Tuesday 24 July 2012

Hong Kong : Final Day

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa semua...

Tarikh : 09/07/2012

Puas jugak aku nak menghabiskan story aku pasal Hong Kong ni..maka tibalah hari terakhir (10/07/2012) kami di sana. Tiket penerbangan adalah pada jam 6.15 petang, jadi kami masih mempunyai masa untuk berjalan di sekitar Tsim Tsa Tsui dan membeli beberapa barang seperti minyak wangi, handbag, t-shir dan souvenir.

Hari terkahir kami di sini, seawal pagi dan packing barang masuk beg bagi memastikan tiada barang yang tertinggal. Aku memang dah merancang sebelum datang aku bawak beberapa helai pakaian sahaja dan sedikit bekalan makanan. Aku simpan ruang untuk isi hasil pancingan aku di HK.

Kami check-out awal pada jam 9.00 pagi, semua beg pakaian boleh simpan di lobi hotel dan memang selamat, di sebabkan kami nak ronda-ronda lagi area Tsim Sha Tsui, takkan nak bawak beg-beg yang berat tu kan. Destinasi kami pagi ini adalah kedai minyak wangi...memang murah minyak wangi kat kedai tu....kawan aku memang teruja kalau bab-bab minyak wangi ni..aku teman jer...tak ada minat nak beli sebab aku ni jenis memilih jugak...kena pastikan minyak wangi boleh di bawak solat tak nak nanti solat aku sia-sia sahaja..betul tak?...ehehehe...Macam mana nak ke kedai minyak wangi tu...Okehh..di sebabkan kami tinggal di California Hotel, jadi jarak ke kedai itu memang dekat sekali. Aku kan pernah cakap sebelum ni..hotel yang kami pilih ni memang strategik lokasi nyer... :-)

Direction to Perfume Shop (aku tak tahu nama kedai tu) :
1. Keluar sahaja dari entrance hotel...belok ke kanan dan akan jumpa MTR Tsim Sha Tsu Exit B1
2. Belok ke kanan dan follow arah Cameron Road seperti gambar di bawah
3. Jalan terus ke hadapan sehingga jumpa Hotel Benito sebelah kiri dan KFC sebelah kanan
4. Jalan lagi sehingga jumpa junction/traffic light, kedai tu betul-betul kat junction tu seperti gambar di bawah



Perfume Shop

Sebenarnya pelanggan tidak dibenarkan ambil gambar 'perfume' yang terdapat di dalam kedai ni tetapi aku ambil sorok-sorok dapat lah 2-3 keping ...hihihhi...jahat tak aku....Kalau korang datang dan kepada peminat atau pengumpul minyak wangi..korang wajib datang sini tau...

Hampir 1 jam kat kedai tu..kami pergi membeli souviner di kedai yang bersebelahan hotel dan sebelum sampai ke Chungkin Mansion. Jom layan gambar di sekitar Tsim Sha Tsui.


Jangan tak percaya you all..dalam iSquare Shopping Centre ni..dorang ada jual Teh Sabah...cemburu aku dengan orang sabah ni..ehehhe...teh dari sabah telah masuk pasaran Hong Kong..aku cari jugak teh cari Cameron Highland..tapi tak ada....tak percaya..mohh..aku tunjuk bukti...

Sabah Tea
MTR Tsim Sha Tsui
Chungkin Mansion
 Jom ikut aku ke Harbour City...


Apabila dah puas shopping kat sini...selepas makan tengahari kami terus balik hotel untuk ambil beg dan terus gerak ke Airport.

Direction to Airport from Tsim Sha Tsui :
1. Pergi ke arah bus pit-stop ke 13 ( mula-mula bas berhenti semasa arrival dulu - hari pertama)
2. Jalan terus ke hdapan sehingga jumpa traffic light.
3. Cross traffict light tersebut
4. Jalan ke kanan sehingga jumpa perhentian bas No A21
5. Naik bas dan turun di Terminal 2 (Air Asia) dan Terminal 1 (Malaysia Airlines)
6. Departure at Terminal 1

Pastikan perhentian bas terletak di hadapan shops lot seperti di bawah.


Kami sampai di LCCT Airport lebih kurang jam 10.30 selepas menempuhi 3 jam 50min perjalanan. Hoyeee..akhirnya habis jugak cerita pengalaman aku di Hong Kong di mana antara tempat yang berada dalam senarai destinasi aku. InsyaAllah...kalau di beri peluang, kesihatan yang baik, rezeki yang lebih terdapat satu lagi tempat yang menjadi impian aku sekian lama..ke mana aku?..IsyaAllah aku akan pergi menunaikan Umrah bersama ibu kesayangan. Bila tarikh nya?...InsyaAllah kalau aku tidak berpeluang tahun ini..kalau panjang umur..doa-doa kan untuk aku..agar aku dapat pergi tahun depan. InsyaAllah...Aminnn.

End of Hong Kong and Macau story...see you all thenn..byeeee

31 comments:

  1. hi,
    sgt complete itinerary ni!!! nak tiru utk next trip bole?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Syieda..selamat berkenalan..ehehe....nak tiru..boleh..boleh..sangat di alu-alukan..mamang tujuan akak tulis blog travel ni utk jadikan rujukan dan panduan kepada semua pembaca...selamat bercuti nanti...:-)

      Delete
    2. tq akak.. saya plan pun nak pergi hujung tahun ni. nanti pa pe saya tanya lagi, bole?

      Delete
  2. yer syeida..boleh jer..kalau akak leh jawab leww...dh macam travel agent kan akak nih...ehehehe

    ReplyDelete
  3. Sy nak p hongkong 2 minggu lg.. Stay kt hongkong gold coast hotel nnt.. Tau x cne dr airport nk p hotel tu n dr hotel nk p ke thim sha shui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry dear,
      Baru perasan ada komen nih...mcm mana..dah balik ker?

      Delete
  4. SAlam perkenalan// Boleh tahu tak hotel yang u stay tu nama dan rega>? saya pergi 22hb march ni..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali
      Pn Nora, ari tu sy stay di Californai Hotel harga RM250++
      Tapi sekarang sy lihat harga dah naik ke RM300++...
      Maybe last year hotel tu baru nak beroperasi..tpi boleh jer check di Agoda.com ehh

      Delete
  5. Jm jm jm jmmmmmm....haha...yg perfume tu ori ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyerr...ori and pure..last visit..kami pegi lagi kedai perfume tu..dah lah muroh.. :-)

      Delete
  6. JM,

    Nak duduk bas A21 dari TST ke Airport ... perjalanan 4 jam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's depends on traffic. In 45 – 90 minutes (varies with traffic)

      Delete
  7. JM, flight balik sy dalam pkl 1.45ptg.. so kalau dr TST nk ke airport agak2 pkul brape yg afdal? ade kemungkinan x jemteruk? kalau nak naik MTR pulak cmne caranye ek??mungkin naik MTR laju skit kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamamia : kalau naik bas estimate time asalah 90 minutes..kalau nak naik MTR pun boleh..sila refer kat sini caranya : http://www.hongkongextras.com/to_fromairport.html

      Delete
  8. Salam Sis..salam kenal... Terima Kasih kerana menulis info yang sangat berharga ni... saya nak ke Hongkong esok ..saya baru terjumpa blog sis JM yang sangat lengkap panduan dan arah... saya nak mohon utk print agar dapat saya jadikan rujukan... tapi tak dapat... harap sis JM dapat bantu utk saya agar saya dapat printkan info berkaitan perjlnan saya ke Hongkong dan Macau = email hertiny@yahoo.com terima kasih sis JM...semoga sis akan terus menulis dan menjadi sumber inspirasi pd saya dan rakan2 yang suka travel...

    ReplyDelete
  9. Assalam. ada email x atau whatsup. nak tya la kalau kita turun dr macau nak ke hongkong bolehkan. kira terbalikla . selalu org trn hongkong ke macau

    hairul 0194373808

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hairul..u can email me at jarimanis76@gmail.com..i will reply :-)

      Delete
  10. selalunya minyak wangi jenama terkenal ada alkohol aka x blh bawa sembahyang ... betullah , ada teh sabah .

    ReplyDelete
  11. JM..JM>> banyaknya tempat awak pergi.. hahaha..nangis kita :)

    ReplyDelete
  12. Bila nak sampai sini... teringin nak g honeymoon lepas kahwin tahun lepas... tapi keadaan tak mengizinkan lagi... huhuhu

    ReplyDelete
  13. Hi jm! Plan nk pergi hk early march. Nk study pasal hk jumpa ur blog. Mmg inspiredddd betul! Btw klu sy nak full iti boleh? Emelkan ke nuniyelyah@gmail.com thanks! 💋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuni Yelyah...dah pegi lum9..JM baru baca komen ni huuhhu

      Delete
    2. Hai cik nuniyelyah aka ayuni nur penipu terbesar .travel agencies konon. Kau dah kata nak refund duit kiteorang RM8008 tapi tak dapat2 pun lagi. Study dekat blog orang rupanya nak pergi Hong Kong ye.

      Delete
  14. wah i pun mau pergi HK juga
    i suka shopping ^^
    MY-Emily

    ReplyDelete
  15. this month pengembaraan ke Hong Kong dengan JM.... last month ke jepun.. ;)

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG