Cak!!!! |
Sebelum JM sambung kisah percutian di Seoul, salah seorang rakan blogger, Cikgu Etuza mohon JM hebohkan satu segmen yang beliau anjurkan - Segmen Pencarian Bloggers & Bloglist Ikon Gratifying! By Etuza. Kepada pembaca yang berminat untuk join sila klik Pesona Etuza . Tarikh akhir segmen adalah 01 Disember 2014. Selamat bersegmen!
Hari kedua di Seoul (24/10/2014 - Jumaat)
Hari ni kami plan nak cari barang souviner terutama JM lah nak cari ole-oleh kepada rakan reader yang setia bersama blog JM dan juga untuk rakan pejabat. Malam tadi kami plan akan ke tempat-tempat ni :
1. Doota Mall
2. Dongdaemun Market
3. Insadong
4. Namdaemun
5. Myeongdong
Bangun awal? lebih kurang jam 5.30 pagi baru bangun lepas mandi, solat dan makeup kami turun ke dapur untuk prepare sarapan pagi. Seronok nya stay di GH3 ni sebab ada dapur, kitchen ware jadi boleh masak. Tapi hanya sekadar menggunakan Oven/Microwave untuk panaskan nasi dan lauk kerana ada perasaan was-was untuk menggunakan periuk dan peralatan memasak yang lain.