Showing posts with label Seoul Second Trip Autumn 2014. Show all posts
Showing posts with label Seoul Second Trip Autumn 2014. Show all posts

Saturday, 28 February 2015

Autumn at Seoul & Busan : Itaewon & Hangang River (Full Story)

Assalamualaikum and saranghaeyo my lovely readers,


This is LAST entry for Februari, esok 1 Mac 2015 cepat betul masa berlalu. Dua tiga hari ni Notebook buat hal..maybe perlu format. Frust tul tak dapat blog walking dengan lancar.

JM ada terbaca entri dari blog 'Ako' beliau baru balik dari Seoul selepas 'berwinter' di sana. Satu statement yang menarik perhatian JM adalah " patutlah ada orang pergi bercuti ke Seoul berkali-kali...senang, mudah dan murah..."

Yess!!! memang betul dan tidak dinafikan. Tiada masalah untuk jalan-jalan di area Seoul yang paling penting bijak membaca subway map, tahu cara nak pegi ke semua attraction place dan yang paling penting kaki mesti kuat jika tak, kaki akan cramp kerana perlu banyak menapak dan turun naik tangga subway. Itu sebab orang Korea kurus dan ramping serta kaki dorang juga cantik. Selama JM di sana, memang terasa penurunan berat badan, betis dan peha bak tiang lampu tapi bila balik Msia, tak sampai 2 minggu je badan seperti kayu balak.

Meh sambung cite jalan-jalan di Seoul entah bila nak tamat, semoga rakan reader masih bersabar ye. Hari ini hari terakhir di Seoul kerana esok kami akan ke Busan.
                         
Setelah puas berjimba di Namsan Tower, kami naik bus No. 3 stop di Seoul Station, dari sini kami akan ke Itaewon.

Sebut je Itaewon, kepada yang pernah ke Seoul mesti tahu, ini lah 'perkampungan' orang Islam kerana terletak Central Mosque of Seoul, kedai makanan HALAL dan kedai-kedai yang menjual roti dan barang masakan yang di jamin HALAL.

Perut dah menyanyi lagu Super Junior - MaMAcita!!!! jika tak pernah dengar sila cari dalam You Tube. Betul ke perut menyanyi? Sila guna imaginasi tahap tertinggi ahaahah.

Kami nak makan Korean Muslim Food. Rugi lah jika ke Korea tak makan makanan Korea..so kami ke Murree Restoran yang femes di kalangan Msian Tourist tu. Highly Recommended!.

Murree - Korean Muslim Food

Saturday, 21 February 2015

Autumn at Seoul & Busan : Namsan Tower (Full Story)


Assalamualaikum dan happy holiday to all my lovely readers,


Dari mana nak mula eh...selepas Subuh terus buka blog nk update entri, sorting gambar then termanggu seketika...nak tulis apa ni eh...trip dah lama so apa yang berlaku pada hari ke - 6 pun JM dah lupa.

Tak nak buang masa, stop sekejap masuk dapur goreng bihun untuk sarapan pagi bersama adik-adik.  

Lepas sarapan terus cerate new post tapi masih tak ada idea nak tulis....sekarang sudah jam 11.30 pagi. 

Selepas Zohor baru boleh tulis dengan aman bila idea datang "mencurah-curah" ahahaah.....nak publish entri ni pun perlu ada idea jugak tau jika tak nanti entri tu 'kosong' je. Jom tengok gambar dulu.

Ihsan Picture from Google : View Namsan Tower pada 3 musim berbeza, Musim Luruh, Salji dan Bunga
The N Seoul Tower, officially the YTN Seoul Tower and commonly known as the Namsan Tower or Seoul Tower, is a communication and observation tower located on Namsan Mountain in central Seoul, South Korea. At 236m, it marks the highest point in Seoul.

Jika lihat 3 pictures kat atas nih which season korang nak pegi...kalau tanya JM semua season tu nak pegi kecuali Summer Season. So Seoul...wait for me on another trip...opppssss!!!

Wednesday, 18 February 2015

Autumn at Seoul & Busan : Namsan Park & Hangang River

Assalamualaikum dan salam sayang to all my lovely reader,


Entri Seoul belum tamat, asyik kekangan masa je nak update kerana lebih utamakan blog walking or balas kunjungan semua rakan reader yang datang komen di blog JM ni.

So apa kata JM hidangkan korang dengan beberapa picture ni dulu sebelum 'up' full entri..Aci tak?

