Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM..💋😀
Wahhhh! tajuk entri..tempat menarik katanya..tempat menolak tak ada hehehehe
Kalau google kat internet tu..taip je "Tempat menarik di Langkawi" , bersepah orang share..pilih je nak baca yang mana....
Biasakan kalau nak melancong ke mana-mana detinasi mesti akan tanya "Apa yang best kat sana eh..nak sightseeing ke, nak cuci mata ke, nak mengorat ke hihih, nak main game ke, nak shopping ke, nak makan sedap-sedap ke, janji jejak ke" atas sebab apapun janji kroang enjoy!!!
Sama jugak kes pergi bercuti ke Langkawi, sebelum beli tiket lagi kami dah rancang nak pergi naik Cable Car sebab ada pakej 4 in 1 dan Shopping je. Lain-lain tempat tu masing-masing dah pernah pergi.
|
Oriental Village...macam-macam ada kat sini |
Oriental Village ni antara tempat yang paling sesuai kalau bawak anak-anak.
Di Oriental Village disediakan parking berbayar..kalau tak salah RM3.00 untuk dua jam pertama dan RM1.00 satu jam berikutnya...korang kira lah berapa harga tiket parking kena bayar kalau separuh hari kat sini. Dulu parking sini FREE tau.
Keluar je dari kereta hujan renyai-renyai, adeh potong stim betul..tengok jauh ke Gunung Mat Chinchang, awan gelap dan berkabus jek...macam mana ni..kalau tak dapat naik cable car hari ni nak ke mana? Memang plan datang Langkawi nak ke sini dan shopping je..tempat-tempat lain tu dah banyak kali pergi, island hoping semua tu..berdoa dalam hati supaya hujan berhenti.
|
Nampak tak titisan air dalam tasik tu |
On the way ke kaunter tiket cable car, cuaca sejuk macam ni pundi kencing cepat sangat penuh hihih...masuk toilet RM1.00 ko..adeh!! Pastu dah selesai, tengok-tengok souviner dalam kedai-kedai tepi tasik tu..ermm tak ada yang menarik..
|
Beli tiket Cable Car Ride kat sini |
Harga paling murah adalah Basic Package bagi Warganegara RM40.00 (dewasa) dan RM30.00 (kanak-kanak berusia 2 - 12 tahun). Bagi Bukan Warganegara harga lagi mahal.
Basic Package ni termasuk harga tiket cable car, entrance fee untuk SkyTrex, SkyDome dan 3D Art Langkawi.
Untuk jalan di atas Sky Bridge dan naik Sky Lift perlu beli tiket di kaunter sebelum ke Sky Bridge. Harga untuk Sky Bridge RM5.00 dan Sky Lift RM15.00.
|
Basic Package Combo Normal Lane include Cable Car Ride + Entrance 3D Art Langkawi + Sky Trex + Sky Dome : Adult RM40, Child (2-12 year) RM30 |
Waktu kami pergi hari minggu tau, ramai jugak orang tapi semasa nak beli tiket tu tak lama pun beratur. Tunjuk je identiy card (Kad Pengenalan) bagi Warganegara dan Passport Bagi Warga Asing.
Kalau tak nak beli tiket di kaunter boleh beli tiket Online kat website ni
Panorama Langkawi.
Perlu di ingat ye, sebelum korang nak beli tiket tu semak dahulu jadual operasi sebab ada certain hari gondola beroperasi bemula jam
12.00pm - 07.00pm dan ada certain hari bermula jam
9.30am - 07.00pm. Jadual operasi boleh semak di website
Panorama Langkawi.
Bila dah beli tiket nanti dorang akan bagi gelung kertas sorang satu untuk pakai kat pergelangan tangan, nanti kat gate entrance tu dorang akan scan.
Beratur untuk naik cable car, kemudian ada plak session untuk berfoto dalam group, kalau nak beli foto boleh kalau tak nak pun tak pe....
Satu gondola ni boleh buat 6 - 7 orang bagi bersaiz kecil, kami naik dengan foreigner, jadi kami berlima dalam satu gondola tu. Gondola di NZ, dorang tak kongsi dengan orang lain, let say kita group 3 orang, so kita bertiga jek dalam gondola tu, kalau kat Langkawi selagi boleh sumbat...adeh!!!
|
Hoyee..three of us |
|
Foreigner..satu cable car dengan kami |
|
Nampak tak..titisan air hujan kat cermia cable car tu..gigih tak kami |
Ada sesiapa yang tahu tak kenapa nama gunung ni Gunung Mat Chinchang? bukan Gunung Mat Moto ke Mat Kapak ke? kekeke...kalau tak tahu meh JM kongsi kat korang. Info ni dari website Sastera Rakyat (kredit).
**SEJARAH NAMA GUNUNG MAT CHINCHANG**
"Beberapa ratus tahun dahulu, dalam sebuah kampung di Pulau Langkawi berlaku pertikaian di antara Mat Chinchang dengan Mat Raya, manakala anak perempuan Mat Chinchang bertunang dengan anak Mat Raya.
Pertikaian itu bertambah buruk dan dahsyat pada hari perkahwinan. Mereka berdua bergaduh langsung bertumbuk, tendang menendang, tampar menampar satu dengan lain. Kedua-dua mereka sama gagah hinggakan belanga, kawah, pinggan mangkuk habis pecah dan bertaburan.
Belanga jatuh jauh di suatu tempat yang dinamakan Belanga Pechah; gulai tumpah di Kuah (pekan Kuah sekarang), kuah gulai mengalir dan meresap ke dalam tanah di tempat nama Kisap; kawah air hangat jatuh di tempat yang sekarang dipanggil Ayer Hangat; jug air dengan relang tangkainya jatuh jauh di Selat Chinchin di antara Pulau Langkawi dengan Pulau Terutau."
Rupanya nama gunung Mat Chinchang ni sempena nama lelaki gagah perkasa "Mat Chinchang"
Gondola ni akan stop 2 station tau, stesen pertama nak turun boleh tak nak pun boleh. Hari tu kami turun, pasti dipaksanya kami bergambar..adeh..bukan kami nak gambar tu. Menyesal plak turun kat station ni, bukan ada apa pun..ada teleskop untuk tengok view, tapi kalau mendung berarak apa pun tak nampak. Satu hal plak kena beratur panjang tunggu gondola seterusnya untuk ke stesen ke 2. Bagi JM la kan, korang tak perlu turun ke stesen pertama tu.
Okey next, kita naik gondola dari stesen 1 ke stesen 2 yang ada Sky Bridge tu.
|
Sky Lift Station dan Sky Bridge di Gunung Mat Chinchang di stesen kedua |
Dah sampai stesen kedua, beratur lagi untuk beli tiket masuk ke Sky Bridge. Ada 2 cara nak ke Sky Bridge ni sama ada jalan kaki guna tangga yang di sediakan atau naik Sky Lift. kalau nak membetis turun tangga perlu bayar
RM5.00, kalau nak naik Sky Lift bayar
RM15.00. Boleh beli tiket kat kaunter Sky Bridge. Kalau dahaga boleh beli minuman kat Sky Mart tu.
|
Kaunter SkyBridge untuk beli tiket untuk naik SkyLift atau SkyFoot |
Bila dah ada tiket, tunjuk tiket tu kat penjaga gate dorang akan scan barcode. Kami beli tiket harga
RM5.00 jadinya membelits la turun tangga macam ni dalam 15 min jugak la baru sampai ke Sky Bridge. Rasa-rasa kudrat tak berapa ada tu, beli la tiket Sky Lift.
|
Yang ni SkyFoot - Bayar RM5.00 boleh la step by your foot kekekeke |
Kalau tak mampu nak ikut route turun tangga naik tangga tu boleh naik Sky Lift ni tapi macam JM cakaplah beli tiket harga RM15.00 menapak la ko.
|
Skyline - Bayar RM15.00 kalau nak naik ni..tak sampai 5 min pun kat dalam tu..kecik..leh buat dalam 6-7 orang je |
|
Kalau nak pergi ke pelantar kat atas sana tu FREE |
Jom kita layan view dari atas Sky Bridge ni.
