Assalamualaikum kawan-kawan..dan selamat sejahtera,
Aper?...last day...iyerrr...3 hari jer aku di sana..hari ni dah masuk hari ke -3...esok udah mau pulang ya ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian....hihihi
Hari ketiga bermula jam 9.00 pagi waktu Jakarta selepas sarapan, kami gerak dengan taksi (teksi) untuk ke Taman Impian Jaya Ancol (Ancol Dreamland) Jakarta. Tempoh perjalanan hanya 20 menit dari Tunes Hotel Pasar Baru..dekat bukan..kadar tambang Rp31,000.
Apa yang menarik di Taman Impian Jaya Ancol ni...aha..Taman ini adalah seperti mini taman tema seperti di Genting Higland tetapi di tanah rata di mana terdapat pelbagai rekreasi seperti Taman Pantai, Dufan, Gondola, Hailai, Ocean Dream Samudra, Atlantis, Pasar Seni, Bowling, Seaworld, Paintball, Ancol Epic Cable Park, Ecopark dan Ancol Beach City. Antara rekreasi yang ada kami pilih untuk ke Ocean Dream Samudra dan kami minta bapak taksi drop kami di situ. Dari pagi sehingga tengahari kami di sini dan tidak sempat untuk explore rekreasi yang lain.
Apabila sampai sahaja di main entrance..seperti tol gate..perlu bayar tiket masuk Rp15,000 setiap seorang bagi dewasa dan kanak-kanak. Kami serahkan kepada bapak teksi untuk bayarkan melalui tingkap kereta..tak perlu turun.
|
Welcome to Ocean Dream Samudra |
Di Ocean Dream Samudra terdapat pelbagai show yang melibatkan ikan lumba-lumba, badak air, singa laut, underwater show, dolphin, scorpian Pirates dan 3D & 4D Cinema. Tiket masuk adalah Rp90 ribu bagi setiap dewasa dan kanak-kanak. Sila dapatkan pamplet pada pintu masuk utama selepas beli tiket sebagai panduan untuk menyaksikan show selang 30 menit untuk setiap show. Tempat ini amat sesuai untuk kanak-kanak dan jika musim cuti sekolah inilah tempatnya.
|
Kaunter tiket |
Selepas beli tiket terus ke pintu masuk utama untuk menyaksikan show pertama..
Show pertama adalah gelagat-gelagat lucu dari beruang hitam dan badak air...gelagat mereka membuat semua hadirin terhibur dan ketawa riang termasuk lah aku...hihihhi
Seterusnya kami bergerak ke show ke dua..persembahan dari singa laut membuat tarian Oppa Gangnam Style..
Selesai sahaja show ni tanpa membuang masa kami terus ke dolphin show...amat menarik sekali..
|
Dolphin Show |
Ada lagi ker show nya..ha'a..belum habis lagi..ke mana pulak yer... 4D Cinema
|
4D Cinema Show |
Kemudian ke Underwater Show (mermaid show)
|
Underwater Theater |
Lebih kurang 30 minit di sini..kami gerak ke Show Scorpion Pirate pulak..show memang best kerana adegan live..seperti melihat teater muzikal melibatkan aksi tembak menembak, bom mengebom, aksi lasak jet ski..memang kagum dengan show dorang..
|
Scorpion Pirates Show |
Sedar tak sedar jam sudah 1.00 tengahari..masing-masing sudah lapar terutama budak-budak kecil ni...show pun dah habis, perut sudah berbunyi...tapi sebelum tu singgah dulu lihat-lihat tshirt yang di jual sebagai sourviner..kemudian ambil teksi untuk makan tengahari di WTC Mangga Dua Shopping Mall..tak susah..keluar je ke entrance Ocean Samudra tu..dah ada teksi yang menunggu...kat Mangga Dua ni terdapat pelbagai jenis barang yang dijual memang murah seperti handbag dan t-shirt. Handbag Rp50k pelbagai design dan cantik-cantik dalam RM17..aku rembat 3 buah....aku tak explore semua tingkat sebab masing-masing dah penat...kami makan tengahari di D'Cost restaurant aras 1..banyak pilihan menu sedap dan murah..aku amat rekomen kepada sesiapa yang singgah di Mangga Dua Shopping Mall ni.
|
Murah betul handbag kat sini |
Jam 4.00 petang bergerak balik ke hotel...tambang teksi Rp26k kerana kesesakan lalulintas yang amat teruk..maybe time orang pulang dari kantor...Sampai sahaja di hotel..kepenatan..malamnya kemas beg untuk check out esok pagi. Good bye Jakarta...good bye Tunes Hotels...
|
View Tunes Hotel from outside |
Sebelum check-out, minta receptionist panggilkan teksi untuk ke airport terminal 3...gerak ke airport mengambil masa lebih kurang 1 jam..tambang teksi termasuk tol dan parking kereta di bayar oleh penumpang yer..total Rp83k. Sampai sahaja airport terus check-in di kaunter AirAsia..kat sini kena sediakan airport tax Rp150k setiap seorang tidak kira dewasa atau kanak-kanak..so jangan leka berbelanja yer..simpan ke tepi duit untuk airport tax ni..kalau di Bandung..airport tax hanya Rp75k seorang. Ambil gambar sekeping dua sebelum berlepas sebagai kenangan...
|
Tandas dan Surau Lelaki |
|
Surau dan Tandas Wanita |
Tamat sudah...pengalaman bercuti ke Jakarta..ke mana pulak destinasi aku untuk tahun 2013 nanti...aha buat masa ni..awal tahun belum ada perancangan lagi ..tetapi sekiranya sempat beli tiket murah dalam masa terdekat..maybe nak ke Siam Reap Cambodia, Bali, Medan, Jogja dan Surabaya.
babaiiiiiiiiiii......jumpa lagi di lain siaran :-)