Friday, 6 September 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Arrival

Assamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Journey to Gold Coast is START from here"

Sesi memasukkan souviner ke dalam sampul bagi semua pembaca blog JM yang telah emailkan alamat sudah selesai dan telah di hantar kepada pak posmen. Terima kasih kepada semua termasuk silent reader yang sudi menghantar alamat, sebenarnya niat di hati JM adalah untuk merai para pembaca kerana sudi singgah dan baca blog ni. Niat JM ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Mungkin ole2 yang di kirim kecil nilainya, so JM harap semua dapat menerimanya ye. Kepada yang belum mengirim alamat....masih di alu-alukan.

Mari baca kisah perjalanan JM ke Gold Coast.

Selepas setahun penantian akhirnya hari yang di tunggu telah tiba. Semua sedia maklum bahawa JM telah melancong ke Gold Coast dan Sydney mulai 23/08/2013 sehingga 01/09/2013 bagi tempoh 9 hari 8 malam dan semua persiapan berkaitan telah di rancang dengan teliti sekali agar tiada masalah semasa di sana nanti. Semua persiapan boleh di rujuk di blogroll sebelah kanan. Alhamdulillah sepanjang berada di sana semua berjalalan lancar seperti di rancang.

Moh ikut JM kita mengembara di bumi kanggaroo. Maybe story percutian kali ini seperti entri ke China dulu di mana ia mengambil masa hampir 3 bulan untuk lengkapkan semua kisah perjalanan di sana, kemungkinan bulan disember baru selesai. Ye ke?..lamanya..mesti bosan kan..tapi tak pe JM akan cuba siapkan secepat mungkin dan itupun bergantung kepada masa dan keadaan.

Wahh..panjang nya..itu baru intro..sudilah baca penerangan yang panjang lebar ni ye

Tiket penerbangan ke Gold Coast telah di beli pada 20 Sept 2012, cuba korang kira berapa lama tiket ni di beli dan alhamdulillah JM masih sihat dan berpeluang menjejak kan kaki ke sana pada tarikh 23/08/2013.

Detail Flight :
Flight Number : D7206 (Economy Promo)
Departing : Kuala Lumpur (LCC Terminnal), Friday 23 Ogos 2013, 9.25 PM
Arrival : Gold Coast (OOL) Goolongatta Airport, Saturday 24 Ogos 2013 (7.25 AM)
Ticket Price : RM299 include Airport Tax n Fuel Surcharge (one way)

Seperti biasa 2 jam sebelum check in di kaunter Air Asia untuk drop luggage dan dapatkan boarding pass kami dah sampai di airport dan seperti biasa juga trip kali ini JM berdua sahaja dengan travelmate JM, siapa lagi kalau bukan Mrs E. Kepada yang belum kenal nanti JM show her picture ok.

Oleh kerana kami sampai di airport lebih kurang jam 7.00 malam, terus pergi timbang luggage bagi memastikan tak exceed limit kerana berat luggage masing-masing adalah 15 kg. Baru-baru ni JM dapat info dari blog Azra, no more luggage in 15kg, so perlu pandai-pandai adjust nanti. Bila sebut berkenaan berat luggage ni terdapat kisah sedih dan gembira di sebaliknya semasa nak check in di kaunter airport Gold Coast dan Sydney. Apa yang berlaku pada waktu itu, JM akan cerita apabila tiba entri berkaitan nanti....biar suspend dulu.

Kemudian kami terus ke kaunter kerana apa di lihat pada notice board, status check in OPEN dan rupanya kami orang pertama yang ada di kaunter jadi tak perlu beratur panjang. Semua urusan check in berjalan lancar, pergi isi perut dulu pastu baru boarding. Oleh kerana tak ada orang lain, sempat snap gambar ni.

Ready to Check in
Urusan imigresen dan kastam juga berjalan lancar kerana untuk trip kali ini, bekalan makanan yang JM bawa hanya lah :

Thursday, 5 September 2013

Ready to POST

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

JM harap kawan-kawan semua sihat-sihat hendaknya ya. Susulan daripada entri yang lalu, selepas di kumpul semua alamat kawan-kawan dan rakan blogger rupanya ramai jugak pembaca blog JM ni hampir 30 keping surat dan itu belum lagi termasuk rakan-rakan blogger yang belum hantar alamat seperti Janggel, Orga, Cho Zila, Cik Da, SR, Dila Bangi, Hadrawillin, Hulubalang, Hang Dhamin, Linda Yusof, Intan Lavender, PM, Zura Lee, DJ, Maya Dhira, Zara AB, Beb, Irfa, Cik Viva, GB, Ako, Zette, Azra, Liza, Ayu Fatarina, ASP, Norh, Liza Razak, Blog Malas, Time Traveller Girl, Kak Kiah, Myra Elmyra, Supermeng, Diana Teo dan ramai lagi lah.

Maybe dorang tak baca entry yang lepas tapi tak per kepada yang tidak mendapat FM dari Aussie, JM akan poskan FM dari next destination ye. Ke mana tu...tunggu heeeee.

Kepada mereka yang telah membaca entri lepas, sudi-sudi bagi alamat jer ..kalau tak nak pun tak pe. Ini adalah tanda ingatan tulus ikhlas kepada semua pembaca blog JM yang budiman itu dan tanpa kalian blog ini tidak berseri..chee wahhh...ayatttttttt heeeee. Nilainya tidak lah seberapa tapi yang penting keikhlasan.

Semua alamat akan dirahsiakan dan tidak akan digunakan untuk tujuan yang lain atau di siarkan di mana-mana dada akhbar. I will keep this information confidentially.

Bila di kira almost 30 pieces
Tunggu yer..maybe next week sampai lah kat rumah dan opis kalian tu.

Tuesday, 3 September 2013

JM in the HOUSE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Ole-ole untuk pembaca setia blog JM"

Hari ini JM baru mula bekerja selepas 9hari bercuti ke Gold Coast dan Sydney Australia. Mood bercuti masih terasa tetapi rutin harian perlu di teruskan. Sebelum JM update full story holiday di Aussie, terlebih dahulu JM ingin menghadiahkan ole-ole dari Aussie kepada semua rakan pembaca setia blog JM. 

Nak tahu tahu berapa banyak ole-ole yang JM Beli..cer tengok beg kat bawah.

Nak tahu apa yang ada dalam beg ni?
Taraaaaaaaaaaaa

Yeahh...penuh dengan souviner dan ole-oleh untuk kawan-kawan semua
JM mohon sangat-sangat kepada semua rakan-rakan blogger dan pembaca, emailkan alamat serta nama pena (tidak perlu nama sebenar) untuk membolehkan JM menghantar ole-oleh ni ye. Oleh kerana ramai pembaca setia, so tak perlu JM senaraikan di sini. Jangan malu-malu, cecepat emailkan sahaja kepada jarimanis4ever@gmail.com

Maybe ole-ole tidak semengah nilainya tetapi ia adalah tanda ingatan dan penghargaan dari JM buat semua.
Alamat korang akan JM rahsiakan dan tidak akan di gunakan untuk tujuan lain.

JM setia menunggu :-)

Sunday, 1 September 2013

Teaser lagi : Queen Victoria Building


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua,

Sekarang  jam 12.30pm  dan cuaca dingin sekali, JM berada di Queen Victoria Building (QVB). Oleh kerana terdapat kemudahan Wifi Free..apa lagi JM ambil kesempatan untuk update blog :-) sebelum sambung jalan-jalan sekitar city.

Siapa berani shopping kat sini JM cuci mata sambil guna melihat kecantikan architechure nya.


Architechure in Queen Victoria Building (QVB)
JM senyum sorang-sorang lepas baca komen kawan-kawan dan JM akan reply lepas balik nanti. Enjoy sangat kat sini sampai tak ingat nak balik katanya. Kepada yg belum sampai Sydney dan akan datang ke sini dalam beberapa hari lagi, JM syorkan korang mesti datang..memang best.

Jam 5.00 petang nanti peru gerak ke airport coz flight jam 9.25 malam, ohhh tidak tak nak balik nak migrate ke sini boleh heee.

Jumpa lagi

NUFFNANG