Wednesday, 22 April 2015

Update from Seoul - Nak tahu ke mana JM?

Assalamualaikum semua rakan reader kesayangan sekalian,


Rindu JM  tak? Baru hari ke-5 di Seoul so kepada semua reader kesayangan JM harap bersabar lah ye.

Sorry!!! JM  x sempat nak reply komen hanya sempat publish dan senyum sorang-sorang bila baca komen korang semua.

Ramai yang tahu..JM ke Korea untuk trip kali ke -3....akan ada trip kali ke-4? In sha Allah

Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan JM di sini terutama SS...ehem2...SS dengar tak nih? hiksss...Alhamdulillah..semua berjalan lancar buat masa ni.

Ke mana JM selama 5 hari di sini..meh JM kongsi sedikit gambar..ada 4 hari lagi sebelum balik Malaysia. Jaga diri semuanya ye..Ingat Allah sentiasa bersama kita.

Jumpa reader blog di Murree Restaurant
Ke Doota Mall lagi -rupanya keratan dari blog JM still there
Mencari kain cotton di Gwangjang Market
Aktiviti wajib - Ziarah HRC....tak beli pun
Mencari SAKURA di Seokchon Lake
Bawa Top Commentar naik O-Train
Tinggalkan jejak di dalam O-Train
Sightseeing dengan O-Train
Sightseeing dengan V-Train....PINK uolls!!!
SAKURA di Santa Village
Kedai Souvenier MURAH di Namdaemun..lebih murah dari kedai Arirang..nak tahu? tunggu full story
BULGOGI di Eid Restaurant - SEDAP sgt!!!
Jumpa lagi ye....

Friday, 17 April 2015

Teaser : First trip on 2015

Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog JM,


Kenapa JM kurang blog walking this month?


Korang perasan tak, JM kurang blog walking this month (April). Jika tak asyik nama JM je di mana-mana blog kan. Ini pun banyak lagi blog rakan reader belum sempat JM buat kunjungan balas..Why???

Banyak kerja urgent yang perlu di siapkan...bila penat di ofis balik rumah jam 8.30 malam dan membongkang. Jam 12.00 tengah malam baru bangun solat isyak.

Keduanya JM sibuk prepare itirenary for this coming trip.

Pada mulanya hanya pergi berdua, tiket beli setahun yang lalu..ke mana? Trip balik kampung...di mana kampung JM boleh tanya SS hihihih.

Ini kali pertama JM travel dengan Ms A. Perkenalan bermula semasa jumpa beliau di surau setahun yang lalu.

Thursday, 16 April 2015

Apabila 'manusia' sayang!


Assalamualaikum dan salam sayang semua nya,


Apa nak jadi dengan JM ni malas betul nak update blog....cite trip Busan pun belum habis lagi.

Moh JM update entri pendek supaya blog ni tidak bersawang terlalu lama...nanti SS perli heeee.

JM ada terbaca pepatah ini...

" Jika manusia sayang ia akan beri perhatian"
"Jika Allah sayang ia akan beri ujian"


Adakah ini tanda nya SAYANG?

Wednesday, 8 April 2015

Top Commentar blog JM on March 15

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua blogger,


Setiap kali masuk bulan baru, semua blogger akan update list of ngetop komen last month..so JM tidak terkecuali.

Korang nak tahu siapakah yang paling banyak tinggalkan komen di blog JM pada bulan Mac yang lalu...

JOM!!!!

Bilangan entri bulan March adalah 7 tetapi mana datang nya bilangan komen beratus ni hahaha....DAEBAK!!! Love u oulss guyss!!! Terima kasih semua!

30 Top Commentar March 2015 - juga Scdha Sein Top One..thanks dear

Seperti biasa MY CINTA HATI SS menjuarai tahta Top Commentar Mac...

Korang masih ingat tak entri ni Top Commentar Februari 2015

Top Commentar Feb 2015 - Scdha Sein menjuarai tahta
JM pernah mention :

Friday, 3 April 2015

JM a.k.a Jari Mengebommmm

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat blogger


Ini adalah sambungan kepada entri JM Gilaaaaaaaa Kuasaaaaaaaaaaa!!!

Yess....yang ini baru betul Gila Kuasa...JM di sana...JM di sini.... JM di sinun...JM bersepah di merata tempat...Nko tak penat ke JM!

Dah nama pun JM kan...Jari Menaip, Jari Mengomen, Jari Mengebom...tapi yang paling tepat ofcoz lah Jari Manis ehehehe.

Maybe bulan April JM akan kurang Blog Walking dan beri peluang kepada kawan-kawan yang lain untuk berada di atas tahta Top Commentar tu.

Berikut adalah 14 blog yang mana JM adalah Top Commentar di blog mereka. Korang nak JM jadi salah sorang top commentar di blog? sila tinggalkan komen ANDA!

1. Awesome People March - Blog Scdha Sein

Jumlah komen on March di blog SS - 456....sila lap peluh...

Curi gambar ni dari blog SS - HALAL eh SS...kredit to SS
Top Commentar di blog SS

Wednesday, 1 April 2015

JM Gila kuasa katanya ahahahhha

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya


Hari ini 1 April 2015, semua orang akan hadapi GST (Goods & Service Tax) bukan Goverment Service Tax ye...nak tak nak kita perlu hadapi dengan tenang walaupun berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Hari ini juga JM di kejutkan dengan satu entri dari salah seorang blogger yang sudah lama JM kenal di alam maya dari blog yang lama sehingga beliau tukar ke blog yang baru. 

Blogger Tiga Lalat, kepada yang belum kenal boleh klik link ini Tiga LALAT

Kenapa Tiga Lalat, tidak 4,5 or 6 LALAT..itu perlu tanya beliau hikss...

Malam tadi JM terima email daripada beliau minta alamat kerana telah menjadi Top Commentar blog beliau, so JM agak surprise kerana bukan sentiasa tinggalkan komen..bukan hari-hari tetapi time ada kelapangan masa je..yang pasti kalau dah tinggalkan komen bukan satu or 2..semua entri yang belum di baca lah kan.

Ini adalah picture yang JM copy dari blog beliau.

Kredti to 3lalat : Top Commentar Giveaway blog 3lalat
Kredit to 3lalat : JM - Top Commentar blog beliau
Ini adalah petikan kata-kata dari blog beliau yang membuatkan JM tergelak besar...ahahaha

"HARI INI 1hb April dan GST sudah bermula. Dan hari ini juga saya rasa teruja untuk membuat entri tentang pemenang Top Commentator dalam blog saya yang merapu entah apa apa yang biasa biasa saja ini. Dan seperti yang diketahui bahawa pengomen tegar untuk 3 bulan lepas adalah tidak lain dan tidak bukan ialah cik JM Jari Manis yang manis jeliter yang suka travel jalan jalan korea itu. Walaupun beliau bukan hari hari meninggalkan komen di blog saya ini, tetapi apabila beliau berkomen akan pulun mengomen kesemua entri-entri saya sebelum ini. Kiranya cik JM gila kuasalah di blog saya yang ini juga. Oleh itu untuk hari ini sahaja saya akan memberi hadiah kepada beliau cik JM yang jeliter itu sekeping gambar iphone 6 yang cantik seperti diatas. Tahniah untuk cik JM sekali lagi. Dan hadiah akan dikirimkan kepada beliau hari ini juga. Cik JM, sila hubungi saya untuk menuntut hadiah tersebut. "

NaMPAK!!!! sekeping gambar Iphone 6 yang cantik ye uoulsss...bukan Iphone 6 yang JM dapat ahahah...tak pe lah..gambar pun gambar lah boleh JM buat kenangan...Rezeki jangan di tolak terima dengan hati terbuka...Terima kasih Tiga Lalat..terharu sangat bila baca entri tu..

Sesungguhnya JM komen blog kawan-kawan dengan niat hati yang ikhlas..tidak mengharapkan apa-apa balasan..itu adalah kunjungan balas kerana bagi mereka yang rajin tingglkan komen di blog JM tetapi dek kerana kekangan masa masih terdapat banyak blog yang belum sempat JM terjah!

Terima kasih Tiga Lalat...ARPIL FOOL katanya ehehehe

Siapa lagi blogger yang ingin JM jadi Top Commentar blog beliau..so sila tinggalkan komen anda di sini....ahaha....matilah..x tido malam JM lepas ni merayap di blog orang.

Wasalam...salam 1 April!

NUFFNANG