Bagi yang first time ke Seoul mesti akan masukkan Namsan Park dan Hangang River dalam list of attraction kan...ini kali kedua JM ke tempat-tempat ni, dulu Spring Season then sekarang Autumn dan view sangat berbeza dan kedua-dua nya CANTIK!!!
Namsan Tower
Sarangheyo my lovely reader - wearing FREE Hanbok di Namsan Park
Jalan-jalan di Hangang River - dah tak der beza antara JM dan Gerbang LOVE tu
Cukup ini dulu esok cuti CNY JM sambung Full entri..okey?

Sunday, 8 February 2015

Autumn at Seoul & Busan : Mount Seorak, Sokcho

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,



Jom ikut JM naik Gunung pulak..

Day 5 : 27 Oktober 2014

What!!! 27 Oktober 2014? hari ni 08 February 2015 sudah JM oi...berapa lama entri ni tertunggak almost 3 bulan belum habis cerita lagi kan. Harap-haraplah rakan-rakan di luar sana masih SUDI singgah dan lihat gambar-gambar yang di kongsi walaupun tak cantik. Tak baca pun x pe, JM tak kisah heeee. Jika ada penyakit malas beginilah jadi nya so kepada ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana janganlah ambil si JM ni buat menantu ye ehehehe. 

Ok jom..kita sambung. Bagi traveller yang pernah ke Seoul mesti akan masukkan Mount Sorak dalam list itirenary kan. Why? kenapa perlu ke sana? apa yang best sangat kat sana tu? Bukan ke hanya Gunung Seorak je..

Okey! masing-masing ada taste dan persepsi yang berbeza, jika di tanya pada JM berbaloi tak ke sana then jawapan nya YES! memang berbaloi jika pergi Autumn Season (musim luruh) kerana di sana view sangat cantik kerana daun-daun pokok Gingko bertukar warna. Ia lebih kepada seightseeing kalau nak bershopping di sini bukan tempatnya.

Tapi jika nak lihat view yang lain boleh try on Winter dan Spring.

Tak percaya? moh ikut JM!...Entri banyak gambar dari bercerita.

Jika ada yang bertanya : Bagaimana cara untuk ke Mount Seorak ni JM? sila klik LINK BIRU di atas ye.

Sebelum
Selepas...tak gayat ke JM berdiri kat tepi tebing tu
Aha...nampak tak JM berada di atas Mount Seorak tapi bukan kat puncak lagi tau, kami tak naik ke puncak dan nak tahu kenapa? sila lah baca hiksss.

Wednesday, 17 December 2014

Autumn at Seoul & Busan : Journey to Seoraksan National Park, Sokcho


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog Jari Manis..

Hai! ayat bodek nampak eehehhe...tak lah..JM ikhlas ni...nampak tak? nampak tak? hihiihhi

 Let's start our journey today (Day 5 - 27 Oktober 2014)


Mount Sorak, Sokcho
Ye! Mount Sorak or Seoraksan antara destinasi wajib selain Nami Island jika travel ke Seoul on Autumn season. Why? kerana view daun marple dan ginkgo berwarna kuning dan merah begitu memikat hati. Tak percaya? cer lihat gambar ni..

Sunday, 14 December 2014

Autumn at Seoul & Busan : Ke mana JM pada hari ke -4?

Mencari dan mengintai rakan blogger dan reader yang masih setia bersama blog Jari Manis Travel List hihihhi

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya,

Ahaa..ke mana JM pada hari ke - 4 (26 Oktober 2014) di Seoul, Korea? Nak tahu? Kami ke sini

#1 - YES!! kami ke Trick Eye Museum
Mari JM kongsi beberapa keping gambar di sini dan korang rasa memang TRICK ke tidak. Harap maaflah ye entri kali ini penuh dengan gambar tuan punya blog. Terdapat juga gambar yang agak sensitif bagi certain person but take it positively.

Thursday, 11 December 2014

Autumn at Seoul & Busan : Nami Island


Assalamualaikum dan salam sayang to all my lovely readers,

View sekitar Nami Island
Fuhhh.....akhirnya JM ada masa untuk sambung pengalaman 'basi' bercuti ke Korea pada penghujung Oktober sehingga awal November yang lalu. Kebarangkalian cerita travel ke Korea masuk tahun 2015 baru tamat adalah tinggi jika memontem update blog seminggu sekali huhhu...apa nak jadi dengan nko ni JM.

Hari ke-tiga di bumi Seoul kami akan ke Nami Island. Jika masih ingat dalam entri yang lepas JM, Bie dan Mrs F telah bersetuju ke Nami Island bersama-sama kerana lagi ramai lagi meriah.

Sebut je Nami Island mesti semua akan relate dengan tempat pengambaran drama korea Winter Sonata, itu sudah pasti.

Nami Island highly recommend on Autumn Season...view tersangatlah CANTIK!

Uolllss dah ready nak tukar mata hitam kepada warna kuning dan merah...let's go!


Saturday, 6 December 2014

Autumn at Seoul & Busan : Shopping Time (2)


Assalamualaikum dan salam ceria semua,


Baru JM perasan rupanya belum ada entri yang telah di 'up' untuk bulan Disember. Aduh!!! JM! JM! awak kat mana? awak kat mana? awak kat mana? 


JM kat sini menunggu kekasih hati yang tak kunjung tiba heeee
JM was here....minta maaf ye kawan-kawan JM baru balik dari berkursus selama 3 hari 2 malam di Kem Saujana Asahan, Melaka. Baru hari ni masuk kerja dan malam ini baru berkesempatan untuk update entri baru.

Fuh...berapa lama lagi mahu khatam entri Seoul, ada kemungkinan orang dah bosan nak follow huhuhuh. Apabila perlu pergi kursus atau outstation, JM akan susah hati..korang nak tahu sebabnya :

i. tak dapat blog walking
ii. tak sempat update new story
iii. tiada peluang reply komen dari kawan-kawan, akhirnya perlu luangkan lebih banyak masa mengadap blog

Sunday, 30 November 2014

Autumn at Seoul & Busan : Shopping Time (1)

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader,

Cak!!!!
Sebelum JM sambung kisah percutian di Seoul, salah seorang rakan blogger, Cikgu Etuza mohon JM hebohkan satu segmen yang beliau anjurkan - Segmen Pencarian Bloggers & Bloglist Ikon Gratifying! By Etuza. Kepada pembaca yang berminat untuk join sila klik Pesona Etuza . Tarikh akhir segmen adalah 01 Disember 2014. Selamat bersegmen!

Hari kedua di Seoul (24/10/2014 - Jumaat)

Hari ni kami plan nak cari barang souviner terutama JM lah nak cari ole-oleh kepada rakan reader yang setia bersama blog JM dan juga untuk rakan pejabat. Malam tadi kami plan akan ke tempat-tempat ni :

1. Doota Mall
2. Dongdaemun Market
3. Insadong
4. Namdaemun 
5. Myeongdong

Bangun awal? lebih kurang jam 5.30 pagi baru bangun lepas mandi, solat dan makeup kami turun ke dapur untuk prepare sarapan pagi. Seronok nya stay di GH3 ni sebab ada dapur, kitchen ware jadi boleh masak. Tapi hanya sekadar menggunakan Oven/Microwave untuk panaskan nasi dan lauk kerana ada perasaan was-was untuk menggunakan periuk dan peralatan memasak yang lain.

Tuesday, 25 November 2014

Autumn at Seoul & Busan : Bukchon Hanok Village & Dongdaemun Ikan Bakar


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua nya,


Terlebih dahulu nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua reader yang masih setia bersama blog Jari Manis dan tidak lupa juga kepada follower blog JM yang semakin bertambah. Terima kasih kepada kalian semua termasuklah mereka yang tinggalkan komen di setiap entri JM..tunggu kunjungan balas dari JM ye.

Kepada Top Commentar for every month, ada something untuk korang semua...Tunggu!!!!

Ok..Jom kita sambung. Masih lagi hari pertama di Seoul (23 Oktober 2014). Sila jangan bosan ye kerana banyak lagi entri akan menyusul.

Ingat lagi tak last entri kita stop kat mana? ye!!! keluar dari Deuksugung dengan perasaan tidak puas hati kerana daun belum tukar warna dan tak dapat lihat view yang di harapkan. Jalan balik ke City Hall Station. 

Dari City Hall Station kami tempat ni. Siapa tahu tempat ni sila jawap cepat...

Kat mana agaknya ye

Thursday, 20 November 2014

Autumn at Seoul & Busan : Yooganey Restaurant & Deuksugung Palace


Assalamualaikum dan salam sayang buat semuanya,


AMARAN !!! Wah...seram je kan bunyi nyer hahaha...x de menda lah, sebenarnya entri kali ini penuh dengan gambar kerana tuan punya  blog semakin malas untuk menulis.

Huhuuhu...sedih..kesan daripada malas nak 'up' entri pageview dari 3000 dah jatuh kepada 1,000++ je sehari, Apa nak jadi dengan nko ni JM..pesal malas sangat bukan sibuk dengan anak atau suami pun kan?

Perasaan malas tu datang tetapi memandangkan ramai yang beri sokongan dan baca blog JM ni, so semangat untuk sambung cerita tu datang.

Terima kasih semua yang sudi 'datang' sini dan tunggu kunjungan balas dari JM yek

Let's go...follow JM..kita explore lagi bumi Seoul, Korea
Hari ini 23 Oktober 2014 (Khamis)

Ini adalah entri sambungan dari Autumn at Seoul & Busan : Departure Day

Dalam entri lepas, selesai sahaja tunaikan tanggungjawab kepada yang maha Esa, kami plan nak cari tempat makan. Dari pagi kami hanya minum susu pisang dan makan sebuku roti ketika di dalam bas dari Airport ke GH.

Thursday, 13 November 2014

Autumn at Seoul & Busan : Departure Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,


RUPANYA trip Autumn in my heart kali ni memang "best" kerana ramai rakan blogger yang JM kenal telah berkunjung ke sana. Korang boleh terjah blog BibiEr dan Azra yang berkongsi cerita dan gambar yang boleh meruntun jiwa. Tak lama lagi entri dari blog Jea dan Kak Kiah akan menyusul. Blog JM? gambarnya biasa-biasa aja...amatur katanya hanya menggunakan Samsung Galaxy Tab 7 Plus, jadi gambarnya kurang menggoda plus tuan nya yang x pandai cari angle yang cantik..belasah je janji ada heee.

Tikat telah di tempah pada 24 November 2013 dan tarikh travel 22 Oktober 2014 jam 1.00 pagi almost a year menunggu..gigih kan..nasib baik Allah kuniakan kesihatan yang baik sehingga ke tarikh berlepas.

JM pertama jejak kaki ke Seoul pada April 2011 Spring Season (musim bunga), jadi second time ni ingin merasai suasana Autumn (musim luruh) ternyata berbeza sekali antara dua nya.

Picture taken on April 2011 (Spring Season)
Picture taken on November 2014 (Autum Season)

Monday, 10 November 2014

Autumn at Seoul & Busan : How To Book Your KTX Ticket


Assalamualaikum to all my dear friends,


MESTI ada yang akan cakap...alaaaa JM ni kenapa nak up entri yang bosan nih..kami nak entri yang ada gambar daun warna warni tu...sabar ye..nanti JM kongsi lah..Nah ambil dulu yang ini dan akan menyusul lagi dalam antri yang akan datang.

JM suggest kepada korang sila pegi Autumn Season kerana view yang sangat cantik

Monday, 3 November 2014

JM in the HOUSE!!!!

Assalamualaikum buat kawan-kawan kesayangan yg JM tinggalkan tu!!!!


" JM dah balik..rindu nak terjah 'rumah' korang"

Alhamdulillah pagi tadi jam 1.20 pagi 03/11/2014 JM selamat sampai di teratak 'bahagia' mana lagi kalau tempat kediaman selepas 11 hari berkelana di bumi Korea (Seoul dan Busan). Banyak story nak di kongsi tetapi entri permulaan ni JM kongsi sebahagian tempat yang sempat kami terjah kerana tidak semua plan dalam itirenary is fulfill. Kita hanya merancang Allah yang tentukan tul tak? Maybe next year akan cover the rest of the places..in sha Allah.

Trip kali ini seperti jejak kasih kerana terjumpa dengan blogger Bibie Karim dan Sifu Sempoi

Pelbagai kisah-kisah menarik yang ingin di kongsi dan juga kisah cuak pada hari terakhir di mana selesai check in di kaunter Air Asia nama JM di panggil semula ke kaunter dan diminta masuk ke dalam bilik scan luggage kemudian beg kena selongkar selepas security check. Semua itu akan JM kongsi dalam full entri nanti.

Tungguuu!!!.


Wednesday, 29 October 2014

Last update from Seoul

Assalamualaikum kawan-kawan JM sekalian,

Adakah semuanya dlm keadaan baik sepanjang ketiadaan JM ni ke korang rasa aman sbb JM x buat bising kat blog korang ahahaha. Tunggu ye JM balik nanti habis lah korang semua tu hihihihi. Hari ni last day at Seoul esok pagi dah nak gerak ke Busan for four days before going back to Mlaysia. Doakan semuanya selamat ye.

Meh JM tinggalkan pic yg boleh menggugat iman korang semua ahaha. Budak bawah umur x boleh tgk.

At mount sorak dan trick eye museum

Saturday, 25 October 2014

Tuesday, 21 October 2014

NUFFNANG