Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Saturday, 17 November 2018

Double Tripple Surprise on My Birth Day!!!!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Masih ada yang sudi baca blog rerupis ni tak? hihihih

Lama betul tak up entri baru....last update pun bulan April!!! sekarang dah masuk bulan November..almost 7 month..kalau mengandung dah boleh beranak hahahaha.

Bukan tak ada cerita travel nak share...cerita trip ke Hanoi, Danang, Hoi An, Medan dan New Zealand masih belum draft...bukan tak ada masa nak taip tetapi MALAS...😅

Entri kali ni tak nak cerita pasal travel tapi nak share moment-moment yang boleh buat jantung JM jatuh ke lantai, lemah lutut dan saya nak pitam hahaha.

Tarikh 17 November merupakan tarikh istimewa buat JM...it's my BIRTH day...dilahirkan pada hari Rabu jam 7.30 pagi.

Malam tadi jam tepat 12.02am, sedang lena tidur JM terjaga terdengar bunyi message Whatsapp. Terus bangun bukak lampu..tengok voice message dari SS. Bila play..ada suara menyanyi "Happy Birtday to you!!!! Happy Birthday to you!!!! Happy Birthday to you!!!!Happy Birtday to you!!!!!!

Aduhhh...surprise uolsss...JM tak sangka plak dia nak wish awal pagi tu....tersenyum sampai ke telinga heeee. Pastu HH dan SS buat video call gelak-gelak usik JM tanya dah tidur ke belum...serious surprise tak jangka dorang nak wish awal pagi tu. Ingat semua dah tidur.

Pagi tadi lebih kurang jam 7.00am SS cakap la nak balik kampung nak ambik barang, so JM pun ok la....cakap kat dia hati-hati memandu, kirim salam kat kakak. Dalam jam 8.00pagi macam dia message nak singgah tempat makan untuk breakfast.

Hari ni plak JM memang kat rumah je, bangun seleaps subuh tu kemas rumah, cuci baju, vacum rumah, mop lantai. Meang tak keluar sebab SS pesan hari ni awak jangan ke mana-mana so JM ikut jek cakap dia. Rupanya ada sebab dia tak kasi JM keluar..nak tahu kenapa?

SECOND Surprise!!!!

Wednesday, 6 January 2016

Wordless Wednesday : Buku Merah!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Terima kasih kepada mereka yang masih sudi jengah blog JM yang semakin suam-suam kuku ni.

This year JM sangat sibuk, bila balik rumah badan penat, so mood untuk blog walking semakin ke laut. 

But akan slow-slow terjah semua reader my reader blog.

Ini kan pula update blog..mmg tak lah..tunggu weekend je itu pun kalau rajin...adoooi!

Habislah! semua peminat lari hahahahaha...SILA MUNTAH DALAM BALDI PINK!!

Sebab hari ni RABU so x nak blog terus sunyi sepi nak share story ni.

Semalam, 5 Jan 2016 JM pegi renew Buku Merah...RM200 untuk tempoh 5 tahun uoulssss

Makin jauh JM melangkah pasni. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan permudahkan segala urusan....amin.

Tempoh 05 Jan 2016 - 29 Jun 2021
Tengok! nampak tak buku merah yang ke 5! Buku Merah pertama tahun 2009!

Siapa yang belum pernah ada Buku Merah lagi..sila angkat tangan!

Nak buat Buku Merah ni mudah je...nak buat kat mana? kedai buku? kedai gambar? No...no...no!

1. Pergi ke kaunter Pejabat Imigresen, tak kisah mana-mana cawangan yang berdekatan dengan tempat tinggal

2. Bawa bersama Kad Pengenalan dan Passport Lama bagi yang pernah ada Passport sebelum ni. Jika pertama kali nak buat Passport, bawa Kad Pengenalan sahaja.

3. Ambil No Giliran, tunggu no giliran di panggil

4. Ingat!...passport SIAP 1 jam selepas bayaran di buat.

Tu je nak share..dah nama pun WW kan.

Tuesday, 10 November 2015

MALAS nya nak UPDATE BLOG!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM tu,


Buat masa ni mood dan semangat nak update blog 'HILANG' jadi tunggu semangat tu dah kembali mungkin JM akan sambung kongsi kisah trip solo ke Bangkok tu. 

Tengoklah macam mana nanti but MOOD BLOG WALKING masih ada...mau juga tahu cerita kawan-kawan.

Biasalah kan, ada hari bersemangat ada hari kurang sikit, ada hari mood ok ada hari tu sebaliknya. 

Jadi kawan-kawan kesayangan jangan risau eh...JM still di sini mengikuti perkembangan korang.

Sebelum tu, please read this notice!

Important Notice!!!!

Semalam 9/11/2016 JM telah melayangkan beberapa keping surat CINTA penghargaan kepada :

Scdha Sein a.k.a SS, Cikgu Ceketed a.k.a Farrah, Deanna Morni, Ekin, Nhhas, Siti Yang Menaip, Suida, Ros_Reeza, Zie Has, Zarul Farhana, Amanina Mads, ArZ MoHa, Cik Mimie, Izzeya, Salbiah M, Dunia Zumal, Mylife Ria, abe MKL, Wak Lat, kak Nieda, Fidah Shah, Kak Yan, Mummy Julia, Etuza dan Kak Noor.

Jadi bila dah terima surat tu let me know okey...risau sesat or hilang di tengah jalan heeee.

Bagi nama-nama di bawah ni ada beberapa orang yang belum emailkan alamat kepada JM dan jika korang baca entri ni sila emailkan alamat ye

Kak Nasa, Afidah Azmi, Farhanah Adzlan, Yana TKK, Kak Kamsiah, Kak Zakie, Pha Is, Irrayan, Ibu Zarith, Azaleana a.k.a Mama Gojes, Kak Paridah, Wawa, Ayda Awie dan Abe Kie, surat untuk korang semua belum pos..tunggu eh!

Okey...JM berehat dulu macam ni. Berapa lama? seminggu? sebulan? tunggu apabila semangat itu pulih kembali. Entah- entah tak sampai 2 hari dah meroyan hahahaha.

Mugkin tak lama sebab pasti JM akan rindu korang semua eheheheeh.

Wat Pho, Reclining Buddha Wat Po Bangkok
Reclining Buddha, What Po
Bye! Love u guys! Selamat bercuti dan Happy Diwali

psst : Nak preapare itienary for next trip ngeh ngeh ngeh

Friday, 19 September 2014

BEST pulak jadi Penulis Blog!

Assalamualaikum kawan-kawan JM sekalian,


Apa khabar kawan-kawan JM di alam maya sekalian dan salam jumaat juga. Cepat betul masa berlalu hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan dan tidak lama lagi tahun 2015 datang menjelma.

Walaupun begitu JM masih setia di sini masih setia bersama rakan-rakan blogger yang ohsen sekalian. Ini bagi menjawab soalan kepada salah sorang rakan blogger kak Azimah yang bertanya "eh...sape tau JM ke mane? Senyap je dia, selalu ada gak tinggal jejak, ni sonyap yo.."...ahahaha terharu sangat kerana JM di rindui hahaha...mula lah nak start perasan tu.

Monday, 8 September 2014

Travel Backpacking or Travel without Travel Agent?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..



Salam buat rakan reader yang amat JM sayangi tu..terima kasih kerana sentiasa support blog JM..terharu sangat uollsss...Gigih mencari masa untuk buat kunjungan balas kepada mereka yang telah singgah sini. Tunggu kedatanganm JM ke 'rumah' korank eh. Tak perlu nak sediakan makan minum bagai heeeee (kasi BOLD sikit)

Sebelum kita teruskan ke topik utama, ingin dimaklumkan bahawa JM merupakan salah seorang SPONSOR kepada Segmen GiveAway yang di anjurkan oleh blogger Karya Mahirah. JM sediakan 5 hadiah kepada pemenang yang bertuah. Kepada yang berminat boleh join segmen tersebut dengan cara klik http://karyamahirah.blogspot.com

*************************************************************************************************************************************************

Wednesday, 3 September 2014

JM Love U Oulss Readers

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


Mohon maaf kepada reader yang setia menunggu sambungan entri Jepun kerana JM memang belum sempat untuk menyediakan entri tersebut. Bukan itu je nak reply komen kawan-kawan pun tak sempat....aduss..makin parah JM sekarang ni.

Bagi mengelakkan blog ni dari terus tidak bernyawa, JM publish entri pendek yang tidak dapat memberi apa-apa info kepada reader di luar sana. Ini je kesempatan waktu yang ada.
Ini adalah rakan reader setia bersama JM dari dulu sehingga kini

Sentiasa support blog JM..ada beberapa blog x sempat lagi JM terjah

Thursday, 28 August 2014

Arghh tension!!! x sempat Blog Walking

Assalamualaikum kawan-kawan,


Maybe ada blog guna imej yang sama..biasalah ambil dari Google..kredit to them

Just nak kongsi perasan JM ni..Arghh tension dengan line internet DIGI ni slow yak amat..nak load sat-satu page blog tu 'berchenta' je...JM guna Tab untuk blog walking..lembab cam siput...adoyai..

Sunday, 24 August 2014

JM ingin tambah KENALAN!!!

Assalamualaikum dan salam sayang semua!!!


Mood untuk sambung entri Jepun belum datang..perlu ambil masa untuk mengarang kerana entri nya panjang.

Jadi bagi mengelakkan blog ni sunyi sepi JM nak publish satu entri pendek.

Ada sesiapa yang sudi jadi kenalan JM tak?...sila angkat tangan tinggi-tinggi....nak angkat ke dua - dua tangan pun boleh. Ehh..tak nampak pun...korang angkat ke tak ni!!! hahahaha...nko ni siuman ke tak JM...mana leh nampak through SKRIN MONITOR ni.

JM dapat IDEA ni selepas baca blog MISS KEPENG full kredit kepada beliau.

Thursday, 21 August 2014

Awek Kaki Travel?...JM lattew hiksss

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya!!!!


Aha!!!!!!!!!!!!!!!!! mesti kawan-kawan dah baca tajuk entri ni kan..kenapa kita-tiba boleh ada entri ni?

Ceritanya begini, semalam JM telah di TAG oleh salah sorang rakan blogger Wak Gelas di Facebook, ada yang tak kenal ke siapa Wak Gelas ni..tak kenal? boleh terjah blog beliau di wakgelas.blogspot.com.

Screen capture dari FB

Friday, 15 August 2014

JM ada peminat dari INDONESIA heeee


Assalamualaikum dan salam syawal semua,


"JM in the HOUSE"

Mood untuk sambung menulis sudah kembali...ingin tahu sebab nya...please roll action!!

Mesti akan ada yang berkata..alah JM ni hangat-hangat tahi ayam je atau drama je lebih..nak berhenti blogging konon!!...eh tak lah..mmg betul waktu tulis entri yang lepas memang mood entah ke mana tetapi sekarang telah pulih. Nak tahu puncanya sila teruskan bacaan word by word hikss walaupun susunan ayat tidak seperti penulis yang hebat.

Tuesday, 12 August 2014

Kalau JM stop dari dunia BLOGGING ok tak?


Assalamualaikum dan Salam Lebaran semua,

"I'm BLANK"

Mood update entri baru sudah masuk ke LAUT dan ada yang dah tertimbus ke dalam BUMI rasanya. Semasa nak tulis entri ni pun berfikir banyak kali mencari idea..apa yang nak di tulis ni.

TIK! TOK! TIK! TOK! cepat betul masa berlalu hari ini dah masuk 12 Ogos dan last entri adalah 5 Ogos almost 7 days JM gap ambil masa untuk mengarang entri baru tapi sudah nya begini..

Tuesday, 5 August 2014

Masih ada yang RINDU?

Assalamualaikum dan Salam Lebaran 2014,


Masih ada yang SAYANG/RINDU?

Haaaa ko!!! tengok tajuk entri tu MELETOPS tak?...lebih kurang tajuk drama lah pulak khan!!! eheeheh. Sebenar tiada cerita raya nak di kongsi di sini gambar time raya pun tak sempat nak snap..asyik sibuk di dapur katanya...so dengan muka tak malu nya JM sajikan je lah gambar suka suki nih.
Gambar suka suki tiada kaitan dengan entri hiksss..penangan Camera360..i nampak muda u ouls tetapi hakikatnya...ahahah..kepada mereka yang tahu diam-diam je tau....heeee
Kenapa JM keluarkan tajuk seperti itu, ahaaa...almost 2 week JM tak update blog, so nak test lah masih ada lagi tak yang sudi singgah dan masih ingat akan kewujudan blog JM nih...

Monday, 21 July 2014

Surprised From JM?...please READ!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


Ahahahah...bila korang dah baca bukan surprise lagi..


Segmen Give Away (GA) or Gift Away (GA) from JM?

Korang nak yang mana, Give Away or Gift Away?

Selamat berpuasa ye kengkawan, dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya AidilFitri di Bulan Syawal yang mulia.

