Thursday 13 November 2014

Autumn at Seoul & Busan : Departure Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,


RUPANYA trip Autumn in my heart kali ni memang "best" kerana ramai rakan blogger yang JM kenal telah berkunjung ke sana. Korang boleh terjah blog BibiEr dan Azra yang berkongsi cerita dan gambar yang boleh meruntun jiwa. Tak lama lagi entri dari blog Jea dan Kak Kiah akan menyusul. Blog JM? gambarnya biasa-biasa aja...amatur katanya hanya menggunakan Samsung Galaxy Tab 7 Plus, jadi gambarnya kurang menggoda plus tuan nya yang x pandai cari angle yang cantik..belasah je janji ada heee.

Tikat telah di tempah pada 24 November 2013 dan tarikh travel 22 Oktober 2014 jam 1.00 pagi almost a year menunggu..gigih kan..nasib baik Allah kuniakan kesihatan yang baik sehingga ke tarikh berlepas.

JM pertama jejak kaki ke Seoul pada April 2011 Spring Season (musim bunga), jadi second time ni ingin merasai suasana Autumn (musim luruh) ternyata berbeza sekali antara dua nya.

Picture taken on April 2011 (Spring Season)
Picture taken on November 2014 (Autum Season)

Dua hari sebelum bertolak JM pegi tukar duit 1000 won = RM3.18 berbanding tahun 2011 dulu 1000 won = RM2.75. Cuba korang bayangkan rate tukaran wang after 5 years...jika sekarang RM2000 sudah mencukupi untuk cover area Seoul selama 7 hari, berapa yang di perlukan jika kadar mata wang makin meningkat. 

22 Oktober 2014 (Rabu)

Packing beg seperti biasa, JM memang failed dalam estimate jumlah pakaian yang akan di bawa, 10 pasang baju, 6 pasang seluar, 10 pasang tudung plus stok makanan termasuk roti, tuna bertin -tin (macamlah kat sana tak de makanan HALAL) dan Brahim product untuk tempoh 11 hari.

Tips : JM nasihatkan jika ke Seoul seboleh-bolehnya don't bring troly bag coz korang akan penat nak bawak naik turun tangga subway setiap kali turun naik train tapi sekiranya naik bas dari Aiport ke tempat penginapan pegi dan balik tiada masalah. Tak semua subway station sediakan escalator dan lift.

Akhirnya hari yang di tunggu telah tiba, ini adalah pertama kali naik flight dari KLIA2. Oh ya sebelum tu nak kabor sebenarnya JM bukan travel solo tetapi di temani oleh seorang teman.. Beliau seorang yang low profail dan tak ingin nama dan gambar beliau 'reveal' di sini. Ini adalah kali pertama kami akan travel bersama dan JM juga pertama kali bertemu muka. Sebelum ni hanya berhubung melalui whatapps. Jadi bermula lah sesi suai kenal.

Jam 9 malam JM naik train ke KLIA2..alhamdulillah kalau dulu perlu turun di Salak Tinggi, naik bas ke LCCT tapi sekarang lebih mudah direct ke KLIA2. Sebelum sampai tu cuak jugak risau nanti 'sesat' sekali bila dah sampai ehh...senang je follow je sign untuk ke kaunter check in.

Pertama kali ke sini haruslah ambil gambar ni kalau kali kedua dan seterusnya pandang pun tidak
Sebaik sampai call member JM tu coz dia dah sampai dulu rupanya dia di kedai makan then 5 minit kemudian sampai, dari jauh dah senyum..JM ke? ha'a...bermula sesi suai kenal. 

Pendek cerita kami beratur untuk check in, waktu tu tak ramai orang so cepat je urusan nya dan yang kelakar berat beg masing 20.1kg dan 20.2kg (berat stok makanan) . Luggage bag 20kg = RM79. Makin mahal kan sekarang. Kalau dulu min berat cargo luggage 15kg sekarang dah tak ada.

Dalam jam 11.00 mlm kami jalan masuk ke boarding hall kerana dapat info perlu berjalan agak jauh. Oleh kerana masih awal kami jalan santai je sambil borak dan tak sedar dah sampai ke tempat menunggu. Tak ada lah nak terjah kedai-kedai makan atau shop lot yang ada tu.

Tips : kalau tak nak penat, jalan termengah-mengah kejar pesawat better datang check-in 3 jam lebih awal.

Masuk je pesawat, JM dapat seat aisle row tengah, member dapat aisle seat row kanan. Apabila semua dah ready, 2 seat sebelah member tu kosong apa lagi..horeee..terus pindah ke seat sebelah tingkap.

Dalam flight ramai Chinese dari Malay
 Tepat jam 1.00 pagi pesawat berlepas, so kami get ready ZZzzzzzz after 6 jam 20 mint kira-kira jam 8.20 pagi selamat mendarat di Incheon International Airport. Biasalah kalau tidur dalam pesawat ni tak de nye dapat tidur dengan nyenyak dengan kerusi yang sempit dan tegak tu kan.

Sekejap lagi dah nak mendarat
Seperti biasa Imigresen, luggage claim dan custom clearance smoothly. Itu yang bestnya Korea berbanding Australia. Sebelum keluar dari arrival hall masuk 7-e (sebelah kiri arrival hall) beli T-Money 3000 won dan add value 20,000 won. JM belum pernah minum susu pisang atau uyu, dapat feedback dari kawan-kawan katanya sedap sangat so beli sebotol, harga 1,300 won.

Kami dah plan naik bus je untuk ke Seoul City kerana malas nak tarik troli beg tambah lagi bagpack lebih kurang 6 kilo setiap sorang. Keluar je dari Gate 5, betul-betul depan 7-e terus nampak sign bus no 6015. Naik bas tu dan stop stesen paling last di Sejong hotel/Myeongdong Stn kerana kami akan stay di Namsan Guesthouse 3. Ramai rakan blogger yang pernah stay kat sini nanti JM buat review berkenaan GH ni.

Masuk beg di ruang simpanan, dapat sticker beg terus touch T-Money mesin tiket ready to Seoul City. Tambang 10,000 won lebih mahal dari naik train. Dalam bas tak ada aircond so bukak tingkap ambil angin luar yang lebih sejuk. Sepanjang perjalanan dalam 40 minit  - 1 jam lebih kurang, JM tidur sepanjang jalan sebab belum puas tido dalam flight malam tadi. Sedar time nak sampai dan tak perlu risau setiap perhentian akan ada announce dalam bahasa hangul dan inggeris.

Keluar je dari Gate 5 akan nampak sign no bas 6015
Inilah susu pisang yang SEDAP sangat tu..rasa tak cukup beli satu je tadi..tamak!!!
Seat dalam bas yang besar dan selesa. Lebih selesa dari seat AA. Driver bas akan datang check untuk pastikan semua penumpang pakai seat belt
Mula tu terpinga-pinga jugak, kat manalah bas ni nak stop belum dengar lagi speaker tu sebut Sejong Hotel masing-masing lihat ke luar tingkap risau terlepas pit stop walhal dah tahu last stop di Sejong Hotel perasaan curious tu tetap datang. Akhirnya sampai, turun bas ambil luggage terpinga-pinga pulak nak arah ke kiri atau ke kanan. Jika tengok map untuk ke GH perlu lintas jalan, pandang kiri pandang kanan cari arah, pastu gerak ke kanan sedikit kerana ada traffic light so sudah tentu boleh lintas kat sini kan. Dari traffic tu dah boleh nampak Pacific Hotel dan dalam direction tu perlu lalu depan hotel tu, so kami dah boleh senyum. Lintas jalan follow the direction dah sampai. Easy measy hihihi.

Namsan GH3 - Perlu naik beberapa anak tangga untuk ke lift dan turun ke B1 kaunter check in
Kami sampai di GH jam 11.00 pagi macam tu, ingat nak tinggalkan je luggage sebab waktu check in jam 2.00 petang sekali staff tu cakap boleh terus check in just show booking number, bayar cash 445,000 won for 7 night (65,000 won per night) dapat kunci terus ke bilik tingkat 4. Nasib baik ada lift tapi yang tak bestnya bilik tidak ber aircond. Memang agak berbahang dalam bilik.

Laluan ke bilik
Ini lah bilik kami unutk 7 hari akan datang...tilam tanpa katil
Jumpa ramai malasian yang stay kat sini termasuk tourist from China, Taiwan, Bangkok dan Jepun. Kami rest sekejap dalam bilik dan lepas solat Qasar Zohor dan Jamak Asar baru keluar cari makan.

Ke mana kami lepas ni tunggu dalam next entri boleh? Penat sudah!!!

Direction to Namsan Guesthouse 3, Myeongdong :
- Arrival Hall Exit Gate 5
- Naik bus No 6015
- Stop at Sejong Hotel (last stop)
- Cross jalan di traffic light, alight ke kanan
- Akan nampak 7-e sebelah kanan, jalan terus arah ke Pasific Hotel
- Depan Pasific Hotel ambil simpang ke kanan jalan terus GH sebelah kiri
- Bus Fare : 10,000 won

***Sedikit IKLAN**

PENCARIAN ANUGERAH TROFI UNTUK BLOGGER 2014 BY ETUZA

Pencarian Anugerah Trofi untuk Blogger 2014
Salah seorang rakan blogger iaitu blogger Pesona Etuza telah menganjurkan satu tugasan bagi mencari seorang blogger yang layak menerima Anugerah Trofi Blogger 2014. Tugaan yang akan di berikan sangat mudah katanya. Kepada yang berminat untuk join sila klik link Anugerah Trofi Blogger 2014 bagi mendapatkan maklumat lanjut. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 November 2014. So klik segera untuk join.

Psst : JM hanya tolong war-warkan sahaja dan jika ada ynag berminat boleh terjah blog beliau.

260 comments:

  1. dah ada booking utk 2015?rasa dah kemaruk nak terbang niiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nieda : Kemaruk? ..JM dah angau..i;m fall in love with Korea hahahaah

      Delete
    2. kak JM, scha cadang nak ke Korea next November sbb nak rasa autmn. tapi tiket tak available lagi. Sedihnyaaa. huwaaa

      nnti sya email dgn akak JM kalau ada pertanyaan tawww.

      Delete
    3. Scha : don't worry..AA tu akan sentiasa buat sale...boleh2..di alu-alukan :-)

      Delete
  2. daaaah kuar daaaaa part one !! hoyeah hoyeah..!! dok menjenguk aje ni tunggu entry baru.
    kalau tak bawak beg troley nak bawak beg apa Akak JM..?? beg galas macam bekpek nye bag ke..? muat ke nak sumbat baju bebanyak.. aaaaa susu uyu tu.. haish ritu jumpa kat jusco mahal ngat haih n dalam kotak. tak feel la.. kena pgg n beli sendiri kan kan..
    subhanallah cantik laaa dedaun tu semua. sangat fefeeling mohabbatien. dok main tulis tulis nama atas daun. kekeke..
    okay hotel tak ada ekon ? ohmai.. memang bahang la kan eventho sejuk. tapi itu kat luar.. mcm ne akak bertahan hihi.. kalau CT takleh da nak lena tido..

    okay menanti entry lagi ^^ semangat walaupun dah luntut sikit nak ke korea.. tabahkan juala hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT, kasi up itu semangat!
      Akak memandang susu pisang tu dengan perasaan berbaur huhuhu mana nak carik! Mauzun! Mauzun!

      Delete
    2. CT : Bawak bagpack je..baju tak perlu byk...basuh di GH..cari GH yg ada laundry
      Susu tu di Jusco ada jual ye..tapi kalau mahal dan x feel rasa x berbaloi kan..akak ada something nk mention nanti akak email CT ye. CT..jom arhh..autumn next year hikss

      Waktu siang tu bahang gila mmg x leh rlelama dalam bilik tapi bila dh masuk malam tu kami bukak tingkap sbb ada jejaring..nasib baik lah sis JM ni jenis x suka aircond so mmg x de hal lah

      Delete
    3. Farrah : mmg sedap sgt susu tu..susah nk explain..rasa lemak susu..ohh...nikmatnya..

      Delete
    4. CT: hahah2 bag pack la better lagi cepat pergerakan. bawak troli jenuh kang nak naik tangga..heheh.fighting!sebelum g korea kena exercise dulu,,,hehehe

      JM: oh man Lisa so rndu2 Korea n especially susu uhyuu tu,setiap pagi minum, tapi lupe nk snap gambar.hahaha.sian xde aircord, tp siang bukan nk duduk bilik kan, g mrayap per...hahaha..jomlah u all semua kita serang korea secara berjemaah, baru siokk!!

      Delete
    5. adoi tak de begpek nak travel. ada beg pi sekolah aje T.T hahaha.. banyak subway and tangga eh. huuuurm tabahlah diriku ini. tabung da cukup tapi memacam plak dok menyeru duit ni.. okay Akak JM daku menanti mu kekeke..

      Delete
    6. next yer autumn..?? kena beli tiket skarang le kan..

      Delete
    7. CT : beli je bagpack..murah je tapi kalau nk bawak beg troli gak no hal cuma jgn naik subway or AREX nanti penat
      Ala..x beli sekarang pun x pe..AA tu sentiasa buat SALE...kalau ada seat availabe lagi mesti ada lagi sale tu

      Delete
    8. hihi insyallah ada rezeki tak kemana kan.. hihi..

      Delete
  3. Terus celik mata pagi2 ni baca entri baru, Kak JM.
    Comelnya bangunan Namsan Guest House tu..alamak aircond takde, kipas ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah : dgrnya mmg dorang x on aircond kalau autumn...kipas x di sediakan.. ada member JM ckp leh minta remote di receptionist kalau rasa panas..nasib baik kami lena je tdo

      Delete
  4. Subhanallah cantik sangat daun-daun tu. Bilalah nak dapat nak tengok pemandangan macam tu dengan mata sendiri. Tak sabar nak baca entries seterusnya! Air Asia tu memang sempit ke? Saya tak pernah ada pengalaman naik Air Asia lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah : itu baru sikit je..kalau tgk life mahu x nk balik msia hihi. Ha'a sempit gak lebih sempit dari seat bas ekspress

      Delete
  5. cantik-cantiknya Autumn,,best feeling bawa beg, naik train, sampai airport, rushing semua tu tapi dapat rest ja dalam flight lepas tu ssmpai macam mimpi kan.. syukur JM ada member. Allah mrmudahkan segalanya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. babYpose : x nk try travel ke Korea ke..best tau... :-)

      Delete
  6. Ambikkkk.... 6 pasang seluar tuh!! Baju, tudung tu kita sama je JM. Ok apa gambar-gambar JM... cantikkkk! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fay : sepasang utk 2 hari...ahaha..itu sbb luggage x boleh nk reduce. Gambar kurang sharp lah Fay..sendri rasa x puas hati huhuhuh

      Delete
  7. Alorrrrrrrrrrrr ni yg buatkan akak jeles dengan JM, menarik & cantik..

    Susu piosang, ada beli lebih tak, nak3...

    akak dah join berikan sokongan kepada Cikgu Etuza

    http://mimialya1.blogspot.com/2014/11/pencarian-anugerah-tropi-untuk-blogger.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Umi Alya : cadang nak beli di 7-e dlm departure hall tu tapi bila tgk duit tinggal sekeping 1000 won mmg x cukup lah..harga 1,300 won so telan air lir je kat situ..mmg sedap susu pisang tu ada juga perisa pandan dan strawberry

      Terima kasih kak Umi keran join segmen tu..good luck ye

      Delete
  8. Dah start dah official entry Korea dia. Sebenarnya boleh je minta remote aircond kat counter tu JM. Bagitau je bilik panas sebab haritu Bb pun macam tu. Ok, next please!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie : oh..ye ke..x tahu..nasib baik tdo mlm lena je maybe penat sgt..x sedar diri hahaha
      Hamoii...next?..nak up satu2 entri bercinta .hembus sikit angin rajin tu kat sini :-)

      Delete
  9. Assalam JM
    Yong macam tak sanggup nak ke KLIA2 tuuuuuuuuuu...
    Masih setia dengan MAS...muahahahahahaha
    Duit kita makin lemah dan nampaknya akan terus lemah tak bermaya....tapi terbang tetap terbang kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong ASP : lamanya menghilang kini muncul kembali..Yong masih aktif berblog ke ..JM rasa dh lama Yong x update kan
      Alaaa..JM ni hanya mampu dgn AA je..kalau betul2 ada sale dari MAS baru rembat
      Itu lah Yong..terbang tetap terbang ahaha...kalau x terbang rasa hidup x ber erti gitew hihhi

      Delete
    2. Ye...Yong telah memunculkan diri semula menghapdet blog setelah lama menghibernasikan diri...muahahahahaha
      Tapi buat sementara terpaksa menggunakan kemudahan internet di opis memandangkan di rumah rase dok kat remote area jer dengan internet line yang seperti hidup segan mati tak mau...

      Delete
    3. Yong ASP : ada story ke Kunming kan..nanti JM nk selongkar :-)

      Delete
  10. wow JM, seronoknya travel sana sini.. aduii,, terasa pulak macam mama yang travel ni...

    Mama Niza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Niza : JM ni kalau setahun x travel rasanya boleh stress hihiih

      Delete
  11. salam JM,
    sedapnya susu pisang tu.. kali pertama ke seoul last year.. sbb bg presentation kt conference.. x tau la bila dpt peluang lg..
    insya-allah.. akan repeat. cuma x tak bila...

    JM kalau ada plan nak main salji di korea.. roger2 la saya yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous : Wkomsalam...repatlah ..Korea mmg BEST...

      Delete
  12. email ku: izyani@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iza Izyani : email utk apa eh..lupa sudah...hadooi!!!

      Delete
  13. kite ni ala2 same wavelength gitu kan ... time sakura reramai pegi jepun .. time autumn plak same group of people reramai pegi korea ... coincidence yg sangat pelik ahahahah

    me tak penah lagik stay kat namsan 3 .. biase kat namsan 2 jer .. namsan 3 ni nampak mcm lagik comfortable sebab dlm building... yg takde ekon/takde kipas dlm bilik tu mmg camtu sebab dah masuk autumn approaching winter... diorang dah start pasang heater ehh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azra : nama pun kaki jalan kan..haruslahhhh hiihhih
      ha'a..pernah dgr dari Bie dia cakap bukan x de aircond...mmg dorang off jika masuk musim sejuk ni..ye memang pasang heater bila pijak lantai terlompat2

      Delete
  14. patut bawak baju sikit jer and dobi kat situ. time Lisa g, hostel ade washing machine tp dryer xder, tpaksa p kedai.jenuh nk mngangkut..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Frau Lisa : sama kes di Namsan GH ni ada washing machine tapi x de dryer

      Delete
    2. iye??makaih..jenuh la nk mngangkut ke sini ke mari..huhuhuhu

      Delete
  15. Gambar pohon waktu spring season dan autum season sama indahnya..mbak JM. Kapan ya di Tanah Jawa ada autum season dan spring season ? hanya ada hujan-kemarau-hujan-kemarau..hehe. Di Bogor apalagi, hujan-hujan-hujan-hujan. kemaraunya hanya sebentar.

    ReplyDelete
  16. next year punya trip kena beli bawa balik susu pisang ke malaysia
    kat jusco tu rasa dia sama jer dengan yg kat korea tapi mahal sikit lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Smile : bagus juga idea tuh :-) sbg souviner kawan kat opis

      Delete
  17. wah.. keluar dah part one.. tak sabar tunggu part 2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fifi : bercenta jugak nk publish part one nih

      Delete
    2. singgah sini... tengok takde update.. lari balik rumah sambil nangis.. :(

      Delete
    3. Fifi : ahahaha...dahsyat tu...ok..ok.nanti sis JM usahakan ye

      Delete
  18. JM, nanti bagitau yer mana lagi best pegi musim autumn ke musim spring?

    ReplyDelete
  19. AA anta email tanya kita -- lama x beli tiket? ekekeke

    alahaii macam nak je g korea ni.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emy Tak Kecik : giteeww AA kan...rajin plak ye dorang hantar email ahaha..so apo laie..cepat tgh SALE skrg :-)

      Delete
  20. Yeaaayyy dah ade blog nak refer utk pergi KOrea !
    Tp gamaknya 2016 ke atas la baru fly balik. heheh.

    Cantikklaaa JM g time autumn !

    ReplyDelete
    Replies
    1. LindaF : pastikan cari tarikh yg sesuai..kalau x kena time nanti view x cantik

      Delete
  21. AirAsia X tu seat dia sempit gak ke JM? Just macam AA biasa ke ? Mak aih...6 jam bersempit2...taktau la aku..mau ilang sabar jugaa...

    ehem. pergi dengan blogger low profile ? bukan Meng kan ? hahah matilah serkap jarang memcadburybuta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana Tron : agak x selesa lagi JM yg agak 'berisi' ni kan...pegi dgn Meng? pitam berkali2...dia tu mana mau pegi berdua..solo lebih baik katanya

      Delete
  22. Yes Naz setuju yang kalau nak lenggang mak minah kat KLIA2 tu mohon dtg la seawal 3 jam. Penatnya la nak berjalan. Belom sampai destinasi nak dituju, dah penat dulu jalan dalam klia2 hehehe.

    Naz curious mcm nanatron jugak. tak pnah naik AirAsiaX. Aritu 4 jam ke HK naik AA biasa dah rasa nak pukul org sebelah sbb tak selesa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naz : ntah lah bg sis JM rasa x de bezanya.. cuma saiz flight ye yg besar..seat antara seat tu sama je..ke i'm mistaken

      Delete
  23. Entry yang ditunggu tunggu. Tak sbr tggu next entry...hehe

    ReplyDelete
  24. Siapakah blogger tersohor yg low profile tuh?
    Mcm nak kenal dgn dia jek. Kemsalam dia eh. Khabar kat dia.....Postcard dah sampai dah....kikikiki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syieda : hiks...dh terima poskad masih x kenal lagi...hikss..saja lah tu

      Delete
  25. Kak JM! Nak tergelak saya baca pasal kerusi limousine bus airport tu lagi best dari AA. Tapi betul apa akak cakap, seat limousine bus dia dahla lebar, lembut pulak kan. Sesuai untuk melelapkan mata sekejap sementara sampai bandar.

    ReplyDelete
  26. Betul la..susu pisang tu paling best and patot bawak balik ke Mesia, sayang dah tak ada ruang dlm beg dah....bab turun naik tangga tuh rasanye memang tak sah kalo tak daki 10 ribu anak tangga sehari..memang boleh kurus laaa dibuatnyaaa....kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. NoorNazuha : itu sbb JM suka stay lama di korea sbb boleh kurus tanpa perlu berdiet :-)

      Delete
  27. JM...cantiknya pokok2 tu...daun mcm emas ya hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kham : mmg betul..kalau boleh jual..JM dh kutip daun2 kuning yang berguguran tu

      Delete
  28. JM kn cite details tau..manalah th sok2 Ezan pulak gi korea haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezan : itu sbb sis JM kongsi info detail senang rakan reader nk refer :-)

      Delete
  29. yea! itu dia entry ke korea dah keluar..airasia yg international pun sempit ke? huhu..xpernh lgi naik flight besaq cmtu sbb domestik jer..emm, susu pisang, ritu ada jual dalm kotak kat pasaraya..tringinnya nk merasa..huhu..cantik sgtlah pemndangannya..nk g sana kena bwak sweater tebal2 ke eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timm bill : bagi sis JM agak sempit compare to MAS..susu pisang tu must try...sekali cuba nak lagi..nak lagi :-)
      Bergantung kepada tahap kesejukan seseorang tapi bagi sis JM better bawak baju tebal coz seperti dalam aircond 16 darjah celcius. Kekadang cuaca x menentu...malam sudah pasti bertambah sejuk

      Delete
  30. Best baca blog JM nie. Zumal baca kisah perjalanan JM siap dapat bayangkan kat Korea tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamoii Zumal...dasyat tu..tinggi imaginasi heheheeh

      Delete
    2. Hehe... zumal pun pelik sebab selalu boleh imagine camtu. Kalau tengah bawak motor atau drive siap nampak bayangan kalau masuk sini jadi gini masuk situ jadi gitu... Kekadang boleh trauma tau... Hehe ^_^

      Delete
  31. Dduk Namsan GH lokasi sangat stategik kan,nk shopping senang,transport senang tapi tang bilik air yg super mini size yg lomah sikit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayda Awie : Lokasi sgt menarik..klau ada peluang ke sana lagi maybe GH ni akan di pilih :-)
      Bilik air tu..kalau buat size JM rasa nya x de masalah tapi bg yg size double XL maybe problem sikit hihihi

      Delete
  32. uih,setahun jugak booking tiket tu. mesti dapat murah.
    guesthouse tu sesuai untuk backpackers ja la kot. kalau family jenuh. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Fafa : biasa kalau nk dapat tike murah booking one year before. GH tu boleh jugak tuk family sbb ada dorm room

      Delete
  33. kak JM.. anis dah terase2 dh sampai kat korea nie..hukhuk.. bestnyee.. bile la dapat travel sesame dengan blogger travel..huhu..cerita lagi.. im waiting.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anizz Annisa : tunggu ye...sis JM masih cari mood nak menulis nih...skrg ni masih sibuk blog walking :-)

      Delete
  34. Asalam JM ..wow!!! sangat hebat kan Allah ciptakan tumbuhan yang unik sangat ni...sangat tertarik..Allahu Akbar.sejuk mata memandang walau warna-warni..amazing.

    Iklan pencarian anugerah tropi. Wah ini lah antara maksud Etuza tentang war-warkan di blog anda, secara langsung ramai blogger akan lihat baca juga .Tak perlu hingga 17 hb nov 2014 baru buat entry baru. di sendiri, ada iklan ni inilah cara..dan ini cara JM..tahniah join ya...terharu JM jon. Ingat lepas subuh hari ahad ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Etuza : in sha Allah..JM akan cuba jawab..kalah menang bukan itu yg JM harapkan

      Delete
  35. wah..best....anda layak untuk jadi blogger terbaik...silakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe MKL : blogger terbaik? hurmmm...sambil urut2 kepala...di mana ukuran nya

      Delete
  36. semoga berjaya..usaha ada pasti ada hasil yang baik, persaingan tetap ada antara blogger ya..

    ReplyDelete
  37. eeee eee jeles jeles!!! geramnya tengok JM asyik dok update pasai koreaaa jaaaa

    ReplyDelete
  38. Wow!!! spring entri dah berlalu, now autumn entri sdg menyusul, In syaa Allah... winter story dlm planning la tu kan JM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana Rjay : winter story?..in sha Allah next year ahahahaha

      Delete
    2. ohhoww!! jangan lupa ajak yer, kihkihkih...

      Delete
  39. bestnyeeee travel mcm JM kan...rasa nk g jugak laa...tgh kumpul duit...hehhehehe...ok..xsbr tggu next entry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deanna : Korea antara negara 4 musim yg cantik view nya..so apo laie..cepat..cepat hiksss

      Delete
  40. Menarik.. sungguh menyeronokkan. Tak taulah bila dpt ke sana ni. Kena tunggu anak2 besarlah nampaknya hehee.. Thanks sharing JM.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro KK : in sha Allah your turn will come :-)

      Delete
  41. Sama la sy...smpai2 je terus beli susu pisang...hahahaha. psl bg tu..sy suka bag main tarik2 je sbb bahu sy xmampu nk galas backpack...hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila@akulovetravel : x pe..ikut kemampuan masing2...susu pisang tu? ..mmg marveles..JM festime minum..ya Allah...sambil taip ni pun masih teringat2 keenakan susu tu

      Delete
  42. bila bagi anak kathy nampak entri sis ni,,teruja sungguh dia. terus tengok tukaran wang RM dengan won..baiasalah nak remaja ..hehehehe..

    ReplyDelete
  43. Wahhhh..da muncul dah entry! Korean korean korean! Kt sne mmg jrg guna katil rsenye, kn? Hehe. Xsbr nk tgk next entry
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Balqis : tido atas tilam camtu pun nyenyak..sedar pun dek kerana bunyi jam kejut subuh

      Delete
  44. Ok ok terus menulis ye JM... tgh cr bahan jgk ni utk thn depan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye... mcm jepun pun byk turun naik tangga gak.. tp kitrg gigih hangkut je beg tarik tu... mcm nk putus tangan wakaka....

      Delete
    2. Ako : x sanggop den nk angkat beg troli 20kg tu naik tangga mahu terbe kat situ eheh..kalau backpack boleh tahan lagi...

      Delete
  45. =D wahhh.. dah start dah autumn kat sini... menarik2... tak sabar nk tgu next entry! hihihiii... ha! nak carik jugak laa susu pisang tu.... mengidam lak tetibe!! hahahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luna : susu pisang tu mmg TORBAEK arghh...kalau rasa sembelit 2-3 hari elok lah minum (tuju ke diri sendiri heee)

      Delete
    2. adeshh... takde pon susu pisang tu kat juscooo.. frust carik... =p

      Delete
  46. Cover photo tu memang lawa habis laaaaaaaaa

    ReplyDelete
  47. JM memang rajin dan begitu detail catatannya !

    Sukkkaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bor Ghazali : maka terimaaaaaaaaaaaaaa lah hihhihi

      Delete
  48. JM...tak penat ke?...he he he :)

    ReplyDelete
  49. i is jelez okeh header blog ni ;)
    cantikkkkkkkk nya rsa mcm nk makan je daun2 cantik tu kan...
    huih bleh kurus gi sana turun naik tangga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Limauice : itu baru sikit je daun kuning..byk lagi sebenarnya..tunggu!!!..kalau nk tahu pinggang seluar longgar lepas 2 hari..balik msia dh x boleh pakai sendat..msia syurga mkanan :-)

      Delete
  50. Seram pulak tengok gambar luar kapal terbang tu.
    Maybe sebab saya tak suka akan ketinggian..
    huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gee Lion : x perlu takut ..bila ada dalam flight tu rasa pun di tempat tinggi janji jgn pandang ke luar tingkap..ni mesti x suka naik roller coaster...syokkk ooooo

      Delete
  51. salam JM, tiket beli setahun awal tu dpt brape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tyra : hari tu JM dapat tiket dari KL - Seoul : RM301 dan dari Busan - KL : RM281. Murah ke Mahal?

      Delete
  52. salam ..good luck pencarian anugerah ya...

    ReplyDelete
  53. bagus la driver bas tu siap pastikan semua passenger pakai seat belt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nurul : di Msia ada x hihihhi..pastu dorang kan poltie sgt..ada yg greet penumpang

      Delete
  54. wow... besnya melancong ke korea :)

    jemput join > http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteri Wanita : terima kasih di atas jemputan tu

      Delete
  55. fuhhh kak JM!!! canteknyaaaaaaaaa. hishhh nak gi jugek.. alolo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nadyya : sgt lah CANTIK!!! hati berbunga2 je x nk balik :-)

      Delete
  56. tahniah! dh pi kali ke 2..nnti musti ade lagi kali kali yg seterusnye..thehe..mebi kita bleh balik kampung i togeder geder ke...cewahh theheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss : baru 2 kali belum boleh challenge org tu berbelas kali :-) i respect tau

      Delete
  57. asalam JM, tak payah guna borang tu pun boleh ya, terserah ada dah Etuza bagi tahu tak perlu guna pun boleh. Andai guna juga etuza terima ..sama juga ya ..Etuza letak begitu agar dapat catat dulu di kertas dan urusan nak print tu Etuza yang buat ya menerusi gmil Etuza akan copy dan kumpul 12 skrip jawapan ya.Teruskan usaha ya..

    ReplyDelete
  58. terus taip jawapan pun boleh ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti JM usaha kan mana yang mudah ye Cikgu Etuza

      Delete
  59. x de aircond sbb cuaca sejuk kot cam kat cameron highland ... cantik jer warna daun tu . klu bwk begpack yg besor tu pun susah juga . org kecik mcm saya ni kang boleh sakit bahu ... senang lah ada direct bas bawa ke GH ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vee Sandi : hikss...kalau gitew jgn bawa bagpack..kang tak pasal2 bahu sakit...x syok nk jalan2 hihihih
      Ha'a...senang sgt..so better bawak beg troli cam JM tu

      Delete
  60. teringinnya nak travel mcm kak JM, tapi belum kesampaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah...next time mesti turn Jie pulak..

      Delete
  61. Asalam semoga cepat dapat jawaban kuiz, Etuza tunggu di emailkan ke gmail ya. good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Etuza : in sha Allah..JM masih mencari jawapan yg tersembunyi tu

      Delete
  62. Suka part tilam.. terase jugak culture derang even dok hotel kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Firah : walaupun tso atas tilam je..nikmat tul..nyenyak tdo maybe penat

      Delete
  63. Korea mcm Jepun juga..can't get enough..best dapat gi masa Spring and Autumn..setiap season ada tarikan masing2..

    6 kilo backpack + beg troli lagi...sakan ni..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nohas : Agreed!!! Jepun dan Korea..pegi sekali x cukup kan mesti nk repeat tul tak? terutama Spring dan Autumn..masalah nya duit x byk huhuh

      ahaha..that is my big porb..x pandai nk bawak brg sikit huhhu

      Delete
    2. ya, betul..kalau boleh nak repeat berkali-kali, tapi pitihnya kurang..dua2 exchange rate tinggi..

      at least JM dah repeat Korea..huhu..

      Delete
  64. Datang check attendance! Sorry kak, lama tak menjengah. Ni baru nak kayuh slow-slow :)

    ReplyDelete
  65. Alahai Korea...masih dlm wish list...tak pe baca entry JM dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sofu Hashim : kalau dh ada dalam wish list no hal...jgn x de langsung hhihihi

      Delete
  66. Mencari telor sotong , ketam lembut, udang lipan, telor ikan tuna , ayam pandan 2 perisa 1. hot & spicy 2. saty & siput buloh / pepahat belum pernah rase cube beli dulu pasti tidak akan menyesal
    berminat boleh pm/whtsap sy di
    012-6323635/ 017-2710304
    stok sangat limited kerana terlalu banyak permintaan
    jika berminat untuk menjadi sub- agent di kawasan anda blh pm/whtsp sy
    012-6323635 / 017-2710304

    ReplyDelete
  67. KLIA2 pun tak jejak lg, apatah lg korea..tringin sgt nk rasa winter & autumn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Kasut kusut : sis FRUST klik blog KK tapi prohibited..x boleh masuk..kenapa eh..
      Alaaa..jgn cakap camtu...boleh je kalau nak...saje je x nk pegi kan heeee

      Delete
  68. wah details bagi info ni
    sape yang berpeluang ke sana pasti menanti entry seperti
    orang cam saya, mungkin hanya mimpi untuk ke sana
    tapi cantiklah bunga-bunga tu, terjatuh cinta pula =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. by the way, apa sebenarnya rasa susu pisang tu
      semua yang ke sana dok beria cerita rasa dia
      siap promote lagi =)

      p/s-banner baru ni cantiklah JM, baru ni teringat nak cakap =)

      Delete
    2. Yana Yani : susu pisang tu rasa lemak berkrim..ishh..susah nk gambarkan sedap sgt..x manis tapi sedap

      Delete
  69. Mv belum jawab ke pula..ok ada masa lagi ya...jawab sendiri hehehe

    ReplyDelete
  70. Fulamak cantiknya musim luruh kat sana tu... ingat kalau ada rezeki nak main kejar2 kat sana lah... besti best sejuk2 ni buat marathon... dapat yg dekat pun jadi lah janji dapat medal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib Ariyan : apa curlast pegi sana semata2 nak marathon x best arrghh..buat penat je..sepatutnya duduk sambil layan view yg cantik bersama org tersayang baru best hahaahah

      Delete
  71. Bestnyer sis JM pg korea..tringin nk pergi yg musim winter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Yana : musim Winter? best tu boleh lambung2 snow :-)

      Delete
  72. Bila la dapat travel macam Sis JM..bestnye, terjah negara orang..hehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mimie : tunggu pegi ngan En Abe lah baru BEST :-)

      Delete
    2. hahaha...kalau dgn En Abe..bukan travel..honeymoon jadinya nanti..kahkahkah :)

      Delete
  73. ku kecewa.. *larilari sambil lap air mate..* hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fifi : kecewa lagik ahahahah....x pe nanti dh ada jgn x datang pulak eheheh..dh pernah email alamat ke Sis JM belom?

      Delete
  74. omg....my dream place,,,oh autumn lg......menusuk ke jiwa ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Valentine : xkan nk tgk gambar je..jomm aaaa ke Seoul heeeee

      Delete
  75. Salam perkenalan JM... jom singgah blog saya juga :)

    ** bestnya dapat ke korea.. turn sy bila agaknya yea... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Miz Eija...terima kasih kerana sudi singgah sini..ok..ok...nanti sis JM buat kunjungan balas ek..
      Nak ke Korea tu x perlu tunggu turn pun, beli tiket terus fly je :-)

      Delete
  76. seronok baca pengembaraan JM ke korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengembaraan Kak Yon ke Turkey pun apa kurang nya heeeeee..tggu JM serang blog kak Yon tau

      Delete
  77. Korang patut tubuhkan kumpulan panca sitara laaa... Bergabong meletop-letop... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS : panca sitara? ahahaha...harus lah u oulssssssssss

      Delete
  78. kak JM ! syokkk la tgk akak travel . bawak yaya sekali . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaya : BOLEH!!!!! meh duit akak nk beli tiket hihihihi

      Delete
  79. HUhuhuu... kalau bab koreani malas nak baca tau.. sebab kita tak pergi2 lagi ke korea... ke korea kah kita hahaahaa sedih !!!!!
    by the way thanks pada poskad kiriman akak yer ;D swettt gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT Boy : Alaaa...tempat lain yg jauh leh pegi xkan Korea x boleh ke tak minat :-) . Dah sampai yek...Alhamdulillah

      Delete
  80. alhamdulillah. seronok nye dpt ke negara org. rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afasz : dh lama x singgah sini kan..ingatkan dah merajuk ngan sis JM hihih. Ha'a..alhamdulillah..seronok sgt :-)

      Delete
  81. Alhamdulillah...dah sampat tempat orang dah...ada tak jumpa pelakon korea???...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Amir : huhuh..x de rezeki nak jumpa pelakon Korea..kalau dapat jumpa ahli Running Man pun dh cukup..mahu JM x tdo malam :-)

      Delete
  82. mai singgah menjenguk lagi Akak JM ku ^^

    ReplyDelete
  83. JM...bila nak fly lagi?...kemana pulak?

    ReplyDelete
  84. fuhhhh seronoknye baca kisah JM kongsi..
    hurmmm saving.. saving.. savingg =P

    ReplyDelete
  85. Wahh..lamanya tempah tiket.
    Dekat setahun.
    Alhamdulillah at last berpijak semula ke bumi Korea.

    ReplyDelete
  86. subhanallah cantik sangat. Xdpt g tgk gambar kak JM pon xpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irra yan : dapat tengok pun jadi lah yek heee

      Delete
  87. Bunga pun cantik, daun-daun yg colourful pun cantik di mata kakak
    Seronoklah mengikuti perjalanan JM ni..

    ReplyDelete
  88. Jarang tengok tilam tak de katil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Iman : kat hotel or hostel kat Msia x de kan..tapi kat umah JM ada hihihih

      Delete
  89. Seronok dapat tengok tempat orang kan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aizamia3 : ha'a..byk pengalaman yg di perolehi

      Delete
  90. waaahh best nyer JM g holiday!! teringin sngt2 nk g sana jgk =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aIEN : hikss...mmg best kalau boleh holiday tau...kalau minta JM pilih kawin or holiday JM pilih holiday ahaahah

      Delete
  91. baru jer tengah rancak baca travelogue JM
    tetiba stuck kat tilam hijau tu.
    teringin nak rasa susu pisang
    kalau jus pisang dah pernah rasa
    dari saudi brand rani tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tiha : JM ni malas nak tulis panjang nanti karang bosan lak nk baca :-) Susu pisang tu mmg TERBAIK lah...sedap sgt..ada rasa lemak berkrim giteww

      Jus Pisang?..yang ni JM belum pernah minum..kat mana nk cari kak

      Delete
  92. Irrayan : ada apa tu..jap nk terjah

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG