Thursday, 27 February 2014

"Misi mencari James Bond"

Assalammualaikum dan salam sayang semua,


Sebelum JM sambung strory ke Tasik Ton Le Sap tu, JM nak publish entry ni dulu..

Awayy again?...ish..Jm...Jm ke mana pulak ko ni...tak reti duduk diam ke?...asyik nak habiskan duit je kan...

Ahaksss...jangan lah macam tu...travel adalah salah satu hobi yang tidak boleh di bendung ibarat orang merokok yang di larang merokok mesti lah rasa tak senang duduk kan heee...betul tak abang Meng.

Satu lagi hobi JM adalah baca blog kengkawan di alam maya ni kalau ada masa free je mesti nak terjah blog kawan-kawan tu dan korang jangan lah bosan ngan komen-komen dari JM tu ek..bukan apa bila baca blog tu hilang rasa stress kerja eheheheeh.

Ok berbalik kepada tujuan asal, JM akan fly ke Thailand dan kebanyakan dah tahu ke mana destinasi JM tu..seperti biasalah kan, orang lain travel diam-diam je tahu-tahu dah balik dan buat entry baru. JM pulak nak heboh satu dunia ahahah. Iyelah masing - masing ada cara dan style yang berbeza kan begitu juga citarasa, kalau semua sama  je tak berseri lah nanti.

Tempat yang JM akan pergi ni kebanyakan rakan blogger dah pernah ke sana, ada tu baru je balik dan sedang update story beliau. Tiket penerbangan di beli pada september 2013 dengan harga RM248 (return) - mahal kan. Ini lah kes beli tiket tak rancang betul - betul, kan dah rugi huhuhu.

Harga tiket semasa pergi
Harga tiket semasa balik

Surat kelulusan ke luar negara pun dah di LULUSKAN, so kita jumpa lagi next week ok.

Surat kelulusan ke luar negara bagi pegawai kerajaan

Sebelum tutup story ni, just nak tanya ada tak sesiapa yang sempat hunting tiket murah or FREE SEAT Air Asia 2-3 hari lepas, ke ada yang tak tahu ada sale hikss. JM ni pantang tengok je, gatal je tangan ni klik mencuba nasib kan mana tahu time klik klik tu dapat zero fares...pilih nyer pilih tarikh tu dapat return tiket to "destinasi 1" RM233 dan another "destinasi 2" RM540 return.

Free Seat you ouls..tapi memang menguji kesabaran betul
Asyik masuk waiting room je
Akhirnya berjaya dapat ke dua destinasi untuk tahun 2015 - semoga panjang umur kerana setahun lagi tu :-)

Okey...itu sahaja untuk entri kali ini...jumpa lagi dalam next entri selepas JM balik nanti ek...

Bye - bye semua dan salam sayang dari JM heeee

Sunday, 23 February 2014

Siem Reap : Kingdoms of Cambodia (2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua reader tu,


Ini adalah sambungan dari Siem Reap : Kongdoms of Cambodia (1)

Oleh kerana malas nak tulis intro bagai, JM teruskan kepada kisah percutian kami pada hari pertama di Siem Reap ni ek. Dalam entry yang lepas, JM ada cerita perjalanan dari Airport - Check in Hotel - kami sarapan pagi di Muslim Family Kitchen Restaurant dan seterusnya singgah beli tiket bus ke Phnom Penh.

Aktiviti kami pada hari ini adalah kami akan ke War Museum yang terletak kira-kira 5.6 km dari tour agent tempat beli tiket bas dan mengambil masa lebih kurang 20 minit.

 Dari (A) Tour Agent  to (B) Siem Reap War Museum
The War Museum in Siem Reap is the only War Museum in Cambodia. It offers visitors a unique and insightful view of the perils that Cambodia faced during the last 3 decades of the 20th century. It gives also visitors an excellent opportunity to learn more about what actually occured during Cambodia’s ‘war years’.

It has a unique collection, you will also be able to see war machines like the tank T-54,  the jet fighter aircraft MiG-19, the helicopter Mil Mi-8 and the field artillery gun 85-mm divisional gun D-44. Before used in Cambodia, some of these war machines have even seen action during World War II. Among the collection there are also many sorts of landmines and rare photographs from the defined period of time in Cambodia.

You can take a free guide to lead you around. Each of the guides has his own unique background, e.g. a landmine victim and war veterans. Therefore, not only they could tell you about the last 3 decades of the 20th century history of Cambodia and about the collection of the museum, but also about their personnal experiences during the defined period of time.

You can hold small arms, from a M16 or a AK-47 (Kalashnikov) till a machine gun like the Browning Automatic Rifle (BAR). You can even hold a rocket launcher! Before used in Cambodia, some of these guns have even seen action during World War II.

Opening time : 8.00 am - 5.30 pm
Entrance fee : USD5 (foreigner) dan USD1 (Cambodian)
Free tour guide tapi kalau nak bagi tips, dorang terima je.

More information about War Museum can refer here : War Museum Cambodia

JM pernah baca satu blog ni bayaran masuk adalah USD3 pada tahun 2013, pada tahun 2014 dah jadi USD5, tapi jika tahun 2015 harga tiket akan naik.

Welcome to War Museum
Laluan/jalan ke War Museum - terus ke hadapan lagi
Biasanya bila sebut sahaja museum kita akan bayangkan sebuah bangunan yang menyimpan barang-barang lama yang mempunyai nilai-nilai sejarah pada zaman penjajahan sebelum merdeka. War Museum berbeza dengan muzium yang JM pernah pergi ini kerana ia di tempatkan di kawasan tanah lapang di pagari dan di penuhi dengan pokok buah mangga. Sayang sekali kerana semasa kami tiba di sana pokok buah mangga masih berbunga kalau pegi time berbuah mesti boleh makan free.

Masuk sahaja kawasan museum ni akan di sajikan dengan pelbagai jenis senjata dan peralatan perang yang pernah di gunakan dan juga pelbagai jenis kapal perang, kereta kebal dan jentera berat. Terdapat juga beberapa keping gambar mangsa-mangsa perang, Jika ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan cerita sejarah kemboja boleh minta tour guide tapi semasa kami sampai di sana kami just jalan-jalan sambil ambil gambar. Kebetulan terdapat 2 orang tourist from Australia sendang mendengar penerangan dari tour guide tu kami tumpang sekali ahahaha.

Citer panjang plak..jom lah tengok apa yang kami buat kat sini. Semasa kami samapi memang tak ramai orang just 2 orang tourist from Australia dan kami berdua je. Adakah kami sampai terlalu awal kerana waktu ni jam 10.30 pagi.

Helikopter  dan apa kebenda ntah JM tak tahu heee
Ini lah tour guide tu..kami polow je dorang sambil dengar penerangan secara FREE
Apo kobondo lah ni...siapa tahu...
Perang sesama sendiri hahahah...action je lebih...berat oooo senapang ni
Si Salim sedang beri penerangan...ye lah tu...ahahaha...tanya bila kemboja merdeka pun dia tak ingat..time sekolah dulu tak minat sejarah katanya
Dah tak boleh guna...just for display
Antara gambar mangsa perang
Macam mana...dah boleh bayangkan bagaimana rupa museum ni. Jika tanya JM, perlu ke pegi sini?...best ke tidak?...Bagi pendapat JM yang ikhlas ni, sekiranya korang tiada bayak masa boleh skip tempat ni kerana ia hanya memaparkan bahan - bahan sejarah dan nama pun muzium kan...jangan lah korang jangka yang lebih dari itu.

Let's go kita ke Angkor National Museum pulak...eh ko ni JM...minat sangat ke dengan sejarah Kemboja ni...semua tempat sejarah ko nak pegi...ahahaha...alaaa...just kill the time je..alang-alang dah sampai kita tengok lah best ke tidak...kalau tak best tak perlu recommend kawan-kawan datang ye dak. Sebelum naik tuk tuk untuk ke sana, Salim berikan kami air mineral sejuk FREE dari ais box beliau untuk basahkan tekak...yahoo...apa lagi...terima kasih Salim.

Dalam perjalanan ke Angkor National Museum. Nampak tong merah belakang Salim tu...selama 3 hari kat sini 2 kali sehari si Salim tu beri air mineral sejuk FREE....bestnya....tak kering tekak
Angkor National Museum dari pelbagai sudut.
Jom ikut JM kita lihat apa yang ada kat dalam, masuk ikut tangga seperti dalam gambar pertama tu ye.

Entrance - abaikan sorang minah yang sedang enterprame tu
Kaunter tiket - Ticket masuk USD12
Apa?...harga tiket USD12...biar betik..apa yang best sangat kat dalam ni..selepas bincang dengan kawan JM kami decide tak nak masuk rasanya tak berbaloi kalau ia hanya galeri yang memaparkan gambar-gambar patung dan kepala orang di mana ia menyimpan 1,000 Budha Images seperti :

Galery A : Kmher Civilization "The Origin of Khmer Empire"
Galery B : Religion dan Belief  "The Reffection of Khmer's Beliefs"
Galery C : The Great Khmer King " The Great Inventors"
Galery D : Angkor Wat "The Heaven on Earth"
Galery E : Angkor Thom " Tha Pantheons of Spirit"
Galery F : Story from Stones"
Galery G : Ancient Costume : The Fascination of Aspara"

Ini lah peta/map kedudukan galery dal museum tu...dek kerana kami tak masuk just lihat dari luar je
Tak masuk museum kita masuk museum shop
Curik-curik ambil gambar dalam museum shop sebelum kena tegur
Masuk je museum shop ni habis USD7.50 kerana membeli 6 keping FM...huhuhu..dah beli baru menyesal kerana harga agak mahal.

Kepada mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan Angkor National Museum boleh rujuk di SINI .

Jam di tangan menunjukkan pukul 1 tengahari, jadi kami minta Salim hantar balik ke hotel kerana petang nanti dalam jam 3.30 petang kami akan melihat sunset di Tasik Ton Le Sap.

Nak tahu cantik ke tidak sunset di sana tunggu cerita JM nanti eh...

To be continue lagi

Tuesday, 18 February 2014

Siam Reap : Kingdoms of Cambodia (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat blogger dan rakan pembaca semua,


" Why Kingdoms Of Cambodia"

Ishhh...lama betul JM tak update blog kan...ada tak sesiapa tertunggu-tunggu nak baca entry baru?..dan ada tak sesiapa yang rindu sama JM....JM rindu sama korang semua tau heee. Gambar yang dipaparkan tiada kaitan dengan percutian di SR :-) tetapi percutian di Cameron Highland.

Bersama adik perempuan yang ke -4 dan adik lelaki yang ke -7
Minta maaf yer kepada mereka yang menanti-nanti info perjalanan JM ke sana kerana lately JM sibuk sangat you ouls...hati ini meronta-ronta je nak kongsi journey yang penuh dengan keseronokan dan keinsafan tu.

Pada asalnya, percutian kali ini melibatkan 4 orang tapi last minute 2 orang lagi rakan JM tak dapat join so tinggal kami berdua je. Percutian pada penghujung bulan Januari ini mesti di teruskan kerana semua persiapan rapi telah di buat. Kepada rakan blogger yang akan ke sana pada bulan Mac nanti if i'm not mistaken seperti Farel dan Tok Dad, enjoy your holiday hokay.

Siapa tahu maksud di sebalik nama Siem Reap?...Menurut sejarah secara ringkasnya Siem Reap dahulunya adalah sebahagian daripada Thailand dan selepas peperangan akhirnya ia telah jatuh ke tangan Cambodia dan hasil daripada kejayaan itu ia di beri nama Siem Reap atau maksudnya 'Siam telah jatuh'.

Kenapa pulak ia di gelar Siem Reap Kingdoms of Cambodia, ini adalah kerana Siem Reap menjadi terkenal di sebabkan oleh Angkor Wat sebuah Archeologial Park which was desclared as UNESCO World Heritage site in 1992.

Cambodia terletak di antara sempadan Thailand, Laos dan Vietnam
Tempoh percutian : 23 Jan 2014 - 28 Januari 2014
Ticket flight KL - Siem Reap : RM111 return without luggage and meal
Ticket flight Phnom Penh - KL : RM123 without luggage and meal

Antara route yang biasa dilakukan oleh backpacker adalah :
i. KL - Siem Reap - Phnom Penh - KL ( inilah adalah route kami)
ii. KL - Phnom Penh - Siem Reap - KL
iii. KL - Siem Reap - Phnom Penh - Ho Chi Minh - KL
ii. KL - Phnom Penh - Siem Reap - Ho Chi Minh - KL

"Ok...let's start our journey"

Menunggu di balai perlepasan
Penerbangan dari LCC Terminal pada jam 6.50 pagi dan di jangka tiba di Siem Reap International Airport pada jam 7.50 pagi waktu tempatan dan jika di kira waktu Malaysia adalah 8.50 pagi. Sampai sahaja di sana terus tukar waktu jam tangan kepada local time bagi memudahkan pengiraan masa.

View di dalam penerbangan selama 2 jam
Isi Imigresen form
Sebaik sahaja mendarat di Siem Reap International Airport perkara pertama adalah keluarkan kamera dan ambil gambar dulu.

Siem Reap International Airport
Airport SR ni kecik je sebab selepas urusan Imigresen yang perlu scan ke semua jari jemari dan juga senyum pada kamera, terus ke ruang buggage claim. Kepada mereka yang ingin ke tandas ia terletak di sebelah kiri dan money changer di sebelah kanan. Pergi ke hadapan sedikit untuk tinggalkan arrival form dan jalan terus ke pintu keluar.

Keluar sahaja dari pintu airport JM di tegur oleh si Salim, driver tuk tuk yang JM hire untuk tempoh 3 hari di SR dan beliau membawa kami ke Rithy Rine Angkor Hotel.

Salim bersama tuk tuk tuk beliau - just nice for 4 person
Let's go kita gerak ke hotel - dalam 20 min perjalanan kami pun sampai di hotel. Baik si Salim ni beliau sediakan FACE MASK untuk kami.
Cuaca pada pagi ini memang dingin seperti berada di dalam bilik aircond bersuhu 25 darjah celcius lebih kurang dan jalan raya agak berhabuk. JM nasihatkan supaya standby face mask tapi kami tidak perlu risau kerana Salim bagi kami FREE.

Rithy Rine Angkor Hotel


Receptionist yang baik dan sporting
Bilik hotel besar , kemas dan bersih
Price for 3 night included 10% VAT + 10% Service Charge + City Tax = USD84
Each person will pay = USD42
Booking melalui booking.com dan tidak perlu bayar semasa membuat tempahan dan bayar semasa check out.

Location :

Centrally located in downtown Siem Reap, Rithy Rine Angkor Hotel is only a 5-minute walk from Old Market and Pub Street. Relaxing massage services and an outdoor pool await guests.

Air-conditioned rooms at Angkor Rithy Rine are equipped with cable TV and a fridge. Private bathrooms feature a bathtub with hot and cold shower. Some rooms come with a balcony overlooking the pool.


Guests can make travel arrangements at the tour desk, or browse souvenirs at the gift shop. Rithy Rine Angkor Hotel has a business center and a 24-hour front desk. Internet access is free in public areas.


Open for all-day dining, Rithy Rine Restaurant serves Khmer, Asian and Western dishes. Cocktails and wines can be enjoyed at the bar.


Rithy Rine Angkor Hotel is a 20-minute drive from Siem Reap International Airport.


*** Rithy Rine Angkor hotel tiada lift dan perlu menaiki tangga, jika mendapat bilik paling atas iaitu aras 5, sila kuatkan kaki anda

Pada jam 9.20 pagi kami tiba di hotel dan selepas mendapat pengesahan booking, receptionist membenarkan kami untuk terus check in. Servis yang diberi oleh pekerja hotel amat baik sekali dan ruang hotel yang bersih dan cuma satu je kekurangan nya iaitu perlu menggunakan tangga untuk ke bilik hotel.

Selepas chek in, kami turun semula ke lobi kerana Salim sedia menanti untuk membawa kami ke destinasi seterusnya.

Plan kami pada hari ni adalah :
- Sarapan pagi
- War Museum
- National Museum
- Tasik Ton Le Sap

Oleh kerana masing-masing kelaparan kerana belum sarapan pagi, Salim akan bawa kami bersarapan di Kitchen Muslim Restaurant. Pada masa yang sama beliau menerima beberapa panggilan dari 'customer' untuk hire tuk tuk tetapi beliau terpaksa menolak dan memaklumkan sebelum kami datang pun ramai yang call untuk dapatkan perkhidmatan beliau. Oleh kerana dia ingin entertain kami, so beliau serahkan kepada abang nya Nasir. Apa lagi bukan main seronok dan terharu lah kami kan.

Inilah travel partner JM tu, nampak tak Salim sibuk melayan panggilan telefon
Korang nampak tak, sampah sarap bersepah tepi jalan dan tidak terjaga...beginilah gambaran Siem Reap itu belum lagi lihat rumah penduduk di sini nanti JM kongsi.

Sarapan pagi di Muslim Kitchen Restaurant
- Bagaimana nak ke sana?..tidak perlu risau kerana apabila kita dah sewa tuk tuk, biar Salim yang uruskan dan duduk je diam-diam kat atas tuk tuk tu.
- Terletak tidak jauh dari Old dan Night Market, bersebelahan Masjid, Cambodian Muslim Restaurant dan Siem Reap Holiday Villa

Konsep restoran dalam taman, ada FREE WIFI dan rasa makanan jugak sedap. Highly RECOMENDED
Antara menu yang disediakan dan harga. Jika rasa bawak duit berkepuk pilih harga yang mahal sikit
JM pilih Fried Rice Basil with beef (USD3) dan Hot Milo (USD1) . Sila jangan convert kepada RM
Nampak je macam ni tetapi sedap dan menepati tekak atau memang kami yang lapar. Sambil makan sambil layan internet free tu. Kemudian kami meneruskan perjalanan untuk ke destinasi seterusnya.

Beginilah gambaran bandar Siem Reap dan di galakkan memakai face mask
Tetapi sebelum itu Salim bawa kami singgah dulu di Fast Air Ticket and Tour untuk beli tiket bas ke Phnom Penh sleeping bed dengan harga USD10 for each person.

Fast Air Ticket & tour
Jika korang nak tahu ke mana JM lepas ni sila tunggu next entry ye

To be continueee!!!

Monday, 10 February 2014

Cambodia : HALAL Restaurant

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog JM,


"Misi mencari restoran makanan HALAL"

Ok...ingat lagi tak antara beberapa persiapan yang perlu dibuat sebelum melancong ke Kemboja. Kepada mereka yang belum baca boleh klik pada link di bawah yer.

1. Hotel Booking
2. A great time to visit
3. Transport / Tuk tuk in Cambodia
4. Attraction Place in Cambodia

Bagi entri kali ini JM nak kongsi tempat makanan HALAL di Kemboja kemudian next entri bagu JM kongsi pengalaman JM di sana ek.

