Thursday, 18 August 2016

Trip Solo : Jim Thompson House Museum, Pratunam Mall, Pratunam Market, Terminal 21, On-Nut Night Market & Siam Paradise Night Bazar at Bangkok City

Assalamualaikum dan salam sayang buat reader yang JM ingati selalu,

Nampak tak nampak tak..tajuk entri pun dah panjang 5 gerabak keretapi, gara-gara nak habiskan story trip solo ke Bangkok City setahun yang lalu pada 23 Julai - 28 Julai 2015.

Perlu habiskan entri ni sebagai kenangan di hari tua nanti heeee..itu pun kalau umur panjang..aminnnn

Entri lepas sila korek kat sini Surau di Siam Paragon

JM tahu ramai yang beminat nak tahu kisah kena tinggal di tepi highway tu kan..so sabar ehh..nanti akan di kongsi cerita tu. Ni pun, dah lama tak update entri, page view dari 2 ribu sehari jatuh teruk ke 1000 sehari huhuhuh...ohh tidak!!!!!

Meh kita sambung!

Selesai solat di Paragon Mall, JM plan nak ke Jim Thompson House Museum, sebenarnya tak minat masuk museum ni, tengok peninggalan sejarah semua itu sebab waktu belajar sekolah menengah dulu pun JM paling tak minat subjek Sejarah.

Jim Thompson House Museum
Jim Thompson house ni tak jauh dari National Stadium Stn, jadi JM plan nak ke sana..nak tengok apa yang ada. Dapat jejak kaki kat luar pun jadilah.

Jim Thompson House
Opening Hours: 09:00-17:00 (last guided tour at 17:00)
Location: Soi Kasemsan 2, opposite the National Stadium on Rama I Road.
BTS: National Stadium
Admission : Adult 150 baht; Students (under 22 years old) 100 baht

How to get there: 
Take Exit 1 from the BTS National Stadium Station, turn right into Soi Kasemsan 2 and continue walking all the way to the very end. The museum will be on your left-hand side.
Bagi sesiapa yang pernah ke Loei Thailand, terdapat satu ladang atas nama Jim Thompson Farm yang sangat besar tau.

Siapa Jim Thompson tu? Kenapa dia famous sangat di Thailand...

"Jim Thompson or James Harrison Wilson Thompson was born in Greenville, Delaware in 1906. He attended public schools in Wilmington, went on to boarding school at St. Paul's and attended Princeton University, the family university, from 1924 to 1928.

Thompson had been in Thailand for nearly 22 years!!!!!"

Beliau adalah peneraju kepada Thai Silk dan seorang usahawan yang sangat berjaya terutama di Bangkok.

Keluar dari Exit 1 tu, follow je direction nak ke House Museum tu, jalan kaki lebih kurang 10min. Kebetulan waktu tu ada rombongan dari mana entah, jadi JM tak berseorangan. Bagi yang tak mampu jalan kaki, boleh naik shuttle.

Dari National Stadium Station tu ambil Exit 1
Follow je sign ni
Ikut jalan ni Soi Kasem San bukan Kasem Selamat heheheeh
JM follow je ahkak-ahkak ni
Bila dah sampai tu, ada kaunter tiket di sebelah kanan. JM pun tengoklah harga tiket, 150THB for Adult. Mahal nya!!! terdetik kat dalam hati tak perlu masuklah, tengok je apa yang ada kat luar tu.

Kaunter tiket
Dewasa Harga tiket 150 THB 
Ahli rombongan
Teratai layu di tasik madu
Yang putih tu apa eh?
Hai adik manis..senyum sikit
Di bahagian luar tu ada Jim Thompson Art Center, kedai menjual barang-barang kraftangan dari sutera tapi tak beli pun..MAHAL..masuk dalam tu semata-mata nak sejuk kan badan sebab ada penghawa dingin.

Jadi dah siap tabik hormat di Jim Thompson House ni, JM jalan balik ke tren stesen untuk ke Pratunam Mall dan Pratunam Market.

Mudah je nak ke sini, follow map yang JM kongsi ni. Mana korang nak cari lagi blogger travel yang rajin kongsi map detail macam ni kecuali di blog Jari Manis kih kih kih..

Panduan arah ke Masjid Darul aman, Halal Restoran Farida Fatornee, Pratunam Mall, Pratunam Market dan Terminal 21.
Map panduan ke Masjid Darul Aman, Halal Restoran Farida Fatornee, Pratunam Mall, Pratunam Market dan Terminal 21
Kalau nak ke Restoran Halal Farida Fatornee tu jalan dalam 5 minit je dari Ratchathewi BTS Station, tapi untuk ke Pratunam Mall dan Pratunam Market gaka jauh lebih kurang 20 minit.

