Thursday, 29 May 2014

Spring at Japan : Day 6 - Nara Park

Assalamualaikum dan Salam sayang buat semua reader!!!


"Ke Nara Park kite"


HiyaaaaaK!...Hiyaaaak!...Hiyaakkkk!!....Arrrgghhhhh!!!...krukkk!!....Kraaakkk!!! Hahhhhhh!!....hayoooo bunyi apa tu JM….macam-macam bunyi nampak…ahaa..itu bunyi JM sedang buat regangan dan senaman jari jemari manis ku ini….lama betul JM ambil masa nak buat sambungan stori ni. Perasaan malas makin melanda tapi bila fikirkan reader setia sedang menantikan entri baru terutama Abe MKL tu so terpaksa rajin diri (ahahahaha.,..sila muntah darah bila dengar statement ni). Jangan di layan JM yang sewel hi ahahaha. Ko jangan perasan JM..udah udah le tu.

Sudah…tak nak mengarut lagi meh kita sambung.

Siapa ingat lagi last entri JM ada story berkenaan JR Pass hilang semasa di Bamboo Forest Arashiyama kan..tapi JR Pass tu bukan JM yang punya tapi salah sorang rakan travel JM yang hensem tu siapa lagi NH a.k.a Norman Hakim heeeee.

Friday, 23 May 2014

Spring at Japan : Day 6 - Bamboo Forest, Arashiyama Kyoto

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat JM sekalian,


Welcome to Arasiyama
Siapa tak tahu kat mana tempat nih..sila angkat tangan..Ehh..masih ada yang tak tahu ke...ye ke ni..kalau bukan kaki travel tak tahu boleh terima jugak tapi kalau rakan blogger JM yang baik hati dan setia bersama JM tak tahu mesti ada something wrong ..ke buat-buat tak tahu heeee

Monday, 19 May 2014

Spring at Japan : Day 5 - From Tokyo to Kyoto

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


"Kyoto.....we are coming"

Tak tahu bagaimana nak tulis...tak tahu macam mana nak mula..kalau tulis ikut sesedap hati..ada pulak yang terasa so tulis je lah apa yang terlintas di fikiran janji boleh di jadikan rujukan buat diri sendiri nanti.

Terima kasih kepada rakan blogger dan reader yang masih setia dan support blog Jari Manis : Travel List yang mana kekadang bosan jugak nak baca kan...JM sendiri kasang-kadang timbul perasaan malas nak menulis kerana lebih suka blog walking kawan-kawan punya blog. Jika JM tak kongsi dalam blog tiada kenangan pulak nanti so lempar jauh-jauh perasaan malas tu.

Bila nak start buat enti ni mula check balik gambar-gambar pada hari kejadian untuk create story..lenkali JM plan nak bawak notebook balik je ke hotel terus update...haa!!..RAJIN ke?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Last Day in Tokyo : Day 5 - 08 April 2014 (Selasa)

Setelah 5 hari 4 malam di Tokyo kami decide untuk ke Kyoto

Apa yang menarik di Kyoto yang menjadi tourist spot tu...sudah tentulah :

1. Nijo Castle
2. Kyoto Imperial Palace
3. Nishiki Market
4. Kiyomizudera
5. Arasiyama
6. Fushimi Inari Shrine dan banyak lagi. Boleh refer Kyoto Travel Guide 

Perjalanan bermula :

Bangun seawal pagi siapkan sarapan coz dalam jam 8.30 pagi kami nak chek-out. Selamat tinggal Tokyo setelah 5 hari 4 malam kami berkampung di Akebonobashi Area.

Malam tadi masing-masing pack barang dan tak di duga berat bag makin bertambah bukan berkurang walhal semua barang makanan semakin susut, apa tidaknya JM telah rembat 2 pasang handbag di Yokomocho street plus fridge magnet lagi. So hari ni dengan beg troli seberat 25 kg tu + bagpack 7kg + hand carry JM akan naik turun dan transfer tren…aduh lah…ini lah padahnya kalau nak berjalan sambil bergaya huhuh

Apa tidaknya…11 hari di Jepun (11 pasang baju, 2 pasang spring coat, 2 pasang sweater, 11 pasang tudung, sepasang boot dan itu belum kira baju dan seluar kecik lagi….notebook lagi konon nya nak transfer gambar)

Cuba korang bayangkan bagaimana keadaan JM waktu tu dengan beg tarik di tangan bagpack di belakang dan hand carry galas di depan…rasa kan

Selesai chek- out, mari kita mula kan our today journey (bye-bye Tokyo..i will come again…In Sha Allah)

Route hari ini : Akebonobashi Stn – Shinjuku Stn – Tokyo Stn – Kyoto Stn – Kusatsu Stn – Hotel 21

Dari Akebonobashi Station beli tiket di mesin 170 yen stop di Shinjuku Station. Nasib baik ada lift so tiada kejadian berpeluh seperti yang berlaku di Shenzhen dulu perlu naik berpuluh anak tangga sambil angkat beg troli…naik musle time…cam nak campak je beg tu tapi nanti diri sendiri yang rugi.

Sampai Shinjuku Station naik lagi tren then stop di Tokyo Station by JR Pass. Time nak angkat beg gedabak masuk tren pun satu masalah jugak nasib orang Jepun ni baik-baik so semua smooth je.

Upon arrive at Tokyo Station, pegi cari Shinkansen Kaunter untuk reserved seat than kami dapat waktu bertolak jam 9.50 pagi..so memang sedang elok lah tak perlu tunggu lama di platform terus naik bullet tren to Kyoto Station

Bullet Train from Tokyo Station to Kyoto Station
Dalam tren membuta je lah…around 2 ½ jam baru sampai di Kyoto Station pastu ambil pulak tren ke Kusatsu Station untuk ke Hotel 21. Hahhhh….dengar pun dah penat kan…Di pendekan cerita, sampai di Kusastsu Station, keluarkan hotel map dan jalan kaki around 10 minit to reach at hotel.

3 days 2 night at Hotel 21, Kusatsu, Kyoto
Price for 2 night : RM238.60 for each person
Booking through booking.com

Lokasi : Only 800 metres from JR Kusatsu Train Station, which is a 20-minute ride from Kyoto Station
Recommend ke tidak : Yes Recommend but bagi yang travel budget better find another hotel or Hostel

Dari Kyoto Station stop at Kusatsu Station by JR Line
Take Exit Kusatsu Station East Gate
Dari East Gate nanti akan nampak Kintetsu Mall sebelah kiri - Jalan je terus ke depan sehingga 800 meter dan akan nampak sing Hotel 21 sebesar-besar alam
Hotel 21 - tak nampak seperti hotel connected to KB-21
Receptionist
Selepas beberapa jam naik turun tren, tarik beg yang tu dengan beban di bahu lagi...Tolongg!!..minta nyawa...huh..huh...huh...tarikh nafas...hembus....tarikh nafas hembus dah rupa orang nak bersalin pulak.

Receptionist yang comei tu cakap belum boleh check in lagi...tengok jam di dinding pukul 2.00 petang..rupanya check in time 3.00 petang so selepas isi form semua tingal kan je luggage di kaunter tu nak pegi cari makan dulu masing-masing dah kebuluran nih.

Menapak lagi ke Kintetsu Mall mencari sesuap makanan
Round dalam Mall tu jumpa lah Kuih Ikan berintikan kacang merah buat alas perut - 100 yen sebiji kalau tak salah..mesti makan time panas..kalau dah sejuk..liat jadinya
Tak puas makan kuih ikan tu, singgah makan di Lotteria bersebelahan Kusatsu Station sambil discuss our destination for today.

Perancangan awal nak pergi Niji Castle, Nishiki Market, Kyoto Tower, Kinkaju Temple or Golden Pavilion dan Arasiyama tetapi memandang waktu sekarang almost 3 petang so we decide going to Fusihimi Inari Shrine atau lebih femes dengan tiang tori gate berwarna oren tu. Kalau ke Kyoto tak pegi ke sini rasa macam makan nasi tanpa lauk je.

Seperti biasa keluarkan Kyoto Railway Line Map dulu cari station yang perlu stop untuk ke sana.

How to get there :
- Stop at JR Inari Station which is the second station from Kyoto Station
- Exit JR Inari Station terus akan nampak entrance ke Fushimi Inari Shrine

Keluar sahaja Exit JR Inari akan nampak Torii Gate besar seperti di bawah
Torii Gate - entrance to Fushimi Inari Shrine
Jom ikut JM masuk ke dalam..sebenarnya datang sini just nak tengok susunan torii gate yang berlapis-lapis tu je, kalau nak tahu kisah lanjut mengenai Fushimi Inari ni ruju je kat Japan Guide

Gambar kurang lighting
Fushimi Inari Main Entrance gate
Lest's go..follow je map tu..kami akan jalan sehingga ke puncak then turun semula ke bawah
Semasa kami samapi orang punya lah ramai...sukar nak dapat view kosong
Tunggu dengan penuh sabar...akhirnya
Akhirnya..hoyeee...berjaya
Sedikit info berkenaan torii gate ni. Setiap tiang di letakkan nama dan tarikh orang yang menderma dalam pembinaan dan kos pembinaan bergantung kepada saiz.

"At the very back of the shrine's main grounds is the entrance to the torii gate covered hiking trail, which starts with two dense, parallel rows of gates called Senbon Torii ("thousands of torii gates"). The torii gates along the entire trail are donations by individuals and companies, and you will find the donator's name and the date of the donation inscribed on the back of each gate. The cost starts around 400,000 yen for a small sized gate and increases to over one million yen for a large gate." (Japan-Guide)

Harga pembinaan setiap tiang bergantung kepada size boleh mencecah jutaan ringgit
Bila dah penat daki sampai ke atas tu, turun semula ke bawah..longlai je kaki, skru dah longgar. Di bawah ada kedai jula souviner tapi buat jual mahal tak msuk pun belek-belek apa yang ada.Nampak pulak gerai jual TAKOYAKI terus TERKAM (cakap je..mana der buat camtu). NH dan SY beli Takoyaki dan kami makan berkongsi baru erat hubungan silaturrahim kan.

Waktu nak masuk tandas nampak sign ni..
Sunset at Fushimi Inari Shrine


Matahari dah nak hampir terbenam..moh kita gerak..kalau di kampung waktu ni masih ada di luar rumah mesti kena marah...masuk rumah cepat jangan main kat luar..ada banyak hantu...kalau di bandar kita lah hantu nya...haiiiyaaaa!!!!

Next is Gion Street mau cari Geisha malam-malam ni...ikut nasib le..kalau ada dia keluar merayau ada lah..untung tak baik tengok street je lah..biasanya waktu siang ntah apa kes kami nak pegi cari waktu malam.

Nak cari Geisha boleh je guna cara ni : Gion can be reached from Kyoto Station by bus number 100 or 206 (20 minutes, 230 yen). Get off at Gion bus stop. Alternatively, the closest train stations are Gion Shijo Station on the Keihan Line and Kawaramachi Station on the Hankyu Line.

Bagi kami naik tren dan stop at Gion Shijo Station. Tak nak story panjang-panjang bukan ada orang baca pun so di pendekkan cerita waktu kami sampai di Gion Street ada jumpa beberapa orang Geisha tapi dorang jalan seperti lipas kudung walaupun ber terompah..bila nak ambik gambar je terus palingkan muka ke lain dan jual mahal..so kalau nak tengok dan di layan betul...sediakan duit je. (ingat ko cantik sangat..padahal memang cantik....tapi dalam hati..pleaseee..pleasssee..one picture pleasse...jangan mimpi lah)

So layan je lah gambar yang tak berapa nak inzal nih di sekitar Hanami-Koji Street.

Entrance to Hanami-Koji Street
Tertarik dengan kenderaan ni - motor Supermeng ke Batmeng
Dari Gion Street kami ke Kyoto Station konon nya nak tengok Kyoto Tower...ntah apa yang menariknya pun tak tahu..padahal tower biasa je..Berpusing-pusing jugak di station tu mencari tak jumpa. Jumpa supermarket connected to the station, borong bekalan makan dulu terutama Origini berintikan tuna then sambung cari Kyoto Tower.

Naik tren ke Kyoto Station
Akhirnya jumpa Kyoto Tower
Jom balik ke hotel..penat sudah. 

End of Day 5

Thursday, 15 May 2014

Spring at Japan : Day 4 - Hakone (2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat pembaca semua,


"Mount Fuji lagik"


View Mount Fuji from Hakone Ropeway
Ada lagi tak yang berminat nak baca sambungan kisah JM di Hakone ni..tak pe kalau tak ada yang nak tahu pun janji ia boleh di jadikan rujukan kepada diri sendiri pada masa akan datang hikss...

Monday, 12 May 2014

Spring at Japan : Day 4 - Hakone (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


"Misi mencari Mount Fuji"

View Mount Fuji from Lake Ashi
Day 4 : 07/04/2014 (Isnin)

Sudah masuk hari ke - 4 kami di bandar Tokyo...rasa dah lama benar di sini bak kata DJ . Empat hari jugak lah baru semalam baru kami makan nasik di Turkish Restaurant di Roppongi Area...makan like tak jumpa nasi sebulan.. Itu lah kalau tekak orang Msia ni mana boleh pisahkan dengan nasi, pagi nasi, petang nasi dan malam pun nasi dan sebab tu orang Msia sihat-sihat kerana syurga makanan. Nasib baik lah JM ni jenis makan nasi sehari sekali pun dah cukup lebih-lebih lagi kalau travel ke negara yang kurang kedai makanan HALAL kan...kalau jenis yang memang perlu makan nasi tu perlu bawak bekalan Nasi Brahim's sebanyak mungkin, just masukkan dalam air panas...siap untuk di hidang. (cer kira berapa banyak perkataan nasi kat sini hikss)...nasi oh nasi ...dah boleh buat puisi..

Malam tadi sebelum tido dah bincang esoknya jam berapa keluar dari hotel coz akan bergerak jauh sikit dari bandar Tokyo. Tiga hari sudah berlalu hampir semua area kami dah cover so nak tengok view keindahan alam pulak. Jadi semua setuju nak lihat Mount Fuji dari Hakone..sebenarnya boleh jugak nak tengok view tu dari Kawaguchiko.

Esok nya seawal jam 8.00 pagi kami dah gerak ke Shinjuku Station.

Seperti biasa sebelum prepare itirenary dan buat research bagaimana nak ke Hakone ni, oleh kerana JM ni baik hati...JM kongsi  sedikit info tu kat sini...tak perlu lah korang nak google lagi. Tapi kalau ingin info lebih detail boleh klik link

 

Friday, 9 May 2014

Spring at Japan : Day 3 - Roppongi Area & Odaiba Park

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

" NO more SAKURA heeeeee"

Nak citer ape ek hari ni hrmmm...susah jugak sebenarnya nak menulis, nak buat susunan ayat lagi TAPI belasah je lah janji boleh di jadikan rujukan buat diri sendiri kalau nak repeat trip ke Jepun nih. 

Ramai rakan blogger sedang update citer Jepun, so sila jangan BOSAN untuk baca kisah perjalanan mereka yang tidak kurang menarik nya kerana masing-masing melalui pengalaman berbeza walaupun destinasi yang sama. 

Boleh juga terjah blog my fellow friend DJ, Bibie dan Azra. TTBoy juga sudah ke Jepun cuma story beliau belum UP lagi begitu juga blog yang menjadi KGHAIRAHAN JM untuk membaca...blog Supermeng Malaya...setiap entri beliau sangat menarik dan tertarik. Tengok tu siap guna ayat ghairah yang tak tahan tu..nasib baik bukan Datin Ghairah...hayooooo...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah sambungan dari Harajuku Station kami akan ke Roppongi Area...Terdapat banyak tourist attraction kat sini tapi kami berhasrat untuk ke Hard Rock Cafe je.

Hard Rock Cafe Roppongi
So many attraction spot at Roppongi Area
JM ada terbaca from somebody punya blog tapi tak ingat siapa punya, kepada peminat barang HRC boleh cari di sini so kami decide untuk ke sana. Mengikut kepada satu direction yang JM dapat stop di Roppongi Stn, cari McD tengah renovate then HRC di belakang McD.

Jadi kami pun follow seperti direction tu tetapi malangnya selepas beberapa ketika berjalan tak jumpa - jumpa McD yang di cari....waktu tu Norman Hakim (NH) dam Sabri Yunus (SY) dah maju ke depan. JM dan Mrs A still lagi jalan lenggang kangkung kat belakang.

JM dan Mrs A stop sekejap, rasa cam tak puas hati..eh kita macam dah salah arah ni..panggil mereka berdua untuk pusing balik. Kemudian masuk ke dalam Family Mart kedai serbaneka seperti 7 e-leven kalau di Msia. JM cuba tanya cashier tu kat mana McD pastu dia cakap tak ada McD kat area tu. So tak pe lah..alang-alang dah masuk kedai tu beli beberapa ketul origini buat bekalan untuk esok.

Jadi kami keluar dari kedai Family Mart tu pusing ke arah kami datang tadi...arah ke stesen ada simpang besar kat situ then jalan je ikut simpang tu...SY cakap kita jalan je lah ikut simpang ni..kalau nasib baik jumpa lah kan..kalau tak kita balik je..sambil - sambil jalan tu kami jumpa kedai makanan HALAL...ofcoz lah TURKISH Restaurant, ape lagi..melonjak lah hati setiap orang..dah beberapa hari ni tak jumpa nasik..masing-masing excited. Kalau tak jumpa HRC nanti, balik kita singgah makan kat sini.

Kami terus lagi jalan ke depan...nampak kedai 100 yen di sebelah kanan jalan tapi TUTUP..alaa frust nya baru nak ricky apa yang ada.  Tak pe..kita jalan lagi then NH menjerit....tu ha...HRC..nak tahu kat mana tempat nya meh JM kongsi kat sini.

Direction to Hard Rock Cafe Roppongi :
1. Stop at Roppong Station on Hibiya or Oedo Line
2. Arrive at stn take Exit 3
3. Dari Exit 3 dari gerak arah ke kanan sehingga nampak simpang dan tertera Gaienhigashi-dori
4. Dari simpang tu belok ke kana lagi, jalan terus ke hadapan akan nampak restoran HALAL di sebelah kiri dan kedai 100 yen di sebelah kanan
5. Jalan terus ke depan dalam 100 meter akan nampak simpang ke HRC sebelah kanan

"Paham ke tidak direction ni...tak paham...ok...meh JM citer dalam bentuk bergambar pulak"

Dari Exit 3,  belok kanan akan nampak simpang 3 ni..then terus belok ke kanan
Belok ke kanan its mean follow Gaienhigashi - dori ni
Dari simpang 3 tu nanti akan nampak Roppongi Roppongi di sebelah kiri
Dari simpang tadi, Ikut je arah kerea bergerak tu
Akan nampak kedai 100 yen di sebelah kanan jalan CLOSED on SUNDAY
HALAL Restaurant terletak di sebelah kiri jalan
Kami hanya melihat Tokyo Tower dari kajauhan
Dari kedai 100 yen tadi jalan teus ke hadapan sehingga jumpa kedai ni..pandang ke kanan akan nampak Hard Rock Shop
Hard Rock Cafe terletak di belakang kedai Tenkaippin Roppongi dan bukan McD

Reaksi muka excited sampai sini
JM was here..tak beli apa-apa pun..Mrs A pilih, pilih dan pilih last end up tak ada size...haishh...
Udah jom..kalau tak jadi beli moh kita pegi makan...dah lapar sangat dah ni. Mrs A memang macam tu..kalau boleh shopping memang tak ingat nak makan...ahaha..matilah kalau dia baca entri ni.

Then kami gerak ke Turkish restaurant tadi dan JM pilih menu nasi bersama daging lembu berharga 1000 yen lebih kurang RM32.00 for one meal + air kosong je. Jangan jangka harga yang murah kat sini ye.

Sebelum - banyak nyer boleh habis ke nih
Selepas...hahaahha..tak boleh habis konon
Sambil makan sambil bincang nak ke mana lepas ni. Selepas dapat kata sepakat kami akan ke Odaiba Park.

Usai makan, on the way ke train station, si SY cakap..eh itu bukan kawan JM ke..mana?..terserempak pulak dengan si Bie and the gang nak ke HRC jugak. Time tu nak cepat so sempat bergambar sekejap ngan Bie. Tanya Bie nk ke mana, dia cakap nak ke HRC..chee wahh..JM dengan confident bagilah direction..padahal JM pun sesat pada mula nya ahahhaha...ntah-ntah Bie dah tahu lokasi tu...

Odaiba Park
1. Dari Roppongi Station, stop at Shimbashi Station
2. Dari Shimbashi Stn ambil train ke Odaiba Stn

Ada pelbagai attraction place di Odaiba Park like :
1. Fuji TV Building
2. Aquacity Odaiba
3. Statue of Liberty
4. Rainbow Bridge
5. DiverCity Toko Plaza

Sebaik sampai sahaja di Odaiba Park..Ya Ampun nak bercakap pun tak boleh gigi terketar-ketar...sejukkkkkkkkkkkkkkkk sangat seperti berendah badan dalam ais batu. Nak ambil gambar pun tak ada mood...asyik...grrrrr....grrrr....grrrr je..

View waktu malam memang cantik tapi dek kerana sejuk sangat...kami cepat-capat snap apa yang patut pastu terus lari masuk ke Aquacity.

Rainbow Bridge and Tokyo Tower
Sejuk gile time ni mencucuk sampai ke tulang
Statue of Liberty
Fuji TV dan Aquacity Odaiba terletak bersebelahan. Fuji TV Building memang. Lampu akan bertukar tukar warna mengikut rentak lagu
Masuk je ke Aquacity, ternampak lah kedai buat sale...Mak ni budget ciput so window shopping je lah nok...

Selepas tiada yang berkenan di hati terus naik train balik ke hotel

Oh maaii...hasrat di hati nak tulis pendek je..tapi panjang jugak JM membebel kosong kat sini ye...yukkk sambung lagi untuk hari ke 4 di Tokyo nanti.

Assalamualaikum..babai!!

NUFFNANG