Saturday, 14 February 2015

TERUJA mak NOK!!!!

Assalamualaikum dam salam sayang semua readers blog JM,


Aha...hari ni JM nak tanya lah kepada bloggers sekalian selaku reader/pembaca blog JM.

Apakah saat, masa dan ketika yang membuatkan korang rasa sangat teruja, gembira, hati berbunga-bunga dan rasa sangat senang hati sebagai seorang penulis blog?

Lovely Face - image from google
Jika soalan itu di ajukan kepada JM...yessss..ini jawapan nya.

Sebagai seorang penulis blog yang berkonsepkan perkongsian tips dan tempat-tempat percutian di Luar Negara, satu je harapan JM agar info yang di kongsi menjadi panduan dan manfaat kepada semua pembaca di luar sana. Then Alhamdulillah matlamat itu tercapai kerana JM menerima banyak email dan komen-komen dari rakan pembaca. Mereka berpuas hati kerana selepas refer blog Jari Mains : Travel List sebagai panduan dan percutian mereka success. Alhamdulillah, itu lah kegembiraan yang sebenar buat JM.

Antara lain, something yang membuatkan JM rasa sangat gembira apabila dapat ramai kenalan di alam maya. Jika tidak percaya cuba lihat bilangan komen yang di tinggalkan dalam setiap entri.

Bilangan komen yang di tinggalkan
Bukan itu je, apabila blog JM kena BOmmmmmm kebaBOOOOMM oleh insan-insan yang rajin tinggalkan komen, boleh membuatkan JM senyum sampai ke telinga kekadang dalam tido pun boleh senyum heeeee. Siapa tidak kenal dengan mereka ni sila angkat tangan, Scdha Sein (SS), Zarul Farhana (ZF), Farrah MF, CT Humairah, Rose Reeza, Nor Salihah, Anizz Annisa, Arz MoHa, IrraYan dan ramai lagi.

Ini contoh serangan dari blogger SS..satu hari 15-20 komen 
Ada lagi uolls!!!

Saat di mana bukak je peti surat ada sampul tertulis Jari Manis & my address...YEss!!! hadiah dari rakan blogger....sebagai penghargaan kerana menjadi Top Commenter di blog mereka. Bagi JM memadai dengan terima kasih tetapi jika ada yang ingin memberi JM terima dengan tangan terbuka hiksss. Ini lah gift yang JM terima on this Februari. Terima kasih uoullsss...muahh...muachhh...muaahhh.

Gift from CT humairah blogger blog Siti Yang Menaip. Semua orang kenal kan. Hadiah as a Top Commentar
Hadiah ke dua ni memang sangat special dari seorang blogger yang sangat kreatif, banyak barang kraf yang beliau hasilkan dan JM dapat sepasang Shawl dan Kad ucapan. Terima kasih Farrah MF..yess!! beliau juga ramai yang dah kenal kan.

Sepasang shawl dan 2 bungkus kad ucapan...cantik sangat..suka...suka..sukaaa
Cer baca ucapan dalam kad tu...so cute!!!
JM suah terima 3 gift dari beliau bersama kad ucapan yang comel dan di semadikan di partion ofis
Dan yang terakhir dari blogger Deanna Morni or blogspot Kameq Deanna kerana beliau berasal dari Sarawak
Kepada yang masih belum berkenalan dengan ketiga-tiga blogger ni jangan tunggu lagi, sila terjah blog mereka kerana kunjungan anda akan di layan dengan baik sekali.

psst : JM masih berhutang Hadiah Top Commentar Jan 2015..tunggu ye 

Last but not least bila ada rakan blogger and reader bertanya "bila nak up entri baru ni" eheheheh...

Satu je musuh utama bagi JM iaitu cukup 'susah' untuk update entri terkini tetapi sangat rajin Blog Walking kerana membalas kunjungan rakan blogger yang singgah ke 'teratak ini'.

Terima kasih kepada semua yang masih setia bersama blog Jari Manis : Travel List

Jumpa lagi.

304 comments:

  1. Replies
    1. Komen beratus SS boleh terima lagi... Tapi ni FIRST komen... Wahhhhh! Memang layak ke sukan olympic acara JARI PANTAS!

      Delete
    2. hahahah...
      asyikw Jari Manis ja... kena Jari Pantas lak..haahaa

      Delete
    3. Akak baru nak baca entri, udah 85 komen, biar betul...