JM stop di Ratchathewi station, ikut panduan yang di kongsi oleh sahabat blogger tapi salah arah exit, hampir 15 min juga sesat. Pastu ikut naluri jalan arah ke Pratunam Mall tu, jauh berjalan tapi tetap tak nampak bayang mall tu.

Kemudian pusing balik arah ke bts station, tanya makcik jual air di tepi jalan. Dia cakap ikut arah yang JM jalan tadi..adeh!!! patah balik ke arah yang sama..waktu ni memang penat, panas nya lagi...

Pratunam Fashion Mall
Masuk sekejap je mall ni tak ada yang menarik lebih kurang mall yang ada kat Malaysia. Jadi cross jalan ke Pratunam Market. Kat sini sesuai untuk rakyat marhaen seperti JM ni, golongan kurang mampu heeee.

Semua keperluan harian ada jual kat sini dan harga berpatutan boleh tawar menawar 
Tak membeli pun kat sini jalan-jalan cuci mata je, pastu terus ke Chit Lom Station dan lalu depan Central World ni. Salah satu mall yang agak besar juga di Bangkok tetapi tak masuk sebab kejar masa nak ke Terminal 21.

Central World Bangkok
Naik dari Chit Lom Station dan stop di Asok Station untuk ke Terminal 21
Turun di Asok Station
Terminal 21 is Mall or Shopping Centre
Apa yang menarik di Terminal 21 ni, maaf ye gambar kurang jelas sebab malu orang ramai pandang waktu keluarkan kamera.

Terminal 21 brings the dream of traveling the world to downtown Bangkok, with its cutting-edge concept that places several world-famous cities under one roof. Find yourself wandering around a maze of shops in Tokyo City, sauntering down London’s Carnaby Street, bagging a bargain in an Istanbul zouk, or shopping for something to fill your growling stomach at the Fisherman’s Wharf in San Francisco.

Menariknya setiap level atau aras ada nama Negara. Contoh kalau level M - Paris jadi semua barang yang di jual adalah berkaitan dengan nama negara. Pilih je nak pergi negara mana tak perlu naik flight naik escalator dah sampai hihih..Tapi sayang Seoul Korea tiada dalam senarai huhuh..

Level Rome
Level Paris
Level Caribbean
Nak ke London naik level 2
Kalau dah puas di London terus ke Istanbul
Katakan dah bosan di Instabul pergi pulak ke San Francisco
Hollywood level 6
Nak tengok 2 orang ni bergaduh boleh ke level Tokyo
korang akan jumpa bas ni di level London
bila dah puas pusing, jalan-jalan dari sebuah negara ke sebuah negara tak ada apa yang menarik di hati, turun balik ke stesen Chit Lom untuk On Nut stesen.

Nak pegi ke On -Nut Night Market mudah je, naik BTS turun di On - Nut Station. Pasar tu betul-betul sebelah stesen. Pasar ni open tepi jalan besar tapi berbumbung, cuma agak panas lah. Kalau nak cari t-shirt, kain skirt, seluar jeans atau boleh di katakan pakaian harian ada di jual kat sini.

Turun kat station ni
JM beli baju yang patung tu pakai...tapi warna merah belang putih
Lokasi pasar ni betul-betul di tepi Station On-nut
Siap bayar, JM plan nak pergi ke Siam Paradise Night Bazar. Waktu prepare itirenary, dah google tempat ni ada cakap bazar ni dah tutup tapi tiada kesahihan. Jadi JM plan nak pergi tengok sendiri.

Tengok jam di tangan pukul 6.00 petang, jadi ikut je direction yang dapat dari google. Dalam mencari jalan nak ke sana tu berapa kali sesat sebab salah arah.

Kemudian tanya pengawal yang jaga rumah kediaman, dia tunjuk arah berlawanan. Pastu, ada pulak seekor anjing besar seperti kat bawah ni ikut di belakang, makin cepat kita jalan makin cepat dia ikut. Ya Allah, memang cuak lah waktu..berdoa je dalam hati supaya selamat.

Kebetulan ada pasu bunga besar tepi jalan, anjing tadi berhenti minum air dalam pasu tu. Syukur ya Allah, cepat-cepat lah JM melangkah!!!!

Inilah anjing tu..besar kan..sib baik dia berhenti minum air dalam pasu tepi jalan tu
Hampir 20 minit jalan kaki, hari pun semkain gelap..hati rasa tak sedap..nak pergi ke tak nak..nak pergi ke tak nak sebab belum nampak bayang bazar tu. Kebetulan JM berselisih dengan sorang budak perepmpuan ni tanya "Where is Siam Paradise Night Bazar"...dia faham apa yang tanya tanya tapi dia tak tahu nak reply..dia cakap dalam bahasa Thai....adeh!! tak faham..JM buat muka tak faham..pastu dia bagi tanda isyarat "CLOSE"

Hadoilah!!! penat tul..dah jauh jalan, sesat lagi, anjing ikut belakang lagi..sudahnya JM cakap dalam hati balik ke Hotel je lah...lagi pun jap lagi dah nak gelap.

Terus naik tren balik ke Hotel lebih kurang jam 7.30 malam sampai hotel.

Senarai tempat tinggalkan jejak pada hari ke -2 di Bangkok City

1. Chao Phraya River Cruise
2. Wat Pho the Temple of Reclining Buddha
3. Grand Palace
4. MBK Centre & Yana Restaurant
5. Siam Center, Siam Paragon, Siam Square
6. Jim Thompon House Museum,
7. Pratunam Mall,
8. Pratunam Market,
9. Terminal 21,
10. On-Nut Night Market
11. Siam Paradise Night Bazar

Sambung hari ke 3

360 comments:

  1. Perghhh page view 2000? SS 2 helai tak smpi... Blog sendu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh..SS tu propa jek..hari ni JM tgk pageview blog SS cecah 6 ribu++..jeles heee

      Delete
    2. pergh.. 6000 pv dalam 1 hari?

      Delete
    3. Ganaasssszzzzz. Hebak! Hebak! Blog saya jugak yang krik krik krik! :)

      Delete
  2. Jim Thompson tu bukan adik beradik dengan Mr Boon kan? Kah Kah Kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe..JAUH panggang dari punggung

      Delete
    2. rosak simpulan bahasa.. hahahaha

      Delete
    3. In the first place, nape punggung nak dipanggang?! ;)

      Delete
    4. Pha Is : simpulan mati hihihi

      Delete
    5. Farah : punggung byk isi hehehe

      Delete
  3. 150 THB mahal katanya... 150 Won murah tak Jay Emm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks..150 Won baru berapa sen jek ni 150 THB alomst RM16++

      Delete
    2. boleh keje part time jadi moner changer dah nih.. terrer sbb selalu keluar over sea.. hahahah

      Delete
  4. Yang putih tu.... Qu Puteh.. he he he...

    ReplyDelete
  5. Perghhh! Jay Emm beli baju seksi woooo... Ha Ha HA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhe..baju tu akan di pakai semasa next travel..for ur eyes only kih kih kih

      Delete
  6. Dalam takut sempat gak amik gambar hanjing eh? kalu SS... Dah pecut lari berpagar... he he he....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe..SS lagi penakut dari JM lah ni

      Delete
    2. proses dokumentasi itu penting...! kan JM kan..hahahha

      Delete
    3. Saya pun terdetik benda yang sama. Dalam pada takut anjing, sempat lagi ambil gambar! Kalau saya, dah tak cukup tanah dah lari!

      Delete
  7. ini jalan2 tabik hormat je laa eh? he he he... Rugi tak memborong sebab bangkok murah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorang tak best shopping..paling best shopping bila travel ngan SS + HH

      Delete
  8. seronok ek shopping kat bangkok...murah2 ke kat sana

    ReplyDelete
  9. Entri baru! Sempat tengok gambar je dulu. Nanti datang balik ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam cikgu Ceketed!!! muah! lama x jengah blog dak Farrah ni..

      Delete
    2. W/salam. Saya datang balik ni. Sorry, baru sekarang sempat jalan sini :)

      Delete
  10. Assalamualaikum Sis JM.. Lama Ros tak ke sini. hihi.. hari ni sampai jugak. :)

    ReplyDelete
  11. teringin naya nak g bangkok lagi... aritu dapat gi sekjap je.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina..ce duduk diam-diam kat umah heeee

      Delete
    2. Aaah dok yam yam main dgn dadam... ha ha ha...

      Delete
  12. Kalau dapat pergi ni, tak tahu berapa banyak habis duit kat shopping Hihihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuat shopping gak rupanya Maman Reen ni :-)

      Delete
  13. best baca sbb rasa cam travel ngan JM jew

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. ehh...komen cam lebih kurang sama jek heeee

      Delete
  15. eh ada entri baru ke lambat singgah ekin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lambatlah Ekin..entri ni masih panas lagi

      Delete
  16. bila sis JM g bangkok ni... kena p kaji balik entri ni :P

    ReplyDelete
  17. takut2 pun berani deh ambik gambar anjing tu

    ReplyDelete
  18. wow pantung mengoda hahahahha

    ReplyDelete
  19. duit thailand memey mahal pada duit malaysia kita

    ReplyDelete
  20. ala cepat update pasal kena tinggal kat higway tu tak sabar nak baca ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa..part tu paling saspen..masih kekal dlm ingatan

      Delete
  21. Truly adore your journey Kak JM! Lama tak jenguk blog meletop kebaboom ni. Ngehehe.

    Now, i miss Bangkok because of this post!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks..thank u so much adik Pojie..kembang idung den

      Kan!!! Bangkok mmg best!

      Delete
  22. Replies
    1. kih kih kih..jgn harap dapat tengok abe MKL

      Delete
  23. Replies
    1. sebab dah sesat so tak nak org lain sesat like me :-)

      Delete
  24. Walaupun dari rumah nak masuk Thailand hanya 7km, tapi boleh kira dengan jari berapa kali masuk Siam. Haha. By the way, nice info! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hami Asraf..biasa kalau dekat makin malas kan..like pokok rambutan belakang rumah..buat tak nampak je buah tu..jiran sebelah lak meleleh je air liur..gitew perumpamaan nya ahakss

      Delete
    2. Heheheh analogi pokok rambutan sis JM kelakau!

      Delete
  25. Hebat atlet badminton Malaysia tu SP..bukan mudah dapat perak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh!!!! cikgu Etuza salah komen blog ni..;p

      Delete
    2. Hihihi tak pe, selingan olimpik namanya ;)

      Delete
  26. yang putih tu gegula telur puyuh an ?? yang dalam dia oren tu.. hikss

    ReplyDelete
  27. bila nak belanja gambaq pakai baju belang merah putih ?

    ReplyDelete
  28. Teruja tengok Terminal 21 tu.. sebelum ni tengok colleague nye gambar.. ni Sis JM pulak.. turn sendiri tak tau lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  29. wah..kak JM update blog! lama dah tak singgah sini.apa khabar akak maniss??

    ReplyDelete
  30. part anjing tu, kalau saya dah keras je situ..JM boleh amik gambar lagi. So, kira saya tak lulus lagi nak travel solo ni..haha

    ReplyDelete
  31. kalau sy gi terminal 21 tu buat port tangkap gambar jelah..feeling oversea.haha

    ReplyDelete
  32. terminal 21 tu kitaorang gigih pergi toilet setiap level.hahaha.. siap bergambar dalam toilet sebab toilet dia cantik2 dan each level lain2 tema.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mawar_merah..bial dah masuk tak nak keluar heeee

      Delete
  33. boleh kena kecing manis tengok senyum adik manis hehehe

    ReplyDelete
  34. pratunam market macam kat penang road pun ada juga hehe

    ReplyDelete
  35. siannya...dah tutup....balik elok elok ya sis JM hehehe

    ReplyDelete
  36. KY dpt rasakan Yg JM sanggat seronok mengembara sensorang..tak terikat dgn masa dan sesiapa.ikut suka nk lepak lelama ambil gambar lama mana..dan segalanya lah. ikut agen jgn haraplah..baru nk beerposing dah kena panggil..times up!!! katanya..huhuh

    ReplyDelete
  37. banyaknya dapat cover sehari...super JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu ni kaki masih kuat kak Nieda..stamina pun boleh tahan..kalau skrg ni berat badan makin naik..semput!

      Delete
  38. Ya Allah, jauhnya JM berjalan.. sorang plak tu. 1 hari banyaknya JM pergi. kuatnya stamina JM.. hebat JM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Wawa...kalau mkn Vivix mesti lagi hebat heeee

      Delete
  39. Hai JM sorry sbb lama zumal tak singgah. Dapat juga membaca entri JM malam ni. Bilalah nak sampai Bangkok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Zumal..ke mana lama menyepi..sihat?

      Delete
    2. zumal orang busy semenjak dua menjak nih.. heheheh

      Delete
    3. Zumal ada projek besar eh Pha IS

      Delete
    4. zumal bigboss skrg.. handle rumah org tua2... hebat beliau..

      Delete
  40. Menarik juga gadis manis tu... eh.. salah!!... menarik tempat tu... seronok jenjalan especially klu bab pilih2 baju mcm tu... lama2 pun ok... seronoklah JM.. :) :)

    ReplyDelete
  41. pls update my new bloglink

    https://ninatraveldiary.blogspot.my/

    hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah update new link Nina..tapi mana entri baru...asyik Padang jek

      Delete
    2. padang bola ke padang hoki? haaa..

      Delete
    3. Khamsi : Padang jarak padang tekukur ;p
      **Lama menyepi

      Delete
    4. I dah update dah travel diary u, Nina :)

      Delete
  42. Kalau ada duit lebih memang shopping..! Hiihii

    ReplyDelete
  43. bestkn terminal 21 tu..hehe.bleh berangan dh smpai negara lain.hehe

    ReplyDelete
  44. Jim Thompson nih yang hilang kat Cameron Highlands tuh kan? Glamer jugak cerita di nih. Wuuuu sama takut anjing trauma!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye SarahF...femes dia ni kat Thailand

      Delete
    2. Dia hilang sambil cekik stobeyi.. he he he...

      Delete
    3. Tulah,..kena makan stobeyi dengan cekelat baru tak tercekik :)

      Delete
    4. stobeyi coklat kena cari cik Luna Paaarisss

      Delete
  45. seronok ek shopping sana. best2

    ReplyDelete
  46. sukanya tngok bunga teratai dia sangat cantik....putih tu kepompong sutera ke...hehehe...alamak,besarnya anjing tu, klu rietta kna ikut camtu pown rietta cuak....

    ReplyDelete
  47. alhamdulillahh ada sambungan cerita Bangkok ni...hehehe dr saya tk p smpai dah 3bulan balik dr Bangkok..memang best kan jenjln kt sana..rambang mata nk membeli..
    owh yg putih2 tu kepompong ulat sutera kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss..Sha...ofcoslah..ni trip setahun lepas..baru nk update ;p

      Delete
  48. pergh setahun berlalu semuanya masih diingatan? eh macam lagu raya lak

    ReplyDelete
  49. Terminal 21 tu paling menarik minat Sue..
    Wow! kreatifnya orang sana ye..
    Seronok la boleh tengok negara yang kita suka walaupun tak semuanya ada..

    ReplyDelete
  50. kena ade keberanian unutk travel sensorang nie kan 3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul..hati kena kental cik Bunga..like JM kena tinggal di tepi highway...mmg cuak nak map$#@

      Delete
  51. Preghh..panjangnya tajuk..baca tang Jim Thopon je lah

    ReplyDelete
  52. JM tertinggal s dlm tajuk ni..ingt nama ala thai Jim thompon rupanya Jim Thompson..tp nasib baik rerupis yg tulis hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajam nye mata MAK!! JM pun x perasan :-)

      Delete
    2. Perghhh mak dah boleh jadi mesin spelling checker... ha ha ha...

      Delete
  53. bila nak tulis lagi sis? miss you

    ReplyDelete
  54. ingatkan malaysia je yg ada Bndar Tasik Selatan BTS.. hehehehe

    ReplyDelete
  55. baru perasan cantik kaunter tiket tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh..kaunter tiket cantik harga tak cantik

      Delete
    2. heheheh..kaunter tiket cantik harga tak cantik

      Delete
  56. Wow dah macam tajuk journal,panjang lebar sepanjang kilometer JM melangkah time tu kot,menarik konsep terminal 21 tu,buat org curious nak tau n pergi setiap level

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss...Ayda....tak nak update byk part sumbat semua dalam 1 entri

      Delete
  57. mak oooi JM akak yang membacanyapun dah rasa lari marathon... yang pasti tertarik pasal baju JM belitu cam patung pakai, cer cuba masuk kat blogni sikit... ha... ha... akak suka gi muzium mesti akak masuk muziumtu kalau pergi... yang terminal 21 tu memang best konsepnyer.. so bolehler kita rasa ala2 gitu.. yerler awat takder seoul yer??
    JM ... lama tak singgah blog adik akakni... banyak dah akak ketinggalan cerita JM... semoga JM teruskan travel ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Ka Cho Zila...yelah dh lama x singgah sini..rindu sama akak..anak dara 2 orang tu sihat..

      Delete
  58. Lar tak membeli ke kt Pratunam market. Mesti sebab lepas panas kan. Sebenarnya sana barang murah gila, barang pun pelbagai.

    ReplyDelete
  59. shopping mmg best di Bangkok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Nohas..kalau x nak shopping jgn ke Bangkok kan...rugi ;p

      Delete
  60. Apapun, peta sis JM tetap winnnn! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah : kih kih kih..harap2 lah reader faham map tu

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG