Wednesday 3 April 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Masjid Saad Bin Abi Waqas

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖


Hari kedua - 22 Nov 2018 (Destinasi ke -2)

Selesai di Yuexiu Park, kami balik semua ke train station Exit A untuk pergi ke Masjid Saad Abi Waqas. Kalau nak pergi masjid ni korang tak perlu naik train tau sebab lokasi masjid ni kat Yuexiu Park Station jugak, so ambik Exit B2.

Maksudnya..kalau korang naik train Stop di Yuexiu Park Station, korang boleh pergi 2 lokasi menarik di Guangzhou :

1. Five Statue Rams - korang stop at Yuexiu Park Station Exit A
2. Masjid Saad Abi Waqas - korang stop at Yuexiu Park Station and then Exit B2

Nampak tak..dari Yuexiu Park Station tu..kalau nak ke Yuexiu Park keluar ikut Exit A dan kalau nak ke Masjid Abi Waqas keluar ikut Exit B2 pastu ikut Lanpu Road. NAnti JM share direction detail nak ke Masjid tu
Alang-alang kami dari Exit A, kami keluar pulak ikut Exit B2 tapi kena touch metro card untuk keluar dari palang exit tu. Ingatkan free sebab kami tak naik train just tukar exit je..korang nak tahu berapa charge bila touch??..1.90 yuan so baki card waktu tu 36.70 yuan. Anggaran minimum tambang dari satu station ke satu station adalah 1.90 yuan kalau jarak perjalanan tu jauh sikit dia akan charge 2.00++ yuan. Murah kan tambang trainn kat Guangzhou itu sebab train sentiasa penuh!

Watu cari info lokasi dan cara nak pergi ke masjid ni ramai blogger yang share tapi direction yang dorang bagi kurang jelas. Ada yang cakap keluar je dari Exit B2 tu jalan terus akan jumpa North Gate. So JM pun cakap lah dekat geng ikut jalan seperti yang JM baca tu, jalan dalam beberapa meter tak nampak apa-apa.. macam jauh jek..Pastu SS cakap ikut je map yang dia print dalam Kitab Busuk, masuk ikut South Gate lagi mudah dan dekat. Rupanya nak masuk Masjid ada 2 pintu, satu melalui South Gate dan North Gate.

Jom ikut cara JM pergi ke Masjid dari Exit B2 lagi mudah.

Direction to Yuexiu Park dan Masjid Abi Waqas, Guangzhou
Keluar sahaja dari Exit B2 jalan terus akan nampak simpang pertama sebelah kiri Lanpu Road  korang jalan je ikut arah Lanpu Road ni
Ni Lanpu Road bukan Lampu Road..korang jalan je terus dalam 280 meter akan jumpa pintu masuk seperti gambar di bawah
Pintu masuk ikut South Gate - lagi dekat dan mudah
Masuk je ikut pintu kecik tu
Masuk ikut South Gate
Jalan masuk ke kawasan masjid ni redup je sebab di penuhi dengan pokok-pokok ibarat seperti Masjid dalam taman, sejuk je berada di sekitar masjid ni. Waktu kami sampai sini lebih kurang jam 10.00 pagi jadinya tak ramai orang. Waktu kami kat depan masjid tu hanya kami bertiga je sebab belum masuk waktu solat.

View luar masjid
Secara ringkas masjid ini dibina oleh salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, Saad bin Abi Waqqas yang telah menyebarkan Islam ke China di pertengahan abad ke-7. Sejarah mengenai pembinaan masjid ni boleh baca di SINI
Inilah Masjid Saad bin Abi Waqas
Ruang solat lelaki
HH tengah masukkan duit ke dalam tabung masjid
Tempat ambil wuduk - berhadapan pintu masuk dari North Gate
Setiap destinasi yang kami pergi kat negara mana pun mesti masukkan Masjid sebagai salah satu tempat untuk kami singgah. Tunaikan solat dan bersedekah. Tak kiralah di mana bumi ko pijak ingat tanggungjawab kepada Allah perlu ditunaikan.

-Bersambung-

90 comments:

  1. Masjid ni best... air dia sejukkkk!

    ReplyDelete
  2. Ada kedai runcit halal depan masjid...