      Delete
    4. peeergh ZF cipta rekod.. hari hari mai jenguk ke macam mana ? adus sangat pantas ni..
      memang tak terkejar lah kalau ZF and SS dah mula mai komen..

      Delete
    5. kak umi xpyh entry dulu.. tgk gmbar terus komen hihi..

      Delete
    6. Cik Zarul Farhana ada kuasa magic macam bomoh Mak Esah... Ha Ha Ha...

      Delete
    7. ZF : "haaa tu dia aihh"? naper? x percaya! heeee

      Delete
    8. SS : rasanya tiap masa, detik dan ketika si ZF ni ngadap blog itu sbb antara first person comment tu..x nk ckp org lain..JM pun sama :-)..kalau sehari x ngadap blog rasa seminggu x jumpa 'KEKASIH HATI'

      Delete
    9. CT : SS dan ZF ni ada je idea dorang tau..sis JM pun x sempat nk reply...tapi CT pun apa kurangnya..semput DEN!!!

      Delete
    10. Kak Umi alya : ehehehe...rakan2 blogger ni rajin tinggalkan komen itu sbb JM perlu lebih pantas balas kunjungan nih

      Delete
    11. wahh sekali bagi komen jenuh nak baca..

      Delete
    12. Betul tu eyda. Sekali tengok, berpinar mata! :)

      Delete
  2. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...TAHNIAH BNYK DPT HADIAH TENTULAH KERANA PENGHARGAAN TERHADAP JM YG MENULI N3 TRAVEL YG MANTAP BERKESAN BUAT REVISI JIKA HENDAK JALAN2 KELUAR NEGARA...KAK SUKA BACA N TENGOK PIC2 MNARIK OK DAH..

    ReplyDelete
  3. tahniah dari kaknoor JM banyak nya terima hadiah dari rakan2 blogger ya, mesti happy bangat ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia senyum sampai telinga tu Kak Noor...

      Delete
    2. pasti happy bangat, deh! komentarnya ratus-ratus!

      Delete
  4. asalamualaikum jm...jika tanya pada yan pulak..

    gembira dapat berkongsi maklumat...
    dapat kenalan baru yang jauh beza dengan fb ( kalau tahu dari dulu dah ada blog )...
    bila penulisan kita dibaca dan di komen rakan blogger..
    hati berbunga bunga sebab pertama kali dapat hadiah dari blogger cikgu etuza sepanjang 3 bulan jadi blogger...
    dan yang paling penting sekali ikatan silaturahim terlalu erat macam dah lam kenal..padahal belum jumpa pun..

    terima kasih jm sudi singgah diblog yan..maklumlah yan budak baru belajar..terima kasih tau..

    ReplyDelete
  5. I'ouls sengih sipot kat JM... Memang best main mercun dihalaman umah JM... He He He He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mercun roket, mercun pop, mercun gasing..hehe

      Delete
    2. Kalu ada tabung buluh yang tak pakai tu boleh transform jadi meriam buluh... He He He..

      Delete
    3. saya just ada tabung buluh ja..

      Delete
    4. skrg ni dh xmain guna buluh dah...

      Delete
    5. hihi famous SS sekali bukti haaa SS main bombing rumah orang..
      pakai bom apa tah laju sangat komen..

      Delete
    6. tgk. demam demam dia lagi mampu taw...

      Delete
    7. Ni bom bukan sebarang bommm... Kuih Bommmm... He He He...

      Delete
    8. SS kena cari Kuih Bomm banyak2 untuk mengebomm umah orang..

      Delete
    9. SS, ajar sikit sengih siput tu macam mana :)

      Delete
  6. Assalam..

    Knock..knock..wana datang umah sis JM..jenguk sini ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ketuk Kak Wana jangan tak ketuk.. meh kasi roboh rumah Akak JM..

      Delete
    2. Tak kan knock2 aje... Nasik2 tak de? He He He..

      Delete
  7. Memang seronok bila jadi blogger ni kan sis..kita dapat kongsi tips atau pelbagai perkara dengan readers..

    ReplyDelete
  8. Paling best dapat teman blogger yang peramah, sporting, comel, manja, pemurah dan macam2 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk tgk blog mana yg manja..hihi

      Delete
    2. kite nak gi manja2 ngan Kak Wana pulak lah..
      kot boleh dapat kek free fresh from sabah..

      Delete
  9. Betul tu JM. Suka sangat bila entri kita dibaca dan ada yang komen. Tak kisah la komen positif atau negatif. Boleh tapis yang negatif tu...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang negatif tu delete saja.. buat semak otak nak fikir..
      kalau ada memang bo layan. tak kuasa mak nok =P eeeh ahahaha..

      Delete
  10. Satu lagi, kalau dapat hadiah dari rakan blogger. Time tu jugak datang semangat nak menulis dan berblogwalking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. kena kasi hadiah selalu la macam ni =P miahahaha..

      Delete
  11. Sebahagian besar kawan2 blogger yang datang sini..memang kaki komen dan rajin bw ke rumah wana juga :D

    ReplyDelete
  12. Tahniah pada sis JM sebab dapat hadiah2 tu..sis memang layan dapat tu sebab rajin tinggalkan komen..hebat!!! Wana tabik springggg..hihi ^_^

    ReplyDelete
  13. Segala perkongsian sis tentang travel pasti berguna buat pembaca di Luar sana..tahniah sis..teruskan perkongsian ni..

    ReplyDelete
  14. wahh ramainya pengomen kat blog JM! saya pun suka baca blog JM sbb banyak entry travel :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam ikut travel sama.. walaupun ditinggalkan di malaysia..
      bayangkan la jiwa kita terbang bersama

      aaaauch >.<

      Delete
  15. Insyaallah..wana akan jejak entri sis yang sebelum ni bila line tenet dah laju..skang bw melalui hp ja..kurang best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuuish Kak Wana.. internet tak laju pun tudiaaa dia tinggal komen punya banyak =P ehehe..

      Delete
  16. Ok kalau macam tue'singgah la ke teratak saya pulak ye..hehe:-) salam kenal cik jari manis..

    ReplyDelete
  17. Ok kalau macam tue'singgah la ke teratak saya pulak ye..hehe:-) salam kenal cik jari manis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. get ready nak kena bom dengan Akak JM =D

      Delete
  18. kalau saya, paling best bila dapat kawan baru da ukhwah disambung ke alam realiti.,..gitteww

    ReplyDelete
  19. Jm ..akak datang ni, takdelah nak komen apa, cuma tumpang gembira je, he he

    ReplyDelete
  20. kalau akak kalau orang tinggal komen pun dah seronok , JM.

    ReplyDelete
  21. wah, dalam satu entri, tak pernah lagi akak kurang dari 100 kan. bestnya ramai orang komen kat blog kita. rasa macam entri kita dihargai. tapi akak memang rajin komen kat blog semua orang kan. saya kagum betul dengan blogger macam ni. sangat komited. nak gak jadi macam kak JM tapi xtahulah mampu ke tak. hehehe.

    anyways, tahniah atas hadiah yang diterima ^^, you really deserved it.

    ReplyDelete
  22. sis...wanie juga ternanti2 entri dari sis JM taw...serius talk! tahniah dan terima kasih sis,sebab begitu rajin bw,komen yang menyenangkan, dan dapat kenal dgn sis walaupun hanya dalam alam maya..keep in touch ye!

    ReplyDelete
  23. dalam tdo pon boleh senyum!!
    ada mimpi saya x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mukaaa atakkk senyummm woo... macamm menang loteriiii woo...

      Delete
    2. muka sapa la tuh masuk dalam mimpi =D

      Delete
    3. muka CT la..sbb CT pernah jmpa sis JM

      Delete
    4. aaaa *bling bling* ZF jangan jealous =P

      Delete
    5. Mestilah muka orang yang masuk mimpi.. Tak kan muka surat plak...

      Delete
    6. Hahahahah gelak kat sini. SS dah sihat ye,...kembali berbisa gamaknya :)

      Delete
  24. Kak Jm... Bagi Ros, teruja bila entry- entry kita dibaca oleh pengunjung sepenuhnya. Bukan sekadar tengok gambar dan baca tajuk je.. Lagi satu, bila sesuatu entry kita tu dapat membantu mereka yang sedang mencari/musykil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak orang yg tengok gambar dan baca tajuk hari ni... Esok dia baca entry... Tapi hari2 dia komen.... He He He...

      Delete
    2. ahahahaha SS ni ade aja nak kenakan orang.. adus tudia yang trasa mai dah..
      orang kata kalo makan cili kita tak rasa jus oren =P

      huurm ade je yang gitu. pastu komen tanya benda yang memang kita dah tulis dalam entry.
      sadis kalau begitu.

