Delete
  18. you gi PP naik boat or overland? ok, handwritting tuh lawa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lily, i gi overland by sleeping bus..apa?..handwriting tu lawa..jap nak tgk balik sambil kesat mata..eh..biar betiq...ahahhah...fengsan...saja je tau

      Delete
  19. pehh.. nerbes baca makanan dalam usd.
    sebab kita ada trip ke negara yg guna usd gak...first time ... !
    kalau nasi goreng portion besar camtu..kalu tak abis..tapau..leh mkn utk dinner lak! save bajet..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana ku syg..itu baru baca..JM yg nk order ni belek2 2-3 kali menu cari harga paling MURAH..pastu convert ke RM hahahah
      Tapau?...ahahah..mmg ada kes camtu...hari tu JM tapau gak sbb byk...bijak Nana camtu tahu2 je heee

      Delete
  20. Cantik tuktuk kat Siem Reap ni...tapi debu tu yang tak tahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak lang mie bila nk kuar citer Batam part 2?
      Mmg comei tuk tuk tu spt org ygnaik jgk hahaha muntah darah bila dgr kan
      Gerak slow je tuk tuk ni mula2 rasa x selamat tapi ok je sbb x biasa naik kan. X suka berdebu? Plm da asma ke x perlu risau pakai mask

      Delete
  21. Dah lama tak jengah blog JM ni.. hehe.. comel je airport nye yer. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik nfa, betul tu ingat dh x sudi sggah sini heeeee, akak pun dh lama x lawat blog cik nufa tu coz tak upadate sambungan citer ke langkawi tu :-) ha'a mmg kecik airport nye

      Delete
    2. hee.. sentiasa sudi singgah blog sis JM ni :) bz lately, tak sempat nak ziarah. hehe.. sy pn bru nak update entry trip langkawi hri tu.. hehe

      Delete
    3. Terima kasih CN...akak pun sama...kalau BZ mmgtak sempat..pastu bila ada masa je trus baca semua entry tertunggak heee

      Delete
  22. weeeeeeeeeeeee... Siem Reap pulok kawan kita ni berjalan . best2 . nak tau gak apa yang ada di sini ^_^ cepat update yg seterus nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lieyaaaaa dh lama blk tapi baru terkedek2 nk update :-) pssst jm dh terima ole2 dari bali, timaaa kasihhhh :-)
      Cepat gak update citer bali tuuuu

      Delete
  23. baik betul abang salim ni...jm, time makan kena belanja sekali tak abang salim? ke dia tunggu luar jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg terbaek lah si Salim ni.... Dia beri layanan terbaek utk kami nk tahu? Nanti jm citer mmg x pernah jumpa lah kt msia heee

      Delete
  24. hotelnya sangat cantik JM
    berseh sungguh
    mesti banyak beli ole oleh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dila, part bersih tu mmg Jm puji i bgi u 5 star :-) tapi je yg kurng tak dok lift
      Ole2 aha x byk belinya coz nilai dlm usd huhuhu

      Delete
  25. Adik ke-4 dan adik ke-7..??? best nyer adik2 dapat kakak yang suka travel ni huhuuu.. :P
    Encik Salim tu macam best jer service sampai mask face pun free.. Makanan yang menyelarakan.. nanti nak ikut Kak JM la jalan cambodia.. pm tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha...parah jugak lah sbb kakak yg perlu tanggung semua huhuhu..Afii nak jadi akak jugak ke..leh jln2 sama heeee
      Ahaaa..mmg best dpt si Salim ni coz nak tahu kenapa...ada lagi perkara yg bagi akak..si Salim ni serve kitaorg..nak tahu..nanti akak citer...Ohhh..nak ikut ehh..boleh..boleh...nanti akak masuk dalam schedule :-)

      Delete
    2. Tahun ni nak focus tahun melawat malaysia..dan sket ke negara jiran.. tahun depan insyallah planning ke Asia.. :D
      ok pape hal inform kita yer hahaha ;D

      Delete
    3. Ada jugak ke negara jiran..ingatkan round malaysia je..in shaa Allah..boleh...next year lah :-)

      Delete
  26. Wahhh... bz sungguh abe salim kita hehe.
    (salim tak bg pun face mask kat kami.. INI TIDAK AAADIL) :P

    Ermmm terliur le tengok nasi goreng tu.
    Dah le fav. sy adalah nasik goreng huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekda...ahahah...jahatkan si Salim ni..pilih kasih plak heheeh
      oh ye ke ..byk betul nasi goreng tu tau..JM tapau :-)

      Delete
  27. Semangat nak cari tix murah ke Siam Reap....pastu nak hire si Salim ni juga. Gara2 JM lah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...dear Bie, esok kan AA buat sale..grab ceapt2 ..cari bulan Jan baru best...sejuk dan nyaman je...ahaha...tergoda dgn citer JM ke...BETUL bIE, kalau ada peluang JM nk pegi lagi SR dan pastu nak hire Salim ni...heee..kawan blogger kita Faricika pun tergoda gak

      Delete
    2. Memang dah tergoda JM. Insha Allah, panjang umur sampailah SR ni.

      Delete
    3. Ahaks....In Sha Allah..semoga Allah permudahkan..nanti JM leh baca strory dan pengalaman Bie fulak....

      Delete
  28. uhuk uhuk.... sekali lagi aku terbatuk di sini... hehehe... rupenye ade org sebut nama kite lagik.. yeayy!
    Tq la kak JM. baru sempat baca entri ni. lepas balik dari trip korea ritu, asyik sibuk je memanjang uolss.. meeting hari2 mengalahkan YB dah.. hahaha. sampai blog pun tak sempat hupdate.. ermmm... macam best je restoran yg uols pergi tu. yang kelakor di situ ada Daging Lembu Naik Bukit hokay... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farel...terbatuk2 eh..ganggu tak masa mesyuarat tu eheheh..biasalah org pangkat besor mmg akan masuk mesyuarat je heeee.Ha'a...naik bukit tau...kalau naik gunung kinabalu tak tahu lah mcm mano gayanye...

      Delete
  29. Wahh syoknya dapat naik tuk2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best gak akak MP..sbb ada kelaian sikit...kat msia kan tak ada :-) slow je geraknya..maybe sbb kami BERAT

      Delete
  30. hehehe....salim driver tuk2? mata dia sakit sbb tu pakai cermin mata 24 jam...thn lepas ambil dia gak, dia bawak tempat makan sama cam kat entry ni...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HB..mana pigi..lama tak singgah sini...windu ooooo sambil tgk org keliling..ha'a..ramai org msia yg hire beliau...betul tu dia pun ada ckp yg mata dia sakit...sbb tu asyik bercermin gelap je

      Delete
  31. ohhh dulu saya duduk guesthouse golden temple villa usd19/nite twin bedroom. welcome drink + free massage 30mins. Mmg recommended guesthouse ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HB...kalau JM tahu berkenaan GH ni mesti dh book..siap ada free massage tu...next time kalau ke sana nk tdo sini pulak lah

      Delete
  32. gambar JMpun dah macam berdebujer smp sana.. gambar CHtu kemain clear lagi.. ha.. ha...
    tapi best gak der Salim tu yerk.. entri muziumtu kelakar bab tanya Salim pasal merdekatu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak Zila...pastu kamera pun murah so bertambah kelabu heee..ahaha..Salim...Salim...

      Delete
  33. yup betul kt sna agak kotor skit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopiolimauice : Dah la kotor..berhabuk pulak tu..uhuhu...

      Delete
  34. email dii sini ain_sham_89@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain Shamsudin : nak apa eh..sorry tak ingat :-)

      Delete
  35. Replies
    1. Nur As : lama menghilang...sihat ke..windu neh

      Delete
  36. ramai yer adik beradik JM...meriah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi tarik balik soalan! Termissed baca komen nih. Ramainya, sis! Meriah- merry gitu!

      Delete
  37. Sungguh menarik...insyallah saya, isteri dan kawan2 akan ke Cambodia pada 16-19 Feb 15 ni dgn motorsikal.... terima kasih atas perkongsian ilmu.....blog saya: http://www.touringcouplerider.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Couple Rider : Wow...DAEBAK!!! travel dengan motocyle pasti melalui pengalaman yg berbeza..JM ada skodeng blog tu....cayalah..menarik!!!

      Delete
    2. lebih mencabar dan cukup memenatkan..

      Delete
  38. Sis, saya datang nak jejak balik last time saya travel ngan sis kat mana hihihih sorry lama tak bertamu di sini. Entah apa yg saya sibukkan tah. Start balik journey cambodia. Nampak dusty betul kawasan kat atas tu.

    Err,..sis anak sulung kan,...adik-beradik semuanya berapa orang? :)

    ReplyDelete
  39. akak nak tanya camner nak contact salim nih? mahal tak tour dgn salim? ingat nak pegi sana honeymoon....nnt akak bgtau ek kat syam_transmania@msn.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. jap..nanti sis JM email no whatapps Salim..servis Tip Top dont worry...

      Delete
  40. Hai, nak tanya... berapa jam perjalanan naik bas dr SR ke PP tu??? Selesa tak bas dia?

    Jadual bas dia macamana plak?

    TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sory lambat reply....hari tu kami naik 8 jam...jadual perjalanan boleh check dgn kaunter bas..better naik bas malam

      Delete
  41. baru tahu maksud siem reap tu JM ... rasa hairan juga apesal kat kemboja nama siam ;)

    ReplyDelete
  42. nak convert juga la JM ... sebab terasa mahal sekadar kemboja jer pun hehe

    ada juga yang murah kat sini, tiket flight murah ... tu sebab beli dari malaysia kan :p

    ReplyDelete
  43. hotel tu nampak bersih dan selesa ... harga hotel tu not bad la, kerja tengok kos jer kan, macam la nak pergi pun :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss..tak pe..kalau ada rezeki tak ke mana ye dok

      Delete
  44. Salam... nak tumpang tanya. Contact details utk Salim dan tuk-tuk nya blh share? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam..boleh refer entri ni : https://jarimanistravel.blogspot.my/2014/02/cambodia-tuk-tuk-at-siem-reap-phnom-penh.html

      Delete
  45. Blh share contact details Salim dan tuk-tuk nya? Terima kasih.

    ReplyDelete
  46. Siem Reap .. bandar nya cantik dan alam semulajadinya masih lagi terpelihara, kan JM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Canon Rider : bandar cantik tu tak kot sbb kurang membangun

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG