Kepada yang belum JOIN GA dari JM dan SS boleh klik banner di bawah...last date on 7 Disember 2016. Tak rugi tau join GA ni leh tambah kenalan dan follower..percayalah..Page View (PV) pun akan meningkat 😆
Jangan menyesal nanti kalau tak join 😀😁😂 |
Jeles tengok 'orang tu' update blog seminggu 2,3 entri ko!...kalau nak di bandingkan dengan JM..sebulan 2,3 entri....Adei!!! lelama bungkus la blog ni 😠
Siapa suka shopping? angkat kasi nampak ketiak busuk tu 😃
YES! kalau nak tahu..JM ni kalau travel luar negara suka cari barang atau ole-ole untuk kawan-kawan tau, kurang beli untuk reward pada diri sendiri.
Sejak keluar travel dengan SS ni...JM kena 'brain wash' dia beri sedikit kesedaran...😂Ole-ole untuk kawan-kawan tidak pernah dilupa cuma beli lebih untuk diri sendiri.
Jadi semasa plan trip ke Hangzhou - Shanghai hari tu, kami senaraikan beberapa tempat shopping yang boleh dapat harga murah, tak perlu nak masuk mall pun...kat Malaysia pun banyak. Kita pergi Market dan kedai-kedai tepi jalan jek.
Kalau korang ke sana make sure masukkan tempat-tempat ni dalam itirenary tau :
1. Yuyuan Street
2. Tabao City
3. Xinyang Market
4. Nanjing Road
5. Hefang Street
Untuk entri kali ni JM share dulu tempat membeli belah di Yuyuan Street dan Fuyou Road yang terletak di luar kawasan Yuyuan Garden.
Tapi sebelum tu JM nak share dulu cara nak ke sini, mudah je :
1. Stop at Yuyuan Garden Station Line 10 (warna purple)
2. Ambil Exit 3
3. Cross jalan menghala ke arah Renaissance Shanghai Yu Garden Hotel.
4. Kemudian dari depan hotel tu jalan arah ke kiri hotel (kalau kita berdiri menghadap hotel)
5. Jalan dalam beberapa langkah sehingga sampai Fuyou Road
6. Dari Fuyou Road jalan terus ke hadapan sehingga jumpa Fuyou Mosque, Yuyuan Street dan Yuyuan Garden.
Susah nak faham? okey..tengok map ni..gigih tak JM 😆
Nah, JM kongsi panduan bergambar pulak..
Tapi sebelum tu JM nak share dulu cara nak ke sini, mudah je :
1. Stop at Yuyuan Garden Station Line 10 (warna purple)
2. Ambil Exit 3
3. Cross jalan menghala ke arah Renaissance Shanghai Yu Garden Hotel.
4. Kemudian dari depan hotel tu jalan arah ke kiri hotel (kalau kita berdiri menghadap hotel)
5. Jalan dalam beberapa langkah sehingga sampai Fuyou Road
6. Dari Fuyou Road jalan terus ke hadapan sehingga jumpa Fuyou Mosque, Yuyuan Street dan Yuyuan Garden.
Susah nak faham? okey..tengok map ni..gigih tak JM 😆
Kalau sesat lagi tak tahu lah! 😁 |
Stop at Yuyuan Station Exit 3 |
Renaissance Shanghai Yu Garden Hotel terletak berhadapan Yuyuan Station Exit 3 |
Dari Renaissaine Shanghai Yu Garden Hotel tadi jalan arah ke kiri sehingga nampak Fuyou Road |
Kawasan Fuyou Road dan Yuyuan Street memang ramai orang, jadi hati-hati dan jaga handbag terutama perempuan |
Cuba teka siapa yang berbaju purple tu 😆 |
Nampak tak tudung dan scarf tu 10 Yuan je anggaran dalam RM6 |
Jalan sehingga nampak bangunan 2 ekor naga nak cium ni, kiranya korang dah sampai ke Yuyuan Street area |
Kami ke sini hari pertama sampai di Shanghai sebelah petang, so plan nak solat di Fuyou Mosque tapi di tutup "under contruction". Waktu kami sampai tu memang ramai orang tapi susah nak jumpa orang dari Malaysia.
Bila sampai kat Fuyou Road ni memang heaven lah..kiri kanan jalan tu, ada jual macam-macam, dan orang yang paling happy semestinya HH..orang kedua happy JM lah...orang ketiga happy si SS...😁 Bila baca dalam blog SS, dia kan ada cite pasal HH ni...merajuk kalau tak dapat shopping...bila dah travel sama-sama baru tahu dan faham.
Serious cakap...sebelum ni JM kan travel dengan partner yang berbeza...bila travel dengan dorang berdua ni..FUHHHH...BEST GILA! sebab? si HH ni suka shopping..jadi bila sampai tempat shopping dia paling pakar bab survey kedai jual harga murah...dia cekap SCAN harga..kami ni follow je dari belakang nanti bila dia masuk je kedai tu..sah! harga barang dalam kedai tu MURAH! si HH ni pun BIJAK tawar harga tau...katakan JM suka satu barang, harga memang mencekik, so serah kepada HH untuk deal dengan penjual tu..dan YES..boleh dapat harga murah dan berbaloi. JM ni tak reti nak bargain..kalau bargain pun tak dapat yang kita nak....rupanya nak dapat harga yang kita nak tu perlu ada SKILL tau.
Lain plak dengan si SS ni..dia pakar dalam bab ambil gambar...dulu kalau JM travel dengan orang lain..kerap jugaklah minta partner travel tu snap pic sendiri ataupun sebaliknya...bila gambar yang di ambil tu tak memuaskan hati, kita plak disalahkan...TAPI travel dengan SS ni lain..ko tak perlu risau pasal picture..dia akan snap pic tanpa disuruh..cantik plak tu..lagi satu kelebihannya..SS ada GoPRO 😀 semua gambar cantik..apa lagi ko nak...
Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing itu sebab JM selesa travel bersama mereka berdua ni. (Puji kasi UP sikit....manalah tahu leh join travel ke tempat lain lagi 😁). Harap-harap dorang baca ayat ni..JM puji ikhlas ni 😁.
Jom ikut kami tengok apa yang ada di sekitar Yuyuan Street dan Fuyou Road ni.
Deretan kedai disepanjang Fuyou Road..cuba teka siapa yang berbaju purple tu 😋 |
Cuba tengok tudung, shawl dan skarf tu..10 yuan uolss lebih kurang RM6..tak rambang mata ke |
Just follow arah ke Yu Yuan Classical Street tu |
Bangunan kedai di Yuyuan Street sangat klasik |
Ramai betul orang |
Tengok tu semua barang 10 yuan atau RM6..tak teruja ke uolssss |
Jom kita masuk!!!
Nak tahu tak hasil rembatan JM kat sini..
FM Shanghai sekeping 5 yuan, Cermin muka Shanghai 10 yuan satu, Sarung tisu 8 yuan setiap satu dan t-shirt 30 yuan sehelai |
T-shirt Polo di Polo Village 39 yuan sehelai dan dompet jenama Polo 129 yuan |
Termenung depan kedai mengira baki duit yang tinggal 😀 |
Nak tahu kenapa JM menangis? |
NAK TAHU KENAPA JM MENANGIS? menangis di depan kedai beg seperti dalam gambar....pastu si SS ambik gambar muka tengah sedih 😜
Ceritanya begini..JM dah lama cari bagpack sebab bagpack yang sedia ada tu tali dah putus....beli kat Malaysia tak sampai setahun pun guna..rosak! mula tu survey kat Tanah Abang, Jakarta..memang cantik dah berkenan tapi harga pulak agak mahal..Jadi SS cakap la kat JM..'kita tunggu beli kat China je lah ye..kat sana lagi banyak pilihan..murah lagi dari sini'..JM pun setuju lah...
Semasa jalan-jalan cari barang di Yuyuan Street ni, terjumpa lah kedai jual travel luggage dan bagpack. Kami pun tengok-tengok beg-beg tu dan mata tertumpu kat bagpack jenama Swissgear. Pegang sambil belek beg tu rasa berkenan di hati..SS dan HH pun cakap cantik. SS tanya JM..'nak tak?..JM pun jawab 'kalau murah nak la'...
Bila cakap je nak..si HH ni terus guna skill menawar dia tu...'how much' sambil tunjuk bagpack yang JM tengah pegang tu. Perempuan yang jaga kedai tu tak faham pulak how much tu apa maksudnya..hadoilaaa..pastu HH buat isyarat minta kalkulator. Amoi tu tekan kalkulator tertera nilai 400 yuan....ishh mahal tu..kalau 400 yuan convert ke RM lebih kurang RM240..waktu kami tukar duit hari tu 100 yuan = RM61.45
HH minta harga 100 yuan kalau convert lebih kurang RM60 tapi Amoi tu pada awalnya tak bagi tau harga tu tapi dek kerana skill bargain HH tu...kami berjaya dapat harga 100 yuan..senyum lebar lah JM 😀. JM pun keluarkan lah dompet nak bayar, pastu HH cakap tak perlu bayar..SS yang bayarkan sebagai hadiah birthday in avanced...bila dengar je SS nak bayar, hati terus sebak, air mata dah keluar, sedih dalam gembira...terus peluk SS sambil cakap terima kasihhh....😢
Bagpack Swissgear, FM dan beg hello kitty pemberian dari SS, beg 3 set warna pink tu pemberian HH...muah 👄😍 |
Setiap orang ada cara dan tip tawar menawar yang berbeza...tetapi teknik yang kami gunakan seperti ni.
Sebagai contoh katalah barang kita nak tu harganya 500 yuan..terus mintak tawar 180 yuan atau seminimum yang mungkin! set range price yang kita mampu beli katakan dari 180 ke 250 yuan... Dari situ logiknya penjual of coz akan naikkan harga... Tak mungkin akan jadi lagi kurang dari 180 yuan jika starting bargain kita yang pertama dah 180 yuan... Penjual akan up up up hingga mungkin ke 250... Kalu lebih dari 250 baru blah ke kedai lain...
Contoh lain..kami bertiga minat nak beli winter coat tau..yang jenis bubble tu...bila tanya dia letak harga 400 yuan...tapi kami nak beli dengan harga 100 yuan je sepasang...agak-agak boleh dapat ke harga tu...memang mencuka lah muka Amoi yang jual tu.. dia tak boleh bagi harga tu, tak ada untung katanya...kami pun blah la..tapi dia panggil balik dan tanya 'what is your last price'..kami tegas kan jugak nak harga 100 yuan...dengan berat hati dan selepas beberapa kali di pujuk kami dapat winter coat bubble tu dengan harga 100 yuan = RM60....jangan mimpi nak dapat harga tu kalau beli kat Malaysia.
Kalau kawan-kawan ada cara lain untuk bargain boleh share di ruang komen ye.
Kami ingat barang-barang souviner kat sini dah murah tau tapi ada tempat lain lagi murah...agak frust di situ. Jadi kalau korang nak beli FM, T-Shirt, winter coat, spring coat or any types of souviner dengan harga bafuck murah dari Yuyuan Street..tunggu dalam next entry 😁
Tarik nafas nak baca... 😂😂😂
ReplyDeletekalau x cukup nafas nanti JM bagi ye SS hehehe
DeleteKena brain wash katanya... 😂😂😂
ReplyDeleteIni baik punya brainwash nih 😊
DeleteKalau SS x buat mcm tu sampai skrg JM masih lena di ulit mimpi giteww ayat sastera bafuck 😬😜
DeleteBetul tu cikgu ceketed..mmg cuci bersih la 😬
DeleteSape baju purple tu?
ReplyDeletesaya rasa baju purple tu SS betul tak? cepat bagi hadiah hehe
DeleteAnda pasti? he he he...
Deletepasti 100%!!
DeleteBaju purple tu? Buat2 tanya plak 😜
DeleteCikgu Hazreen..tggu announcement pemenang GA ye
DeletePinjam bag swissgear tu boleh? 😅
ReplyDeleteSUKANYA DPT MEMBORONG SEGALA JENIS BARANG YNG DIINGINKAN DI SITU YA JM N SS
DeleteBeg swissgear tu too special to me x leh pinjam 😬
DeleteMmg seronok kat PI borong kat sini..kalau lah duit berkepuk mmg borong abis laah
DeleteHahaha... soping mmg menjdi kegilaan... tak ley usik sikit perkataan soping tu.. bole mengundang kemurkaan.. huahuahua...
ReplyDeleteSultan boleh meroyan akibat murka! 😂😂😂
DeleteAhaks! Kalau x dpt pegi tempat shopping muka mencuka jek sepanjang hari
Delete😂😂 sultan plak yang kena
DeleteBila tgk bag pink tu... baru ss tahu rupanya ada 3 bag lg kat dalam... terus cek yg ss punya! 😂😂😂
ReplyDeleteNak rembat lah tu 😬😜
DeleteHappy Birthday Jay Emm! Nanti kita shopping lagi eh... 😅
ReplyDeletehappy birthday JM ;)
DeleteTerima kasih SS cayang 😘
DeleteTerima kasih cikgu Siti Hazreen
DeleteAsalamualaikum JM..lama yak jengok blog .apapun tetap dalam ingatan ya..wah travel..syukurlah tahnia
ReplyDeleteWkomsalam cikgu Etuza..terima kasih
DeleteYa allah bestnyaaaaa
ReplyDeleteAiri Tanaka...mestilah best 😬
Deletefuuhh semput baca ,, sebab ada kes shopping hii.. kena tahu jugak trick nak shopping.. kadang-kadang kalau pandai beli kat luar lagi murah dari MAlaysia :))))
ReplyDeleteWani Sukarno..tu sbb kalau travel mesti allocate duit utk shopping tp pilih jgkla tempat..kalau ke NZ mmg x mampu nk memborong mcm ke China
DeleteSalam anakanda.. lama bunda tak dengar cerita anak2 bunda disini, bunda pun dah jarang bw n update blog..
ReplyDeleteWkomsalam Bunda Nora..JM pun kurang update skrg huhuh
DeleteAlaaaa, bestnya shopping + jalan2 + geng travel thorbaikkk! Heheh
ReplyDeleteAna fatihah..bila dpt geng travel serasi bersama baru best jln2
DeleteNice! Kalau nak pergi nanti saya refer sini ehhh
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com
Fatin Days..boleh je 😬
Deletewaduh2. tunjuk shopping2 hujung2 sem ni bikin penasaran bukk . hehehe. nak shopping! tapi kering.
ReplyDeleteAswaleyla..abiskan study dulu 😬
Deletebestnyer tengok gambarni... rasa akak dah ada kat sana terawang2...
ReplyDeletepsss : seronok rasanya JM singgah blog akak... haritu kawan akak puji blog JM... bangga rasa cakap tu kawan blog akaktu...ha... ha.. sipi2pun nak ngaku jgkkan...
Ahaksss..terima kasih kak Cho Zila..hah? Ada org puji? Blog JM ni dah mula sendu huhu
Deletei pun pakai swiss gear.. puas hati.. :)
ReplyDeleteswiss gear Jay Emm tu cuma RM 61.45 jek nina...
Delete* Batuk batuk skit... He He He...
Cantik, smart, stylolah beg tuh!
DeleteMesti Nina punya beg mahal dari JM kan 😜
DeleteKan SS..mmg x dpt harga tu kat msia..terima kasih hadiahkan utk JM 😘
DeleteFarrah MF..sayang sis JM nak guna 😬
Deletebestnya JM dapat travel ke semua tempat hehe sy ni Malaysia pun belum habis pergi semua
ReplyDeleteCik Itah..sis JM pun belum abis xplore msia tau terutama sabah n sarawak
Deletewah, bangunan klasik tu cantiknya
ReplyDeleteCikgu Siti..klasik bumbung bangunan tu rasa cam berada zaman sblm merdeka
Deletesaya bukanlah kaki shopping, tapi kalau tawar satu2 benda tu, maksudnya memang betul2 nakkan benda tu, dan selalunya saya tawar harga yang tak masuk akal, macam yang korang buat tu dan kawan saya akan cakap "gilo lah ko ni rin" atau "ko bior betul" hahaha!!
ReplyDeleteKalu SS yang bargain lagi hilang akal... Kalu boleh nak FREE.. Keh Keh Keh...
Deletehaha...benda paling best dalam dunia ialah benda FREE!! kan kan kan
DeleteCikgu Siti..ahaaha.. bagus cara tu..kena buat hati kering
DeleteAhahaha..kalau ikut cara SS selepas 2,3 orang buat mcm terus tutup kedai
DeleteSiapa x nak benda Free!
Deletebest dapat travel buddy satu kepala kan? syokkk
ReplyDeleteMestilah syok! Baru serasi bersama 😁
DeleteAssalamualaikum Sis JM.. Rose pulak yangs ebak tengok gambar JM menangis tu!
ReplyDeleteWkomsalam Rose..jgn la sebak..sis JM dah ok 😬
Deletehabis juga baca walaupun panjang berjela..good info kalau nak p shopping dekat sana
ReplyDeleteAnzra Rizal..wah! Habis baca eh? X sia2 sis JM taip panjang2 😬
DeleteComelnya purse pink helo kitty hihi..lmanya x singgah cne, sis pa kbr hope sihat2 hendaknya
ReplyDeleteAsya Lya..sisi JM sihat alhamdulillah cuma sibuk sikit lately ni
DeleteSS lar si baju purple itu ;)
ReplyDeleteEhehe r u ke Cik Bunga
Deleteyup its me dear
Deletesaya di sini , awak kat mana awak kat mana ;)
Deletemahu tak nangis , dapat geng yang baik sesangat ;)
ReplyDeleteAhaksss..betul ckp cik Bunga tu..x jumpa lg yg mcm dorang ni
Deleteseronok kalo dapat beli ngan hage murah baq hang ,)
ReplyDeleteDuit sikit dpt brg byk mestilah syok!
Deletenanti kalo nak shopping leh try tips yg JM bagi tue , thanks dear
ReplyDeletePraktik kan tau..kena buat muka tebal
Deletekite pon tak pandai nak tawar menawar
ReplyDeleteLeh belajar
Deletebayor jew , sbb fikir dah murah lar tue
ReplyDeleteKalau boleh dpt harga murah x perlu byr lebih
Deletehope ly korang akan pi travel bersama-sama lagi , dan lagi dan lagi dan leh buka fan club , catit my name first for your fan okew ;)
ReplyDeleteFan club? He He He...
DeleteFan club? Ada ke yg nak join 😜
DeleteJM jadi ahli club SS je laaa
Deletemesti pa ade ;)
Deletemesti la ader
Deletewalou pon sedih tp picture tetap comeiii
ReplyDeleteEkekeek 🙈
Deletebetuii nie comeiii jew
Deletepergh! giler la! power tawar menawar
ReplyDeleteUncle Zuan...kena pandai baru leh jimat dpt byk 😬
DeleteAssalamualaikum JM, bestnya tengok blog JM meriah dengan cerita travel, dah tak dan nak baca dah.. Haha.. Kena cuti sebulan kalau nak khatam cerita travel JM.. Keep on writing JM ❤
ReplyDeleteAyu Fatarina
Ayu Fatarina..ya allah kemana kami menyepi..selepas beberapa tahun kan..how r u skrg..lama menghilang..terima kasih masih ingat pada JM 😍
DeleteWahh pandai jer korang tawar menawar ya..Last2 dapat gak hehehe..Ok la kan kalau kita rasa takle nak dapat harga kita nak baik blah jer..Last2 dia panggil gak kalau dia rasa nak jual..Maknanya dia ada untung lagi la kat situ
ReplyDeleteBetul tu kak Lya..tu sbb kena pandai bargain..dorang ni tgk je org luar terus letak harga tggi
DeleteSaya paling tidak suka melawat Shanghai...kota yang keras..banyak alkisah berlaku.
ReplyDeleteSo far alhamdulilah... Urusan kami dipermudahkan even tersalah musim... he he he...
DeleteAbe MKL..kami enjoy je kat sana cuma sedih sbb salah musim..kalau pergi bukan musim typhoon ni mmg heaven la
DeleteKan SS kan..Semua tempat kita terjah cuma cuaca yg membataskan..yg lelain alhamdulillah misi tercapai
Deletemesti shopping sakan sis JM ni..hehe:)
ReplyDeleteEija..mestila! Sbb barang murah
Deletelain kali nak joint la trip dgn uolls...heheheh
ReplyDeleteBetul ke ni kak Nieda..ke ckp jek 😬
Deletemurahnya....
ReplyDeleteMurah gila! 😬 Tp kena pandai bargain
Deletetips bagus... tapi kt malaysia ni bole ka buat cm tu..
ReplyDeleterasa mcm susah nk dpt
Kat msia semua peniaga kedek n sombong so jgn harap nk dpt
Deletedh serasi travel ngan SS dan HH.. lepas ni lagi byk tempat bole travel sama2 kan...
ReplyDeleteIn shaa allah harap2 begitulah
DeleteSyurga membeli belah selepas bandung n padang besar :-)
ReplyDeleteEwantology..sudah semestinya 😬 Padang besar pun best eh? Nak try kat padang besar plak lah
Deletesalam sis jm lagi okey lah dari yana bukak jugak yana tak buka terus ... blog sendiri blog orang lain sama saja
ReplyDeleteYana sibuk ke skrg?
DeletePandai HH tawar menawar
ReplyDeleteBab tu mmg serah ke HH je
DeleteSS ngan HH ni sweet , nangis Sis JM dibuatnya . sis Jm bertuah tau !
ReplyDeleteSyukur tau Yana dpt kenal mereka berdua ni..layan sis JM like their family
Deletebestnya shopping..mmg berbaloi..'murah, murah'..
ReplyDeletebangunan pun cantik..
Kak Nohas.. kat Xian ada market yg jual brg murah mcm ni x
DeleteTakut nk tawar rendah sgt..nnti penjual marahhh
ReplyDeletekena buat muka 10 sen mak....
DeleteMak! Kalau dh tawar harga rendah dia x bg ok lag tp bila dh tawar kita x jadi ambik mmg dia maki sbb ada yg tawar harga x masuk akal pastu tuan kedai tu ckp 'u r crazy' bukan kami yg kena tp org lain
DeleteBetul ckp SS tu..hari juga kena kental..x dpt harga kita nak blah jek
DeletePastu takut klu tak beli kena marah..HH xpe ada abg sado sblh
ReplyDeleteAbg sado? Ahaahah lawak!
DeleteMurahnyaaaa....nk reward diri sendiri shopping obersi kena bwk la byk sikit belanja kn
ReplyDeleteBetul tu Mak! Eh Mak dah balik dari Medan belum ni
DeleteJM ni mesti cpt terharu kn..dpt hadiah nangisss..klu mak..hemm
ReplyDeleteJM ni tgk cite sedih pun nangis tau
DeleteSs kwn yg baguskan..ada hadiah bzday advance tuuu...
ReplyDeleteKalau Mak nak tahu..JM belum jumpa lagi orang sebaik SS ni
Deletewahhhh..bestnya shopping..kalau kite ni rasanya mau habis duit dok gila shoping...hahahah
ReplyDeleteIzzati..wah!! Kita boleh geng laaa 😬
Deletehuhu..mnangis dpt hadiah ok ler..n boleh tiru tips nak beli barang nanti tu.. hbat ye HH..
