Annyonghaseyooo...again....
Masih di Seoul untuk hari ke - 5. Semua tahu kan trip ini berdua sahaja pada tahun lepas...baru tahun ini nak update dalam blog. Bukan tujuan nak menunjuk yangJM ni pegi obersea tapi sekadar nak berkongi pengalaman agar semua pembaca dapat sedikit informasi bagi sesiapa yang merancang untuk ke sana. Sekarang dah banyak blog menceritakan kisah pengalaman bercuti di negara orang dan tidak menjadi masalah untuk mendapatkan panduan, 'google' semua maklumat di hujung jari dan bukan hanya di Jari Manis tetapi semua jari jemari yang ada...eheheh.
Day 5 : Namdaemun Market - Itaewon - The War Memorial of Korea - Yuido (Hangang Park and Cruise at Hangang River)
Mesti semua tertanya-tanya kenapa stiap entry sama sahaja destinsi nya..betul tak..sebab hari sebelum tu pun dah pegi ke Namdemun dan Itaewon. Yo lah..kawan-kawan kan semua tahu...tempat penginapan kami berdekatan dengan Namdaemun Market..jalan kaki 5minit sudah sampai, jadi hari-hari boleh shopping. Semalam kami shopping brouch sahaja itu pun mengambil masa hampir 1 jam lebih. Biasalah kan orang perempuan kalau pilih barang memang begitu gayanya..lepas belek..belek lagi..lepas pegang..letak..pegang semula..pastu tak puas hati ambil belek lagi...sampai puas hati. Bila dah dapat berkenan di hati..nak minta tawar pulak dan selagi tak dapat harga yang diminta takkan berganjak dari tempat tu dan kalau tak dapat jugak harga yang di minta, berlalu pergi cari tempat lain. Bagi sesiapa yang tak tahan sikap lama memilih kena sabar lah ya...hihihhi. Nasib baiklah kawan JM tu pun sama je kekdahnya, jadi kami tiada masalah dalam bab pilih memilih ni.
Jom kita lihat apa yang kami pilih kat market tu....
|
Jari Manis dan buat tomato yang sangat manis :-) |
Apabila dah selesai semua urusan kami terus ke destinasi ke 2- Itaewon...Itaewon lagi..yo lah kami ingat nak makan tengahari kat sana. Malas nak taip..jom layan gambar. Bagaimana nak ke Itaewon, JM kongsi direction dalam entry sebelum ni kan..jangan kat tak ada.....malas mak nak layan tau..ahahah
|
Shopping sekitar Itaewon |
Dah penat shopping...nak berhenti rehat jap..mau makan tengahari dulu di Murree sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
|
Makan dulu |
JM oder nasi beriani, kuantiti amat banyak boleh makan untuk dua orang...puas nak habiskan..rasa nya not bad..agak sedap memang menuhi selera. Kemudian gerak ke Masjid dulu untuk solat Jamak.
|
Ruang Solat Wanita |
Apabila dah selesai menunaikan kewajipan yang wajib, kami nak ke...tadaa.....
|
War Memorial of Korea |
The War Memorial of Korea, as our unique war history museum in Korea, is the sanctuary of national defense to feel the live history which we had been defended this country for five thousand years, and this is a place we learned lessons from war and to make a practical determination that we will never experience the tragedy of war again.
Also, The War Memorial of Korea is the live educational center of Korean contemporary history to have a correct understanding of vivid history which have been safeguarded the free democracy including the meaning of Korean War which was the most tragic war in history.
How to get there:
Samgakji Station, Line 4 or 6, Exit 12 - 5 minute walk
Namyeong Station, Line 1 - 10 minute walk
Check out
here for the map.
Admission: FREE
Opening: 9:00 - 17:00
Jom layan gambar dulu...
|
Kalau di tanya nk peg lagi tak tempat ni..jawapan nya cukup lah sekali |
Cukup lah sedkit gambar sekitar War Memorial of Korea, moh kita ke destinasi terkakhir hari ni iaitu Hangang Park di mana terdapatnya 63 Building dan SBS Seoul TV Staion dan juga Hangang River yang menjadi tumpuan pelancong dan juga pengarah-pengarah Drama Korea membuat pengambaran di sini.
Kami sampai di Hangang Park sudah jam 7.00 mlm, jadi tidak sempat nak menikmati suasana siang di Hangang River. Sewa basikal disediakan kepada sesiapa yang ingin menyusuri sepanjang laluan di Hangang River ni.
Disebabkan kami sampai dah malam, so kami ambil keputusan untuk naik Cruise menyusuri sepanjang Hangang River sambil menikmati cahaya lampu di waktu malam dan di sertai dengan persembahan Magic dalam Cruise tersebut. Tiket yang dikenakan adalan KRW15,000 = RM42.75. Asyik bercerita je kan...How to get there : ???
From Samgakji going to Yeouinaru Station.
|
Memang agak penat kalau nak menapak guna tangga |
|
63 Building |
|
Cruise |
|
Ticket Counter |
|
Ada magic show |
Hampir 1 jam 30 minit kami di Hangang Park badan dan penat, so itu sahaja destinasi kami untuk hari ini. Ambil Subway at Yeouido Exit 5 terus ke Hoeyon Station.
|
Jom balik |
End of story for day 5. Nak tahu destinasi seterusnya untuk hari ke - 6?..tunggu...akan menyusul tak lama lagi.. :-)
Wassalam......