Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,
Hari ini kita berpuasa untuk hari yang ke BERAPA?
Ye...cepat betul masa berlalu dari Bulan Ramadhan, lebih kurang 12 hari lagi kita akan menyambut Bulan Syawal yang sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri oleh mereka yang beragama Islam.
So korang dah buat preparation belum?. Semasa JM ke Shopping Mall, sana sini lagu raya..meriah!!!!
TETAPI jangan kita lupa pada 10 malam terakhir Ramadhan, iaitu malam Lailatul Qadar, satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Rebutlah malam itu kerana ia hanya datang sekali dalam setahun.
Kalau baca ayat-ayat di atas belum layak jadi ustazah hehhehe...masih kurang ilmu. Hanya mengingati sesama Islam agar kita lepaskan peluang yang ada yek.
Isshh...apa yang JM bebel nih hhiihi.
Petang tadi balik dari ofis seperti biasa mesti check peti surat.
Jika dulu sebelum ada blog peti surat tu sentiasa kosong kalau ada surat pun mesti bil-bil letrik, air, astro, atau surat bayar hutang tetapi sekarang peti surat tu mesti penuh dengan surat dari rakan blogger hihihhi.....rasa seperti RERUPIS ahahahah sila muntah hijo!!!
Minggu lepas balik dari ofis ada beberapa keping lagi kad raya dan souviner dari rakan blogger..nak tahu dari siapa? moh ikut JM...
|
Kad warna biru dari SS dan warna hijau dari sis Vee...terima kasih kepada mereka berdua |