Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my lovely readers & follower termasuklah follower baru tu :-)
Entry kali ni nak off sekejap citer pasal Guilin..nak citer sesuatu yang berlaku pada JM malam tadi.
"Mutiara kata : Jikalau kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita"
Mutiara kata diatas hanya sekadar selingan dan sebenarnya JM nak citer pasal benda lain..heee
Kehidupan JM bertambah ceria dan berseri-seri dengan kehadiran pembaca, pengomen dan pengikut blog JM ni. Pada awal penulisan adalah sekadar untuk suka-suka dan menulis pengalaman sendiri melancong ke luar negara dan pada masa yang sama ingin berkongsi tips dan panduan kepada semua pembaca yang suka melancong.
Bulan Mei 2013 adalah hampir genap setahun JM mula menulis blog sedangkan sebelum ni hanya sekadar blogwalking blog rakan-rakan travel yang lain dan sebagai silent reader sahaja. Terdetik di hati JM untuk mula menulis blog apabila salah seorang rakan mempunyai blog dan pengikut tersendiri, maka JM pun berhasrat untuk mengikut jejak langkah beliau.
JM mula belajar dari zero dan hari demi hari mula buat sedikit perubahan agar blog nampak lebih ceria dan kreatif (hakikatnya masih perlu banyak belajar) dan cara penulisan perlu penambahbaikan agar pembaca tidak bosan .
Melalui blog ini juga JM mendapat ramai kawan di alam maya, walaupun kita mengenali di sebalik skrin monitor, JM amat bahagia kerana mendapat sokongan dari pembaca semua. What can i say..I LOVE OULss. Sekarang sudah menjadi rutin harian JM , setiap hari blog kengkawan akan JM terjah :-)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok..berbalik kepada tajuk sebenar, itu baru intro heee. Malam tadi semasa JM nak blogwalking blog sendiri tetiba JM dapat message seperti di bawah :
|
Blog Has Been Removed |
Apa? Blog has been Removed... arghhh sudah kenapa tiba-tiba jadi macam ni. JM mula cuak dan mula berfikir tab kena hack ker, ada orang dengki ker dan pelbagai soalan bermain di fikiran. Kemudian JM try klik pada link 'I cant find my blog on the web, where is it?'....pastu kuar lak tulisan yang tak faham untuk di baca...ish apa dah jadik nih. Waktu tu jam 12.00 tengah malam. JM panik seketika dan try berkali kali keluar errror message yang sama. Try log-in gmail, incorrect password lah pulak..ish..kenapa jadi macam ni. Oleh kerana dah buntu, so JM ambil keputusan tido je dulu..apa-apa pun esok pagi cuba cari solution. Dalam hati Allah sahaja yang tahu dan pada masa yang sama mohon kepada Allah supaya bantu selesaikan masalah ni. Sampai macam tu sekali kan heheheh.
|
Tulisan apa ntah |
Apabila keluar tulisan seperti diatas JM pun cari jalan bagaimana nak tukar tulis tu kepada English, so JM scroll down kat page tu ada stu combok box, try je lah klik pastu keluar senarai bahasa yang boleh di pilih. Ok, JM pilih English then klik pada link blogger dashboard, masukkan password dan hp number to get verification code. Then Alhamdulillah, boleh masuk dashboard seperti biasa dan JM try access my blog taraaaa...
|
Dah kembali normal |
Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana blog boleh acces seperti biasa. Yahooooooo...barulah rasa hidup kembali berseri.
Kepada blogger di luar sana, kalau you all alami masalah yang sama jangan gelabah macam JM tau, ikut solution seperti JM buat tu yer.
Happy reading ok heeeeee....byeeeeeeeeeeeeeeee