ReplyDeleteJie Susanos..leh belajar dari HH
Deletekena pndai main harga, klu dah tawar habis2 tiba2 tak beli? kena marah tak..
ReplyDeletetawar sampai manis.. ha ha ha
DeleteZie Azi..mmg kena marah la sbb mcm main2 kan dia 😅
DeleteAhakss dah tawar mana de manis lagi
Deletewahhh betul laaa....lama betul nak menunggu JM up entry...seronok kan dpt partner sorg amek gambar...sorg minat sopinx2...bestnyerrr...azue x pernah travel luar dr mesia nie...sebab cik abe x minat travel obersea...nak pegi travel pun xder geng...seronott baca blog JM n SS nie...nmpak ketulusan persahabatan kat situu....
ReplyDeletealhamdulilah...
DeleteAzue..kalau en abe x nak..ajak lah kwn pompuan yg lain..alhamdulillah
DeleteAminnn
DeleteHaha.
ReplyDeleteDulu pun Khai guna cara tu nak tawar menawar kat HCM City. Memang menjadi!
Anyway JM kedai2 kat Yuyuan St tu memang lawa-lawa lah! Design dia unik. I loike! hehe - Khai
Hai Khai..mmg berbaloi tau
DeleteOhhh mcm tue cara nya nak bargain . Nice tips JM . Bestnyaaa dapat hadiah beg dari SS . Rezeki JM .
ReplyDeleteAgak-agak nia leh join tak JM , SS travel skali next time . Hihihi
Boleh je nia... tapi tolong bayarkan tix we'ouls boleh? ha ha ha
DeleteHai Nia..nak join? boleh je tapi en abe kasi ke
Deleteehehehe...sanggup tak Nia
Deletemasyaallah................... banyaknya komen, klu blog akak sejuk dingin sedingin2nya,... he he,.. nak join la supaya blog akak pun hangat...
ReplyDeletekak Aimaniman...boleh je
DeletePandai ye HH bargain...kalau saya memang tak reti.
ReplyDeletesis JM pun x reti Sal..semua serah ke HH..dia mmg pandai bab ni
DeleteLama tak datang blog kak JM..nak buat cmane, opis block, asal nak datang sini je error. Dia tak kasi staf asyik amik cuti gi travel kot.haha
ReplyDeletepelik betul! termasuk cik sal ni... Dah berapa org kata yg sama... Jay Emm kena check coding nih...
DeleteAduh laaa patutlah sah lama Sal x muncul kat sini..dah ramai complain x boleh masuk blog JM on opis hour huhuhuh what should i do
DeleteDear SS...sian kat i..kena check blk ni where is wrong..patutlah kak Notie x boleh access langsung 😓😭
DeleteBy the way, saya dah tag blogger untuk GA tu. Harap jangan batalkan penyertaan, nanti saya murung sampai hujung tahun..hehe
ReplyDeleteSaya pun dah tag blogger untuk GA tu ya...harap JM sudi terima permohonan saya untuk GV tu tau...hihi
DeleteCik Sal!! Terima kasih sudi join..nak murung katanya heheehh
DeleteYe MD..nantikan pengumuman pemenang dlm masa terdekat ye..good luck!
DeleteKat sini ke beli tudung LV u olllllsss..hehe
ReplyDeleteYe Cik Sal! Jgn kata LV..Christian Dior, burberry eh mcm2 lah ado rm6 jek x perlu nak cari kat Paris or London 😜
Deleteserius, saya suka bangunan design klasik macam tu!
ReplyDeleteKan!!!! Hanya di Yuyuan Garden 😬
DeleteSlmt malam Jm
ReplyDeleteLama tk singgah sini
Bestkan jenjalan shopping murah2
Hehe
Selamat pagi kak Noor..yuhuuuu ingatkan dh lupa JM 😬 Selalu follow IG kak Noor..free nanti JM JJCM kat blog kak Noor ye
DeleteSalam singgah sini...wahh...shopping murah...best tu JM
ReplyDeleteMD!! Cuci mata sambil kempiskan dompet 😬
DeleteAssalamualaikum Wrmbth, salam perkenalan. Pertama kali Maznee singgah sini. Jauh sis berjalan sampai china ya. Hati hati bermusafir
ReplyDeleteWkomsalam Mazni Azmi..salam perkenalan kembali...so mesti ada kali ke 2 ke blog JM ni 😬
Deletehahaha.. bab shopping HH kat depan kan.. so, mesti lah yang baju purple tu HH.. ngeh2
ReplyDeleteBestla ada HH yang pandai dan ada skill tawar-menawar nih! Saya tak pandaiiiii :(
DeleteFirah!!! HH kalau bab shopping dia ke depan kalau sightseeing dia kat belakang..tu bukan HH sbb HH dah hilang dari pandangan 😜
DeleteCokgu Ceketed..kalau nk bargain ajak HH 😬
Deleteoohhh ! tu kisahnya kenapa Sis JM nanges tepi jalan.. ingat kan SS buli.. hiks2
ReplyDeleteHikhikhik tulah kan,...ingat kena buli ke,...kena marah ke ngan SS ;)
DeleteRupa2nya nanges sebab touching,...
Firah!!! tu baru satu scene nangis..ada byk lagi tau belum share
Deleteahakss...klaau cikgu Ceketed nak tahu ada byk lagi scene nangis tu.....
Deletesyoknya kalau ada orang snapkan gambar kita tanpa disuruh.. pastu gambar cantik pulak tu an.. suka suka sukaaa
ReplyDeleteha kan!!! susah tau nak cari orang mcm SS ni eeheh
Deletehopefully HH, JM, dan SS terus bersama menerjah dunia.. eceh !
ReplyDeleteIn shaa Allah...aminn...dokan kami ye Firah
Deleteokey ! cepat sambung ceritaaa
ReplyDeleteFirah! huhuh..tolong sambungkan boleh?
Deletekawan sis ada cakap...org china takut kalau org malaysia dtg...sbbnya org malaysia kalau bargain...gile2 punya bargain..hihihi
ReplyDeleteala...bessnya...dpt hadian birthday in advance...
cantik tgh design bangunan yg lama2 tu
Ahakssss ye ke kak Noe..takut eh? Tapikan pelancong dari Msia yang ramai lebur duit kat China..beli borong jual kat Msia 😂
Deletejm dan ss , kalau akak menang simpan hadiah tau...heheh.
ReplyDeleteakak fly mlm ni.
Kak Nieda..FLY ke mana tu? berapa hari?
Deletewah rambang mata dibuatnya.ini orang yang tak suka shopping pun boleh jadi suka shopping hahah. bab bargain memang fail jugak, tak reti heee
ReplyDeleteSarahFJ..kalau x reti bargain 'masak' la sbb dorang ni suka letak harga x masuk akal tau
DeleteSaya nak komen tapi lepas baca ni.
ReplyDeleteMalam nanti saya baca.
Tak perlu BERJANJI ye En Adam
DeleteSeronoknya baca cara nak bargain tu.. Kalau sha memang faillah..
ReplyDeleteTak sampai hati.. Tapi kalau encik suami dan MIL memang terror bargain2 nie..
Abah sha pun sama.. Mesti dia dapat beli dengan harga dia nak..
Macam JM cakaplah.. bargain nie skill..
Tak semua orang boleh.. hehehe
Ce Sha korek ilmu dari mereka..tgk cara dorang bargain pastu try praktis..JM pun x reti setiap kali bargain x dpt harga kita nak ishh..frust
DeleteJangan jeles dgn orang yg kerap update. Yg penting kualiti bukan kuantity.
ReplyDeleteYes! Biar yg d kongsi menjadi manfaat kepada yg lain
Deletesaya kalau bercuti x shopping sangat kot.. hehehe
ReplyDeletedatang ziarah Jumaat katenya
ReplyDeletelama tak bersiaran katenya lagi ahaksss
ReplyDelete