      Delete
    3. Tapi komen2 macam tu yang kadang buat kite sengih! He He He...

      Delete
    4. Lagi tambah sengih menyeringai bila ada yang tanya benda kita dah tulis dalam entry, ada pula yang tolong jawabkan bagi pihak kita ;)

      Delete
  25. Ros pula rasa teruja bila tengok jumlah komen di setiap entry kak Jm.. Beratus ratus tu! Memang terbaik!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasyat kannn sampai beratus... Jap2 lagi beribu... He He He....

      Delete
    2. penat lah nak kejar komen si SS ngan ZF ni.. huuurm..
      korang.. bawak2 la berehat..

      Delete
    3. Jangan kejar Cik CT... Nanti kang semput sape yang kena bagi CPR? SS jugakkkkkk! Ha Ha Ha...

      Delete
    4. Jauh SS nak travel ke Penang utk bagi CPR kat CT :)

      Delete
  26. Tahniah kak Jm!! Banyak dapat hadiah. Rezeki berblog kan ;)

    ReplyDelete
  27. Memang dashyat JM nyer ruangan komen !!!!!!

    Memang tak leh nak kejar !!!!

    ReplyDelete
  28. seronoknyer JM dapat banyak hadiah : )

    ReplyDelete
  29. Melimpah2 rezeki kak JM.... alhamdulillah !
    Tumpang happy... rasa eksaited macam Sha pulak yang dapat.... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan kan...kita tumpang happy, mana tau one day kita berjaya ikut jejak sis jm...rajin n komited

      Delete
  30. Saya teruja sangat bila ada yang suka baca entri kesihatan saya. Sampai ada yang ternanti2 bila nak up entri kesihatan yang baru.
    Tapi, sekarang dah kurang pulak saya menulis tentang penyakit. Penyakit M punya pasallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dok menunggu entry kesihatan kak shikin.. byk ilmu dri kak shikin leh dpt

      Delete
    2. Penyakit M pon penyakit jugak Nazeck... Jadi... Sila laa tulis pasal penyakit M... Nanti SS baca... Ha Ha Ha...

      Delete
    3. betul... saya suka entry kesihatan yg kak shikin tulis. habis saya godek2 yg lama2 punya kutip baca..hehe

      zinziemeewah

      Delete
    4. penyakit M ? haaaa doctor sila cucuk pelali pada diri sendiri =P miahahaha..

      Delete
    5. Ramai yg lebih aware ttg kesihatan once dah bacablog Shikin :)

      Delete
    6. betul kak Farah... ada kesedaran lepas baca

      Delete
    7. Kesedaran lepas koma ke Cik Zarul Farhana? He He He...

      Delete
  31. Kalau yang lain-lain tu sama lah macam k.JM.
    Saya sangat teruja jugak bila komen datang bertubi-tubi dari bloggers yang peramah. Yang sebaya, lebih tua atau yang muda.
    Setiap komen anda amat saya hargai & saya ucapkan ribuan malah jutaan terima kasih.
    Thanks for making my life more meaningful.
    Saya ada menyimpan hasrat nak berjumpa para bloggers yang rajin datang blog saya tapi taktau lagi bila. Rasa malu pulak kalau nak jumpa reramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom2 kak shikin...nk jumpa gak

      Delete
    2. Iye laaa tu Cik Zarul Farhana... Nanti bila jumpa jangan sorok bawah meja plak...

      Delete
    3. best tu kak shikin..hehe :)

      Delete
    4. hahaha.... sorok dlm kain ja..

      Delete
    5. jom semuaaa kita jumpa buat gathering..
      semua pakat masak buat potluck hakhak..

      Delete
    6. SS panaskan enjin aje boleh tak? He He He...

      Delete
  32. wahh...ni betul2 saat2 yg paling manis ni JM...bkn setakat persahabatan yg dihulurkan...cenderamata juga..

    ReplyDelete
  33. Blog JM bukan sekadar berkongsi maklumat ttg info sesuatu tempat dari pengalaman kembara JM sahaja, malah memberi inspirasi kepada pembaca termasuk saya ni. Sgt menarik perkongsian yg JM kongsikan & sewajarnya JM layak mendapat semua cenderahati tu. T kasih atas jalinan ukhwah silaturrahim yg terbina juga dari saya ikhlas buat JM.. semoga JM terus berjaya dlm apa jua yg dilakukan... aamiin. Salam ceria selalu JM.. :) :)

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum... sister ... sama lah...
    bagi saya yang paling best... apa yang kita tulis tu boleh bagi manfaat kat pembaca... kan...

    ReplyDelete
  35. Lama tak singgah sini ^___^ tahniah kJm. Semoga terus sukses. Sdg merancang travel ni. Nanti boleh tanya kJm kan? hee

    ReplyDelete
  36. Saya pun teruja bila tulis blog.. hege.. tahniah jm sebab dapat ramai kenalan and pv pun tinggi.. tahniah

    ReplyDelete
  37. Replies
    1. bertalu2 kompang di paluuuuuu.... ha ha ha...

      Delete
    2. biasanya kalau kompang dipalu ni, ada orang kahwin.. hehe

      Delete
    3. zaman la ni update sikit.. bukn utk kndri kawen ja.. hihi

      Delete
    4. nak kawen??? jgn lupa jmput yer..hehe

      zinziemeewah

      Delete
    5. yang komen ni pun sama saja.. bertalu2 =P jenuh tau nak hambat..

      Delete
    6. ishhh jgn la hambat...merajuk baru taw...

      Delete
    7. Hambat je si Cik Zarul Farhana tu.. He He He...

      Delete
  38. pehhh banyaknya hadiah. gilaaa arrrr.hahahah

    yehhh saat paling bahagia, bila dpt pegang laptop, dgn pantasnya terus update entry, dpt comment byknyaaa... wooooo

    rindu saat mase2 lapang. hari hari update entry. skg susaaaa nyaaa. uwaaa

    ReplyDelete
  39. wah,tahniah kak JM :-)

    ReplyDelete
  40. amboli banyaknya dapat . mmg best kan bila dpt gift . sis pun dpt dr kamek deanna ...

    ReplyDelete
  41. Wahhh... terbeliak mata tengok komen yang sangat banyak tu.
    Saya nak dpt 5komen pun pyh sbb tidaklah sempat utk blog walking huhu.

    Untung JM, murah rezeki.. syok & tumpang happy (jujur ni taw.. bkn ckp sbb dengki.. heheh).

    Teruskan jd blogger bertips :D

    ReplyDelete
  42. Tahniah JM... semoga blog JM akan terus maju jaya...dan menjadi inspirasi dan panduan kepada mereka yang gemar dan akan travel ketempat2 yang pernah JM pergi...

    ReplyDelete
  43. Mungkin satu hari nanti JM boleh taja tiket flight top commentator untuk mengiringi JM bercuti ke luar negara. Cuma pastikan orang itu sebolehnya wanita, kalau JR yang ikut nanti jadi fitnah pulak hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk ni akak tak sokong, confirm2 Zarul lah yg dpt tiket tu ahaks ok tak nak busuk hati sekejap di pagi hari? :)

      Delete
  44. wow! banyaknya comments ;D tapi sis punya blog memang org akan jadikan reference hehe. kene belajar ngan sis ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu nak berguru sediakan pengeras! Tak gitu JM?

      Delete
    2. hihi.. nak cari tips godek2 aje blog ni.. cari entry lepas2 ahaha..
      pening Akak JM nak handle nanti..

      peminat ramai =D

      Delete
  45. Thank you Sis JM sebab sudi berkongsi tips2 sewaktu travel... Insyallah ~ ada rezeki, kesihatan yang baik, umur panjang, akan jadikan Sis punya blog sebagai panduan sewaktu travel... kalau boleh, nak print supaya senang nak refer.. hehe... sayang sis manyak2.. emuahhh

    ReplyDelete
  46. blog JM bnyk info n sy yg newbie dlm travel ni pun byk refer kt sini dan blog2 otai lain.. ^_^ keep it up!!!

    ReplyDelete
  47. Walapun jarang update entri ( kekadang kita sama) tapi rajin BW...Pakar mengebom

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz MoHa champion of bom mengebom...

      Delete
    2. sudah korang.. gua serender bab bab bombing ni..
      gua komen apa adanya saja.. uols terlalu canggih ahaha..

      Delete
  48. Ni pon dh ramai yg komen. Belum masuk anizz, nani, arz...tukang boom tu... Seronoknya tengok ramai betul yg singgah sini...klu rajin singgah la teratak buruk saya jugak.. Heee irrayyan.com

    ReplyDelete
  49. nok nok nok......... Assalamualaikum Tuan Rumah....

    wahhhh murah rezeki JM yew.......... best nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis JM pemurah orangnya. Rajin hargai readers dan selalu ingat pd rakan2 blogger yg lain.

      Delete
  50. Salam JM... nice entry... akan tetap mengunjungi blog ni walau takder bagi hadiah... tabik spring selalu blog kena bom... sejayaan peribadi tu sampai tido pun boleh tersenyum... patutnya dah dapat anugerah nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai la join bom skali.. seronok bom blog org ni....hahaha

      Delete
  51. tahniah kak JM, banyak hadiah tu.murah rezeki. hehe..sekarang pun tengah buat revision kat blog kak JM untuk next destination..harap-harap menjadi kenyataan..hehe.

    thanks jugak selalu datang bom blog saya yang tak berapa nak update tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. naaaaaaaaaak pi mana tu Kak Sal ? amboi dia diam-diam ahahaha..
      nak ikut dalam luggage..

      Delete
  52. alhamdulillah bertambah rakan-rakan...moga ukhwah tu terus terjalin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa JM... Hidup tanpa kicap Jalen... He He He...

      Delete
  53. hohoho...best!! salu gak BW sini buat rujukan tuk jenjalan... thumbs up!! ^-^ JM pon mmg sgt rajin BW & drop a comment kt entry .... i luv ^^

    ReplyDelete
  54. Replies
    1. acececeh uncle jeles pulak dia..

      Delete
  55. Singgah2 lepas lunch.. salam ceria selalu buat JM.. :) :)

    ReplyDelete
  56. adat lah tu sis JM..bomb comment dibalas dengan bomb comment..heheh

    ReplyDelete
  57. beratus komen..mmg menunjukkan sis JM yg peramah..hehe.. bila datang terjah sini, rasa terkedu, sebab komen ai akan jadi yg ke berapa puluh dah..

    ReplyDelete
  58. baru ja kunjung sini, banyak entry nak kena baca.. best laa baca entry2 sis JM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, Syida....selamat berkembara bersama sis JM. Dah khatam nanti leh intai SS pulak.

      Delete
    2. lepas tu intai saya jugak hihi tpi xda travel2

      Delete
    3. Life is Travel Cik Zarul Farhana...

      Delete
  59. Alhamdulillah smpai dah...hehehe...diorng mmg pengebom komen tegar...rajin kann...xleh jupe f2f..kt blog pon jadi laa kan..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jmpa depan2 malu la kak Deanna

      Delete
    2. Aik?! Dah tu nak jumpa belakang-belakang ke, ZF?

      Delete
    3. hihi...belakang2 tayang bontot lak..xelok

      Delete
    4. jumpa face to face habis roboh kedai =D

      Delete
    5. Cik Zarul Farhana tu tak ada idung... Tu sebab dia malu.. He He He...

      Delete
  60. Thniah JM dpt manyak hadiah...sonok tgk hdiah dr rakan2 kan..hehheeheh

    ReplyDelete
  61. Eh..lupa nk ckp..sy dh dpt yg JM post hrtu...sy suka..sy suka...hehheehe..mekasih bbyk tau JM...ssh jer bgi hadiah kt sy..really appreciate...hihihii

    ReplyDelete
  62. tahniah JM
    semoga sukses dlm apa jua pun..
    semoga ukhuwah berpanjangan
    knor asyik terlmbt jer dtg sini... maaf ye.

    ReplyDelete
  63. plg best jd blogger ialah bila dapt hadiah kencang mcm JM ni..tp eden lom prnh merasa lg dpt hadiah dr geng blogger/pembaca...insyaAllah sikit masa lagi hehe
    buat ms ni, kalo dapat idea nak menulis entri blog dgn lancar pun dah syukur sangat..lg satu, kalo dpt bnyk komen...excited habis! hehe

    ReplyDelete
  64. seronok ye..nana jugak baru berjinak dengan blog..bila ada orang komen memang tak tidur malam :)

    salam perkenalan & nanti jemput ke blog nana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...excited bila dpt comment...smpi x tdo mlm ^_^

      Delete
  65. saat paling gembira saya menulis blog bla dapat response n org 1st yg response tu adalah JM.. sangat2 terharu. pendek kata sebak rasa, tak sangka ada juga org baca tulisan saya..huhu. masa mula2 nak tulis seriusly segan, nak BW kt blog org jmput dtg blog pn segan tp bila sis JM response, wah!!!! terus semangt berkobar-kobar nak teruskan menulis. kalau bolh everyday nk tulis tp bz la konon kan..hehe. n sometimes penyakit M pn ada juga..hehe. teruskan keramahan anda sis JM. saya sentiasa menyokong anda :-)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  66. waaaah CT terlambat siaran ke ni T.T huwaaa.. dua hari macam2 jadi tak mengadap blog.. tahu tahu da seratus lebih da komen disini.. adus adus gue ketinggalan.. huuuurm.. alhamdulillah hadiah da sampai dengan selamatnya.. hope ull like it Akak JM.. mesti pakcik posmen pun dah kenal Akak JM kan.. mesti hehe 'siapalah Jari Manis' ni ehehe..

    tahniah tahniah... meriah hadiah =)

    ReplyDelete
  67. Sis, sorry...baru sampai sini. Congrats for ur achievements hihihi saya terharulah,...tiap2 hari dapat temankan sis kat opis!

    ReplyDelete
  68. Sis, sorry...baru sampai sini. Congrats for ur achievements hihihi saya terharulah,...tiap2 hari dapat temankan sis kat opis!

    ReplyDelete
  69. Tahniah buat sis JM..hebat.. Tq juga sebab sudi singgah belog Kathy..

    ReplyDelete
  70. Alhamdulillah, tahniah sis jm. Memang terbaik r. Dpt PV, dpt present. Hehe. Dpt kawan ramai jugak :)

    Moga terus sukses ^^

    ReplyDelete
  71. To oulss my lovely readers..JM mohon maaf sbb x sempat reply your komen lagi...perlu lepaskan BOooMMM di blog kawan2 yg sudi meriahkan blog JM ni sbg tanda penghargaan...terima kasih semua..nampaknya JM akan beri something buat semua teman2 yg rajin tinggalkan komen pada bulan Mei nanti in sha Allah...Masa yg korang luangkan di sini sgt di hargai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboii bz dok boomm blog org...bom blog sndri dulu..hihi

      Delete
    2. JM nak tebang banyak buluh tu buat meriam sempena nak raya cina....

      Delete
  72. Syabas JM! Teruskan usaha murnimu... tips2 jm pon bnyk tolong saya klu nk ke mna2...

    ReplyDelete
  73. Bukan hanya komen yang ditinggalkan tapi banyak hadiah yang JM dapat.

    ReplyDelete
  74. WOW..... terbaekkk la kakkk.. hihi :D

    ReplyDelete
  75. best kan ber belog ni bila dpt knal rmai rakan2 blogger yg super duper ohsem!

    ReplyDelete
  76. Inilah ganjaran kalau kita ikhlas dalam berblogging ni kan Sis JM :) bukan je dapat kongsi ilmu malah dapat kawan2 baru, hadiah, semangat :) tahniah Sis JM :)

    ReplyDelete
  77. Haruslahkan JM....teruja, gembira semua ada apa tah lagi dpt komen komen puashati dari mereka yg membaca tips travel JM ni....Tahniah yer JM ..

    Okje baca detail entri JM ni esok kalau ada rezeki nak travel.....hihi....sekarang ni belum lagi...

    ReplyDelete
  78. pewitttttt... bestnya dapat gifts hehe, congratz kak JM ^^

    ReplyDelete
  79. salams, best tgk komen blog JM...banyaknya:) congrats:):)
    paling teruja bila bukak blog ada org sudi dtg dan bg komen:):)

    ReplyDelete
  80. Salam singgah ke blog JM sambil pekena kopi kampung.. Salam ceria selalu.. :) :)

    ReplyDelete
  81. memang blog sis JM nih antara yg terbaik! sangat bagus utk dijadikan sebagai rujukan utk orang yg tak pernah travel ni.. baca tips and guide dari sis JM! Tahniah sis! happy for you (:

    ReplyDelete
  82. bagus ada blog sebegini.. mudah bagi yang tak pernah travel ke sesuatu tempat nak cari maklumat.. kekadang seronok jugak baca tentang negara orang dan tempat orang..

    ReplyDelete
  83. syok baca blog akak sb akak bawak kami dkt dgn negara luar yg kami xpernah pegi ... dpt tgk ciptaan Allah yg cntik2 sngt :) teruskan berblog akak ! love you kak jm :*

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG