Wednesday, 28 November 2018

Persediaan Trip ke Guangzhou China Nov 2018

Assalamulaikum dan salam sayang buat semua pembaca blog JM 💕,

Bismillahirrohmanirrohim

Five Rams Statue antara icon di Yuexiu Park, Guangzhou..ce kira berapa ekor RAMS..hahahaha
Meh sini JM nak kongsi RAHSIA dengan korang hihih. JM mula minat travel ni selepas join trip rombongan ke Beijing, China tahun 2010. Kawan satu kelas waktu study kat UKM dulu tanya “Nak join trip ke Beijing tak?"pakej RM1,000 je all in bawak duit shopping je untuk perjalanan 8 hari 7 mlm ke kalau tak salah. Terus la setuju sebab inilah peluang pertama kali nak travel oversea.

Saturday, 17 November 2018

Double Tripple Surprise on My Birth Day!!!!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Masih ada yang sudi baca blog rerupis ni tak? hihihih

Lama betul tak up entri baru....last update pun bulan April!!! sekarang dah masuk bulan November..almost 7 month..kalau mengandung dah boleh beranak hahahaha.

Bukan tak ada cerita travel nak share...cerita trip ke Hanoi, Danang, Hoi An, Medan dan New Zealand masih belum draft...bukan tak ada masa nak taip tetapi MALAS...😅

Entri kali ni tak nak cerita pasal travel tapi nak share moment-moment yang boleh buat jantung JM jatuh ke lantai, lemah lutut dan saya nak pitam hahaha.

Tarikh 17 November merupakan tarikh istimewa buat JM...it's my BIRTH day...dilahirkan pada hari Rabu jam 7.30 pagi.

Malam tadi jam tepat 12.02am, sedang lena tidur JM terjaga terdengar bunyi message Whatsapp. Terus bangun bukak lampu..tengok voice message dari SS. Bila play..ada suara menyanyi "Happy Birtday to you!!!! Happy Birthday to you!!!! Happy Birthday to you!!!!Happy Birtday to you!!!!!!

Aduhhh...surprise uolsss...JM tak sangka plak dia nak wish awal pagi tu....tersenyum sampai ke telinga heeee. Pastu HH dan SS buat video call gelak-gelak usik JM tanya dah tidur ke belum...serious surprise tak jangka dorang nak wish awal pagi tu. Ingat semua dah tidur.

Pagi tadi lebih kurang jam 7.00am SS cakap la nak balik kampung nak ambik barang, so JM pun ok la....cakap kat dia hati-hati memandu, kirim salam kat kakak. Dalam jam 8.00pagi macam dia message nak singgah tempat makan untuk breakfast.

Hari ni plak JM memang kat rumah je, bangun seleaps subuh tu kemas rumah, cuci baju, vacum rumah, mop lantai. Meang tak keluar sebab SS pesan hari ni awak jangan ke mana-mana so JM ikut jek cakap dia. Rupanya ada sebab dia tak kasi JM keluar..nak tahu kenapa?

SECOND Surprise!!!!

NUFFNANG