Tuesday 31 December 2019

Top Komen Blog JM - 2019

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💓

ESOK


01-01-2020!!!!!!!!!!!!!!!!
Selamat tahun baru sahabat-sahabat dan pembaca blog SEMUA


Apa azam tahun baru korang tahun ni??? azam tahun lepas dah tercapai belum hihihih. 

Azam JM tahun ni nak lebih rajin update blog hahah...nak lebih rajin blogwalking hihihi..in shaa Allah semoga tercapai lah azam tu ye..kita kena cakap yang positif baru positif jadinya hehehehe.

Entri pendek penutup tahun 2019, JM sangat menghargai semua reader blog..tanpa sokongan daripada pembaca semua..sunyi la blog JM ni.

JM minta maaf tahun ni kurang update blog..in shaa Allah tahun depan cuba siapkan entri trip-trip yang dah lepas supaya blog semakin ceria heee. 

Setahun sudah berlalu....berikut adalah antara reader yang masuk dalam list top komen 2019. Kepada nama-nama yang tersenarai sudilah kiranya emailkan kepada JM, No Akaun Bank ke alamat jarimanis4ever@gmail.com. Terima kasih diatas sokongan semua sepanjang tahun 2019. Kepada yang tidak termasuk dalam senarai, jangan sedih-sedih cuba lagi tahun 2020 ye 😆 Jumpa lagi di tahun 2020 💖 

Top Komen 2019

Thursday 26 December 2019

ENCORE Melaka - The place you must VISIT!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat reader blog JM 😍


NAMPAK tak? nampak? baru baca tajuk entri pun dah TERUJA tau..korang teruja tak? Pernah dengar pasal Encore Melaka ni? Pernah pergi ke tak? 

Semua orang tahu..sebut jenis Negeri MELAKA, sudah tentu cross in mind..negeri yang paling banyak tempat-tempat sejarah dan attraction termasuklah makanan famous negeri Melaka ASAM PODEH!!!

Kalau musim cuti sekolah je...tipulah kalau parent tak bawak anak-anak pergi bercuti kat Melaka, Pergi naik CRUISE la, Menara Taming Sari la, naik BECA lah..ehh macam-macam lah ada kat Melaka tu dan tarikan terkini ramai yang tak tahu adalah ENCORE Melaka!

ENCORE Melaka? tempat apa ni? best tak sini? Apa nak buat kalau ke sana? Betul tak? mesti akan ada orang tanya soalan-soalan seperti itu.

Nah!!!! DUTA Encore Melaka...DUTA? akakaaka....

Thursday 14 November 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Membeli Belah di Baiyun & Leather Market

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Kepada semua sahabat-sahabat duniaku..JM minta maaf dah lama tak blogwalking dan juga tak bersiaran  di blog kerana Ayah JM baru sahaja menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada hari Rabu, 30 Oktober 2019 pada Usia 76 Tahun. 

JM sentiasa dengar sahabat-sahabat lain yang kematian ibu bapa mereka, apabila kematian itu berlaku dalam keluarga sendiri, perasaan kehilangan itu amat berbekas di hati. Mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk biasakan diri dan redha akan ketiadaan nya dan sentiasa berdoa agar Roh Arwah Ayah bersama orang-orang yang beriman. Aaminnn.

Apabila kita kehilangan orang yag kita sayang, Ya Allah tuhan sahaja yang tahu betapa pedih dan perit rasa dihati nak lalui hari-hari mendatang dalam hidup.

HIDUP perlu diteruskan..jadi moh kita sambung entri baru sambungan dari entri Cara nak ke Baiyun Leather dan Leather Market

Bila sebut Leather Wholesale Market means apa? mestilah terbayang kat fikiran tempat ni jual produk kulit secara borong..betul tak? itu sebab kami nekad jugak nak pergi walaupun pada awalnya ada yang dah bermasam muka hihihi...penat jalan cari tak jumpa-jumpa..

On the way nak ke Baiyun Leather Wholesale Market tu...dalam dok tercari-cari, ada je mamat China approach kami sambil tunjuk kad yang ada gambar-gambar handbag dan kasut sambil kata 'copy bag..copy bag'. Waktu tu JM tak faham lagi tapi SS dan HH dah tahu ni group jual beg duplicate or ayat mudah beg tiruan dengan harga yang mencekik. Kalau korang setuju, dia akan bawak la ke kedai dorang tapi jangan terpedaya dengan teknik macam ni..bahaya!!!

Kami tak endah pelawaan mamat China tu, jalan lagi sehingga nampak jejantas, SS ajak kami naik jejantas tu..

Inilah jejantas yang JM maksudkan..so sebelah kanan tu la Baiyun Leather Market Phase 1 dan Phase2
Dari atas jejantas ni akan nampak building Baiyun Leather sebelah kanan tu, tapi bila tengok sebelah kiri ada deretan kedai lagi meriah..sabar dulu..kita pergi yang sebelah kanan dulu.

Monday 21 October 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Direction to Baiyun World Leather Trading Centre & Leather Market

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💋

Baiyun World Leather Trading Centre/Baiyun Leather Wholesale Market Second Phase
Perut dah kenyang makan di kedai Nur Bostan Muslim Restaurant, kami patah balik ke Ximenkou Station untuk pergi ke Baiyun Leather Wholesale Market ni. Waktu preapare itirenary tempat ni bukan dalam list fovourite pun tapi bila baca ada blogger share kat sini boleh dapat barangan kulit, handbag, purse dan barang-barang seangkatan dengan nya..kami decide nak pergi sini. 

Tips : Perut kasi penuh dulu baru boleh shopping puas-puas hihihi

TAPI yang tak bestnya..bila sampai ke kat building dalam gambar kat atas tu..ya Allah..KECEWA sangat..sangat-sangat KECEWA..dah la nak cari lokasi tempat tu pun agak tricky..ada refer map kat sini Direction to Baiyun Leather Market tapi kurang jelas..so kami plan redah jek. Tapi bila balik Msia, dorang dah update website tu dan bagi info detail..Adeh!!!

Kami hampir-hampir putus asa tau nak pergi Baiyun Market ni...sebab apa???

Monday 14 October 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Kedai Makanan HALAL di Guangta Road

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Entri sebelum ni boleh petik kat SINI

MOOD tengah rajin dan ada kelapangan masa, jom sambung kisah journey JM di Guangzhou pada bulan November 2018. Hampir satu tahun entri tak siap-siap lagi hihihih.

KELUAR je dari pintu masuk masjid dan betul-betul hadapan pintu masjid tu ada deretan kedai makanan HALAL dan juga kedai yang menjual produk HALAL...

SEBELUM masuk masjid tadi kami dah nampak kedai-kedai ni tapi tak pe kita masuk masjid dulu, dah selesai dalam masjid baru kita tawaf plak kat kedai-kedai ni.

Ini deretan kedai depan masjid Huaisheng

Friday 4 October 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Keindahan Masjid Huaishen/Huaisheng Mosque

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Akhirnya kami dapat jejak kan kaki di Masjid Huaisheng. Bagaimana cara nak ke masjid ni? Sila baca kat entri ni Panduan Ke Masjid Huaisheng Guangzhou

Huaisheng Temple or Huaisheng Mosque
Mosque Lighthouse
Masjid HUaisheng juga dikenali sebagai Masjid Menara Cahaya atau Masjid Rumah Api 
(Lighthouse), terletak di No. 56, Jalan Guangta. Dengan luas 2,966 meter persegi (3,547 meter persegi), ia adalah masjid tertua yang ada di China, mengesahkan kedudukannya yang luar biasa di antara empat masjid tertua di kawasan pantai, dengan tiga lagi ialah Quanzhou Kylin Mosque, Yangzhou Crane Mosque, dan Masjid Hangzhou Phoenix. Masjid Huaisheng pertama kali dibina pada tahun 627, semasa Dinasti Tang (618-907), ketika Islam diperkenalkan ke China untuk kali pertama. Ia dilaburkan dan dibina oleh beberapa orang Arab dan dinamakan sebagai Masjid Huaisheng, yang bermaksud 'mengingati orang bijak', sebagai penghormatan kepada nabi Muhammad S.A.W.

Monday 30 September 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Panduan ke Masjid Huaisheng/Huaisheng Mosque

Asslamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖


Bila dah selesai di Canton tower kami gerak plak ke destinasi seterusnya ke HUaisheng mosque/Masjid Huaisheng

Hari ni 23 Nov 2018 (Hari ke -3 di Guangzhou)

1. Awal pagi kami melawat Canton Tower. Boleh baca kat SINI
2. Kemudian kami akan ke Huaisheng Mosque
3. Dari Huaisheng Mosque kami pergi shopping di Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre

Huaisheng Mosque Guangzhou
Bagaimana cara nak ke sini????

Friday 27 September 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Canton Tower

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua reader setia blog JM,


FUUHHHHjika ada kemahuan di situ ada jalan..jika ada kerajinan..maka adalah ENTRI BARU hihihih..HAMBEK...bulan september JM berjaya siapkan tiga entri ko..ahahaha..3 entri pun nak bangga....orang lain setiap hari 1 entri..KO RASA? hahahaha

TENGOK!!!!! trip bulan Nov 2018...lagi 2 bulan nak masuk Nov 2019...almost setahun ko...entri Guangzhou abis-abis lagi..caiyok.....caiyokkk...kena tulis juga dalam blog ni sebagai kenangan....manalah tahu....tiba-tiba lagi 2 tahun nak pergi lagi boleh rujuk sini heeee.

Caiyookkkk JM .. CAIYOOKKK U CAN DO IT gitew hihihihihi

Jommmm start!!! Kalau nak baca entri sebelum ni sila klik pada side bar sebelah kanan ye..

Sebelum tu seperti biasa bangun pagi solat semua, makan breakfast dulu dalam bilik hotel. Nak jimat bawak bekal dari Msia terutama megi goreng sedap wajib ada, pastu sambal bilis kering, bawak oat ke tak kisah la apa pun janji boleh alas perut awal pagi. Kalau nak makan nasi, korang tapau siap-siap kat kedai makanan halal..esok pagi panaskan je sebab kat hotel kami booking tu..ada microwave dalam bilik. 

Hari ni 24 Nov 2018 hari ke TIGA kami di Guangzhou..Kami pergi sini seawal jam 7.30 pagi naik train di Beijing Lu Station untuk ke destinasi pertama CANTON TOWER. 

Trip pertama dulu tahun 2013 JM pergi canton tower ni waktu malam..lagi cantik sebab building tu colourfull bertukar-tukar colour. Boleh naik cruise dan tengok view waktu malam lagi cantik.

Canton Tower ni besar dan tinggi sampai tak muat kamera hihih

Tuesday 24 September 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - One Link International Toys and Gift Wholesale Market

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖

Hari kedua - 22 Nov 2018 (Destinasi ke -3)

Lokasi 1 : Yuexiu Park
Lokasi 2 : Masjid Abi Waqas
Lokasi 3 : Onelink International Toys and Gift Wholesale Market

Siapa ingat lagi..last entri JM cakap "11.30 pagi kami gerak dari Masjid Abi Waqas ke One Link Plaza"

One Link Plaza OR Onelink International Toys & Gifts Wholesale Market
Dengar jek Onelink International Toys and Gift Wholesale Market....korang tak teruja ke??? Mesti ada jual macam-macam mainan, souviner, fridge manet....ehh..memang antara tempat yang wajib pergi lah..JM yang taip ni pun masih terbayang kemeriahan kat dalam mall one link ni..

"Onelink International Plaza is a wholesale mall for homewares, kitchenware, costumes, hats, scarves, mobile phone accessories, toys, and gifts. There are several floors and you can easily lose a couple of hours in here." hahaha..korang rasa???? tak mau pergi? memang rugi laaa

Macam mana cara nak ke sini ek??? Nak tahu???

Wednesday 4 September 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Makam Saad Bin Abi Waqas

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 😍


EEhhhhh ada lagi ke orang yang sudi singgah kat blog JM ni…almost 5 month tak update blog..hidup lagi ke si JM ni hahahahha

"YUNK" bila you nak update blog ni? itu soalan yang kerap kali ditanya oleh SS...JM senyum je sambil cakap 'adehh..malas betul nak taip..tak tahu nak cite apa..ada ke orang nak baca blog i hihihi

Padahal banyak trip yang belum dikongsi....seronok tengok blog orang lain sentiasa ber'update' ..follower beribu..komen beratus..blog JM???? sendu jek hihihi

SS cakap apa kat JM tau.."U ni tak update blog berbulan pun....page view cecah juta-juta"  ye ke?hahahah..lawak!!!!

So hari ni JM rajinkan diri untuk update..nak share sikit pasal makam Saad bin Abi Waqas ni. Makam ni memang unik yang tak ada lagi kat Malaysia makan seperti ini yang JM pernah tengok.

Kalau nak tahu apa yang uniknya Makam ni..sila skroll lagi ke bawah. Last entri JM share pasal Masjid Saad Abi Waqas

Masjid dan Makam Saad Abi Waqas ni berada dalam kawasan yang sama dan sangat luas, dikelilingi pohon-pohon besar dan kehijauan (skema rama-rama ayatnya) hahahaha, kiranya kalau masuk kawasan masjid ni...sejuk jek. Biasa kalau kita pergi Masjid kat Malaysia..Masjid di bina di kawasan lapang..betul?

Tapi Masjid Saad Abi Waqas ni dibina di kawasan penuh dengan pepohon hijau (sastera bafak)..pepohon yang rimbun katanya kah kah kah. JM dulu sekolah menengah masuk kelas sain tulen..memang tak reti nak mengarang ayat-ayah madah berhelah ni ahaha...

Boleh tengok gambo kat bawah.

Boleh masuk kawasan masjid melalui South Gate dan North Gate. Masuk melalui South Gate lebih dekat ke tempat solat
NAMPAK????? JM kalau dah start taip...intro pun dah panjang lebar..ni tengah ada mood rajin la ni ihihihi

Wednesday 3 April 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Masjid Saad Bin Abi Waqas

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖


Hari kedua - 22 Nov 2018 (Destinasi ke -2)

Selesai di Yuexiu Park, kami balik semua ke train station Exit A untuk pergi ke Masjid Saad Abi Waqas. Kalau nak pergi masjid ni korang tak perlu naik train tau sebab lokasi masjid ni kat Yuexiu Park Station jugak, so ambik Exit B2.

Maksudnya..kalau korang naik train Stop di Yuexiu Park Station, korang boleh pergi 2 lokasi menarik di Guangzhou :

1. Five Statue Rams - korang stop at Yuexiu Park Station Exit A
2. Masjid Saad Abi Waqas - korang stop at Yuexiu Park Station and then Exit B2

Nampak tak..dari Yuexiu Park Station tu..kalau nak ke Yuexiu Park keluar ikut Exit A dan kalau nak ke Masjid Abi Waqas keluar ikut Exit B2 pastu ikut Lanpu Road. NAnti JM share direction detail nak ke Masjid tu
Alang-alang kami dari Exit A, kami keluar pulak ikut Exit B2 tapi kena touch metro card untuk keluar dari palang exit tu. Ingatkan free sebab kami tak naik train just tukar exit je..korang nak tahu berapa charge bila touch??..1.90 yuan so baki card waktu tu 36.70 yuan. Anggaran minimum tambang dari satu station ke satu station adalah 1.90 yuan kalau jarak perjalanan tu jauh sikit dia akan charge 2.00++ yuan. Murah kan tambang trainn kat Guangzhou itu sebab train sentiasa penuh!

Watu cari info lokasi dan cara nak pergi ke masjid ni ramai blogger yang share tapi direction yang dorang bagi kurang jelas. Ada yang cakap keluar je dari Exit B2 tu jalan terus akan jumpa North Gate. So JM pun cakap lah dekat geng ikut jalan seperti yang JM baca tu, jalan dalam beberapa meter tak nampak apa-apa.. macam jauh jek..Pastu SS cakap ikut je map yang dia print dalam Kitab Busuk, masuk ikut South Gate lagi mudah dan dekat. Rupanya nak masuk Masjid ada 2 pintu, satu melalui South Gate dan North Gate.

Jom ikut cara JM pergi ke Masjid dari Exit B2 lagi mudah.

Direction to Yuexiu Park dan Masjid Abi Waqas, Guangzhou

Thursday 14 March 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Yuexiu Park

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖


Hari kedua - 22 Nov 2018 (first destination)

Mesti ramai yang ternanti-nanti nak baca entri guangzhou kan hahahah...'perasan!'..kalau dah ko tu update sebulan sekali, lelama blog ko pun orang dah tak ingat..siapa Jari Manis tu? Jari Manis kat jari i ni....i tahu lah hahahah...padan muka ko JM...sape suruh ko malas nak update!

Ayuh!!! tak mau malas-malas..sementara ada mood nak taip ni, jom JM share sambungan trip ke Guangzhou.

Sebut je Guangzhou, mesti terlintas kat fikiran korang nak pergi memborong la..sebab kebanyakan mereka yang menjual kat pasar malam ke, kat pasaraya ke..dorang import product from Guangzhou tau..Why???? sebab murah gila wei!! korang bayangkan eh..beg kulit yang kualiti tu..kat Malaysia orang jual beratus ringgit tapi kat Guangzhou boleh dapat 100yuan atau anggaran RM60 ko! Korang rasa????

Bab shopping murah kat Guangzhou ni, nanti JM share dalam entri lain. JM akan listkan tempat-tempat shopping murah dan berbaloi di Guangzhou. Ada satu tempat tu, belum ada lagi blogger share, mungkin dorang pun tak tahu tempat tu boleh borong beg-beg murah gila!!! Ehhh! kalau ada rezeki nak repeat lagi la tempat tu...dompet duit leh dapat dengan harga 10yuan atau RM6!!! lawa!!

Kalau setiap hari nak pergi shopping je pun bosan jugak so perlu selitkan juga seight-seeing dalam itirenary korang. Susun itie macam geng Kitab Busuk ni buat. Awal pagi sampai ke tengahari penuhkan dengan sight-seeing dulu, tengahari pergi lunch dan solat pastu petang baru ko habiskan duit untuk shopping.

So awal pagi hari ke dua, kami plan nak pergi ke Yuexiu Park. Bukan nak pegi lepak, santai-santai, joging kat park tu tapi nak pergi jumpa dengan 5 ekor kambing gurun (five rams statue). Tujuan asal nak pergi bergambar dengan Five Rams Statue pastu tengok kalau ada kedai souviner, beli souviner sikit buat kenangan pastu pergi tempat lain pulak.

Five Statue Rams - ramai auntie baru sampai dengan bas jadi agak susah nak dapat shoot cantik

Wednesday 30 January 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Beijing Lu Pedestrian Street

Assalamualaikum dam salam sayang buat semua reader blog JM 💝,


Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk penghujung bulan Januari. Entri baru belum up lagi..adeh!..sibuk betul JM awal tahun ni..sibuk nak deco-deco rumah baru lah, sibuk balik 'kampung' kat Jay Bee lah..hihihih..

Akhirnya ada jugak entri bulan Januari ni..yahoooo! bukan senang tau nak siapkan 1 entri heeee.

Masih lagi cerita hari pertama di Guangzhou (21 Nov 2018)

Masih ingat lagi tak, last entri JM share tempat shopping di Shangxianjiu Street antara tempat yang korang boleh labur duit tapi tak semua barang kat sana murah kena pandai pilih kedai. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca kat SINI

Bila JM kongsi trip Guangzhou ni, ramai yang berminat nak tahu tempat-tempat yang best untuk shopping, semua tu nanti JM akan share-share satu persatu mungkin 2,3 bulan baru tamat kisah trip ni. Apa tidaknya kalau dah 1 bulan 2,3 entri jek maksimum..hahahaha..mampos!!

Jom sambung!!!

Dah puas pusing-pusing kat Shangxiajiu Street ni kami patah balik ke Changshou Lu Train Station tapi bukan ikut jalan tadi tapi kami ikut jalan lain sehingga la jumpa Exit A Changshou Lu Station. Sebenarnya tak kisah pun korang nak pergi ke Shangxiajiu Street ikut Exit A or Exit D tapi bagi JM lah korang ikut Exit D lagi mudah.

Dari Station Changshou Lu kami akan stop di Gongyuanqian Station Exit D untuk ke Beijing Lu tapi korang boleh jugak nak stop kat Beijing Lu station depend on korang dari mana..sebab macam kami lebih dekat kalau stop kat Gongyuanqian Station. Faham ke idok?

Dulu kali pertama JM pergi Beijing Lu tahun 2013 tapi turun dari Station Beijing Lu, bila kali ni turun dari Gongyuanqian Station, JM jadi blur..tak tahu arah mana nak tuju just tengok signboard jek arah nak ke Beijing Lu.

Antara building yang menarik perhatian di Beijing Lu

NUFFNANG