JM ada baca blog kengkawan lain yang up entri segmen GA open for reader blog to JOIN dengan syarat perlu follow blog dorang, pastu up entri dalam blog dan pemilihan dan hadiah akan di berikan menggunakan sofware random.org

Monday, 30 June 2014

Salam Ramadhan khas dari Jari Manis (JM)

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua,


Salam Ramadhan Al-Mubarak

Bila baca tajuk entri macam ucapan dari orang kenamaan pulak ye...ahahaha..tak de lah saje je..orang lain buat ucapan Salam Ramadhan, JM pun nak jugak heee

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini (Allah lebih mulia) belum terlambat kiranya JM menyusun sepuluh jari menghulurkan tangan memohon ampun dan maaf dari segala kesalahan dan kesilapan, tutur kata dan sebarang komen yang JM tinggalkan ada yang menguris hati di kalangan rakan blogger dan reader sekalian.

Monday, 16 June 2014

Blog JM berwajah baru!!

Assalamualaikum salam sejahtera semua,


Korank perasan tak blog JM sudah berubah wajah...ke ada yang tak perasan huhuhu

Jangan terkejut ye..ini masih lagi blog Jari Manis tu!!..ape tak kenal..tak pe lah..berlalu pergi sambil tunduk rapat ke tanah...kalau boleh nak masuk kepala dalam lubang hahaahha.

Ini adalah susulan teguran dan permintaan salah seorang reader blog JM yang menyatakan bahawa tulisan yang di gunakan dalam blog terlalu fancy dan sukar untuk dibaca, jadi bagi memenuhi permintaan beliau, JM cuma buat sedikit perubahan.

Friday, 25 April 2014

JM ada peminat misteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera  semua,



HAHAHAHAHA...blog JM makin glamour sekarang apabila menerima komen yang begitu 'HANGAT' sekali...dek kerana blog JM hanya sekadar COPY dan PASTE info dari google then somebody says boleh di jadikan Wikipedia katanya....aduh lahh....apa boleh buat, itu cara JM menulis..bukan copy & paste dari blog org...di mana salah JM sebenarnya..jika tidak suka tidak perlu baca..kenapa perlu 'serang' sebegitu sekali...JM tak pernah buat onak dan duri di blog orang lain tapi...entahlah maybe inilah asam garam dunia blogging..so byk bersabar ye JM...

Susulan dari komen tu JM terima email ni

Email pertama

Email kedua susulan dari email pertama
Terima kasih kepada semua follower dan pembaca setia blog JM yang semakin bertambah....i'm really appreciate it. Apa yang di kongsi di sini tiada niat di hati untuk mengumpan sesiapa tapi dengan ikhlas hati untuk memudahkan semua yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia travel..here is one stop information. Blog ini tidak sesuai bagi mereka yang bijak mendapat info di hujung jari...Mohon maaf jika ada yang tersinggung perasaan. 

Ikhlas dari JM. Wasalam

Wednesday, 1 January 2014

Happy New Year : 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



"Selamat Tahun Baru 2014"



Hari pertama tahun baru ni kawan-kawan ke mana?...JM lepak je kat rumah kerana rumah ku syurga ku ahaha...alasan je tu...sebenarnya JM ni tak suka sangat bersosial TAPI kalau ada member ajak keluar ON je.

Walau di mana sahaja kawan-kawan berada JM nasihatkan sentiasa berhati-hati dan enjoy your life. Hidup hanya datang sekali jadi penuhi lah dengan perkara-perkara yang di redhai Allah agar kita selamat di dunia dan di akhirat...tiba-tiba je kan heee.

Ramai rakan ofis JM ambil cuti sehingga 05 Jan 2014 kerana menguruskan persekolahan anak-anak dan sunyi sepi je opis pada waktu ni. Bagi yang bujang datang kerja seperti biasa tetapi ada juga yang ambil peluang cuti tersepit ni untuk pergi melancong. Sebut pasal melancong, mesti ramai rakan travel JM dah ada schedule yang padat untuk tahun ni kan...alaahh..kata orang..JM pun sama kan ehehhehe

Meh JM bagi 'hint' sikit...semua tempat yang JM akan pegi ni kebanyakan semua rakan travel dah pergi ke sana..so sekarang turn JM pulak...it's not about destination BUT it's about journey kan..setiap orang akan mengalami pengalaman travel yang berlainan walaupun destinasi yang sama. Semoga Allah panjangkan umur dan permudahkan segala urusan agar JM sampai ke destinasi impian ni Aminnn. Kita hanya merancang Allah yang tentukan sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah.

Semua gambar adalah ihsan dari google.com

Januari 2014

Destinasi 1
Destinasi ke -2

Februari 2014

Destinasi - 1
Destinasi - 2

Mac - April 2014

Destinasi - 1
Destinasi - 2
Destinasi - 3
Destinasi - 4

September 2014

Journey for 16 days

Oktober 2014

Destinasi - 1
Destinasi - 2
JM pasti ramai yang dah tahu lokasi yang JM maksudkan ini dan ia bukan lagi RAHSIA...semoga semua berjalan lancar seperti di rancang...Amin...Kepada kawan-kawan travel di luar sana teruslah mengembara kerana dengan cara itu kita boleh melihat kebesaran Allah.

Ayat yang sentiasa bermain di minda JM "Jika kita permudahkan urusan orang lain..Allah akan permudahkan urusan kita..Amin"

Akhir kalam bukan niat JM nak menunjuk-nunjuk tapi sekadar perkongsian info dan maklumat....kepada pembaca setia blog JM..keep on reading and i love u guys..kepada follower baru..thanks all..

Jumpa lagi byeeeeeee

Tuesday, 10 December 2013

JM terima sobiner lagik!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Entry kali ini tiada kaitan dengan travel tetapi berkenaan barang yang JM terima dari rakan yang travel.

Terlebih dahulu JM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi follow, baca dan komen blog JM ni...terima kasih tidak terhingga juga kerana sudi meluangkan masa membaca celoteh dan bebelan JM ni...sayang kamu semua...

JM nak kongsi sedikit perasaan gembira dan senang nya dalam hati bila balik rumah, tengok dalam peti sejuk surat ada benda ni...TERUJA sangat you oulssss...JM dapat something from someone...ehh..secret admire ke...ahaks...perasan lah tu kan..

Tuesday, 6 August 2013

Salam Syawal 1434H dari JM

Assalamualaikum dan Salam Syawal semua,


Kepada semua pembaca blog JM dan juga rakan blogger sekalian,

Sumber : google - tak sempat nak create sendiri

Di kesempatan ini, JM ingin mengucapkan Salam Syawal, Salam Lebaran dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak berapa hari lagi. Kemeriahan sudah terasa di sana-sini dan lagu-lagu raya mula berkumandang di corong-corong radio termasuklah di dalam blog JM ni heeeee

Kepada rakan pembaca dan pengkomen dan follower setia yang tak jemu-jemu baca dan komen blog JM ni..dengan hati yang tulus Ikhlas ingin memohon maaf dari segala kekhilafan, kata-kata yang menyinggung perasaan korang semua samada JM sedar atau tidak. Seperti semua sedia maklum kita hanya manusia biasa dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Walaupun perkenalan hanya melalui alam maya, tetapi kemesraan jelas terasa. JM amat terharu kerana mendapat sokongan daripada semua..

Meh JM senaraikan beberapa nama yang JM ingat antaranya Ayu Fatarina, Henry Fox aka John, Janggel, Kak Anash, Orga, En Mie, Shidah Ramli (SR), Dila Bangi, Zila, Yong ASP, Pencerita Maya, Aza (White Moon Riders), Zette, Lieya Von Jay, DJ, Dekdaa, Linda Yusoff, Mrs. Smile, Azra, Time Traveller, Syieda, Norh, DATT, Kak Haneem, Nina Hamdan, Farel, Kak MP, Kak Cho Zila, Kak Ita, Putri Maryam, BibiEr Karim, Emy tak kecik, Zaraab, Hang Dhanim, Zura Lee, Gadis Bunga, Supermeng, Irfa, Cik Viva, Wak Gelas, Fatt, Kak Nori, Intan Lavender, Zilla, Cik Da, Kak Kiah, Ciku, Ako, Dzuchan, Liza, Liz, Faricika, Myra Elmira, Hani, Bunda, Maya Dhira, Hafizah Ayu, Dedemoxx, Maya Dhira, TravellogAku, BlogMalas, Zura Ahmad, Syaral, Beb dan ramai lagi...kalau nama tak tersenarai kat sini JM mohon maaf dan kaborkan yer

Kepada silent reader di luar sana terima kasih sudi singgah dan baca blog yang tidak seberapa ini dari segi penyampaian dan olahan bahasanya..apa-apa pun JM harap korang semua enjoy dengan blog ni ye.

Kepada yang pulang ke kampung, hati-hati semasa memandu dan jangan lupa mulakan perjalanan dengan doa menaiki kenderaan semoga Allah pelihara sehingga sampai ke destinasi.

Akhirnya kalam..JM love you oulssss dan Selamat Hari Raya Aildil Fitri.

Jumpa lagi..bila tuan blog cuti..so tiada entri baru maybe sehingga raya ke -4 nanti. Kalau ada rakan pembaca dan blogger ada buat open house, sudi-sudilah jemput JM yer..hihihih...buat muka tebal nih

Wasalam.

NUFFNANG