Showing posts with label China - Beijing. Show all posts
Showing posts with label China - Beijing. Show all posts

Friday, 23 November 2012

Trip to Beijing 2010 (Last Day)

Assalamualaikum kengkawan semua...

Inilah adalah entri terakhir selama aku bercuti di Beijing pada 2010 yang lalu...macam tak percaya rupanya dah 2 tahun berlalu tetapi pengalaman bercuti di sana masih segar dalam ingatan..maknanya aku ni masih muda lagi la kan...eheheh

Pada hari terakhir di kami akan bergerak ke Tianjin dari Beijing dengan menaiki Bullet Train..pada mulanya kami akan naik bas tetapi masing-masing nak cuba pulak naik Bullet Train kan...bila lagi..so bayaran dikenakan adalah 100yuan = RM50 untuk ke Tianjin stesen.

Good bye Beijing - Beijing Famous International Hotel Entrance
Pagi hari terakhir kami begerak ke Beijing-Tianjin train station. Kepada sesiapa yang travel secara backpacker boleh rujuk di url http://www.beijingchina.net.cn untuk mengetahui jadual perjalanan, harga tiket dan sebagainya melalui url yang aku kepilkan. Inilah rupanya bullet train tu..

Thursday, 22 November 2012

Trip to Beijing 2010 (Day5)

Assalamualaikum!!!!!!!!!!!!.....

Percutian ke Beijing China sudah masuk hari ke-5..masih belum selesai menikmati keindahan dan tempat-tempat menarik yang wajib di lawati sekiranya ke sana. Pada hari ini kami di bawa ke :

- Summer Palace
- Kilang Mutiara
- Memberi belas di Silik Russian Market
- Melawat ke New Centiry Square, Masjid Fongzhimenwai, Yihai Market
- The Palace Longest Tv dan Gudang Hard Rock Cafe

Permulaan hari di mulakan dengan lawatan ke Summer Palace.

Summer Palace

Tuesday, 20 November 2012

Trip ke Tianjin - Beijing 2010 (Day1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah kisah percutian pertama aku ke Luar Negara iaitu ke Beijing, China bermula pada tahun 2010. Sebelum ini aku tidak pernah melancong ke negara luar dan paling jauh adalah Sabah dan Sarawak sahaja. Kisah ini bermula apabila kawan sekelas aku Honey...waktu tu aku sambung belajar secara part time di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau menyatakan hasrat untuk ke sana secara pakej melalui travel Agensi SMR Holiday Sdn Bhd dengan bayaran RM1000 all inclusive selama 6H5M..tanpa berfikir panjang aku bersetuju kerana bagi aku harga yang ditawarkan memang murah..dan inilah peluang untuk aku bercuti ke negara yang menjadi tumpuan pelancong dan terkenal dengan Great Wall of China (Tembok Besar China).

Oleh kerana first time nak melancong ke luar negara...excited tu memang terlebih..dalam perjalanan nak naik flight pun aku nak bergambar ehehe..

At LCCT Airport
Inilah kawan travel yang aku maksudkan tue..memang seronok travel dengan dia ni..seorang yang berani, berdikari dan suka buat researh tempat-tempat yang hendak di lawati. Kepada jejaka di luar sana jangan tergoda yer sebab dia dah ada yang punya...eheheeh

Trip to Beijing 2010 (Day2)

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Annyohaseyo :-)

Apa khabar kawan-kawan dalam talian semua...harap-harap semua sihat lah yer..Aku?..Alhamdulillah sihat hendaknya.

Ok..entri aku kali ini aku mulakan dengan ayat ini "Pertambahan bilangan pembaca dan pengikut blog memberikan aku lebih bersemangat untuk terus menulis dan berkongsi pengalaman kepada semua". Power tak ayat aku...ahahah..ayat tak boleh blah. Terlebih dahulu aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi singgah ke blog aku yang simple ni ..aku ni tak kreatif jadi tak pandai sangat nak buat blog supaya lebih attractive tapi apa yang penting mesej yang hendak disampaikan boleh difahami oleh semua..yer tak :-).

Tak nak merapu panjang-panjang aku teruskan kepada perjalanan aku di Beijing, China untuk hari ke-2. Oh yer..aku lupa nak mention tempat penginapan kami adalah di Beijing Famous International Hotel dan nak tahu maklumat lanjut mengenai hotel ni boleh google www.baimingwei.com.

Bangun pagi sudah semestinya kena isi perut dulu..ini adalah sarapan pagi kami. Kalau kat Malaysia tak der nyer nak makan macam ni..mahu nasi lemak sebungkus dan nescafe atau teh tarik. Aku perasan dalam tempoh 6 hari aku kat sana..berat aku turun sedikit :-)

Trip to Beijing 2010 (Day4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan kesayangan eheheeh,

Entri aku hari ni nak show kat korang gambar kat bawah..tahu tak apa nama tempat ni ?

Beijing Olimpik Stadium  2008 (Bird Nest Stadium)
Day4 : 20 Mac (Sabtu) - Stadium Sarang Burung (Olimpik Stadium)/Shopping
-  Lawatan ke Beijing 2008 Olimpik Stadium
- Jewellery City
- Tempat pembuatan Teh China, Dr Tea
- Shopping di Tianya Hongqiao dan Wangfujing Donghuamen Night Street

Monday, 19 November 2012

Trip to Beijing 2010 (Day3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

How's your weekend?...enjoy tak? atau ada sesaper yang pergi bercuti lagi pada hujung minggu hari tu....hujung tahun ni kan hujan sepanjang masa dan tidak menentu. Keadaan cuaca yang sebegini akan menghadkan perjalanan kan?..

Aku?...lepak jer sepanjang hari kat umah..malas nak keluar..save budget sikit kan..:-)

Ok...aku sambung stori ke Bejing untuk hari ke -3 pulak yer...ke mana aku pada hari tu..jommmsss

Day 3 : 19 Mac (Jumaat) - Tiananmen Square dan Forbidden City (Kota Larangan)
- Selepas sarapan ke Tianmen Square dan Forbidden City
- Makan tengahari dan solat Zohor/Jumaat si Nuijie Mosque
- Lawatan ke pusat ubatan herba
- Membeli belah di Sanlintun Market
- Makan malam dan balik hotel

Bergambar dulu sebelum naik bas :-)
Tiananmen Square, Beijing
Pada hari ke tiga selepas sarapan pagi kami di bawa untuk melawat Tianmen Square yang terletak lebih kurang 16 km dan 30 minit perjalanan.
Tianmen Square
Tiananmen Square is a large city square in the center of Beijing, China, named after the Tiananmen Gate (Gate of Heavenly Peace) located to its North, separating it from the Forbidden City. Tiananmen Square is the third largest city square in the world (440,000 m² - 880m by 500m or 109 acres - 960 by 550 yd). It has great cultural significance as it was the site of several important events in Chinese history.
Outside China, the square is best known in recent memory as the focal point of the Tiananmen Square protests of 1989, a pro-democracy movement which ended on 4 June 1989 with the declaration of martial law in Beijing by the government and the death of several hundred civilians.

The Tiananmen Gate to the Forbidden City was built in 1415 during the Ming Dynasty. Towards the demise of the Ming Dynasty, heavy fighting between Li Zicheng and the early Qing emperors damaged (or perhaps destroyed) the gate. The Tiananmen square was designed and built in 1651, and has since enlarged four times its original size in the 1950s.  (sumber from Wikipedia.org)

Admission Fee : Free

How to get there :
1. Kalau pergi dengan travel agen..tak perlu risau..

Subway :
Boleh rujuk di URL ni untuk Beijing Bus/Subway Search : SINI
Subway Line 1: get off at Tiananmen Dong or Tiananmen Xi Station.
Subway Line 2: get off at Qianmen Station. Get out from Exit A or B and walk north.

By Bus :
1. Take bus 1, 5, 10, 22, 37, 52, 205, 728 or 802 and get off at Tiananmen Xi.
2. Take bus 1, 2, 10, 20, 37, 52, 59, 82, 120, 126, 203, 205, 210, 728 or 802 and get off at Tiananmen Dong.
2. Take bus 2, 5, 8, 20, 22, 120, 126, 203, or 210 and get off at Tiananmen Guangchang Dong (Tiananmen Square East).
3. Take bus 2, 5, 20, 120, 126 or 210 and get off at Tiananmen Guangchang Xi (Tiananmen Square West).

Apa lagi..apabila sampai sahaja di sana..sesi bergambar pun bermula...ramai pelancong yang datang dari pelbagai negara dan setiap tourist guide memegang bendera masing-masing bagi membezakan ahli rombongan mereka. So pastikan follow tourist guide yang betul yer :-). Kualiti gambar kurang memuaskan kerana menggunakan kamera compact biasa jer..belum mampu nak beli DSLR. Kepada yang suka melancong..amat sesuai kalau ada DSLR kan?..ada jugak niat nak membeli nih..tunggu :-).
 


Selepas puas menikmati keindahan di Tiananmen Square dan Forbidden City, kami terus bergerak untuk makan tengahari dan solat zohor di Nuijie Mosque.


Lawatan di teruskan ke Pusat Ubatan Herba dan Sanlintun market
Sesi bergambar bermula :-)

Tak nak letak gambar banyak-banyak nanti bosan ...ehehehe

End of day 3....wasalam..

Wednesday, 14 November 2012

Itirenary Beijing 2010

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, Annyonghaseyo....

Ini adalah antara percutian aku yang pertama ke luar negara mulai tahun 2010 menggunakan khidmat travel agensi kerana pada waktu ini aku masih belum terdedah dengan suasana melancong ke negara orang.

Travel Agensi : SMR Holidays Sdn Bhd
Alamat             : Aras 9 (9F) Menara UBSA, Pusat Dagangan Unmo Shah Alam,
                            Persiaran Damai, Section 11 Shah Alam, Selangor
Tel No             :  03-55137910

Melancong dengan travel agent yang aku maksudkan amat memuaskan dan aku mengesyorkan kepada sesiapa yang ingin menggunakan khidmat mereka boleh hubungi talian di atas. Ini adalah pengalaman pertama aku melancong bersama 49 orang ahli rombongan dan seperti biasa kalau dah ramai tu..pengurusan masa agak terganggu.
Entri kali ini lebih kepada perkongsian persediaan kepada sesiapa yang first time naik pesawat dan pergi melancong macam aku mula2 nak ke Beijing dulu….

1.    Pastikan berada di Airport 2 jam sebelum penerbangan untuk International Flight dan 1 jam bagi domestic fligt.
2.   Travel secara backpacker sebaiknya check in flight secara online melalui web check in seminggu sebelum penerbangan bagi melancarkan proses daftar masukdi kaunter.
3.   Berat bagasi melebihi 7kg perlu masukkan ke dalam cargo dan minimum bagasi yang di jual oleh AirAsia adalah 15kg dengan harga RM35.00.
4.   Berat bagasi yang dibenarkan untuk di bawa masuk ke dalam pesawat adalah 7kg.
5.   Segala jenis cecair termasuk air mineral tidak dibenarkan di bawa ke dalam pesawat dan hendaklah di letakkan ke dalam kargo.
6.   Elakkan dari memakai barang kemas ketika pergi melancong dan pastikan semua barang peribadi seperti duit, passport, arrival card dan lain-lain barang disimpan dengan selamat.
7.   Bawa bersama ubat-ubatan seperti minyak angin atau minyak cap kapak sebagai persediaan sekiranya terasa pening dalam penerbangan.
8.   Bawa bersama kompas sebagai panduan arah Kiblat.
9.   Bawa bersama international soket (soket 2 pin).

Informasi tambahan :

-         Mata wang China adalah Yuan (100 yuan = RM50)
-         Suhu bln Mac : 6 - 20 Darjah Celsius (siang hari dan pastikan bawa bersama baju
           tebal)
-         Waktu China dalah sama dengan waktu Malaysia
-         Musim : Winter

Itirenary/Aturcara perjalanan

Day 1  17 Mac (Rabu) - Kuala Lumpur /Tianjin/Beijing
-         Berkumpul di LCCT 2 jam sebelum berlepas
-         Makan tengahari di dalam pesawat
-         Berlepas ke Tianjin
-         Dari Tianjin ke Beijing dengan menaiki bus dan tempoh masa adalah 1 jam
           perjalanan
-         Sampai di Beijing menyaksikan pertunjukan Acrobatic dan makan malam sebelum
           check in hotel dan berehat

Day 2 : 18 Mac (Khamis) – Jade Centre/Tembok Besar China/Shopping
-         Selepas sarapan pagi di bawa ke Jade Centre dan Crystal
-         Makan tengahari dan Solat Zohor
-         Lawatan ke Juyongguan Great Wall (Great Wall of China)
-         Melawat pusat perubatan Baoshutang Scald Ointment
-         Membeli belah di Sunshine Market
-         Makan malam dan balik ke hotel

Day 3 : 19 Mac (Jumaat)  – Tianmen Square/Kota Larangan (Forbidden City)
-         Selepas sarapan ke Tianmen Square dan Forbidden City
-         Makan tengahari dan solat Zhor di Nuijie Mosque
-         Lawatan ke pusat Ubatan Herba
-         Membeli belah di Sanlintun Market
-         Makan malam dan balik hotel

Day 4 : 20 Mac  (Sabtu) – Stadium Sarang Burung (Olimpik Stadium)/Membeli Belah
-         Lawatan ke Beijing 2008 Olimpik Stadium dan Kilang Sutera
-         Makan tengahari dan solat Zohor di MAsjid Chaoyang men
-        Membeli belah di Tianya Hongqiao Market dan Wangfujing Donghuamen Night
          Street
-         Makan malam dan balik ke hotel

Day 5 : 21 Mac (Ahad) – Summer Palace/Membeli belah
-         Lawatan ke Summser Palace dan Kilang Mutiara
-         Makan tengahari dan solat Zohor di Masjid Madian
-         Lawatan ke tempat pembuat teh China
-         Membeli belah di Silk Russian Market,New Century Tower Square, Jewelery
           City,  Masjid Dongzhimenwai, Yihai Market, the Palace Longest TV dan Gudang
           Hard Rock
-        Makan malam dam balik ke hotel

Day 6 : 22 Mac (Isnin) – Beijing/Tianjin/Kuala Lumpur
-         Bertolak dari hotel ke Tianjin dengan menaik Bullet Train (keretapi terpantas)
-         Lawatan ke Tianjin Ancient Culture Street dan Tianjin Snack Market
-         Makan tengahari
-         Bertolak ke Kuala Lumpur

Untuk melihat tempat menarik kat sana kena tunggu entri aku seterusnya..sabar yer..

NUFFNANG