Tuesday, 27 December 2022

Masih ada yang ingat siapa penulis blog Jari Manis Travel tak?

 Assalamualaikum semua sahabat alam maya 💖


View dalam flight dalam perjalanan balik kampung on Nov 2022 - Tengok Air Asia ingat JM okey hehe


Ya Allah! Cepat betul masa berlalu rupanya tarikh terakhir JM update blog 31 Januari 2021!!!!

Hari ni 27 Disember 2022 almost 2 years blog ni JM tak usik. Tadi nak update entri baru kena belajar balik mcm mana nak up post baru hahahah.

Kawan-kawan dah mula tanya "ko dah tak nak tulis blog lagi ke? Blog ko dah TUTUP ke?

Ehhh BELUM..JM masih berminat nak tulis blog...masih berminat nak share journey dengan korang semua cuma sejak PKP dulu dah kurang travel over the sea semua dalam negara je. Mungkin mulai tahun hadapan tahun 2023 ada trip In Shaa Allah.

Bukan takat dah lama tak tulis blog, dah lama jugak la tak skodeng blog kawan-kawan..dulu sebelum PKP memang sangat meriah. Komen masuk beratus kadang beribu-ribu komen masuk. Rindu suasana kenal kawan-kawan di alam maya dulu.

Inshaa Allah mungkin Tahun 2023 nanti JM akan cuba update entri kalau tak banyak pun in shaa Allah adalah 1-2 entri sebulan hehehe.

Hujung tahun ni ramai yang bekerja ambil cuti kan bawak anak-anak pergi bercuti tapi bagi yang nak bercuti ke luar negara dan sekiranya passport antarabangsa korang dah tamat tempoh, Jabatan Imigresen sekarang telah menyediakan perkhidmatan Permohonan Passport Malayssia Secara Online. So nanti selepas 2 atau 3 hari korang boleh collect di Pejabat Imigresen yang berkaitan.

Nanti JM share dalam NEXT entri okey.

Akhir kalam, kepada sesiapa yang masih kenal penulis blog Jari Manis Travel boleh tinggalkan komen di bawah ye hehehe. 

Kalau yang belum kenal boleh follow JM di TIKTOK 😀

Byeee!!!

Sunday, 31 January 2021

Permohonan Rentas Negeri Pada Musim PKP dan PKPB

 Assalamualaikum sahabat reader sekalian 💖


Semua orang tahu PKP 2.0 telah dilanjutkan sehingga 4 Feb 2021, jadinya semua rakyat tidak dibenarkan merentas negeri dan daerah sesuka hati kerana kes covid 19 makin galak sekarang...angka kes cecah ribuan kes sehari.

Bagi mengurangkan bilangan kes semakin bertambah dan virus semakin merebak dan juga mengurangkan jangkitan, pihak kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan raya untuk mengurangkan pergerakan kelaur masuk dari negeri yang bergejala.

Akan tetapi pihak kerajaan masih beri peluang kepada mereka yang mempunyai urusan yang terpaksa merentas negeri sebagai contoh ada kematian ahli keluarga, isteri nak bersalin, ibu ayah masuk hospital dan alasan-alasan seangkatan dengan nya masih lagi mendapat pertimbangan daripada pihak polis.

Susulan dengan itu, JM nak kongsi dengan korang pengalaman JM sendiri membuat permohonan rentas negeri.

Caranya :

Thursday, 28 January 2021

Surbex - Zinc B Plus..bagus ke???

 Assalamualaikum semua sahabat-sabahat reader blog JM 💖💖💖


Apa khabar semua? JM alhamdulillah sihat walaupun ada beberapa rakan ofis dijangkiti Virus Covid 19, sentiasa lah berhati-hati dan patuh SOP ye...doa juga supaya Allah hapuskan dan bebaskan kita dari serangan virus ini yang tidak nampak oleh mata kasar. 

Sebab apa tau? ada yang mengaku saya dah ikut SOP buat seperti mana KKM syorkan tetapi terkena juga virus tu, jadinya kita jangan percaya kepada orang sekeliling sebab dia sendiri pun tidak tahu dia positif covid. Anggap la semua orang berpotensi kena covid jadi kita hendaklah sentiasa jaga jarak antara satu sama lain. 

Kalau kita ikuti perkembangan kes covid kat Malaysia akhir-akhir ni walaupun dah laksanakan PKP 2.0, jumlah kes masih lagi purata antara 2,000 - 4,000 kes sehari..SERAM sangat!!!!

Panjang betul mukadimah ahahah

Pejam celik pejam celik ehh...bulan ni belum ada entri baru lah..hari ni dah masuk 28 Januari 2021, Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada yang menyambutnya dan kepada mereka yang berada di negeri-negeri yang mendapat cuti umum pada hari ni, selamat bercuti dan kepada negeri yang tidak mendapat cuti umum selamat bekerja ye...

Hoyee..hari ni JM dapat cuti umum, pastu nak cerita kata korang ni....bukan nak cakap pasal covid pun sebab semua orang dah faham..

Nak cite nye beberapa hari lepas JM mengadu kat SS, lenguh dan sengal-sengah kat bahu sebelah kiri ni, nak pusing kepala ke kiri waktu beri salam lepas solat sakit sangat. Pastu SS suruh beli koyok tampal tapi still sakit cuma dah kurang sikit la.

So semalam SS minta JM beli Vitamin B Complex kat farmasi, siapa kat sini pernah consume B Complex? Share la dengan JM apa yang korang rasa lepas consume B Complex ni.

Jenama Surbex - sebotol 60 Tablet RM49++ dan kalau 2 botol 120 Tablet RM60 sahaja
 

Thursday, 31 December 2020

Hidup lagi kau JM ahahaha

 Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat blogger 💓💔💕💖

Entri ni tak best..jangan baca..just celoteh hujung tahun je heee..kalau ada yang baca jangan menyesal arrrr hihih

Siapa JM tu?? BLOGGER ke? kenal ke dia?? lama betul dia tak update blog..HIDUP LAGI EK hahahah...ada sesiapa yang cakap macam tu tak? 

Orang ada blog..dia pun nak buat blog..bila dah ada blog malas nak UPDATE..nak baca blog orang lain pun malas..apa nak jadi dengan JM ni..ini bukan salah JM tau ni salah COVID-19 ahahaha...buat mood nak update blog ke LAUT!!! Tenggelam timbul..tengok blog orang lain..TERUPDATE je sentiasa..

Contoh pemilik blog Scdha Sein..setiap bulan ada entri baru..JM pun dah lama tak baca blog dia..maaf ye cayunk hihihi...nak cakap sibuk..memang menipu..ada je masa tapi tak pandai nak urus masa.

Hari ni 31 Disember 2020 hari terakhir tahun 2020..tahun yang penuh dengan ujian, sukanya sedikit, dukanya banyak..Tahun yang kurang ONG la kiranya...tahun yang tak boleh nak travel..jenjalan dalam Malaysia je..tapi apapun yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu..kita mesti REDHA..mungkin Allah nak beri yang lebih baik. Paling penting jangan putus asa dan hidup mesti diteruskan. Kalau hidup tak mau ada ujian baik MATI..ke mati pun tak BEST? hahaha

Rasa dah lama sangat tak buka blog sendiri ni..rupanya banyak lago komen belum approved..adeh!! Last update pun bulan Oktober ko!! Hambek!...Pastu tengok senarai Top Komen..ada jugak yang masuk senarai..terima kasih kawan-kawan kesayangan..Kalau ada masa nanti JM balas kunjungan ye..Maaf tau..tahun ni amat kurang entri..Tahun depan? 2021 adakah JM masih JM yang sama atau makin MALAS tengok blog..lelama terkuburla blog JM ni..bilangan pengikut pun semakin kurang..padan muka hahahah.

Thank you SS..menjadi First Top Komen..nanti datang rumah itew bawak jenjalan eh heee. Kepada yang lelain nanti JM balas kunjungan eh.

Top Komen 2020

ESOK...JUMAAT 01/01/2021

NUFFNANG