Showing posts with label Top Commentar - Blogger. Show all posts
Showing posts with label Top Commentar - Blogger. Show all posts

Thursday, 31 December 2020

Hidup lagi kau JM ahahaha

 Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat blogger 💓💔💕💖

Entri ni tak best..jangan baca..just celoteh hujung tahun je heee..kalau ada yang baca jangan menyesal arrrr hihih

Siapa JM tu?? BLOGGER ke? kenal ke dia?? lama betul dia tak update blog..HIDUP LAGI EK hahahah...ada sesiapa yang cakap macam tu tak? 

Orang ada blog..dia pun nak buat blog..bila dah ada blog malas nak UPDATE..nak baca blog orang lain pun malas..apa nak jadi dengan JM ni..ini bukan salah JM tau ni salah COVID-19 ahahaha...buat mood nak update blog ke LAUT!!! Tenggelam timbul..tengok blog orang lain..TERUPDATE je sentiasa..

Contoh pemilik blog Scdha Sein..setiap bulan ada entri baru..JM pun dah lama tak baca blog dia..maaf ye cayunk hihihi...nak cakap sibuk..memang menipu..ada je masa tapi tak pandai nak urus masa.

Hari ni 31 Disember 2020 hari terakhir tahun 2020..tahun yang penuh dengan ujian, sukanya sedikit, dukanya banyak..Tahun yang kurang ONG la kiranya...tahun yang tak boleh nak travel..jenjalan dalam Malaysia je..tapi apapun yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu..kita mesti REDHA..mungkin Allah nak beri yang lebih baik. Paling penting jangan putus asa dan hidup mesti diteruskan. Kalau hidup tak mau ada ujian baik MATI..ke mati pun tak BEST? hahaha

Rasa dah lama sangat tak buka blog sendiri ni..rupanya banyak lago komen belum approved..adeh!! Last update pun bulan Oktober ko!! Hambek!...Pastu tengok senarai Top Komen..ada jugak yang masuk senarai..terima kasih kawan-kawan kesayangan..Kalau ada masa nanti JM balas kunjungan ye..Maaf tau..tahun ni amat kurang entri..Tahun depan? 2021 adakah JM masih JM yang sama atau makin MALAS tengok blog..lelama terkuburla blog JM ni..bilangan pengikut pun semakin kurang..padan muka hahahah.

Thank you SS..menjadi First Top Komen..nanti datang rumah itew bawak jenjalan eh heee. Kepada yang lelain nanti JM balas kunjungan eh.

Top Komen 2020

ESOK...JUMAAT 01/01/2021

Tuesday, 31 December 2019

Top Komen Blog JM - 2019

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💓

ESOK


01-01-2020!!!!!!!!!!!!!!!!
Selamat tahun baru sahabat-sahabat dan pembaca blog SEMUA


Apa azam tahun baru korang tahun ni??? azam tahun lepas dah tercapai belum hihihih. 

Azam JM tahun ni nak lebih rajin update blog hahah...nak lebih rajin blogwalking hihihi..in shaa Allah semoga tercapai lah azam tu ye..kita kena cakap yang positif baru positif jadinya hehehehe.

Entri pendek penutup tahun 2019, JM sangat menghargai semua reader blog..tanpa sokongan daripada pembaca semua..sunyi la blog JM ni.

JM minta maaf tahun ni kurang update blog..in shaa Allah tahun depan cuba siapkan entri trip-trip yang dah lepas supaya blog semakin ceria heee. 

Setahun sudah berlalu....berikut adalah antara reader yang masuk dalam list top komen 2019. Kepada nama-nama yang tersenarai sudilah kiranya emailkan kepada JM, No Akaun Bank ke alamat jarimanis4ever@gmail.com. Terima kasih diatas sokongan semua sepanjang tahun 2019. Kepada yang tidak termasuk dalam senarai, jangan sedih-sedih cuba lagi tahun 2020 ye 😆 Jumpa lagi di tahun 2020 💖 

Top Komen 2019

Thursday, 19 January 2017

Hadiah Pemenang GA dan Top Komen

Assalamualaikum dan salam rindu buat semua sahabat maya....


Lara Ohhhhh Lara....hihihihhiih

Jay Emm Ohhh Jay Emm...ke mana kau! Blog dah bersawang...masih ada yang ingat JM lagi tak ni...

Aduhai rindu betul dengan semua rakan blogger dan rakan maya yang sentiasa memeriahkan blog JM... Hampir sebulan lebih JM tak bersiaran kat sini...last entri 09 Disember 2016...

Fuhhhhh! entri Disember 1 je? penyakit malas semakin menjadi-jadi...

Last update 09 Disember 2016
Satu entri je sebulan?
Ada yang bertanya...JM pergi bercuti ke?

Tak lah...ada je kat Malaysia ni tetapi sibuk dengan benda lain...sibuk dengan personal life ecececeh!

Blog walking pun ntah ke mana...baru sempat terjah beberapa blog je...Ya Allah berilah kekuatan untuk kongsi info travel kat sini...

Awal Januari JM pos hadiah untuk semua pemenang GA, jadi kepada semua pemenang sekiranya telah menerima barang yang di hantar, mohon maklumkan di ruangan komen ye...sorry agak busy dengan traveling dalam Msia.

Senarai pemenang boleh semak SINI
Siapa yang dah dapat sila lapor diri 😄

Yang belum dapat tu sila tunggu posmen depan umah kalau tak dapat jugak bako je pejabat pos tu  atau marah posmen sebab tak buat keje...janji JM dah pos seperti alamat yang korang email.

Cakap pasal surat or parcel tak sampai ke tangan ni...JM pun dah beberapa kali kena tau..contoh hadiah dari kak Nieda....sampai sekarang tak dapat walau dah lama di hantar..

*Kepada To Komen 2016, JM MOHON MAAF KERANA BELUM POS HADIAH sibuk ukur jalan kat Malaysia heheheh.

Dah pos nanti JM update kat sini ehh....

Jumpa lagi...bobbaaiii....ehehehe

Wednesday, 2 November 2016

SETIA mu.... ku masih DI SINI

Assalamualaikum dan salam sayang buat reader blog JM,


Layan dulu gambar- gambar ni...cantik bukan? lokasi di kawasan luar Yuyuan Garden, Shanghai.

Yuyuan Garden, Shanghai
SETIA mu.... ku masih DI SINI..

JM merasakan inilah tajuk entri yang paling sesuai 'to express my feel right now'..syukur sangat ada kawan - kawan blogger yang setia bersama blog Jari Manis Travel List ni..RAMAI!!! sangat ramai, tak terbalas komen dan blog walking balas kunjungan.

Terima kasih kepada semua yang sudi tinggalkan komen, masuk list atau tidak..JM tidak pernah lupakan korang.

Tapi....trip baru-baru ni JM hanya mampu bawa beberapa orang sahaja jalan-jalan ke Yuyuan Garden, Shanghai...

*****Top Komen paling SETIA*****

Ada tiga orang blogger yang paling SETIA..tidak pernah missed..sentiasa masuk List Top Comment setiap bulan....di ulang! setiap bulan dari Jan - September 2016....JM pun tak mampu tau nak kekal dalam list...mereka memang HEBAT! Nak tahu? 

Wednesday, 12 October 2016

Top Komen September di Kebun Raya Bogor, Bogor

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


JM is BACK!!!

Baru balik bercuti dari Jakarta, Indonesia (07 Oktober - 10 Oktober 2016).

Badan masih lemah sebab kurang rehat terus masuk kerja.

Kami sempat terjah Pasar Tanah Abang, Kebun Raya Bogor, Taman Topi, Monumen Nasional (Monas), Kota Tua, Toko Minyak Wangi dan Mangga Dua.

Ini adalah trip kali kedua JM ke Jakarta dan banyak kelainan dari trip yang pertama dulu. Tip kali ni sangat best sebab dapat travel bersama SS dan HH, pastu dapat borong banyak barang untuk reward kepada diri sendiri di Tanah Abang dan Toko Minyak Wangi.

Ada detik seram apabila kami berdua dah tidur tinggal HH sorang tengah baring baru nk baca doa sebelum tidur, lampu tidur di tutup oleh 'orang lain' 2 kali...kemudian 'org lain' tu main suis aircond pulak!! nak tahu kisah seram ni..nantikan cerita detail dari blog SS...heeeee (JM ngelat!)

Cerita penuh trip ke Jakarta?  hehehehe...JM tak boleh nak janji bila akan update.

Berbasikal di Kebun Raya Bogor
We are here - kasut siapa yang paling comel hehehe
Ini adalah entri pendek, entri penghargaan kepada Top Komentar September 2016

Hanya 9 orang sahaja terpilih sebab Top Komen Sept heeeee..boleh camtu?

Friday, 30 September 2016

Taman Negara Tanjung Piai Titik Hujung Benua Asia

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Nampak tak? nampak tak?...bukan gadis bertopi tu...tapi globe tu..itulah tanda korang dah berada di hujung dunia..keh keh keh...hujung Benua!!!!

Siapa pernah sampai sini angkat tangan...siapa yang belum jejak kaki ke sini, cepat angkat kunci! heeeeee.....

JM pun kalau tak kerana SS dan HH, jangan mimpi lah leh sampai sini...mungkin dalam mimpi je kot!

Terima kasih buat SS dan HH bawak JM ke sini, drive almost 1 jam 30 minit.

Penghujung Selatan Tanah Besar Asia, Tanjung Piai Pontian, Johor
Kalau nak tahu kisah trip JM ke Tanjung Piai, boleh baca entri ni Hingga Ke Hujung Benua With Jari Manis

Setiap kali ada trip JM akan bawak bersama reader blog yang tersenarai dalam Top Komentar sebagai penghargaan. Bagi Top Komentar OGOS, JM bawak korang ke sini..terima kasih kerana sentiasa memeriahkan blog picisan ni.

Tanpa reader yang setia siapalah JM di sini sob sob sob!

Ku akan setia bersamamu hingga hujung nyawa ehhh hujung benua heeeee

Mari kita tengok siapa yang kenaaaaaaaaaa!!!

Wednesday, 31 August 2016

Trip Hatyai - The Great Serpent Nag in Songkla

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


"The Great Serpent Nag in Songkla"

The Great Serpent Nag in Songkla
The Great Serpent Nag adalah salah satu tempat menarik yang mesti di kunjungi jika ke Songkla. Monument The Great Serpent Nag ni di bina pada tahun 2006 terbahagi kepada 3 bahagian (Head, Navel an Tail).

The serpent’s head was erected at Laem Sorn Om (just along Samila Beach), Suan Song Taley. The navel at Lan Chom Doaw, Sabua Laem Samila. The tail in one area of Samila beach along Chalatad Road. The sculpture’s opening ceremony was officially set in 2007.

The first section is the serpent’s head which symbolizes the intelligence and wisdom of the people of the city. The second section is the serpent’s navel which symbolizes the city’s riches. The last is the tail which symbolizes the charisma and strength of community of the people. (sumber  Eagle - eyed Bucket).

Terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Hatyai, boleh melalui jalan darat atau laut. Semasa ke sini dulu, kami naik feri untuk menyeberangi laut ke Samila Beach.

TAPI bukan itu yang JM nak share dalam entri ni..

Friday, 22 July 2016

Short Trip 2 Days 1 Night

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog,

"Semangat semakin hilang"

Mood malas melekat kat badan, adehh!! camne nak buat ni..kena mandi bunga ni hihihih...

Berapa lama JM tak update blog..ada yang perasan tak? semangat untuk update blog makin merudum..tolong!! minta semangat sikit..jeling SS dan Cikgu Ceketed yang rajin update tu.

Page view blog juga semakin kurang..i must do something. Bukan tak ada story nak share tapi nak mula menulis tu..adeh!!!

Nak 'jalan-jalan cari pasal' kat 'umah' kawan-kawan pun malas..huhuhuh

Hujung bulan Jun yang lepas JM ada urusan di Alor Setar, Kedah. Siapa masih ingat, JM ada update dalam IG..short trip 2 hari 1 mlm.

Bertolak dari KLIA2 seawal jam 7.00 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim lebih kurang jam 7.45 pagi.

Dari airport ke bandar boleh naik teksi berkupon, beli kat kaunter di arrival hall, harga standard ke Bandar Alor Setar RM25.00.

JM stay di Regency Hotel Alor Star, Lokasi sangat strategik just walking distance je kalau nak ke Pekan Rabu, Istana Kuning, Menara Alor Setar dan Aman Mall (sebuah shopping mall terbesar di Alor setar dan baru siap di bina beberapa tahun lepas) if i'm not mistaken.

Sebagai rujukan bersama

Wednesday, 25 May 2016

Wordless Wednesday : Submarine Museum Melaka

Assalamualaikum dan salam syaaban buat semua reader blog JM,

Cuti hujung minggu yang lepas, JM jalan-jalan ke sini.

Kalau Mummy Julia baca entri ni matik lah kena KUTUK! sebab tak roger kakak kawasan.

Nak ke sini mudah je boleh guna Waze ikut arah ke Pantai Klebang dan kalau susah sangat minta tolong Mummy Julia jadi tour guide ;p.

Lokasi Kapal Selam ni berdekatan Dataran 1 Malaysia dan Pantai Klebang.

Eh eh eh..SS ada kat blog titew lahh..biasa gambar titew yang banyak kat blog dia tu (*icon tutup muka) ihihihih

Macam mana SS leh ada dalam blog ni? heeeee...cer teka! Kalau korang baca entri Melaka Negeri Bersejarah With Jari Manis mesti tahu jawapan nya.

JM malas nak up story so korang leh terjah blog SS eh.

Entri pendek ni adalah penghargaan kepada Top Comment dari 1 mei - 20 Mei 2016. #TravelLovePeople 

JM bawak dorang ke sini dan cuba tengok siapa yang kena!!! Stickey Notes PINK uolss!

2. Yana TKK


3. Mummy Julia - Kakak Kawasan Jajahan Melaka


4. Khairuddin Lim


5. aRz MoHa


6. Cik Manisah Lesing - HUDA


7. Farrah MF - Cikgu Ceketed


8. Haslynda Lyn


9. Farlyna Natasha


10. Azaleania - Mama Gojes


Penampilan Istimewa Tiny Tny


Terima kasih kepada semua yang sentiasa support my blog tanpa reader yang OHSEM siapalah JM di sini.

Love u guys! muah!

Monday, 11 April 2016

Ku bawa NAMA mu ke sana!!!!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM yang masih setia,


Lama tak update blog rasa kekok lak nak taip..korang tahu tak kekok tu apa? tak tak tahu? carik sendiri....ahakssss....mengada!!!

Last update entri 23 Mac hampir 2 minggu JM tak sentuh blog...kasihan my blog kurang kasih sayang dan sudah tentu kurang juga kunjungan dari kawan-kawan reader blog yang setia.

Bulan lepas SS menjuarai tahta di blog JM...terima kasih SS kerana sentiasa menemani JM di alam maya, begitu juga reader yang lain terima kasih kerana setia mengomen.

JM mohon maaf kerana akhir-akhir ni kurang blog walking dan balas kunjungan, harap korang tak merajuk ye.

Bulan lepas blog JM di boom oleh insan-insan yang memang sinonim dengan kaki bomm!

Scdha Sein (82)
Farrah MF (53)
Ikhwan (44)
Mummy Julia (43)
Yana TKK (38)
Siti Yang Menaip (38)
Cik Ash (31)
Huda (25)
aRz MoHa (19)
Suida (14)

Kepada senarai nama di atas, oleh kerana mereka rajin KOMAIN di blog JM, jadi ada habuan buat mereka termasuk juga Top Komentar bulan Jan dan Februari. Apakah habuan nya?

Monday, 1 February 2016

Ohsem Januari 2016 - Terima kasih SEMUA!!!!

Assalamualaikum dan salam sayang terakhir dari JM,

Entri penghargaan kepada semua yang sentiasa support blog Jari Manis : Travel List

Terima kasih kepada semua yang tidak pernah bosan klik blog Jari Manis

Buat masa ni JM sudah tiada MOOD untuk kongsi My Travel Trip...My SOUL is GONE!!!!

Maybe this is my last ENTRY

Bilakah MOOD itu akan datang kembali..entahlah...biar masa menentukan...

JM Dalam Kenangan

Friday, 11 December 2015

Entri special : Rugi kalau tak baca kah kah kah!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Haaaa nampak tak! nampak? kalau tak nampak cepat pegi cari spek kah kah kah.....tajuk entri tak menahan...nak pancing lah tu heeeeee

Seminggu sudah bulan Disember, cepatnya masa berlalu. Tik! Tok! Tik! Tok! bak kata SS tahu-tahu je dah tahun 2016.

Kenapa korang perlu baca entri ni..sebab ini adalah entri penghargaan untuk semua reader blog JM tu.

Top Commentar November 2015

Adakah blogger yang sama tersenarai dalam list top commentar setiap bulan? jeng! jeng! jeng!

Penghargaan kepada mereka tapi tak dapatlah Trophy ni hiksss
Nak tahu siapakah yang masuk dalam senarai 11 orang yang paling ngetop!!!!

Saturday, 7 November 2015

Siapakah Gerangan My Lovely Oktober blog JM? - Updated!

Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog JM,


Hari ni menjelang 2 November 2015? apa yang menarik di bulan November ni? adalah hehehehe.

Setiap kali masuk bulan baru je, JM akan update My Lovely Readers Of The Month

Merujuk kepada mereka yang rajin BOmmmm! di blog JM.

Nak tahu siapa mereka tu?

Nak tahu tak? nak tahu?

Tunggu!!!! hehehehhe....jahat tak?

Okey mcm ni...JM nak buat segmen "Teka Top Commentar Oktober"

Semua orang boleh sertai segmen ni. Apa yang korang perlu buat adalah listkan semua SEPULUH orang yang korang rasa akan termasuk di dalam Top Commentar Oktober tu, tidak perlu mengikut susunan pengomen yang paling teratas.

Klu : Mereka adalah yang sentiasa masuk dalam list top komentar bulan-bulan sebelum nya.

Peringatan : Senarai tidak semestinya mengikut susunan yang paling tinggi bilangan komen so good luck semua.

Kepada yang berjaya..in shaa Allah ada 'habuan' nanti.

Hadiah Top Commentar Julai - September dalam proses pengeposan (ehh leh guna ke perkataan ni).

JM beri tempoh 3 hari mulai 3 Nov - 5 Nov jam 12.00 mlm sahaja. Kemudian list sebenar akan di update dalam entri yang sama.

Menarik tak? heeee

Contest telah di TUTUP!!

Nak tahu siapakah Top Commentar Oktober?

Jeng! jeng! jeng! kita tengok siapa yang kena.....

Thursday, 15 October 2015

Ku Bawa Namamu ke Gunung Bromo dan Batok, Surabaya

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Perghh!! Best tak tajuk, gempak tak eheheheh

Mohon maaf ye semua hampir seminggu lebih blog tak ber'update'.

Balik dari trip di Surabaya -Yogja tempoh hari JM demam selesema kemudian power cable notebook ASUS pulak rosak jadi makin malas lah nak share story di blog ni.

Sehari sebelum balik Msia, kami ke Timang Beach, on the way tu Mas Akbar bagi tahu di kawasan ni ada orang jual belalang goreng, nak try tak? rasa seperti udang kering katanya.

Pastu Maz kawan travel JM nak try jadi beli sebungkus Rp5,000. Berani betul dia makan, terus masukkan sekor dalam mulut termasuk kepala, kaki, peha dan perut sekali. Dia cakap sedap rasa cam udang kering.

Then dia tanya JM, nak rasa tak? JM tengok pun dan kembang tekak ni. Alaah cuba je lah JM, rasa cam udang kering je. Cuba lah...'FEAR FACTOR' nih..katanya

Cubalah katanya lagi....sikit pun tak pe...JM pun ambil bungkusan belalang goreng tu patahkan bahagian kaki yang kurus kering tu, gigit rasa cam kayu kering je. Tak puas hati JM patahkan bahagian peha lak.

Terus gigit sikit demi sedikit menikmati sambil pejam mata...rasa seperti ikan kering goreng yang kita beli di Pangkor Laut tu. Bila dah habis kunyah sebelah peha tu...JM surrender memang tak boleh nak makan.....rasa pelik di tekak.

Selebihnya Maz yang habiskan...memang tabik spring toing toing toing kat Maz sebab boleh makan makanan eksotik macam tu.

Nak tengok belalang goreng rangup tu, rasa masin sikit-sikit.

Nah!!! inilah belalang goreng rangup tu...ada sesiapa berani?
Esok pagi pulak semasa sarapan pagi kami minum pulak air campuran Temulawak...tak de kaitan dengan Wak Tiga Lalat kih kih kih.....RASA? pahit nak mamp$%&!!!!

Friday, 11 September 2015

JM sayang korang semua!!!!

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya,


JM SAYANG SEMUA READER BLOG!!!!!!

Nah Flying Kiss!!!..kredit ti Dreamstime!

entri teaser....ada masa nanti 

Sambung!!!!

Muaahhh!!!!!

psst : ada ke nak baca entri ni kih kih kih kih...

Monday, 3 August 2015

My Lovely Readers July 2015

Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog JM,


Cepat betul masa berlalu, hari ni 3 Ogos 2015..Oh tidak!!! sudah hampir tahun 2016

Bulan Julai, prestasi blog JM merudum...bilangan entri juga berkurang...apa nk jadi ni JM?

Masih ada yang sudi singgah sini tak? 

Masuk je bulan baru JM akan update senarai yang ngetop bulan sebelumnya. Terima kasih kepada semua yang rajin singgah sini..JM sangat hargai...kepada yang tinggalkan hanya 1 komen dalam sebulan pun tetap JM ingati...SILENT reader juga...terima kasih.

Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi sahabat JM di alam maya..."Happy Friendship Day"

Kepada 10 Top Commentar.,..u will get small gitf from me...then the rest i will 'boom' your blog.

1. Sc _ _ _ Se_ n
2. Deanna _ _ _ _ _
3. Cik _ _ _
4. _ _  _as
5. Siti Y_ _ _ M_ _ _ _ _
6. _ _ rr_ _ MF
7. _ _ _ _ _ Abadi
8. Ros R_ _ _ _
9. Puteri _ _ _ _ _ _
10. _ _ _ _ _ Farhana

Also thanks a lot to them
11. Amania Mads
12. Arz MoHa
13. Cik Mimie
14. Izzeyda
15. SalbiahM
16. Pha Is
17. Dunia Zumal
18. Muhammad Khairuddin Lim
19. Tiga Lalat
20. Qaseh Vee

Mesti ramai tertunggu-tunggu entri travel dari JM kan? okey...i will publish as soon as posible..gittew janji!

Wednesday, 1 July 2015

Siapakah Top Commentar Jun 2015?

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Kini JM kembali bersiaran selepas 'hibernate' almost 2 weeks.

Tiada mood untuk berkongsi pengalaman travel, tiada mood untuk menulis. Kekadang 'datang' satu perasaan ingin berhenti menulis blog buat seketika.

Jumlah story setiap bulan juga semakin berkurang. Ke manakah 'mood' itu hilang, adakah kerana Bulan Ramadhan..entah lah...

Summary List Of Story
Walaupun bilangan entri berkurang tetapi bilangan pengunjung sentiasa bertambah. Begitu juga mereka yang rajin tinggalkan komen di blog. TERHARU!!!!

JM juga banyak terima email dari silent reader....my blog as a guidance for them untuk travel backpackers...so thank you very much. Syukur kerana dengan cara ini JM boleh membantu.

Doakan JM agar semangat itu kembali pulih dan keinginan untuk berkongsi cerita dengan semua rakan reader..

Kembali kepada topik sebenar, korang nak tahu tak siapa yang memasuki carta Top Commentar Jun 2015 di blog Jari Manis : Travel List....Nak tahu...Jom!!


Surprise!!!!

Wednesday, 3 June 2015

My Lovely Readers Mei 2015


Assalamualaikum dan salam sayang buat sahabat reader dan bloggers,


Setiap kali masuk bulan baru, inilah rutin sebagai seorang blogger. Update senarai readers yang menjadi Top Commentar setiap  bulan.

Dari Jan - Mei, my sweetHEART menjuarai tahta dan juga she 'win' my HEART heeee.

Thank u dear SS, sentiasa menceriakan hari-hari JM so something special for you...tunggu!!!

Terima kasih semua...Top 10 Mei 2015
Kepada yang tersenarai dalam list Top 10 My Lovely Readers Mei 2015, JM akan pos 'ole-ole' sebagai tanda penghargaan.

Harap semua reader jangan salah faham ye, ini bukan salah satu cara JM nak pancing korang baca blog JM..no! no! no!..tidak sama sekali, its just a small acknowlegment kerana sentiasa memeriahkan lagi blog JM. Tanpa reader semua, siapa lah JM...hanya blogger picisan.

Kepada 20 lagi Commentar yang tidak tersenarai, JM tetap hargai kunjungan korang semua..Love u oulsss...sebagai balasan nantikan kunjungan balas dari JM ye...

Top 20 Mei 2015
Bagi bulan Jun 2015, ada sedikit kelainan di mana JM akan display 2 bloggers sahaja dalam list My Lovely Readers Jun 2015. Akhir bulan nanti baru JM akan 'reveal' 8 lagi bloggers yang masuk dalam carta Top Commentar Jun...."surprise" kan...heheheh

Monday, 4 May 2015

Korang MESTI baca entri nih!!!!

Assalamualaikum reader kesayangan semuanya,


Halloooooooooooooo...entri pertama dalam bulan Mei ya aaaa auwwww!

Namfak tu namfak tak tajuk tu..."KORANG MESTI BACA ENTRI nih!!"

Itu ayat faksaan tau..ahahaah...kalau JM tulis jangan baca mesti ramai yang akan baca so better tulis korang mesti baca so x ramai yang take note...biasalah...ferkara di larang itu yang nak di buat nya..siafa lagi kalau bukan si budak JM tu ngeh ngeh ngeh

Ramai tak yang tertunggu-tunggu entri baru dari blog Jari Manis Travel List ni?

Tak de...tak kisah fun...sob sob sob...ye ke? iyelah...asyik story fasal travel je BOHSSAN...

afa boleh buat..itu je yang JM nak kongsi dengan korang semua, kalau rasa dah bosan fegi main jauh-jauh hehehehee

korang perasan tak apa yang pelik dengan statement di atas tu...siapa perasan?

Yes!!! semua huruf 'P' telah di gantikan dengan huruf 'F'...why? keyboard worrier notebook Asus ROSAK...huruf 'P' ada problem...bila tekan huruf P tak muncul di skrin. 

Inciden ni berlaku beberapa hari lepas. sebelum ni kan JM asyik salah taip je pastu salah kan keyboard...haaaa..hambek ko...keyboard betul-betul rosak baru fadan muka bhahaahh

Sebelum dapat solution, semua komen yang perlukan huruf  "P" JM gantikan dengan huruf  "F" kerana bunyi sebutan paling hampir.

Habislah JM kena 'bahan' dengan rakan-rakan blogger lain sebab cakap pelat hahahaah

Bila jadi camtu terus mengadu pada my sweetheart, dia pakar bom bab komputer nih. Temporary solution try connect external keyboard. Baru JM teringat pernah beli external keyboard semasa trip ke Guangzhou dulu...Keyboard for Samsung Tab.

Sekarang masalah pelat huruf 'F' selesai bila adanya external keyboard ni.

Inilah External Keyboard tu..nampak tak SS....warna apa? heheheeheh

Tapi bukan itu tujuan utama entri ni..sebenarnya JM nak reveal siapakah reader paling banyak tinggalkan komen dari bulan Feb - April 2015.

Nak tahu?

Tuesday, 3 March 2015

Top COMMENTAR Februari 2015

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya,


Ahaaaaa....sudah masuk bulan Mac

Apabila datang nya bulan baru setiap blogger akan publish entri berkaitan Top Commentar of the MONTH, begitu juga JM sebagai tanda PENGHARGAAN dan TERIMA KASIH kepada semua reader yang tidak pernah jemu-jemu dan bosan untuk bertandang ke 'teratak' Jari Manis Travel List.

Korang perasan tak Header ni 30 My Lovely Readers Feb - Apr 15?

Jika sebelum ni JM akan memberi penghargaan dalam bentuk small gift kepada 10-15 Top Commentar of the month SETIAP BULAN dan kekadang orang yang sama tersenarai. So untuk 'fair' kepada reader yang lain JM telah ambil keputusan untuk memberi small gift kepada 30 rakan reader yang rajin meluangkan masa di sini bagi Bulan Februari hingga April 2015. Ini bermakna pada Awal Mei 2015 akan terdapat 30 orang blogger or Top Commentar yang akan menerima small gift tersebut.

Ini antara senarai yang telah menjadi Top Commentar pada bulan Februari dan adakah orang yang sama pada bulan Mac nanti? Tunggu!!!

Tak dapat di sangkal lagi Scdha Sein (SS) menjuarai takhta untuk bulan Februari ..terima kasih SS..itu sebab JM juga ingin menjuarai 'kerusi pertama' di blog beliau hihihih. Sekali beliau datang tinggalkan komen berpuluh komen dalam 1 entri...So kepada yang belum kenal si cantik manis SS sila terjah blog beliau, JM jamin korang tak rugi.

Tak lupa juga kepada mereka ini ZF, CT, Farrah, Rose, Anis, Norsalihah, Luna Paris dan Dr Shikin. Mereka juga tidak kurang HEBATnya suka melepaskan BOMMmmm di blog JM..terima kasih!!!

PART yang paling KELAKAR adalah..bilangan entri bulan Feb hanya 6 sahaja, mana datang nya bilangan komen beratus-ratus nih hahaha...ini adalah ruang untuk 'berchating'..so tiada halangan.

psst : bukan bilangan komen terbanyak yang JM harapkan tetapi pembaca yang setia.

Top 1 to 10 Commentar
Ini pula Top Commentar di kedudukan no 11 hingga 30. Tidak kisah korang di kedudukan yang ke berapa yang penting JM sangat hargai kehadiran kalian di sini.

Top 11 to 30 Commentar
Kepada nama yang tersenarai terima kasih dan bagi yang tiada dalam list jangan berkecil hati ye, JM tetap hargai dan akan terjah blog korang tu..So get READY!!! Tanpa rakan reader sekalian siapalah JM as a blogger, kecuali menulis syok sendiri hikss.

JM harap tiada yang akan salah sangka dan berkata begini :

"Alaaaah JM tu, umpan reader dengan gift, itu sebab ramai yang datang tinggalkan komen"

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, tidak terdetik langsung di hati untuk mengumpan sesiapa sahaja atau tinggalkan komen di sini dengan memberi sesuatu. JM beri dengan ikhlas hati sebagai tanda penghargaan. Tanda terima kasih di atas masa yang mereka luangkan walaupun kadang kala entri yang di 'publish' agak membosankan tetapi mereka tetap setia di sini.

Bukan bilangan komen yang di kejar tetapi hubungan ukhuwah dan persahabatan sesama kita. Jika JM ada menyakitkan hati sesiapa JM mohon maaf ye..Ehh..tiba-tiba pulak beremosi heheeheh..Ini lah kesan nya kalau lama tak travel..

Small gift di beli hasil dari pendapatan Nuffnang yang tidak seberapa tetapi Alhamdulillah boleh di rasai bersama.

JM juga tahu mereka datang dengan hati yang ikhlas tidak mengharapkan apa-apa balasan..so i love all my readers...semoga tiada persengketaan antara kita, semoga ukhuwah di alam maya terus berpanjangan. Amin

Terima kasih kepada mereka yang terus setia bersama Jari Manis Travel List dan setiap kunjungan anda akan di BALAS. In Sha Allah

Gift untuk Top Commentar Jan 2015 akan di pos tak lama lagi.

Jumpa lagi di lain siaran, bye.

NUFFNANG