Tempat makanan Halal menjadi perkara utama setiap kali melancong ke negara yang di diami oleh minoriti orang Islam or Muslim betul tak?

Begitu juga di Siem Reap dan Phnom Penh, orang Islam adalah dikalangan melayu Champa dari Kampung Champ dan sebahagian daripada mereka boleh berbahasa Melayu.

Bagi mereka yang ingin melancong ke Negara Cambodia tidak perlu risau kerana terdapat beberapa buah kedai makanan Halal yang terdapat di sana. Jika anda telah menyewa tuk-tuk, sila maklumkan kepada pemandu tuk-tuk untuk bawa ke kedai-kedai makan seperti yang JM kongsikan di sini. Setiap kedai mempunyai menu, cara masakan, rasa serta harga yang berbeza. 

Semua sedia maklum mata wang yang di gunakan di kemboja adalah USD dan Riel tetapi mata wang Riel tidak di gunakan secara meluas seperti USD. Jika melancong semasa rate USD rendah memang lebih menguntungkan berbanding rate yang tinggi seperti sekarang kerana JM dapat Riel1USD = RM3.32 = 4000 berbanding tahun lepas 1USD = RM3.01. Kadar tukaran mata wang yang tinggi akan memberi kesan kepada budget.

HALAL Restoran di Siem Reap

Terdapat 4 buah HALAL restoran yang telah di kenalpasti antaranya adalah :

1. D'Wau Restaurant - berdekatan Cultural Village
Angkor Shopping. Arcade, #E09 National Road No.6, Siem Reap, Cambodia
( Hp : +855 016 673 211/ +855 096 2 5555 81)

Location of HALAL restaurant in Siem Reap
Jika anda menginap di Siem Reap Holiday Garden, ia merupakan lokasi yang amat strategik kerana berdekatan dengan 3 buah restoran Halal dan jarak hanya dalam beberapa meter sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Cambodian Muslim Restaurant - Service slow dan rasa kurang menyelerakan

Cambodian Muslim Restaurant
Jika nak tahu sedap ke tak masakan kat sini, berbaloi ke tak nak makan kat sini....tunggu!!! JM akan keluarkan entri yang berkaitan ek.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Muslim Family Kitchen - Highly Recommended
- Menu masakan yang paling famous kat sini adalah Daging Lembu Naik Bukit. Kalau nak tahu bagaimana rupa menu dan masakan ini, JM akan kongsi dalam entri akan datang

Lokasi dan website Muslim Kitchen Restaurant
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Restoran Haji Musa - Terletak bersebelahan Siem Reap Mosque. Kami tidak pergi ke restoran ini kerana telah tergoda dengan masakan di Muslim Kitchen Restoran. Kepada anda yang ingin mencuba boleh datang ke sini.

Range or average harga minuman dan masakan adalah antara 1USD - 7USD bergantung jenis menu yang dipilih.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HALAL Restoran di Phnom Penh

Untuk pengetahuan semua, JM telah menjumpai 7 buah HALAL restoran around the Phnom Penh City dan tidak menjadi masalah untuk mencari makanan halal.

Sila lihat dan teliti dengan betul map di bawah, terdapat 7 titik atau bulatan berwarna BIRU di mana JM menandakan lokasi restoran makanan HALAL. 

Semasa di Phnom Penh, kami menginap di Green Centre Point Inn di mana hanya beberapa meter sahaja dari pintu masuk Central Market dan beberapa meter sahaja jarak untuk ke semua kedai makanan HALAL.

Lokasi 7 buah restoran HALAL di Phnom Penh
Semua direction yang di kongsi di sini adalah bermula dari Green Centre Point Inn hotel atau Central Market

1. Asmak81 Halal Restaurant
Address : 70 Street 154, Phnom Penh, Cambodia
Distance : 450m, 5 minutes walks from Green Centre Point Inn Hotel or Central Market

Lokasi Asmak81 Restoran - ada FREE Wifi
Asmak81 Halal Restaurant
Direction :
1. Dari pintu keluar hotel atau central market, cari Street 130 arah ke kanan
2. Jalan sehingga end of builing, take right on to Street 51
3. Jalan terus ke hadapan sehingga Street 154 dan restoran di sebelah kiri seperti map di atas
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. D'Nyonya Penang
Address : No 91 Eo, St 126 Central Market (Psar Thmey)
Distance : 250meter, 3 min walk from Green Centre Point Inn or just walking distance from Central Market


D'Nyonya Penag Restauran

Pengusahan restoran berasal dari Muar Johor bernama Muhammad Azrin bin Dato' Haji Zabha dan lebih di kenali sebagai Atuk. Nantikan penampilan dan temubual khas antara beliau, JM dan Ana rakan travel. Kami berborak selama 2 jam dan tidak sedar begitu cepat masa berlalu. Begitu banyak perkara dan topik yang kami bualkan seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta" heee.

Terletak betul-betul di hadapan Central Market dan memang mudah nak cari. Makanan kat sini highly recommend nanti JM citer.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Cafe Malaysia

Di usahakan oleh seorang melayu islam dari Sungai Petani juga telah berkahwin dengan seorang wanita kemboja dan mempunyai seorang anak gadis yang cantik. Masakan di sini menyerupai masakan di Malaysia.

Cafe Malaya
Terletak tidak jauh dari Central Market dan di lorong bahagian belakang D'Nyonya Penang.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Mamak Corner

Mamak Corner di usahakan oleh seorang india muslim dari Malaysia dan telah berkahwin dengan seorang wania kemboja dan mempunyai 2 orang anak.

Terletak di bahagian belakang Cafe Malaya dan tdak jauh dari Central Market. Lokasi di hadapan main road untuk ke Wat Phnom

Mamak Corner
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. HALAL Restaurant
#13Eo, Street 130, Sangkat Phsar Kandai 1, Khan Daun Penh, Phnom Penh, Cambodia
Tel No : 012 536 969
HALAL Restaurant
- Terletak di Street 130 berdekatan dengan River side (hanya beberapa meter dari river side)
- Owner adalah orang melayu islam Kemboja
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6. D'Wau Restaurant
Wau Restaurant serve Malaysian and Cambodian food (HALAL).
Location : New York Hotel {Ground Floor ), No 256 Monivong Blvd, Phnom Penh, Cambodia
(Hp : +855 081 88 7090 ).

D'Wau restaurant
JM tak boleh komen berkenaan makan di sini kerana kami just lalu je depan kedai ni. Terletak di New York Hotel tidak jauh dari Pasar Odyssey dan Sorya Shopping Mall.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7. Malaysia Restaurant - Street 13
 #57, Street 13, Phsar Chas District, Khan Daun Penh, Phnom Penh, Cambodia
( Contact no : 012-254 797/ 011 623 074/ 097 927 3256)

Malaysia Restaurant
Tauke restoran berasal dari Malaysia dan berkahwin dengan orang Kemboja.

Direction detail untuk ke semua restoran ini akan JM kongsi dalam entri berkaitan...jangan risau

Kesimpulan nya sekiranya datang ke Kemboja tidak perlu risau tentang makanan halal dan takkan kebulur lah kiranya. Tidak perlu sediakan botol air kosong kerana semua tandas mempunyai kepala paip.

Pilih lah kedai kedai yang korang suka yang pasti terdapat beberapa kedai yang mnejadi pilihan JM..nak tahu yang mana satu ...Tunggguuuuuuuuuuu!!!!

Sekian dulu laporan jalan-jalan cari makan Halal Orient Antarabangsa Cambodia hikss

NUFFNANG