Sunday, 25 October 2015

Trip Solo : Cabaran Mencari Silom Avenue Inn Hotel, Bangkok

Assalamulaikum dan salam sayang kepada semua reader blog JM yang setia,

Lamanya JM tak update blog...sorry pembaca kesayangan sekalian..mesti korang tertunggu je manalah entri baru dari JM kan kan kan....apa? TAK! hehehe...x pe biar JM je perasan sorang-sorang.

Jangan hairan ye si JM memang begitu. Ikut suka hati belalang je bila dia nak update. 

Sejak makan belalang di Yogja awal Oktober tu perangai malas semakin menjadi-jadi seperti Pak Belalang...Tak kenal? alaaaa Nujum Pak Belalang tu, nak minum kopi guna arang dari bontot kuali...ehh..kuali ada bontot eh..belasah je lah hihihih.

Bagi yang belum baca entri sebelum ni sila KOREK kat sini, mana lah tahu untung jumpa ketulan emas...kih kih kih

Dari Don Mueng Airport ke Bangkok City
Bus No 29 to Mo Chit BTS Station, Bangkok

Beberapa hari lepas dapat komen dari Kak Noor, seorang blogger dari Brunei membuatkan JM senyum lebar heeee. Kebetulan pulak dah lama JM tak up entri baru.

Komen dari Noor, seorang blogger hebat dalam dunia masakan
Kenapa kak Noor cakap macam tu? ahaksss...JM rasa semua dah tahu. Jika kak Noor baca entri ni sila emailkan kepada JM alamat rumah ye.

Trip solo ke Bongkok, ehhh Bangkok dari 23 Julai - 28 Julai 2015 selama 5 hari 4 malam JM beradu di Silom Avenue Inn (3* Hotel). Nah! beradu uolss..jangan main-main kih kih kih.

Sebelum berangkat ke Bangkok dulu, JM dah survey lokasi hotel ni dan kalau boleh nak cari berhampiran train stn, dekat dengan kedai makanan HALAL dan yang paling penting MURAH.

Kegigihan cari di google, so decide nak stay kat sini. Seperti biasa tempah melalui booking.com

Yes! buat masa ni JM masih setia dengan booking.com kerana tiada bayaran pendahuluan semasa tempahan, bayar semasa check in nanti dan free cancellation sekiranya last minute kita tukar fikiran nak stay di tempat lain.

Silom Avenue Inn Bangkok Thailand
Silom Avenue Inn, Bangkok
"Cabaran" katanya nak cari Silom Avenue Inn ni...susah sangat ke? Meh ikut JM.

Thursday, 15 October 2015

Ku Bawa Namamu ke Gunung Bromo dan Batok, Surabaya

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Perghh!! Best tak tajuk, gempak tak eheheheh

Mohon maaf ye semua hampir seminggu lebih blog tak ber'update'.

Balik dari trip di Surabaya -Yogja tempoh hari JM demam selesema kemudian power cable notebook ASUS pulak rosak jadi makin malas lah nak share story di blog ni.

Sehari sebelum balik Msia, kami ke Timang Beach, on the way tu Mas Akbar bagi tahu di kawasan ni ada orang jual belalang goreng, nak try tak? rasa seperti udang kering katanya.

Pastu Maz kawan travel JM nak try jadi beli sebungkus Rp5,000. Berani betul dia makan, terus masukkan sekor dalam mulut termasuk kepala, kaki, peha dan perut sekali. Dia cakap sedap rasa cam udang kering.

Then dia tanya JM, nak rasa tak? JM tengok pun dan kembang tekak ni. Alaah cuba je lah JM, rasa cam udang kering je. Cuba lah...'FEAR FACTOR' nih..katanya

Cubalah katanya lagi....sikit pun tak pe...JM pun ambil bungkusan belalang goreng tu patahkan bahagian kaki yang kurus kering tu, gigit rasa cam kayu kering je. Tak puas hati JM patahkan bahagian peha lak.

Terus gigit sikit demi sedikit menikmati sambil pejam mata...rasa seperti ikan kering goreng yang kita beli di Pangkor Laut tu. Bila dah habis kunyah sebelah peha tu...JM surrender memang tak boleh nak makan.....rasa pelik di tekak.

Selebihnya Maz yang habiskan...memang tabik spring toing toing toing kat Maz sebab boleh makan makanan eksotik macam tu.

Nak tengok belalang goreng rangup tu, rasa masin sikit-sikit.

Nah!!! inilah belalang goreng rangup tu...ada sesiapa berani?
Esok pagi pulak semasa sarapan pagi kami minum pulak air campuran Temulawak...tak de kaitan dengan Wak Tiga Lalat kih kih kih.....RASA? pahit nak mamp$%&!!!!

Tuesday, 6 October 2015

Teaser : Trip to Surabaya and Yogjakarta

Assalamualaikim sahabat-sahabat reader blog JM sekalian,

Ada yang rindu sama JM ngak heeee (mood : perasan)

Sekarang masih d Yogjakarta dan akan berangkat pulang jam 5.15 petang ni. Doakan JM selamat mendarat di Malaysia ya :-)

So layan dulu beberapa keping foto sebelum full story.

Percutian ke Pantai Gua Cina Malang Indonesia. Terletak di Malang
Pantai Gua China, Malang
Nak lagi?

Thursday, 1 October 2015

blackOUT Day!!!!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM tu!!!


Kenapa tiba-tiba backout ni?

Nah!!! hari yang di tunggu-tunggu telah tiba..

This is BLACKOUT DAY!!!!

Ini adalah entri susulan dari Exchange Rates? SERAM!!!

Tempat tempat menarik di Surabaya
Nah!! bergelap lah 6 hari ni
Ke manakah JM tu?...ahaks!!! BERCUTI laaaaaaaaa, Jeling Siti Yang Mengamok!

NUFFNANG