Sunday, 20 October 2013

From GC to Sydney, NSW : Sydney Opera House & Harbour Bridge

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Kenapa lah sejak akhir-akhir ni JM agak kemalasan nak update blog...TAPI rajin sangat baca blog kengkawan. Percutian ke Sydney sebulan sudah berlalu, tapi story belum bermula lagi. Aduhai..JM..JM..kalau lah malas nak makan kan bagus..boleh kuruskan sikit berat badan kan..ini tidak....kalau bab makan rajin je.....

Oleh kerana masih dalam MOOD malas, so di pendek kan cerita moh ikut JM...ke mana kami pada hari pertama di Sydney. Last entry JM story akan ketibaan di sini kan, so hari ni nak story aktiviti pada hari kedua pulak.

Seperti biasa bangun seawal pagi, selepas solat teruskan sediakan sarapan pagi. Ye lah...dah disediakan kitchen, rice cooker pun dah ada...kita masak dulu. Apa menu kami pagi ni...meh tengok.

Nasi putih dan sambal ikan bilis brahim's..pedulikan rupa pinggan tu..kalau masuk master chef ni mesti fail


Selesai makan, JM pergi ke balkoni untuk lihat view kat luar.. sekali nampak bangunan Market City...so terdetik lah dalam hati..wahhhh ini sudah cukup baik..dekat dengan pasar basah..boleh beli barang-barang dapur untuk masak nanti.

Market City - View from balcony
View Sydney City from balcony
Apabila semua dah ready..jom kita gerak ke destinasi pertama hari ini..ke mana lagi kalau bukan ke Circular Quay di mana terletaknya Sydney Operasa House dan Harbour Bridge tu. Turun sahaja ke lobi hotel..minta pada receptionist Sydney City Map..kat atas map tu terdapat information detail about attraction place and location serta no bas yang boleh di naiki...mudah bukan. Pagi tu cuaca agak sejuk..haruslah JM menerai winter coat yang baru di beli di Target Cold Coast tu..merah pun merah lah...dari jauh dah nampak kelibat JM kan..arghh..pedulik semua tu heee....

Receptionist counter Breakfree On George
Sebenarnya terdapat 2 entrance ke hotel ni tau..kalau keluar ikut entrance pertama seperti gambar di bawah tu....belok ke kanan jalan terus je ke hadapan untuk laluan ke Central Station. Jika belok ke kiri untuk ke bus top ke Circular Quay...memang JM suka lokasi hotel ni amat strategik.

Entrance pertama - keluar ikut tangga tu
Jika keluar ikut entrance kedua seperti gambar di bawah...bersebelahan Market City dan China Town....kiranya keluar je dari entrance tu terus nampak bangunan Market City tu..dekat yak amat you oulsss..memang enjoy..TAPI biasalah..kalau lokasi menarik tengah-tengah bandar ni harga bilik pun agak mahal lah kan.

Breakfree On George Entrance ke -2 , View pada waktu malam
Okey...hari ni kami nak ke Circular Quay tapi sebelum tu perlu beli dulu MyMulti3 pass seperti kad touch n go tu yang akan digunakan untuk naik public transport kat Sydney termasuk bus, ferry dan train tapi tidak termasuk Airport Train dan Free Shuttle Bus hokey. Kenapa perlu MyMulti3 ni?..kat mana nak beli?..berapa harganya? selain pass tu ada yang lain ke tak?..mesti semua ada tertanya-tanya kan..Okeh..meh sini JM tolong explain. Tapi sebelum tu nak tengok tak rupa MyMulti3 ni...

MyMulti3 weekly pass
MyMulti - One ticket can cover all your travel requirements in and around Sydney.
Features:-
• Unlimited travel on public and private buses and Sydney Ferries services
• Unlimited travel in the relevant CityRail zone
• Options include Central Coast, Blue Mountains, the Hunter and the Illawarra regions
• No limit on how many times you may change modes
• Caps your weekly travel costs

Terdapat beberapa jenis MyMulti ticket pass...so boleh pilih yang mana bersesuaian dan kami memilih MyMulti3 dengan harga AUD61 valid for one week. Kiranya boleh guna sebanyak yang mungkin dan memang berbaloi.

List of MyMuti type
MyMulti tiket boleh di beli di Airport, Train Station atau kedai serbaneka seperti 7-eleven camtu. Pagi tu kami keluar ikut entrance yang pertama, belok arah ke kanan dan jalan terus ke hadapan, betul-betul di T - Junction ada kedai serbaneka dan kami beli MyMulti3 kat sana. Dari T- Junction tu akan nampak Market City sebelah kanan..wahh...menarik ni..tak sabar nak sopping menyoping kat sana nanti.

Inilah Market City dari T - Junction tu..nampak warna hijau tu..rupanya..kat situ Paady's Market
Kita tinggalkan dulu cerita berkenaan Market City tu sebab pagi ni kami akan ke Sydney Opera House so bagaimana nak ke sana dari George Street ni..aha..tak perlu risau meh JM bagi direction kerana kalau nak ke sana boleh naik bas atau train. Kalau nak nak train boleh follow direction ni.

Train to Circular Quay from Central Station :
1. Kalau menginap di Breakfree on George, senang sahaja..keluar dari entrance 1 hotel gerak arah ke kanan jalan terus ke hadapan melintasi beberapa kedai. Tak jauh jalan nya dalam 5 -10 min je bergantung kepada kadar lenggangan.
2. Jika menginap area Geroge Street, pastikan cari sign hotel seperti di bawah
3. Jalan sehingga jumpa Backpacker 790 On George sebelah kiri, terus cross jalan
4. Kemudian jalan terus ke hadapan melalui Sydney Central YHA
5. Jalan terus lagi sehingga jumpa Central Station.
6. Naik train dari Central Station and stop at Circular Quay Station..pastikan masuk platform yang betul sbb Cental Station ni besar dan luas. Boleh guna MyMulti tiket tu

Boleh lihat gambar dibawah untuk lebih jelas.

Sebelah kiri jalan akan nampak hotel ni..so cross arah ke hotel ni
Kemudian jalan terus ke hadapan melalui Sydney Central YHA
Jalan terus lagi..dari jauh akan nampak Clock Tower ni
Aha...kat sini lah Central Station tu
TAPI kami tak naik train sebab dari Breakfree On George Hotel berdekatan dengan bus stop..so kami decide nak naik bas je..balik nanti baru naik train. Ayuh..kalau nak naik bas pulak :

1. Keluar dari entrance 1 hotel tadi..belok arah ke kiri
2. Jalan terus ke hadapan dalam beberapa meter dah sampai bus stop
3. Naik bus no 423 - Circular Quay, berapa tambang mmg JM tak tahu coz just slot in je MyMulti pass ke  dalam mesin..terus gerak
4. Bus akan final stop di Circular Quay..so tak perlu risau

Mari kita layan dulu aksi-aksi wajib kami tu....

View sekitar Cicular Quay Railway Station
Circular Quay Station
Kalau di lihat dalam gambar kat atas tu..nampak tak arrow ferry...aha..kat sini terdapat beberapa Wharf dari 2 - 6 dan ke destinasi berbeza..so tak perlu risau..setiap Wharf terdapat information yang detail..so pilih je mana-mana destinasi yang hendak dituju.

Wharf 2 - The Manly Esplanade, Taronga Zoo
Wharf 3 - The Manly Esplanade
Wharf 4 - Kirribilli, North Sydney, Neutral Bay,Kurraba Point (line Merah)
Wharf 5 - Luna Park, Darling Harbour          

Jalan je depan Wharf ni untuk ke Sydney Opera House...seperti sign dalam gambar di bawah
Antara kapal-kapal yang berlabuh di Circular Quay
Cuaca pada hari ini amat cantik sekali...nyaman..udara sejuk...langit cerah....wah bahagia betul. Jangan tak tahu dek kerana cuaca nyaman walaupun jam 12.00 tengahari dan ramai sekali orang-orang berjogging..kalau kat msia..waktu macam tu nak berjogging mesti orang akan anggap tidak siuman kan.

Follow je sign ni
Dari jauh dah nampak Harbour Bridge
Yeay..dah sampai di MERCU tanda Sydney tuuuuu
Kami memang kagum dengan architect dan design Sydney Opera House..memang cantik dan unik...Sebelum ni asyik baca blog kawan-kawan yang pernah jejak kaki ke sini....so sekarang giliran JM pulak....alhamdulillah....kepada kawan-kawan di luar sana yang belum pernah sampai ke sini..sila..sila...memang best. Jangan bosan ye..coz byk betul gambar nak di kongsi kat sini.

View sekitar Syney Opera House dan Harbour Bridge
TIBA-TIBA JM terpandang gelagat salah seorang pakcik kat sini...agak-agak korang apa yang dia sedang buat tu...

Nampak tak..gigih benar dia kan...
Nak tahu apa yang buat...rupanya dia sedang membersihkan tahi-tahi burung kat situ..nampak tak warna-warna putih yang melekat tu...Inilah rupa burung tu..

Nakal tau burung ni...syuh..syuhh...epg berak jauh-jauh..kesian pak cik tu
Dari sini kami terus ke Royal Botanic Garden...apa yang menarik kat sana perlu tunggu next entry ye..rasa dah panjang sangat entry kali..walaupun penuh dengan gambar je sebenarnya...

Royal Botanic Garden
Apa yang menarik kat sini..TO BE COntinueeeeeeeeee

75 comments:

  1. Hahahaha kat malaysia kalu jogging 12pm.. meme buang tabiat... tak psl2 org call spital mental plak :P

    ReplyDelete
  2. mmg terbaik la lokasi hotel JM ni...hehehe ingat JM masak nasi lemak td siap ada sambal tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak cari santan...nasik putih pun nasik putih lah heeee

      Delete
  3. nasi lemak tu takder telur rebus eh?? (^_^)

    ReplyDelete
  4. hari tu kat sini lah kn JM ambil gambaq n update blog masa jm kat sna ^_^ cntik tempat ni

    ReplyDelete
  5. Tak sabar nak baca entri pasal Royal Botanical Garden JM....seorang penulis yang menghiburkan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe....komen yg membuatkan JM senyum sendiri

      Delete
  6. Pinggan tu ada seni unik so boleh la masuk master chef.. heheheee...
    Bukan kesian kat pakcik tu.. or burung tu tak nakal pun.. sebab burung tu lah penyebab pakcik tu ada kerja .. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahaha...PITAM
      Halus dan kreatif sungguh cara pemikiran TT Boy...ehehehe....betul jugak

      Delete
    2. Pitam.. Why.. Why.. heheheheee...
      halus ker?? biasa jer la kak JM.. :D

      Delete
    3. eheeheheh...HALIS seperti IKLAN Nescafe

      Delete
    4. pun boleh ye dok :P hahahahaaaa

      Delete
    5. eheheeh...pegi LABUAN..takkan tak ada ole2 tuk AHKAK

      Delete
  7. Menyerlah JM dengan serba merah gitteww!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nIL...lama tak dengar khabar dari kamu heee....windu argghh...dah habis SEM belum ni

      Ahakssss...merah nya MAK NGAH kan

      Delete
    2. Belum abis JM..tu laa konon buat2 bz..tp still rajin mengulor tgk crita org berjalan tiap2 hari...
      Lama dowh...x ngulor ni...stresss!

      Delete
    3. hehehe...betul tu..sekali2 perlu mengulor gak..baru tak stress

      Delete
  8. okey..lawa Sydney opera house tu
    depan2 tu café ek? yang ada payung2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuli ..Lawa kan..pandang x jemu..pandang tak jemu heeee

      Ha'a..cafe..tapi kami tak masuk tgk pun :-)

      Delete
  9. wak penah amek sunset kat opera house nihh memey chantekk.,ehHHee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantekk kan Wak..opss..salah...hensem kan Wak heee....yer betul tu...Sunset di Opera House meme deboMMM :-)

      Delete
  10. hahaha.. mula baca n3 ingat betul la punya mood malas.. sekali tgk..buklan main panjang lebar n3 ni.. saya suka ..saya suka..
    part paling best bila dah sampai kat mercu sydney tula kan.. tgk laut situ ingat pulak NeMo.. hehhehe.. ada carik tak dentist P.Sherman dalam NEMo tu.. hehehhe.. (cikda buat lawak..lawak x..) >..<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...itula...masa nk mula tu malas betullll TAPI dah dah start dah dah boleh SETOP heee

      ehehehe...mmg lawak lah...sib baik tak masuk Maharaja Lawak

      Delete
  11. Akak suka la tgk entrance hotel tu.. Klo kat Malaysia jogging kul 12.00 mau rentung muka miahahaha

    Banyak cantek muka burung tu siap ada orang bersihkan lagi najis dia.. phewww

    Dik klo baju merah tu ilang ko carik kat umah akak k!! ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mysha..oppsss..akak ke?..rasa cam JM lak yg lebih tua heee

      Hahahah...JM tgk org masia ni nak jogging pagi2 pun malas..ni kan pulak nk joging tghari..termasuk JM lah..sbb tu badan tak slim2 cam org korea ehehe

      Itulah..mencacatkan pemandangan kan..gigih betul pak cik tu..kat Msia ada x yg buat kerja mcm tu eh..

      Oh..akak berkenan eh..ehehehe...

      Delete
  12. Waaaa...cantiknya si cantik manis berjacket merah tu...weeeiiiittt!!! Bergambar pulak kat opera house, cantik sangat !! Tak sabar nak ke sana. Ayohhh JM cepat hapdate ye sayang akak ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ita!!!..jgn puji lebih lebih nanti JM terlebih perasan..kembang montot heeee...Mmg port cantik..kalau ke Syney..mmg rugi kalau x bergambar kat sini..Aha..nanti turn akak pulak..mana tahu ada rezeki ke sana kan...Syg akak Ita jgk :-)

      Delete
  13. first : bila aku nak sampai sini?? bisik2 dalam hati
    second : cantik sangat SOH ..kalau view waktu malam mesti lagi cantik kan dengan lampu
    third : cik-cik dalam gambar pun cantik-cantik :)
    fourth : MS terliur tengok minuman breakfast tuh!
    fifth : tak sabar tunggu next entry!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. first : aha..kalau dah ada perancangan mesti leh sampai..ada duit..pastu cari tiket murah2..terus fly..In Sha Allah
      second : Ha'a...nanti JM update view waktu mlm pulak eh...dalam entry akan datang :-)
      third : ahahaha...cik-cik tu semua potogedik..ehh..salah potogenik..kalau kat luar...jauh khabar daru rupa heeee
      fourth : Mmg sedap...cow tau..air mocha panas2 :-)
      fifth : Yeay...ada masa free nanti JM update ehh...
      six : JM suka MS baca dari awal sampai habis heee

      Delete
  14. ok...gigih menabung lg..sbb JM seru suruh pergi hehee

    ok next.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa..Guangzhou - HK - Shenzhen dah sampai kan..so ...next year ke Aussie pulak..mesti boleh punyer :-)

      Delete
  15. cantiknyer pemandangan kat sini. seronoknyer JM dah sampai sini : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..seronok sangat..JM ni kalau bab berjalan2 mmg enjoy..kalau di suruh buat menda lain..malasss heee

      Tak pe..ada rezki lebih...turn Miesha plak ke sana..aminnn

      Delete
  16. BLOG TRAVEL YANG TERBAIK
    ambo sedia Voe untuk blog JM ni
    ORGA & JM harus di calonkan untuk BLOG INFO TRAVEL terbaik nih
    tq for sharing JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer lah tu..boleh menang anugerah ke heheheeh...ter OVER sudah

      Alah..info sikit2 je tu..sekadar perkongsian..mana tahu nanti Dila ada plan nk ke sana nanti boleh refer kat sini..pegi ngan SR baru best :-)

      Delete
  17. Still terngiang pose JM kat Harbour Bridge...the only pic yang menyatakn JM dah selamat sampai Sydney. Sob. Sungguh jeles. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM nak tggu pose istimewa Bibie kat sana plak heeeee...

      Delete
    2. Insha Allah, amiiiiin! Asyik lah nak balik kampung kan, ntah bila jejak ke Sydney.

      Delete
    3. Jelezz tau..JM baru sampai sekali je kat sana..mmg ada misi nk ripit tapi tak tahu lah bila ada peluang..niat nya nk jejak JEJU pulak

      Delete
  18. seriously akak jeles JM...
    ha.. ha... JM pinggan sambal tu kasi sental dulu baruler posing...
    dah lapar sangatler tu...
    betoiler pakciktu memang menarik perhatian... ingatkan per dia buat yerk..
    isyh syioknyer posing2 semuapun nampak cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahh..akak...jelez sikit2 je tau..jfn byk2 heheh

      Ahahahaha..bab pinggan tu...kalau bakal mak mentua nak cari menantu mesti REJECT lepas tgk pinggan tu..anak DARA Pemalas katanya eheeheh

      Ye betul..sib baik pakcik tu tak tahu JM upload gambar dia kat sini..kalau tak nahas kena saman..glamour kan pakcik

      Delete
  19. Best kan sydney...nak FM...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa..Liza lambat..FM dah habishhhh...email alamat kat JM..kita kasi menda lain eh..email tau :-)

      Delete
  20. Gambar yg paling berharga tu JM..dapat amik gambar berdua berlatar belakangkan Sydney Opera House tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Viva..lama tak muncul kat sini hee...Gambar ni akan JM simpan samai ke tuo heeee

      Delete
  21. bila ek nak sampai sini,...tgh plan..

    cantik2 gambar yg u amik.. jeles..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Yan..lama tak borak ngan kak Yan kat sini...kalau tgh plan tu..tak lama lagi sampai lah..heee

      Alaahh..akak..JM ni stereotaip..main ambik je tak ada rule ehehe....

      Delete
  22. wow.. aku sekejap je singgah sydney. tak beli pun mymulti. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah...kalo singah sekejap..buat po lah nak beli kad mymuti tu..buang karan je..ehh..buat duit..rugi ma heee

      Delete
  23. ok yang pertama jeles sebab sydney bestnya. yang kedua jeles sebab kot merah tu cantiknyaaaa... mmg travel with style habis. boh picca byk2 tau JM. nanti senang kot2 la KK dapat mai ke sini leh refer blog ni je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kiah..JM lagi jelez coz kak kiah nk g Melbourne nanti..kat sana lagi best...Kot merah tu?..ahaha..kalau JM lost kat mana2 mention je wantia berkot merah...sure senang nk jumpa heheheh....ahahah...boleh2...nanti KK refer sini tau..kalau la JM leh join kak Kiah ke Melbourne kan..mesti best

      Delete
  24. Selambe je pakcik tu cycling pakai suar pendek ngan tshirt nipis... x sejuk ker hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaahah...dorang dah biasa..bak kata org alah bisa tegal biasa..cam pekerja lori kutip sampah tu..bila lori tu lalu kita punya lah busuk..tapi dorang selamba je cam tak ada perasaang kan heee

      Delete
  25. Cantiknya opera house tu....mnggebu2 keinginan utk ke sana...
    P/s..yg berkot merah tu pun cantik dan comel jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak MP, mmg cantik ..terapar kat depan mata..pastu JM tgk puas2 heee..nanti kalau akak ada rezeki dan peluang pegi tau..

      Hahahah..statement ni buat JM tergelak..saje je tau..mana ada kak..biasa2 jer heee

      Delete
  26. gigih betol pakcik tu bersihkan tahi burung... betul2 menjaga kebersihan..baru la pelancong seronok nk dtg tmpt dorg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul...kat sna mmg nampak bersih je kat semua tempat...wlpun dorang bukan muslim tetapi menitik beratkan kebersihan..sbb udara pun bersih dan nyaman je kurang pencemaran heee

      Delete
  27. blog yang menarik JM ;) thumbs up!

    ReplyDelete
  28. Ada gadis serba merah jalan2 di kota Sydney.
    Dulu masa kecik selalu excited setiap kali tgk gambar Sydney Opera House keluar kat ramalan cuaca ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah : dari jauh dah nampak siapa gadis tu kan..alaa..si baju merah tu hiihi. Ha'a..same to me..tapi bukan waktu kecik lah..waktu tgk gambar kawan travel ke sana..so teringin sgt nk jejak kaki ke sana..then Alhamdulillah impian tercapai

      Delete
  29. Dapatkan aplikasi android untuk blog anda di http://goo.gl/g1WtSi

    ReplyDelete
  30. bestnyaaaaa kak JM.. mohon bagi ole2 dari sana untuk kita.. hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Inani : alaa..kalau minta skrh mmg x de..dah habis heee..Thanks tau sudi singgah sini..so singgah lah lagi mana tahu ada ole2 ke hikss

      Delete
  31. Replies
    1. Zarulfarhana : ada keinginan nk ke sana tak : hikss

      Delete
  32. Jelesnya....bilalah nak sampai australia ni ...sob sob.... jangan malas....wa tunggu next entry tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa..in sha Allah nanti turn Wa pulak ke sana..JM ni India pun x lepas lagi hiksss

      Delete
  33. cantiknya kawasan bandar diaa.. cantik lagi orang yang berkot merah tu.. hiihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zati : jgn mcm tu...kembang idung dah nih heeee

      Delete
  34. best la dapat selfie kat mercu tanda aussie ... org sana memang pentingkan kebersihan kan, tengok la pekerja tu gigih bersihkan kotoran :)

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG