Thursday, 14 November 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Membeli Belah di Baiyun & Leather Market

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Kepada semua sahabat-sahabat duniaku..JM minta maaf dah lama tak blogwalking dan juga tak bersiaran  di blog kerana Ayah JM baru sahaja menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada hari Rabu, 30 Oktober 2019 pada Usia 76 Tahun. 

JM sentiasa dengar sahabat-sahabat lain yang kematian ibu bapa mereka, apabila kematian itu berlaku dalam keluarga sendiri, perasaan kehilangan itu amat berbekas di hati. Mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk biasakan diri dan redha akan ketiadaan nya dan sentiasa berdoa agar Roh Arwah Ayah bersama orang-orang yang beriman. Aaminnn.

Apabila kita kehilangan orang yag kita sayang, Ya Allah tuhan sahaja yang tahu betapa pedih dan perit rasa dihati nak lalui hari-hari mendatang dalam hidup.

HIDUP perlu diteruskan..jadi moh kita sambung entri baru sambungan dari entri Cara nak ke Baiyun Leather dan Leather Market

Bila sebut Leather Wholesale Market means apa? mestilah terbayang kat fikiran tempat ni jual produk kulit secara borong..betul tak? itu sebab kami nekad jugak nak pergi walaupun pada awalnya ada yang dah bermasam muka hihihi...penat jalan cari tak jumpa-jumpa..

On the way nak ke Baiyun Leather Wholesale Market tu...dalam dok tercari-cari, ada je mamat China approach kami sambil tunjuk kad yang ada gambar-gambar handbag dan kasut sambil kata 'copy bag..copy bag'. Waktu tu JM tak faham lagi tapi SS dan HH dah tahu ni group jual beg duplicate or ayat mudah beg tiruan dengan harga yang mencekik. Kalau korang setuju, dia akan bawak la ke kedai dorang tapi jangan terpedaya dengan teknik macam ni..bahaya!!!

Kami tak endah pelawaan mamat China tu, jalan lagi sehingga nampak jejantas, SS ajak kami naik jejantas tu..

Inilah jejantas yang JM maksudkan..so sebelah kanan tu la Baiyun Leather Market Phase 1 dan Phase2
Dari atas jejantas ni akan nampak building Baiyun Leather sebelah kanan tu, tapi bila tengok sebelah kiri ada deretan kedai lagi meriah..sabar dulu..kita pergi yang sebelah kanan dulu.

NUFFNANG