|
Kekadang langit biru |
|
Sky Bridge..bila angin kuat terasa 'goyang' |
|
Ni ke Gunung Mat Chinchang |
|
Langit mendung awan berarak kelabu..cuaca tak cantik hari ni..mungkin sebab trip kami bulan November..musim hujan |
|
Waktu turun laju macam ular dalam air waktu nak naik macam lembu naik bukit hahaha |
|
Cuba tengok budak tu..dah tak larat sangat lah tu..siapa suruh tak nak diet hehehe |
Waktu kami naik tangga untuk ke stesen gondola tu, selisih dengan satu family ni. Si maknya betongkat tapi tak naik Sky Lift, turun guna tangga macam kami pastu merungut....ha tahu penat..macam la ko tu sihat....gigih dengan tongkat lagi sape suruh..adehla..macam-macam.
Menapak la..nak sampai ke atas tu ada la beberapa kali berhenti ambik nyawa..JM laju je ke depan, tinggal SS dan HH kat belakang....dah smpai kat atas SS dan HH tak sampai-sampai lagi. sekali tengok SS dah terduduk atas anak tangga. HH cakap SS rasa nak pitam. JM dah risau, turun semula ke SS, picit-picit sikit bahu dia tu, urut-urut sikit kepala baru dia rasa lega sikit. Berpeluh tu usah cakap lahh..basah baju.
Bila SS dah boleh gerak tu, kami terus tunggu gondola untuk turun ke stesen Sky Cab. Sampai bawah kami masuk 3D Art Langkawi plak.
Yahhoooooooo! berjaya siapkan lagi satu entri. Agak-agak boleh dapat tak 4 entri untuk bulan Januari ni. Ahaksss!!!
Bobbai!!!!!
Makk aihh... Rajin! Camtu laa... ha ha ha..
ReplyDeletekekeke..takut kena bebel
DeleteCANTIK VIEW DIPUNCAK GUNUNG MAT CINCANG
DeleteCantik kalau cuaca panas kak PI..kalau mendung awak berarak..gitew la viewnya..
Deletegelung kertas ke gelang kertas? he he he
ReplyDeleteekekke..yang mana satu ehh
Deleteyang tak bestnya cable car ni sebab kongsi... nasib baik dok dgn mat saleh... terasa pi oversea lak... ahaksss
ReplyDeleteCuci mata yeeee..sexy tuh..
Deletekan...fefeling kat obersea
DeleteMacam mana Mak leh tahu ni...ekekeke
DeleteSejarah Mat Kepoh ada? Keh Keh Keh...
ReplyDeletekekekek...Mat Kepoh dah letak jawatan
DeleteBukan Skyline tapi Skyglide... he he he...
ReplyDeleteehh salah eh..heeee
Delete"Waktu turun laju macam ular dalam air waktu nak naik macam lembu naik bukit hahaha"... Kalu naik tak reti turun macam apa Jay Emm? Keh Keh Keh...
ReplyDeletemacam harga minyak petrol hehehe
DeleteMacam nak mati naik turun tangga tu... Tak mo lagi dah...
ReplyDeleteHaha..lidah terjelir tak??
DeleteSapa budak yang gayut-gayut tuuuu
Deletekan! sekali cukup la..serik doh..longgar abis sendi lutut
DeleteLidah terjelir minta air...adeh
DeleteNtah la..budak tu dah penat sangat agaknya ahahaha
Deletemat saleh yg byk kat sini
ReplyDeleteMat Melayu dah tak pandang tempat ni Mak heee
DeleteSemua orang duk pakat naik Sky Lift kee? Sky Foot nampak lengang jee haha
ReplyDeletehanisamanina.com
Hanis..Skyfoot untuk orang-orang muda dan sihat macam sis JM jek hahahaha
Deletelama x g langkawi...cable car pon byk benda baru
ReplyDeletePergi la Eija..tak jauh dari kampung kan heee
DeleteKhai pernah naik skylift tu masa mula2 bukak. Beratur dia, ya Allah. So, decide masa balik ikut tangga.
ReplyDeleteJadinya, ketar lutut baq anggggg masa balik tuuu aahaha - khai >> http://kakijalans.com
kekeke...Khai..itu arr sape suruh tak minum susu..tak pun minum power root baru power
Deletehahaa. sebab power root tak sedap. root beer lagi sedap. hahahah - khai http://kakijalans.com
DeleteBiar betul budak ni hahaha
Deleteroot beer halal. beer tak boleh. harooommmmm hahahah -khai http://kakijalans.com
DeleteX sama eh 😬
DeleteRindu Langkawi bila baca post ni. Saya dulu naik Sky Lift je sebab Mama saya tak larat nak turun naik tangga.
ReplyDeleteFarah..biar bayar mahal sikit janji lutut tak sakit kan..penat woo naik tangga..berpeluh bacin
Deletekena bayaq dahhh ?? adoiii
ReplyDeleteFirah : Skrg ni tak ada yang FREE..air suam pun 50 sen huhuh
DeleteToilet pun singgit ?? ehh ! tapi rasa macam tak penah singga toilet dia.. ehh ! ke penah.. hurmh
ReplyDeleteekekeke...awak dah lupa?
Deletekalau one way nak jadi ulau melingkau, one way nak be like a boss naik sky lift boleh dak ?
ReplyDeleteTak boleh Firah..nanti dorang scan gelang kertas kat tangan tu....kalau turun tangga nak ke atas naik skylift..kantoi :-D
Deleteharitu pegi tak nampak apa, sebab kabus baru lepas hujan. sedih betul
ReplyDeleteMazni : kena repeat nih hihihih
DeleteSalam perkenalan. GV follow akak ya. GV pernah gi langkawi naik skycab tu. Rasa nak pengsan duk dalam tu cable tgk kat kawasan bawah. Sampai kat atas, sejuk dengan berkabus lagi. Hihi. Tapi pemandangan mmg sangat indah. :)
ReplyDeleteGV a.k.a Galaksi Viral bukan Gegar Vaganza hehehe..Salam kenal..i'm follow u back!!! Nasib baik tak pengsan..nanti sape nak buat CPR heee
Deletetak sabar nk naik gondola kt oversea hehehe.. lama tak ke langkawi. harga tiket mencanak naik dh skrg
ReplyDeleteNina..pergi la Hong Kong...naik Crytal Cable Car..view lagi ohsem tau
Deletetak p HK la JM p negara lain.. tunggu k mana tau teringin hehehe
Deleteke mana Nina..tiba2 nak nyebok :-)
Deleteakak dulu masa naik cable car ni ada sepupu yang ketakutan..
ReplyDeletekeras badan dia..
eh, satu lagi kan.. rasa2nya dulu masa akak pegi tak pulak ada charge nak ke sky bridge tu.. now dah ada? wahhh..
ye Kak Yan..time JM pergi dolu-dolu pun..FREE tau nak naik SkyBridge ni..tapi sekarang semua berbayar
Deletenak tencin pun bayar kan.. patut nya charge pada bukan local lah kan. heeeeeee
Deletepatutnya foreigner kena byr lagi mahal sebab dorang tencin lagi bucok hahaha
DeleteWah bestnya Langkawi.. tapi mama tgk gambar pun terasa gayat nih
ReplyDeletemamapp..gayat? alaaa..kalau gayat tak boleh naik ke tempat tinggi...nanti gigil jek kaki
Deleteyang ni tak pernah naik. dulu masa tengok cite shah rukh khan tak tahu pun lokasi pengambaran tu dekat sini. tetibe tengok polis melayu dalam cerita baru la tahu ada tempat gini dekat langkawi. last time pergi tak singgah pun. baru-baru ni mak ayah pun berhoneymoon dekat langkawi singgah tempat ni
ReplyDeleteDhiera..SRK pun buat pengambaran kat sini..cite apa eh
DeleteLangkawi sekarang banyak sgt tempat best selain beli belah je.. wah.. kena plan ni pegi lagi 1 day
ReplyDeleteKetahui 3 Vitamin Asas untuk lelaki & wanita terus kekal sihat tanpa ubat
Zaleha..ada macam-macam..bebudak mesti suka kalau masuk SkyTrex
Deletewah menariknya.....xpernah naik lg skyride tu....
ReplyDeleteRietta..try la sekali
Deleteklu tak buat warming up mau vertigo jadik nya.. nasib ok kalau pengsan cemana pulak nak bawak turun kan hahahah..
ReplyDeleteZie Azie..kalau pengsan bagi bantuan CPR la...ada ke yang sanggup hahaha
DeleteMenariknya.. best! Happy 2018 JM.. semoga tahun ini membawa lebih kebaikan dan kejayaan... aamiin :)
ReplyDeleteTerima kasih Bro KK..aminnn
DeleteTime Mrs. A naik ni tak nampak apa sebab hari dah malam huwaaaaa...waaa.. umat manusia terlalu ramai almaklumlah time tu PH + school holidays. Kalau pergi Langkawi lagi nak pergi pepagi tak mau dah pergi petang serikkkk!!!!
ReplyDeleteMrs A!!!! lorrrr. rugi arr pegi petang..skrg dah ada mcm2 tau include dalam 1 pakej..so wajib pergi pagi
Deletealahai semua dah kena bayar.. emmmmmm
ReplyDeleteye Ekin..dulu kos RM200 sorang dah cukup sekarang cecah RM400++
DeleteWah bestnya. Dah lama Zumal tak jejak bumi langkawi ...
ReplyDeleteZumal..kat Langkawi dah ada mcm2 tau..Pelis ke Langkawi tu sejam pun leh sampai..pergi la 😬
DeleteHehe nak pergi la kejap lagi...
DeletePergi naik belakang dolphin
Deleteamboi..cepatnya
Deletealmaklumla kat perlis ada ikan doll pin..jeles tau
DeleteNanti zumal tangkap sekor untuk JM...
Deleteye lah tu..mcm pancing ikan kaloi eh hihih
DeletePancing kat gift shop jer
Delete😁😁😀😀
Deletelama dah xdatang sini...
ReplyDeletetiket pun nak mahal dah..hehehe
mmg dah mahal Hans..2,3 tahun lagi..lagi mencekik arrr
Deletehahha tu la pasal
DeleteLast ana ke sini thn 2012. Tahun tu 3x ana ke langkawi. Tp masa tu sky bridge tu ditutup. Rugi sgt rasanya.
ReplyDeletesetahun 3 kali? woww...borong pinggan mangkuk ke..rgui tak naik sky bridge tu..view kat atas tu lawo
Deletelast p sini 2014 ka, lupa dah, kena repeat ni..
ReplyDeletedyen..dah lama sgt tu..repeatlaa..dah tak jauh kan
Deletewow... bestnya... lum pernah sampai cable car ni, dah tua2 ni tak tau la nape gayat lak... hehe
ReplyDeletekalau gayat x boleh naik skybridge tu... :-)
Deleteuishh nasib laa p dulu tak turun dan naik ikut tangga nih.. masa p dulu cuaca elok jer, best dok kat skybridge tu, yang abang gayat, yang adik relax jer..
ReplyDeleteEyda..x berbaloi byr Rm5...semput!
Deletetak sempat berskyline..
ReplyDeletemase tu xsiap lg..
heheh tp dtg lgkawi xsah kalau tak naik cable car
Syioknya Tgk pemandangan dari atas
ReplyDeleteaida pernah naik skali aje, JM.
ReplyDeleteand rasa serik nak naik sekali lagi. tapi tu la, mcm2 benda baru ada tu hah.
masa aida gi tu, musim angin. ya Allah tragis.
kabel car tu berhenti sekejap-sekejap, pastu lama kat atas gunung tu tunggu kabel car.
org ramai.
sib baik la tak terjadi mcm yg baru-baru ni. rosak terus.
itu yg jadik sgt takot nak try lagi, JM.
Ohoi.. cantiknya pemandangan.. mampu melihat sahaja.. untuk penakut macam saya, memang tak naiklah..
ReplyDeleteOh maksudnya skydome tu sume dekat kaunter skycab ke? Kira tiket skycab tu utk 2 hala la ye? Gune tiket sama utk turun semula dgn skycab?
ReplyDeleteOh maksudnya skydome tu sume dekat kaunter skycab ke? Kira tiket skycab tu utk 2 hala la ye? Gune tiket sama utk turun semula dgn skycab?
ReplyDeleteOh maksudnya skydome tu sume dekat kaunter skycab ke? Kira tiket skycab tu utk 2 hala la ye? Gune tiket sama utk turun semula dgn skycab?
ReplyDelete