Friday, 27 July 2012

Hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum pembaca semua

Entry aku kali ini tiada kaitan dengan travel aku ke mana-mana tapi iku nak bagi tahu .....aku masuk paper secara tidak sengaja...surprise mak tau...

Kepada pembaca semua.....

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, kopeasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menganjurkan Jualan Langsung dari gudang berlangsung :

Tarikh  : 25/07/2012 (Rabu) - 29/07/2012 (Ahad)
Masa   : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Berhadapan Bazar Ramadhan, Presint 2, Putrajaya

Datang lah beramai-ramai kerana pelbagai barang di jual termasuk kelengkapan dapur, barang-barang untuk sambutan hari raya, pakain lelaki, wanita, kanak, perkakasan bilik tidur dan barangan berjenama dengan harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang ini...datang jgan tak datang...ehehe

Nak tahu kenapa mak beriya kempen you allsssssssss..inilah citernya..semalam mak pegi pesta jualan tu..kebetulan pada masa yang sama adalah hari perasmian pesta tu. Sedang leka mak memilih pakaian..tetiba cameraman datang kat tempat mak tu..mak perasan nok...dorang ambik gambar mak..tapi mak buat muka selama jer...buat-buat tak nampak lah konon heheh...kemudian selang beberapa saat, mak tengok cameraman tu berdiri kat depan mak sambil memanggil nama Datuk..Datuk..sini Datuk...mak pun terpingga-pinga...Datuk mana pula nih..tetiba Datuk Saberi Chik, Menteri KPDNKK berdiri kat sebelah mak ni ha...wahh...curlassttt you alllsss....rasa macam restisss sekejap....pastu tu menteri tanya beberapa soalan..mak jawab dengan penuh senyuman...ehehehe....mak ingatkan tak masuk paper lah sebab ada jumpa kawan-kawan seperjuangan..mereka juga ada di tegur menteri..so mak tak surprise sangat lah...

Hari ini pada 27/07/2012...kawan cakap...wah...tahniah....masuk paper..mak terkejut besar..terus dapatkan paper Utusan Malaysia..dan hasilnya...Taraaaaaaaaaaaaaaaaa...glamour sekejap...ehehehe

Bersama Menteri KPDNKK
The choosen one...hihhi

Bye....c u then...

Tuesday, 24 July 2012

Hong Kong : Final Day

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa semua...

Tarikh : 09/07/2012

Puas jugak aku nak menghabiskan story aku pasal Hong Kong ni..maka tibalah hari terakhir (10/07/2012) kami di sana. Tiket penerbangan adalah pada jam 6.15 petang, jadi kami masih mempunyai masa untuk berjalan di sekitar Tsim Tsa Tsui dan membeli beberapa barang seperti minyak wangi, handbag, t-shir dan souvenir.

Hari terkahir kami di sini, seawal pagi dan packing barang masuk beg bagi memastikan tiada barang yang tertinggal. Aku memang dah merancang sebelum datang aku bawak beberapa helai pakaian sahaja dan sedikit bekalan makanan. Aku simpan ruang untuk isi hasil pancingan aku di HK.

Kami check-out awal pada jam 9.00 pagi, semua beg pakaian boleh simpan di lobi hotel dan memang selamat, di sebabkan kami nak ronda-ronda lagi area Tsim Sha Tsui, takkan nak bawak beg-beg yang berat tu kan. Destinasi kami pagi ini adalah kedai minyak wangi...memang murah minyak wangi kat kedai tu....kawan aku memang teruja kalau bab-bab minyak wangi ni..aku teman jer...tak ada minat nak beli sebab aku ni jenis memilih jugak...kena pastikan minyak wangi boleh di bawak solat tak nak nanti solat aku sia-sia sahaja..betul tak?...ehehehe...Macam mana nak ke kedai minyak wangi tu...Okehh..di sebabkan kami tinggal di California Hotel, jadi jarak ke kedai itu memang dekat sekali. Aku kan pernah cakap sebelum ni..hotel yang kami pilih ni memang strategik lokasi nyer... :-)

Direction to Perfume Shop (aku tak tahu nama kedai tu) :
1. Keluar sahaja dari entrance hotel...belok ke kanan dan akan jumpa MTR Tsim Sha Tsu Exit B1
2. Belok ke kanan dan follow arah Cameron Road seperti gambar di bawah
3. Jalan terus ke hadapan sehingga jumpa Hotel Benito sebelah kiri dan KFC sebelah kanan
4. Jalan lagi sehingga jumpa junction/traffic light, kedai tu betul-betul kat junction tu seperti gambar di bawah

Monday, 23 July 2012

Macau : Day 4

Assalamualaikum..

Tarikh : 08/07/2012

Aku masih lagi belum habis story pengalaman aku bercuti di Hong Kong dan Macau..so pada hari ke -4 kami berdua akan ke Macau selama 1 hari di sana. Ini kali pertama aku menjejak kan kaki ke tanah Macau dan aku tidak dapat bayangkan bagaimana suasana di sana dan aku banyak juga review pengalaman beberapa travel blog dan kebanyakan mereka menyatakan bahawa tidak berapa enjoy untuk ke sana tetapi kawan aku cakap best..rugi kalau tak pergi. Jadi pada hari ini kami merancang mengalaminya sendiri.

Sebelum aku memulakan story berkenaan Macau ni, terdapat satu lagi tempat menarik di Hong Kong dan kami tidak berkesempatan untuk ke sana kerana kesuntukan masa iaitu Ocean Park dan ia lebih kurang macam Gold Coast di Australia. Walaupun begitu aku tetap akan sediakan panduan untuk sesiapa yang ingin ke sana.

Direction to Ocean Park :
1. Naik MTR di Tsim Sha Tsui Stesen dan turun di Admiralty Stesen.
2. Sampai di Admiralty Stesen, ambil Exit B2
3. Apabila exit B2, akan ada anak panah dan tunjuk arah Stesen Bus ke Ocean Park
4. Kemudian, sampai je stesen bas, ambil Bus No 629 to Ocean Park
5. Pastikan belit tiket pergi balik di kaunter khas Ocean Park dan tiket masuk ke Ocean Park juga ada
    jual di sini
6. Kekerapan pergerakan bas setiap 5 - 10 mint dan tidak perlu tunggu lama
7. Tempoh masa perjalanan adalah lebih kurang 30 minit

Bus Fee Return :
Adult                           – HKD 21.20/person
Child (3-11 tahun)       – HKD 10.60/person

Entrance Fee to Ocean Park :
Adult                          – HKD 250/person
Child (3-11 tahun)      – HKD 125/person

Aku tidak pergi ke Ocean Park, so tak adalah gambar kami di sana. Okeehh...aku sambung story ke Macau. Seperti biasa seawal pagi kami dah bangun dan selesai sahaja sarapan kami mula bergerak ke destinasi. Antara tempat-tempat yang akan kami lawati adalah :

1. Hard Rock Hotel
2. City of Dream
3. The Venetian
4. Senado Square

Pekhidmatan yang disediakan untuk ke Macau adalah menggunakan Feri yang boleh di naiki di Chine Ferry Terminal. Kat mana pulak letaknya China Ferry Terrminal nih...tak perlu risauu..you all follow jer direction yang aku berikan kat bawah :

Direction to China Ferry Terminal :
1. Go along Haiphong Road (Haiphong Road terletak bersebelahan Masjid Besar Kowloon)
2. Jalan terus kehadapan iaitu arah ke Horbour City (akan jumpa Kowloon Park) di sebelah kanan
3. Jalan sehingga jumpa junction berhadapan bangunan Harbour City
4. Cross junction untuk ke sebelah kanan dan go along Canton Raod
5. Jalan sahaja terus ke hadapan sehingga terjumpa China Hong Kong City Shopping Mall sebelah kiri
6. Masuk shopping mall tu, naik escalator ke Level 1
7. Follow jer sign kat dalam mall tu untuk ke kaunter tiket

Senang bukan?...bagi kami yang first time pegi tu..risau jugak mencari lokasi...macam biasa jangan malu bertanya..nanti makan buah langsat pulak..hihihi...Jom aku letak gambar untuk membolehkan korang dapat gambaran yang lebih jelas. 

Direction to China Ferry Terminal
Terdapat banyak kaunter yang disediakan tetapi korang jangan tersalah pilih kaunter yer..pergi ke kaunter yang tertulis CotaiJet atau TurboJet. Yang mana satu nak pilih yer?...mesti korang keliru kan..macam lagu yang didendangkan oleh Nurul dan Ajai tu..ehehe..jangan pening-pening kepala....Kedua-dua jenis feri ni akan berlabuh di dua pelabuhan berbeza di Macau iaitu CotaiJet akan berlabuh di Macau Maritime Terminal, Taipa manakala TurboJet akan berlabuh di Macau Peninsula.

Aku memilih untuk menaiki CotaiJet kerana pelabuhan Taipa adalah berdekatan dengan City Of Dream, Hard Rock Hotel Macau dan The Venetian. Jikalau korang nak naik TurboJet pun tiada masalah kerana pelabuhan Macau Peninsula berdekatan dengan Airport Macau, Senado Square, Muzeum of Art, Grand Lisboa, St Paul of Ruins dan Fisherman's Wharf. Jikalau berlabuh di mana-mana pelabuhan pun tiada masalah kerana 'free shuttle bus' di sediakan di kedua-dua pelabuhan yang akan membawa penumpang ke tempat-tempat tersebut.

Okehh..aku belum story lagi yer harga tiket untuk ke Terminal Taipa, Macau kan..kalau nak berlabuh di Terminal Taipa perlu menaiki CotaiJet Feri dengan harga tiket adalah HKD151 dan tempoh perjalanan adalah lebih kurang 1 jam 20min. Bagi memudahkan korang membuat rujukan berkenaan jadual perjalanan dan harga tiket boleh rujuk kat laman web ni http://www.turbojet.com.hk/eng/schedule/prd6.asp atau lihat sahaja paparan yang aku sediakan di bawah. Waktu korang beli tiket ni jangan guna Octopus Card pulak...yang ni kena bayar tunai yer.

Kami sampai di kaunter tiket lebih kurang jam 8.45 pagi dan feri akan bertolak jam 9.00 pagi. Sebelum tu sempat lagi bergambar di terminal sebelum masuk ke kaunter Imigresen. Jangan lupa sediakan passport yer..sebab sebelum berlepas naik feri perlu cop Imigresen dulu. Dalam feri nanti perlu isi borang imigresen Macau. Jom layan gambar pulak.

 

Jom naik Feri
Selepas hampir 1jam lebih perjalanan, akhirnya kami sampai di Terminal Taipa. Turun sahaja dari feri, perlu berjalan dalam 100 meter untuk cop passport di kaunter Imigresen Macau. Ramai betul orang datang ke Macau ni..ye lah...takkan korang tak tahu..Macau ni femes dengan tempat orang berjudi..Casino memang bersepah sana-sini. Oleh sebab tu lah...memang susah nak cari peminta sedekah ker dan kes ragut pun kurang kerana mereka mudah untuk mencari wang dengan hanya berjudi..itulah Macau.

Selesai urusan cop passport walaupun kena beratur panjang, tetapi urusan dilakukan dengan pantas dan tidak perlu beratur lama. Destinasi pertama kami adalah City Of Dream dan Hard Rock Hotel Macau. Kedua-dua tempat ini adalah tempat yang sama kerana kedua-dua bangunan 'connected' sekali. Bagaimana caranya nak ke tempat -tempat ni. Tak perlu risau, kerajaan Macau telah menyediakan perkhidmatan bas percuma atau di kenali 'Free Shuttle Bus' ke semua destinasi. Ini kerana mereka menggalakkan orang untuk datang melabur dan menghabiskan duit di Macau. Mana tidaknya..kalau dah Casino bersepah sana-sini dan mereka tidak mempunyai masalah berkaitan duit.

Keluar sahaja dari kaunter Imegresen ke Arrival Hall...bas sedang menunggu di luar..pilih jer mana-mana bas dan destinasi. Terdapat laluan yang di paparkan pada dinding bas dan juga pada pintu masuk bas.Oleh kerana kami ingin ke City of Dream, kami memilih untuk naik bas berkaitan dan perjalanan ke sana hanya mengambil masa dalam 10 min sahaja.



Perasan tak..dalam bas ni tak ada orang..aku orang pertama naik bas ni..eheheh...semangat you all...jangan jeles tau..hihihihhi...kalau korang ada masa dan kelapangan..mesti datang sini tau..Dah sampaiii..



Jom kita membeli belah di Hard Rock Cafe...



Apabila masing-masing dah dapat baju kat Hard Rock Cafe, kami nak pergi tengok Dragon Treasure Show kat City of Dream. Tiket yang dikenakan adalah HKD50 dan sila beli tiket di kaunter seperti gambar di bawah.



Untuk pengetahuan semua, sekiranya korang ada membeli belah di Hark Rock Cafe atau City Of Dream Shopping Mall, tunjuk sahaja resit pembelian di kaunter tiket, maka bayaran tidak dikenakan untuk tengok show tersebut akan tetapi pastikan jumlah belian adalah HKD150 ke atas dalam satu resit. Jadi kalau ramai yang membeli..kumpul duit sorang jer yang bayar. Pertunjukan ni memang korang wajib tengok..memang sangat menarik....seperti berada di alam mimpi. Jom aku tunjuk sedikit gambar yang sempat aku ambil.

 


Tak boleh tunjuk banyak-banyak...korang kena datang dan alami sendiri. Pertunjukkan ini tak lama lebih kurang 15min sahaja tetapi memang berbaloi kerana kualiti sound effect dan cara persembahan yang amat mengkagumkan. Bukan itu sahaya, terdapat juga Water Dancing Show di mana air yang menyerupai ikan duyung berenang...ini pun persembahan yang tidak tercapai di akal aku. Bagaimana teknik yang digunakan untuk membentuk air seperti ikan duyung dan boleh berenang seperti ikan duyung sebenar. Cuba tengok gambar di bawah..macam tak percaya kan? Ikan duyung tu sebenarnya air..kemudian ia akan hilang dan tiada bentuk lagi...awesome... :-)


 

Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengahari..kami tidak boleh lama di sini kerana terdapat banyak lagi tempat nak pergi kan..jadi kami ambil keputusan untuk ke Venetian pulak..bagaimana nak ke sena..you allss keluar jer dari pintu masuk City of Dream tu...terdapat traffict light....cross jalan..dah sampai..mudah bukan...ehehe

Inside City Of Dream
View The Vinetian
Apa yang menarik di The Venetian ni yer..aha..jangan tak tahu..kat sini tempat orang datang untuk berjudi..tapi aku bukan dari golongan itewww....jangan salah faham. Meh aku stroy sikit pasal The Venetian nih.....

The Venetian Macao is a hotel and casino resort in Macau owned by the Las Vegas Sands corporation. The Venetian is a 40-story, $2.4 billion anchor for the 7 hotels on the Cotai Strip in Macau. The 10,500,000-square-foot (980,000 m2) Venetian Macao is modeled on its sister casino resort – The Venetian in Las Vegas – and is the largest single structure hotel building in Asia, The sixth-largest building in the world by area and the largest casino in the world.
The main hotel tower was finished in July 2007 and the resort officially opened on 28 August 2007.[1] The resort has 3000 suites, 1,200,000 sq ft (110,000 m2) of convention space, 1,600,000 sq ft (150,000 m2) of retail, 550,000 square feet (51,000 m2) of casino space – with 3400 slot machines and 800 gambling tables and a 15,000 seat CotaiArena for entertainment and sports events.

Aku tak nak cerita panjang pasal sejarah The Venetian...bukan korang nak baca pun..ehehehe..jom ikut aku tengok apa yang hado kat dalam tue... Kat dalam ni sah-sah ler ada Casino yang terbesar...mewah giler dekorasi kat dalam ni...melopong jugak mulut aku sekejap..teruja ya amat...memang cantik betul lah..malas nak citer panjang..jom layannnn.....

Entrance - The Venetian
Korang nampak tak gambar kat atas...korang naik je tangga tu...ada pintu masuk dan akan di sambut oleh dua orang jelitawan...ini lah landmark the Venetian..bersalut GOLD tu..jangan tak percaya...taraaaaa


Betul tak aku cakap..nampak mewah kan...luas betul tempat ni..satu hari jalan tak habis pusing. Bukan sekadar Casino, terdapat kedai makan, branded outlet dan juga kemudahan naik Canal iaitu sampan yang akan di dayung oleh orang purtugis untuk mengelilingi dan menikmati suasana di dalam The Venetian ni..memang teruja lah...Event..dalam tandas pun bersih dan dah macam bilik tidur..jangan tak percaya..aku sanggup ambil gambar dalam tandas dorang nih..ehehehe

Tandas - The Venetian
Tandas pun tandas lah jadi cantik dan bersih..ehehe..Kalau you all nak membeli belah dan menghabiskan duit korang yang banyak tu..boleh ke aras dua dengan escalator yang di sediakan. Korang pilih lah outlet mana yang korang suka..Zara, Victoria Street, Coach dan banyak lah...tak tersenarai aku kat sini. Cuba tengok gambar kat bawah tu..ada nampak tak langit biru tu..itu sebenarnya bukan langit sebenar tapi itu cermin yang menyerupai awan di langit..cantik bukan...


Panjang lebar jugak aku cerita pasal The Venetian nih yer..jom lah ikut aku ke Senado Square pulak..Bagaimana nak ke sana..itu senang jugak

Direction to Senado Square :
1. Ambil bas di luar pintu masuk The Venetian East Entrance ( turun ke Ground Floor..follow je sign Bus
    Depot )
2. Kat luar pintu masuk akan tertera laluan pelbagai jenis bas
3. Pilih sign 'Macau Ferry Terminal ..naik bas ke Grand Lisboa (Free Shuttle Bus) turun di Lisboa Hotel
4. Dari entrance Lisboa Hotel tu..jalan ke bahagian belakag hotel tu cari banguna Grand Lisboa.
5. Jumpa saya sahaja entrance Grand Lisboa..korang jalan terus ke kana menyusuri sepanjang jalan
    raya..terdapat sign Senado Square

Berdekatan Senado Square juga terdapat Espirit Outlet dan barang-barang sovinour di Senado Square memang murah berbanding di Hong Kong termasuk lah t-shirt dan keychain. Aku banyak menghabiskan duit untuk membeli keychain, t-shirt dan backpack di sini. Tidak jauh dari situ terdapat St Ruin of Paul. Aku leka sangat membeli-belah dan lupa nak ambil gambar kawasan sekitar :-)

Senado Square
Tak habis lagi cerita aku pasal pernalan di Macau ni..aku pun dah penat menulis..you allss..mesti lagi penat nak membaca kan...Jom aku bagi direction nak balik ke Hong Kong. Ye lah..badan pun dah penat ..seharian di Macau..jam 6 petang..kami mula bergerak ke Lisboa Hotel. Bangunan di sekitar memang cantik dan unik..antaranya Wlyn dan Sand..



Direction to China Ferry Terminal :
1. Naik bas di depan Lisboa Hotel. Pastikan naik bas tertulis Macau Ferry Terminal
2. Sampai sahaja di Macau Ferry Terminal, masuk entrance ke terminal
3. Selepas masuk entrance ada escalator, jangan naik escalator tu dulu..bergerak ke bahagian kanan terdapat kaunter tiket - TurboJet dan beli tiket untuk ke Kowloon/Tsim Tsa Tsui dengan harga HKD174 tetapi kami dapat diskaun dan kami bayar HKD170 sahaja.
4. Naik escalator untuk ke balai berlepas....perjalanan dalam 1 jam akan sampai ke China Ferry Terminal
5. Exit di China Hong Kong City Shopping Mall

End of day 4....aduhh...berhari-hari jugak aku nak menyiapkan entry ni.....tapi aku rasa berbaloi kerana ada orang sudi untuk membaca dan jadikan blog aku ini sebagai rujukan. Thank you for all my readers...ehehe..perasan..macam lah ramai yang baca blog aku ni kan...

Total Expences not include shoping budget :
Tiket Feri (HKD151 + HKD170) = RM131.61

Wasalam...

Wednesday, 18 July 2012

Hong Kong : Day 3

Assalamualaikum semuaa....

You oulllllsssss ceria tak hari ni...eheehh....jangan gundah gulana yer..hari-hari kita kena ceria kerana Allah masih lagi bagi kita roh untuk teruskan hidup dan beramal ibadah kepadanya..wahhh.....hebat tak...ekekeke..

Sedar tak sedar you allsss...dah 3 hari JM kat Hong Kong nihh...cepat kan masa berlalu..ok2..hari ni nak story ke mana pulak JM hari ke -3 ni..wokehh..malam tadi kami dah buat proper plan untuk hari ni supaya semua impian tercapai..ngrrrrr...

Itirenary hari ke -3

1. Ngong Ping 360 Village
2. Citygate Outlet
3. Disneyland Resort

Seawal jam 8.30 pagi kami dah bergerak ke Ngong Ping Village..apa yang best kat sana yer?...Secara ringkas nya Ngong Ping Village terletak di Lantau Island dan dikelilingi laut..dah pulau namanya kan..nak ke Ngong Ping Village ni menggunakan kereta kabel sama ada Standard atau Crystal Cable Car dengan harga tiket yang berbeza. Kalau ada yang ada penyakit gayat tu JM nasihatkan jangan naik kereta kabel crystal tu sebab ia lutsinar boleh nampak laut dan poko-pokok dari tempat kita pijak tu..nanti JM tunjuk gambar bagaimana rupa crystal cable tu..memang awesome lah..hihihhi...

Source from Wikipedia :

The Ngong Ping 360 is a tourism project on Lantau Island in Hong Kong. The project was previously known as Tung Chung Cable Car Project before acquiring the Ngong Ping 360 brand in April 2005. It consists of the Ngong Ping Cable Car, a gondola lift formerly known as the Ngong Ping 360 Skyrail, and the Ngong Ping Village, a retail and entertainment centre adjacent to the cable car's upper station.

Ngong Ping 360 serves to connect Tung Chung, on the north coast of Lantau and itself linked to central Hong Kong by the Tung Chung rail line, with the Ngong Ping area in the hills above. This is home to the Po Lin Monastery and the Tian Tan Buddha, both already significant tourist attractions in their own right. Prior to Ngong Ping 360's opening, the only access was via a mountain road and bus service.

Ngong Ping 360 is owned by the MTR Corporation, the operator of Hong Kong's rail system. It was built by Leitner Ropeways and was originally operated by Skyrail-ITM. Skyrail-ITM was removed from the project after an investigation following an incident in June 2007. It is now operated by a directly owned subsidiary of the MTR Corporation.

Ok..JM sambung lagi pasal Ngong Ping Village ni..kat sana terdapat satu statue Big Budha.

Source from Wikipedia :


Tian Tan Buddha, also known as the Big Buddha, is a large bronze statue of a Buddha Amoghasiddhi, completed in 1993, and located at Ngong Ping, Lantau Island, in Hong Kong. The statue is located near Po Lin Monastery and symbolises the harmonious relationship between man and nature, people and religion. It is a major centre of Buddhism in Hong Kong, and is also a popular tourist attraction

The statue is named Tian Tan Buddha because its base is a model of the Altar of Heaven or Earthly Mount of Tian Tan, the Temple of Heaven in Beijing. It is one of the five large Buddha statues in China. The Buddha statue sits on a lotus[disambiguation needed] throne on top of a three-platform altar. It is surrounded by six smaller bronze statues known as "The Offering of the Six Devas" and are posed offering flowers, incense, lamp, ointment, fruit, and music to the Buddha. These offerings symbolize charity, morality, patience, zeal, meditation, and wisdom, all of which are necessary to enter into nirvana.

The Buddha is 34 metres (112 ft) tall, weighs 250 metric tons (280 short tons), and was the world's tallest outdoor bronze seated Buddha prior to 2007.[3] It reputedly can even be seen from as far away as Macau on a clear day. Visitors have to climb 240 steps in order to reach the Buddha, though the site also features a small winding road to the Buddha for vehicles to accommodate the handicapped.
The Tian Tan Buddha appears serene and dignified. His right hand is raised, representing the removal of affliction.The Buddha's left hand rests on his lap in a gesture of giving dhana. The Buddha faces north, which is unique among the great Buddha statues, as all others face south.


In addition, there are 3 floors beneath the Buddha statue: The Hall of Universe, The Hall of Benevolent Merit, and The Hall of Remembrance. One of the most renowned features inside is a relic of Gautama Buddha, consisting of some of his alleged cremated remains. Only visitors who purchase an offering for the Buddha are allowed to see the relic, in order to leave the offering there. There is a huge carved bell inscribed with images of Buddhas in the show room. It was designed to ring every seven minutes, 108 times a day, symbolising the release of 108 kinds of human vexations.

Direction to Ngong Ping 360 Village dan Citigate Outlet :
1. Dari stesen Tsim Sha Tsui to Tung Chung interchange at Lai King Stesen
2. From Lai King Stesen to Tung Chung Stesen around 30 minutes
3. Fee using Octopus Card = HKD14.90
3. Arrive at Tung Chung Station , Exit B
4. You will facing Citygate Oultet
5. Jalan terus ke hadapan akan jumpa escalator untuk ke kaunter tiket

Keluar jer dari stesen terus nampak Citygate Outlet..wah..besar bangat..tak sabar nak habiskan duit kat sini tapi kami ambil keputusan untuk ke Ngong Ping Village tu dulu...balik nanti baru singgah...jom layan gambar..

Dah sampai di Tung Chung Stn
escalator to Cable Car ticket counter
Terdapat pelbagai pakej dan harga yang berbeza di mana ia boleh dibeli secara online atau melalui kaunter. Kami sampai lebih kurang jam 9.00 pagi, jadi kaunter tiket agak lengang dan tidak perlu beratur panjang..sampai je terus beli tiket. Harga tiket boleh dirujuk melalui laman web ini : http://www.np360.com.hk/en/booking/np360-ticketing-information.html atau kalau malas you all boleh lihat jer kat bawah :

Ngong Pig Cable Car Experince Price

Round Trip - Standard Cabin
1. Adult  = HKD125
2. Child ( aged 3 - 11 ) = HKD62
3. Senior (aged 65++) = HKD98

Round Trip - Crystal Cabin
1. Adult  = HKD188
2. Child ( aged 3 - 11 ) = HKD125
3. Senior (aged 65++) = HKD161

Round Trip - Crystal Cabin ex TC & Standard Cabin ex NP
1. Adult  = HKD168
2. Child ( aged 3 - 11 ) = HKD106
3. Senior (aged 65++) = HKD142

Tiket round trip tu maknanya..korang pergi dan balik dengan harga yang telah di tetapkan, sbagai contoh korang pilih Crystal Cabin, jadi semasa pergi dan balik ke Ngong Ping Village tu dengan menaiki Crystal Cable tu, begitu juga dengan Standard Cabin. Kami ambil keputusan memilih semasa pegi kami naik Crystal Cabin dan balik dengan Standard Cabin dan bila dibuat kiraan kami kena bayar HKD168..kiranya boleh merasai kedua-dua jenis cabin. Berikut adalah harga kalau Single Trip..

Single Trip - Standard Cabin
1. Adult  = HKD86
2. Child ( aged 3 - 11 ) = HKD44
3. Senior (aged 65++) = HKD70

Single Trip - Crystal Cabin
1. Adult  = HKD130
2. Child ( aged 3 - 11 ) = HKD88
3. Senior (aged 65++) = HKD114

Selepas beli tiket kena beratur mengikut laluan yang disediakan, jika you all beli tiket Crystal Cabin..so ikut laluan yang berkaitan begitu juga standard cabin..jom tengok gambar pulak..

Perlu pakai tagging ni
Nampak laut :-)
Kalau naik Crystal Cabin..beginilah rupanya..cuba tengok gambar kat atas..kalau gayat jangan cuba naik yer

Siap bersimpuh lagi kat atas lantai tue :-)
Peaceeee...eheheeh
Dalam 20minit jugak perjalanan dengan kereta kabel ke Ngong Ping Village dan seperti yang korang nampak..sesi tembak menembak bermula dan dalam 15 minit perjalanan...hujan mulai turun..seperti yang dimaklumkan sebelum ni..kiranya korang datang musim Summer..beginilah cuacanya..hujan dan panas tidak menentu..tetapi syukur alhamdulillah selepas kami jejak je kaki ke Village ni..hujan pun berhenti...kami pun apa lagi..horeee lah..senang nak berjalan dan sesi berposing..tapi saat gembira itu tidak lama...hujan datang kembali dan member terpaksa membeli payung di kedai yang berdekatan.



Kalau korang nak masuk tengok statue Big Budha yang ada kat belakang tu..akan dikenakan bayaran HKD28 seorang. Dah puas berjimba..ahahaha...lebih kurang 2 jam jugaklah kami di sini....kami ambil keputusan untuk ke Citygate Outlet. Sampai je kat Cable Car stesen..mak aihh..ramai nya orang...beratur panjang sehingga ke tangga escalator..nasib baik kami datang awal..tak percaya..cuba lihat gambar kat bawah ni...


Turun sahaja dari Cable Car terus terjah Citygate..nak lihat apa yang ada kat dalam tue...mak aihh..masuk-masuk jer...mula lah rambang mata ni ha..semua branded outlet dengan harga murah..memang tengah sale..JM dapat grab sebuah jam tangan Ellesse kat City Chain..harga HKD1380..tapi sale dapat HKD600 jer..wahh...ada banyak lagi branded outlet seperti Calvin Klein, Coach, Puma, Nike dan banyak lagi tak tersenarai kat sini.

Suasana di cityGate Outlet
Tak lama kami kat sini sebab nak pegi ke Disneyland pulak lepas ni..so memang tak puas pusing-pusing lagi..apakan daya masa tidak mengizinkan..jika ada peluang untuk datang lagi..Citygate mesti termasuk dalam senarai itirenary.

Direction to Disneyland Resort :
1. Dari Tung Chung Stesen turun di Sunny Bay Stesen
2. Tukar train, naik train ke Disneyland Resort
3. Fee HKD12.90

Hooeeeeyyyyeeee...akhirnya kami sampai ke Disneyland Resort di mana tempat ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas..tapi kami tak kira...walaupun dalam lingkungan umur 30-an, kami ingin enjoy seperti kanak-kanak riang. Disneyland Resort ni terbahagi kepada four land utama iaitu Tomorrow Land, Fantasy Land, Adventure Land dan Toy Story Land. You aallll pilih lah mana land yang korang nak masuk dan bergembira. Kami ingin merasai keseronokan ketika berada di sana. Terdapat pelbagai permainan dan teater yang disediakan dan kebanyakan lebih sesuai untuk kanak-kanak.

Bagi JM memang enjoy je kat Disneyland nih..kalau ada rezeki nak bawak adik-adik merasai keseronokan ni....akan tetapi kepada sesiapa yang pernah ke Everland, Seoul - Korea..ia lebih sesuai kepada golongan dewasa dan game yang disediakan lebih mencabar. Kami sampai dalam jam 3.00 petang dan waktu tu kaunter lengang..kami terus ke kaunter untuk membeli tiket dan harga yang dikenakan per entry HKD399/person. Jikalau malas nak beratur panjang boleh jer beli online kat sini http://park.hongkongdisneyland.com/hkdl/en_US/ticketsAndReservations

Ticket Admission Fee - Standard Day Ticket

General Admission Fee ( Aged 12 -64 )         -----> HKD399
Child Ticket                  ( Aged 3 -11 )           -----> HKD285
Senior Ticket                ( Aged 65 or above ) -----> HKD100


You alll pandai-pandai lah ye pilih hari dan masa yang sesuai..kalau pergi hari sabtu atau ahad..memang ramai pelancong, jadi peluang untuk main semua permainan agak terhad dan perlu beratur panjang untuk sampai giliran.
Welcome to Disneyland Resort Hong Kong
Ticket Entrance
Tommorow Land
Toy Story Land







Pada jam tepat 9.00 malam terdapat pertunjukkan bunga api di Fantasy Land..show ni korang wajib tunggu dan lihat sendiri sangat cantik dan awesone. JM tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata..korang kena datang dan menikmatinya sendiri tau. Macam biasalah kalau dahb erjam-jam dalam tempat ni mesti dahaga dan lapar..jadi jangan lupa bawak bekalan makan yer..nanti kebulur pulak..



Fantasy Land
Fountain at Entrance


Selepas habis persembahan bunga api tu..lebih kurang 15minit jer..tapi memang berbaloi kami tunggu dan lebih kurang jam 9.30 malam kami mula bergerak balik ke hotel. Badan pun letih dan penat seharian kat luar..end of day 3...To be continue on day 4....

Total budget for day 3 : HKD640.40 = RM262.56





NUFFNANG