Wednesday, 26 June 2013

Jom ikut JM masuk HUTAN...masuk hutan???



Assalamualaikum rakan-rakan blogger dan pembaca setia semua,


Setiap kali nak update blog akan terlihat bilangan follower makin bertambah (walaupun tak ramai), hati JM mula berbunga-bunga dan amat hargai kalian. Bukan bilangan yang JM utamakan tetapi kesudian untuk baca blog JM ni. Waahhhh...makin bersemangat tau JM nak menulis. Terima kasih kepada follower dan pengkomen tegar yang JM sayangi..kepada follower baru, sudi-sudi lah baca dan komen yer..nanti boleh mengeratkan hubungan silaturrahim di alam maya gitewww.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ke mana you oulssssssssssss....hujung minggu lepas...ke korang melepak je kat umah di sebabkan keadaan udara yang tidak sihat di sebabkan oleh JEREBU dan Indek Pencemaran Udara (IPU) semakin meningkat. Tidak bagi JM, dalam keadaan udara macam tu pun boleh lagi lakukan aktiviti luar bersama teman tersayang katanya....ahaaa..nak tahu ke mana JM pergi..moh baca entri ni sampai habis.

"XPDC masuk hutan.  Tak percaya? ..jom tengok gambar dulu"

Ada brannniii????
Ada lagiii...
yer...dah percaya..kami masuk hutan. Gambar kurang memuaskan kerana JEREBU
Lepas masuk laut, timbul pulak perancangan mahu masuk hutan. Perancangan untuk ke sini telah disuarakan salah seorang rakan yang pernah ke sana dan beliau memaklumkan terdapat sebuah tasik biru kat dalam hutan tu dan terpelihara. Kami semua excited..tasik biru?..biar betul..jadi masing-masing ingin melihat dengan mata dan kepala sendiri. 

Perancangan di atur dan perjanjian di buat, maka pada hari yang dijanjikan kami mula bertolak dari rumah masing-masing menuju ke destinasi yang dituju. Mesti korang tertanya-tanya..kat mana tempat ni atau ada rakan-rakan pembaca dah tahu kat mana tempatnya..alah..dah tak surprice lah.....So kepada pembaca di luar sana yang ingin tahu lokasi dan direction untuk ke sana boleh rujuk kat SINI

Pendakian bermula jam 7.30 pagi. Waktu kami sampai tempat parking memang penuh kiranya ramai jugak orang mendaki bukit ni dan kebanyakan mereka adalah orang Cina dan terdapat beberapa orang sahaja Melayu. Disini kita boleh lihat tahap kesedaran kesihatan di kalangan orang Melayu termasuklah JM..sebulan sekali baru nak buat aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

Paling JM salute adalah pada waktu tu, dah ramai turun ke kaki bukit sedangkan kami baru nak mulakan pendakian, cuba korang bayangkan jam berapa mereka mula mendaki. Tapi jangan patah semangat, mari kita mendaki. Gambar kurang jelas kerana JEREBU.

Waktu ni trek masih lagi mendatar
Akan jumpa 2 persimpangan, simpang kiri lebih jauh tetapi trek tidak terlalu mencabar stamina dan simpang sebelah kanan agak mencabar..so pilihan di tangan anda
Apa yang menarik dengan gambar ni...cuba lihat betul2 camera yang di gunakan adalah canon tetapi di galasnya paper bag..korang sanggup..hahaha
View sepanjang mendaki dan terjumpa pokok Tongkat Ali. Gambar ke tiga tu dah sampai puncak
Siapa cakap mendaki tak penat, sakit betis tau sampai sekarang kaki JM masih sakit jalan pun dah macam rupa penguin. Itulah akibatnya kurang joging tetiba nak mendaki..kan dah sakit ..siapa yang susah..diri sendiri juga hehehe.