    ReplyDelete
  3. hai JM...lamanya tak jengah kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai mama3farhanah..terima kasih masih ingat JM :-) i'm still remember u cuma lom kesempatan nak jenjalan blog kwn2

      Delete
  4. sejuk hati melihat masjid di negara minoriti Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak Nohas..JM pun kalau ada trip je mesti cari Masjid

      Delete
  5. Replies
    1. Jannah!..kalau dah minat mesti rajin heeee

      Delete
  6. Salam JM...lamanya tak singgah sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam nOe..lama JM x singgah blog nOe jgk...huhuhuh

      Delete
  7. Replies
    1. sudipVSsenduk..ha'ah..cantik dan bersih..kawasan sekeliling terjaga jek..ada petugas yg membersihkan kawasan

      Delete
  8. Rasa bangga kan bila masjid berdiri megah di merata dunia.....
    Tulah tu JM, baca travelog org dah banyak , tapi org tu perginya tak lagi hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak OKje..takpe x pergi pun..baca pun dh rasa mcm dah sampai sana kan hihih

      Delete
  9. bestnya !!!! bila lah nak pegi sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mek Yunie..in shaa Allah ada rezeki lebih leh pergi..best tau

      Delete
  10. Teringin nak ke masjid bersejarah macam ni.. Cantik binaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Husniey..pergila..best g gonjo ni..best nyoping :-)

      Delete
  11. sonok JM dapat travel merata negara dah & sambil singgah masjid sambil sedekah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai anamizu..lama tak bersiaran :-) betul hihihi

      Delete
  12. lama tak ke sini..

    nanti kot2 akak terlepas ke daerah sini lah..
    akak refer yours. hhhhh.. asyik kata nak refer je kan. pegi nya pun tak. sedihh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam kak Yan!!!! ahakss..tak pe...in shaa Allah suatu nanti nanti leh pegi sini

      Delete
  13. Replies
    1. ye nOe..sejuk jek sbb keliling penuh pokok

      Delete
  14. salam akk ada lgi tk ? sy nk peegi dlm bulan 9 ni ? first timeturn peegi 4 beranak . akk ada no wtsaporder tak untuk sy contc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam ainsyamimi..boleh email untuk pertanyaa ye

      Delete
  15. luas masjidnya...unik tempat ambil wuduk dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rietta..how r u? sihat? lama x bom blog rietta :-)

      Delete
    2. shat alhamdulillah...dah lama juga rietta xupdate...kihkihkih...sila la datang bom

      Delete
  16. Jau perjalanan luas pemandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..dpt byk pengalaman..dan syukur dgn nikmat Allah beri :-)

      Delete
  17. Niat hendak pergi.. Nanti kumpul rm dulu heee.

    ReplyDelete
  18. Such a beautiful mosque with serene atmosphere. I love it.

    Vietnam Package Tour

    ReplyDelete
  19. bestnya JM ke China. teruskan sharing info travel JM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MEk YUnie..tgh kumpul mood rajin ni hihihi

      Delete
  20. saya pon dh direzekikan pergi guangzhou, tapi ke huahin mosque

    ReplyDelete
  21. Owh dekat je rupanya. Masa saya ke sana 6 tahun lepas, kami bawa baby berusia tiga bulan yang beratnya 6kg. Sangkut kat dada je, mencungap hahahah... Bila tak jumpa Five Statue Rams terus pergi tempat lain. Rasanya nak ulang balik GZ sebab tak puas jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruggedmom..berat 6kg? nape x bwk stroller..kalau JM x mampu la..bwk badan sendiri pun dah x mampu..berat! hihihi

      Delete
  22. rasa sis ni macam da travel satu dunia dah.. bestnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks..lom lagi cik Itah..europe country belum...bari jejak asian country jek ni

      Delete
  23. Replies
    1. ye cik Itah..di kelilingi pokok..sejuk jek

      Delete
  24. sonoknyer gi china sokmo., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brg China MURAH...tempat sigtseeing pun lawo..

      Delete
  25. Rindu JM :(

    Semoga Allah melindungi JM dalam apa jua yang JM buat.

    #sayangJM

    ReplyDelete
  26. Allah, tenangnya nampak masjid tu...

    ReplyDelete
  27. tak pernah sampai sini lagi. best tak.

    ReplyDelete
  28. Syoknya g china.. Bila ekin boleh sampai sana ni.. Rindu sis JM hahaha hari ni baru ada mood nak singgah sini

    ReplyDelete
  29. Selalu singgah tak update lepas tu lupa la singgah. Sorry ek JM

    ReplyDelete
  30. Teringin nak pergi tapi tunggu dapat sayap

    ReplyDelete
  31. Adoi.. bilalah nak sampai..
    Islam berada di mana-mana.. buktinya Masjid yang dilawati kan JM.. Ziarah, solat dan sedekah.. kat mana2 boleh dilaksanakan.. cantik betul masjidnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah ada rezeki nanti turn Sha pulak

      Delete
  32. Redup sejuk je sekeliling masjid. Nak ke masjid pun rasa tenang.

    ReplyDelete
  33. ana pun kalau ada rezeki ke luar negara ank singgah masjid2 yang ada. tapi masjid saad bin abi waqas ni masjdi sahabat nabi tu. bertuah JM dpt singgah.

    ReplyDelete
  34. Boleh laa nak menapak ke sini kan. Rezeki kak JM laa dapat singgah ke masjid sahabat nabi dan seterusnya melawat makan di sana.

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG