Tuesday, 27 December 2022

Masih ada yang ingat siapa penulis blog Jari Manis Travel tak?

 Assalamualaikum semua sahabat alam maya 💖


View dalam flight dalam perjalanan balik kampung on Nov 2022 - Tengok Air Asia ingat JM okey hehe


Ya Allah! Cepat betul masa berlalu rupanya tarikh terakhir JM update blog 31 Januari 2021!!!!

Hari ni 27 Disember 2022 almost 2 years blog ni JM tak usik. Tadi nak update entri baru kena belajar balik mcm mana nak up post baru hahahah.

Kawan-kawan dah mula tanya "ko dah tak nak tulis blog lagi ke? Blog ko dah TUTUP ke?

Ehhh BELUM..JM masih berminat nak tulis blog...masih berminat nak share journey dengan korang semua cuma sejak PKP dulu dah kurang travel over the sea semua dalam negara je. Mungkin mulai tahun hadapan tahun 2023 ada trip In Shaa Allah.

Bukan takat dah lama tak tulis blog, dah lama jugak la tak skodeng blog kawan-kawan..dulu sebelum PKP memang sangat meriah. Komen masuk beratus kadang beribu-ribu komen masuk. Rindu suasana kenal kawan-kawan di alam maya dulu.

Inshaa Allah mungkin Tahun 2023 nanti JM akan cuba update entri kalau tak banyak pun in shaa Allah adalah 1-2 entri sebulan hehehe.

Hujung tahun ni ramai yang bekerja ambil cuti kan bawak anak-anak pergi bercuti tapi bagi yang nak bercuti ke luar negara dan sekiranya passport antarabangsa korang dah tamat tempoh, Jabatan Imigresen sekarang telah menyediakan perkhidmatan Permohonan Passport Malayssia Secara Online. So nanti selepas 2 atau 3 hari korang boleh collect di Pejabat Imigresen yang berkaitan.

Nanti JM share dalam NEXT entri okey.

Akhir kalam, kepada sesiapa yang masih kenal penulis blog Jari Manis Travel boleh tinggalkan komen di bawah ye hehehe. 

Kalau yang belum kenal boleh follow JM di TIKTOK 😀

Byeee!!!

NUFFNANG