Tuesday, 31 December 2019

Top Komen Blog JM - 2019

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💓

ESOK


01-01-2020!!!!!!!!!!!!!!!!
Selamat tahun baru sahabat-sahabat dan pembaca blog SEMUA


Apa azam tahun baru korang tahun ni??? azam tahun lepas dah tercapai belum hihihih. 

Azam JM tahun ni nak lebih rajin update blog hahah...nak lebih rajin blogwalking hihihi..in shaa Allah semoga tercapai lah azam tu ye..kita kena cakap yang positif baru positif jadinya hehehehe.

Entri pendek penutup tahun 2019, JM sangat menghargai semua reader blog..tanpa sokongan daripada pembaca semua..sunyi la blog JM ni.

JM minta maaf tahun ni kurang update blog..in shaa Allah tahun depan cuba siapkan entri trip-trip yang dah lepas supaya blog semakin ceria heee. 

Setahun sudah berlalu....berikut adalah antara reader yang masuk dalam list top komen 2019. Kepada nama-nama yang tersenarai sudilah kiranya emailkan kepada JM, No Akaun Bank ke alamat jarimanis4ever@gmail.com. Terima kasih diatas sokongan semua sepanjang tahun 2019. Kepada yang tidak termasuk dalam senarai, jangan sedih-sedih cuba lagi tahun 2020 ye 😆 Jumpa lagi di tahun 2020 💖 

Top Komen 2019

Thursday, 26 December 2019

ENCORE Melaka - The place you must VISIT!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat reader blog JM 😍


NAMPAK tak? nampak? baru baca tajuk entri pun dah TERUJA tau..korang teruja tak? Pernah dengar pasal Encore Melaka ni? Pernah pergi ke tak? 

Semua orang tahu..sebut jenis Negeri MELAKA, sudah tentu cross in mind..negeri yang paling banyak tempat-tempat sejarah dan attraction termasuklah makanan famous negeri Melaka ASAM PODEH!!!

Kalau musim cuti sekolah je...tipulah kalau parent tak bawak anak-anak pergi bercuti kat Melaka, Pergi naik CRUISE la, Menara Taming Sari la, naik BECA lah..ehh macam-macam lah ada kat Melaka tu dan tarikan terkini ramai yang tak tahu adalah ENCORE Melaka!

ENCORE Melaka? tempat apa ni? best tak sini? Apa nak buat kalau ke sana? Betul tak? mesti akan ada orang tanya soalan-soalan seperti itu.

Nah!!!! DUTA Encore Melaka...DUTA? akakaaka....

Thursday, 14 November 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Membeli Belah di Baiyun & Leather Market

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Kepada semua sahabat-sahabat duniaku..JM minta maaf dah lama tak blogwalking dan juga tak bersiaran  di blog kerana Ayah JM baru sahaja menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada hari Rabu, 30 Oktober 2019 pada Usia 76 Tahun. 

JM sentiasa dengar sahabat-sahabat lain yang kematian ibu bapa mereka, apabila kematian itu berlaku dalam keluarga sendiri, perasaan kehilangan itu amat berbekas di hati. Mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk biasakan diri dan redha akan ketiadaan nya dan sentiasa berdoa agar Roh Arwah Ayah bersama orang-orang yang beriman. Aaminnn.

Apabila kita kehilangan orang yag kita sayang, Ya Allah tuhan sahaja yang tahu betapa pedih dan perit rasa dihati nak lalui hari-hari mendatang dalam hidup.

HIDUP perlu diteruskan..jadi moh kita sambung entri baru sambungan dari entri Cara nak ke Baiyun Leather dan Leather Market

Bila sebut Leather Wholesale Market means apa? mestilah terbayang kat fikiran tempat ni jual produk kulit secara borong..betul tak? itu sebab kami nekad jugak nak pergi walaupun pada awalnya ada yang dah bermasam muka hihihi...penat jalan cari tak jumpa-jumpa..

On the way nak ke Baiyun Leather Wholesale Market tu...dalam dok tercari-cari, ada je mamat China approach kami sambil tunjuk kad yang ada gambar-gambar handbag dan kasut sambil kata 'copy bag..copy bag'. Waktu tu JM tak faham lagi tapi SS dan HH dah tahu ni group jual beg duplicate or ayat mudah beg tiruan dengan harga yang mencekik. Kalau korang setuju, dia akan bawak la ke kedai dorang tapi jangan terpedaya dengan teknik macam ni..bahaya!!!

Kami tak endah pelawaan mamat China tu, jalan lagi sehingga nampak jejantas, SS ajak kami naik jejantas tu..

Inilah jejantas yang JM maksudkan..so sebelah kanan tu la Baiyun Leather Market Phase 1 dan Phase2
Dari atas jejantas ni akan nampak building Baiyun Leather sebelah kanan tu, tapi bila tengok sebelah kiri ada deretan kedai lagi meriah..sabar dulu..kita pergi yang sebelah kanan dulu.

Monday, 21 October 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Direction to Baiyun World Leather Trading Centre & Leather Market

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💋

Baiyun World Leather Trading Centre/Baiyun Leather Wholesale Market Second Phase
Perut dah kenyang makan di kedai Nur Bostan Muslim Restaurant, kami patah balik ke Ximenkou Station untuk pergi ke Baiyun Leather Wholesale Market ni. Waktu preapare itirenary tempat ni bukan dalam list fovourite pun tapi bila baca ada blogger share kat sini boleh dapat barangan kulit, handbag, purse dan barang-barang seangkatan dengan nya..kami decide nak pergi sini. 

Tips : Perut kasi penuh dulu baru boleh shopping puas-puas hihihi

TAPI yang tak bestnya..bila sampai ke kat building dalam gambar kat atas tu..ya Allah..KECEWA sangat..sangat-sangat KECEWA..dah la nak cari lokasi tempat tu pun agak tricky..ada refer map kat sini Direction to Baiyun Leather Market tapi kurang jelas..so kami plan redah jek. Tapi bila balik Msia, dorang dah update website tu dan bagi info detail..Adeh!!!

Kami hampir-hampir putus asa tau nak pergi Baiyun Market ni...sebab apa???

NUFFNANG