Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2015 buat semua,
 |
| Pic taken at Jim Thompson Farm |
Short entri kiranya ni..
Semua orang up entri wish Happy New Year then JM juga terpanggil untuk publish a short entry jugak ...tak nak kalah katanya heheheh.
Hari ni selepas detik 12.00 pagi maka bertambah lagi satu tahun dari 2014 kepada 2015 berlaku perubahan di situ tetapi JM masih orang yang sama cuma umur sahaja semakin bertambah begitu juga kedutan di muka :-)
Tahun ini tiada sambutan ambang tahun 2015 bagi menghormati nasib rakan-rakan kita yang di timpa bencana banjir, sangat simpati dengan nasib mereka.
Sebut sahaja tahun baru mesti sinonim dengan Azam Baru, semua baru tetapi tidak bagi JM...tidak setup apa-apa azam kecuali telah tanamkan dalam diri agar menjadi manusia yang lebih baik, cuba perbaiki diri dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.wt Aminnn.
Tahun 2014 adalah tahun yang penuh dengan kemanisan kerana dapat ramai kenalan di alam maya x terhitung dengan jari, terima kasih uolls kerana sudi menjadi kawan JM di alam maya dan ada di antara mereka juga telah JM jumpa di alam realiti antaranya BibiErr, Hafiz Azmi, Mrs F, CT Humairah, Zilla dan Pencerita Maya. JM harap dapat berjumpa dengan kenalan maya yang lain pada tahun hadapan terutama SuperMeng Malaya hohohohoh.
Di samping kemanisan itu terdapat juga pahit di sebaliknya, so yang pahit itu lempar jauh-jauh dan tidak mahu di kenang lagi.
Kepada rakan blogger semua yang sentiasa setia bersama blog Jari Manis Travel List, JM harapkan korang tidak bosan untuk terus 'mengembara' bersama dan JM ucapkan ribuan terima kasih dan nantikan kunjungan balas dari JM nanti.
Akhir kalam, jika terdapat kata-kata yang mengguris hati ketika JM menulis blog atau tinggalkan komen mohon di maafkan, jangan simpan di dalam hati dan jika ada yang terbuku di hati sila luahkan. I'm Open Minded Person.
Kita tutup buku lama dan bukak buku baru.
Harapan JM agar semua impian dan azam kawan-kawan semua tercapai amin.
Adakah JM akan berhenti 'travel' pada tahun hadapan? In Sha Allah jika ada peluang akan mengembara lagi melihat dunia luar tetapi jauh di sudut hati masih ragu-ragu, risau dan takut susulan daripada tragedi yang menimpa pesawat MAS dan Air Asia.
SELAMAT TAHUN BARU 2015