Kami mendaki secara santai sahaja, jika rasa penat berhenti berborak seketika dan kemudian sambung mendaki lebih kurang jam 9.00 pagi kami sampai ke puncak Bukit Puchong. Kalau betul-betul mendaki JM rasa dalam 1 jam dah boleh sampai ke puncak tu ha..rasanya Bukit Broga lagi mencabar.

Oh ya..korang mesti nak tahu..kat mana pula yang dikatakan Blue Lake..ahaaaa...nak ke sana perlu trek yang lain. Dari puncak tu ada satu trek yang di halang dengan tali NO ENTRY tapi dek kerana kami ni degil..kami cross sahaja dan pada masa yang sama pandang-pandang juga orang sekeliling. Kawasan ni perlu berhati-hati kerana tasik biru ni adalah kawasan terlarang dan terpelihara, sekiranya terserempak renjer hutan..nasib lah..nanti kena halau balik. Tapi alhamdulillah nasib kami baik boleh sampai ke sana tanpa halangan. Perjalanan ke sana ambil masa dalam 30 minit bergantung kepada keupayaan seseorang.


Hoyyeeeeeeeeee...dah sampai..tak sabar nak terjun nih..walaupun terdapat peringatan dilarang untuk bermandi - manda, tapi kaki sentuh air je..arghhhhhhhh..tak boleh tahan...

Ada tak sesiapa yang tak nak terjun bila tengok air yang jenih, bersih dan sejuk ni...grrrrrrr
Apa-apa pun kita makan dulu...perut dah lapar nih..Lebih kurang 2 jam kami habiskan masa disini sebelum berpatah balik ke pangkal jalan.


Akhirnya jam 2.00 petang kami sampai di tempat letak kereta dan masing-masing kepenatan. Itulah sahaja trip pendek pada jujung minggu yang lalu. Kepada yang belum pernah sampai ke sini di alu-alukan kan.

Sekian story kali ni...next entry JM sambung citer pasal trip ke China yang dah lama tertangguh..aduhai..bukan malas nak update tapi kekangan masa katanya.

64 comments:

  1. Kenapa banyak gambar montot je JM... hehe. Mana posing maut yang selalu tu...

    Tempat ni tak jauh dari rumah saya, tapi tak pernah sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe..En Mie...Ha'a lah..baru JM perasan..

      Dlm hute..tak sesuai nk posing maut bagai..ahaha

      Lor..dekat jek..rugi tak pegi :-)

      Delete
  2. Aktiviti sehat yg x sehat hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheeheh...JM saje je kan carik pasal pegi time JELEBU

      Delete
  3. Kak JM mencari udara segar dalam hutan.. tak tahan duk kat bandar :P
    tasik biru macam tak dalam jer.. kalau saya dah terjun huhuuu..



    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha...kononnya lah..sekali dlm hutan pun udara ada bau...khuk..khuk...batuk..skrg ni pun dh start sakit tekak

      Eeee..tak dalam yek..cer tgk kt air terjun tu..dalam tau...kalau guna google tak nampak dasar

      Delete
  4. acaner ni..aza yg orang bukit puchong ni pon tak sampai2 lagi sini....ini tidak adil..hee

    tapi,buat masa ni,dengan keadaan ku ini....kena la tangguhkan dulu aktiviti2 cengini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..org bukit puchong ke...dekatlah kiranya..selalunya mcm tu Aza..kalau dekat lagi malas..cam JM lah..opis jln kakai dalam 10min je kat pesta Flria tu..tapi tak teringin nak perig heeeee..

      Yerr..tangguh dulu..tggu baby tu kuar dulu yer heeeee

      Delete
  5. wah..sangat cargas la JM nih.. tabik spring cikda, cikda weekend hari tu paktir dtg rumah nk tgk floria. cikda kena la kemas rumah kalau tidak kena tarik tinge nanti.. hahahha

    tapi.. cantik giler la tasik biru tu.. memang belom tercemar. patutla djaga sebegitu rupa. dengar dalam pun cikda dah seram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaahah...cergas lah sgt...sama lah cam JM..kalau ada org nk datang umah time tu lah baru nk kemas..kalau tak bersepah jugak :-)

      aha'a..sejuk..jernih..eeeeeee..mmg best lah bila dpt berendam

      Delete
  6. wahhh ke bkt puchong pulak. sy ni bukit broga pun belom penah jejak kaki lagi nih! ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah dear HF, JM ni hanya mampu ke bukit2 kat msia jek...lain lah HF tu dah sampai BROMO...lagi awesome maaa...heeeeeeeee

      Cer try ke Broga dulu..pastu baru try ke Bukit Puchong

      Delete
  7. Amboii rajinnya JM mendaki bukit masuk hutan bagai dalam cuaca berjerebu...Akak duduk menapai jek kat rumah weekend tu. Hari tu dlm sejarah you...selalunya pantang je weekend, gatal jer kaki nak berjalan.
    Haah lah JM...awat gambaq vontot ja ?? Tak per vontot nampak cumel gak hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Itaaaaaaaa...hihhihi...
      Itulah..time JEREBU pulak JM rajin time udara sihat malas nak keluar..hahaha..tah terbalik kuang..baguslah akak..sekarang ni kan musim jeerbu..better kat umah jek

      ahahaha...sbb JM follow dari belakang

      Delete
  8. wah JM dari laut pergi ke bukit pulak, lepas ni ke mana pulak arah tujuan? eheheh
    best kan sesekali mendaki bukit menikmati pemandangan alam ni.. kalau cuaca baik lagik best kan.

    p/s: tak dan lagik nak pos barang, sibuk memanjang! adoi laa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, lauh sudah...darat sudah...lepas ni UDARA lah pulak...hehehehe

      Ha'ah..kalau tak kerana jerebu..view lagi cantik :-)

      Patutlah..setiap kali bukak peti surat..kosong jek..hihi..tak apo..lambat pung..JM sabar menunggu..:-)

      Delete
  9. Macam mana MS orang bukit puchong..belum sampai lagi tapi JM dah sampai...ini boleh mendatangkan rasa jeles nie...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeeee....selalunya kalau dh tggal dekat lagi malas nak pegi tul tak

      Delete
  10. Macam mana MS orang bukit puchong..belum sampai lagi tapi JM dah sampai...ini boleh mendatangkan rasa jeles nie...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupanya ramai kwn blogger JM dari bukit puchong..cer try pegi sekali...mesti nk pegi lagik :-)

      Delete
  11. kat puchong ke ni?
    nape zaza xpernah tau pasal hutan ni,
    punyela lama duk puchong masa ank dara dulu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zaza,

      Terima kasih sudi sggah dan komen blog JM ni..suka sgttttt terima kasih :-) keep on reading tau :-)

      Ha'a..kat bukit puchong lewwwt..lor..iyer ker..maybe kurang komercial kot..

      Kiranya skrg dh tggal jauh eh..

      Delete
  12. JM mandi tak? bahaye tak? tau pulak korang jalannye kan.. berani kawan JM yang pernah pergi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fifi : terima kasih kerana sudi selongkar semua entri2 lama sis JM ni...mandi!!..air nya SEJUK sgt..ha'a..kwn sis JM tu dh byk kali datang sini mmg x de hal lah buat beliau

      Delete
  13. Zumal pun suka aktiviti trekking masuk hutan. Kalau jauh pun tak terasa sebab udaranya nyaman dan segar ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal...kalau laluan mendatar ok lagi..kalau jenis yg mendaki ni sesak jugak nafas :-)

      Delete
  14. Wah kalau mendaki rasanyer Kak Lya balik awal hahaha ..tak mampu nk mendaki ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mcm tu kak Lya baik tak yah pegi..rugi heheheh

      Delete
  15. dah lama xjoging tiba2 nak mendaki plak.. mmg sakit betis tu

    ReplyDelete
  16. dah lama xmasuk hutan buat jungle tracking....dok masuk hutan sbb dok p kebun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gakla experience masuk hutan tuh :)

      Delete
    2. Masuk hutan?! Masuk hutan ?! Haaa yg ini akak tinggalkan saya, bawa SS ngan ZF je. Saya ni tak adventurous huhuhuh

      Delete
    3. ZF : jika ada pengalaman masuk kebun so x de hal lah kalau nk g jungle trekking...

      Delete
  17. klu x baca entry ni , saya tak tahu kat puchong ada bukit boleh di daki dan ada tasik, air terjun kecik bersama ikan lagi ... bila tgk pemandangan rumah2 tu , mcm pernah tgk je ... heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat dengan kawasan perumahan Cetusan Minda ke..boleh lah try

      Delete
    2. vee (CM) pun dok puchong gak ke? :) ...

      Delete
  18. erk ... tak pernah tahu pun ada hutan kat sini. dekat sangat dah dengan rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZH!! try lah sekali d hujung mggu tu

      Delete
    2. try? takut pancit tengah jalan jer ni ... berabad dah tak hiking hehehe :p

      Delete
    3. tak tinggi sangat ke JM? ... budak-budak sesuai tak pergi sekali? bila tengok tasik jernih tu macam teringin jer nak pergi

      Delete
  19. Bestnya masuk hutan. Tapi saya tahu tengok je lah, sis. Spesies tak adventurous :)

    ReplyDelete
  20. Jm yang manis..macamana kaki tak sakit ke lenguh kah naik? hehhee atau lagi semangat nak nik ..ha sampai lah ke puncak..sangat tertarik melihat aksi anda semua..hutan khazana alam luar n=biasa yang amat mengujakkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM yang manis katanya ... bukan sekadar jari jer tau yang manis :)

      Delete
    2. Cikgu Etuza...kaki sakit tuhan sahaja yang tahu but pengalaman tu yg best

      Delete
    3. Zie Has...semua dah masam sekarang heeee

      Delete
  21. Lor puchong ada bukit yg blh d daki ke?
    Tak tau ponnnn

    ReplyDelete
  22. Mcm lh kalo tau nk panjat kn... miahaha...

    Kna ty BW/zie has ni.... dekat je ni ngn umah beliau... bw tau ke dak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huda..cer try..best jgk tau...ajak Zie Has join

      Delete
  23. Psssstttt baru pasan... kita xde dlm list "most visit jm"... okay mode muka sedih turn on

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear Huda...your blog name sis JM letak dalam 'My New Reader Bloglist' jgn lah sedih2

      Delete
  24. Kalau nak tgk tasik biru yg betul2 biru boleh ke Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang. Melihat kpd gambar yg dikongsikan kengkawan Mekja mmg biru btl tasiknya.

    Haritu nak pergi, sekali tersesat jln maka kembali lah mekja ke pangkal jalan tanpa dpt melihat keadaannya yg sebenar. sobs

    ReplyDelete
  25. hai JM!

    ni entry 3 tahun lepas. laju je tekan nk baca entry ni bila nmpk puchong..

    kalau tajuk pocong,mmg ku tekan dah..hahahhahaha

    dekat dgn rumah ruby sebnrnya..tapi ruby x prnah masuklah kt dlm tuh..

    mmg dlm tu dlm tasik yg jernih..cantik..skrg ni xtahu lah boleh masuk ke x..sebab ada jugaak manusia yg suka ceroboh..prnah tgk dlm berita tau!

    hehehehhe..byk pulak ku bebel haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruby!! Lorr dekat ke rupanya..kalau JM la kan..dekat camtu setiap minggu daki tau ekeek..ye ye oooor je kan..tasik tu mmg lawa air jernih

      Delete
  26. Replies
    1. Lynda!! Alaaaa...Kalau tahu.dah pegi ketuk pintu minta fresh oren heee

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG