Monday, 21 October 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Direction to Baiyun World Leather Trading Centre & Leather Market

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💋

Baiyun World Leather Trading Centre/Baiyun Leather Wholesale Market Second Phase
Perut dah kenyang makan di kedai Nur Bostan Muslim Restaurant, kami patah balik ke Ximenkou Station untuk pergi ke Baiyun Leather Wholesale Market ni. Waktu preapare itirenary tempat ni bukan dalam list fovourite pun tapi bila baca ada blogger share kat sini boleh dapat barangan kulit, handbag, purse dan barang-barang seangkatan dengan nya..kami decide nak pergi sini. 

Tips : Perut kasi penuh dulu baru boleh shopping puas-puas hihihi

TAPI yang tak bestnya..bila sampai ke kat building dalam gambar kat atas tu..ya Allah..KECEWA sangat..sangat-sangat KECEWA..dah la nak cari lokasi tempat tu pun agak tricky..ada refer map kat sini Direction to Baiyun Leather Market tapi kurang jelas..so kami plan redah jek. Tapi bila balik Msia, dorang dah update website tu dan bagi info detail..Adeh!!!

Kami hampir-hampir putus asa tau nak pergi Baiyun Market ni...sebab apa???

Monday, 14 October 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Kedai Makanan HALAL di Guangta Road

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Entri sebelum ni boleh petik kat SINI

MOOD tengah rajin dan ada kelapangan masa, jom sambung kisah journey JM di Guangzhou pada bulan November 2018. Hampir satu tahun entri tak siap-siap lagi hihihih.

KELUAR je dari pintu masuk masjid dan betul-betul hadapan pintu masjid tu ada deretan kedai makanan HALAL dan juga kedai yang menjual produk HALAL...

SEBELUM masuk masjid tadi kami dah nampak kedai-kedai ni tapi tak pe kita masuk masjid dulu, dah selesai dalam masjid baru kita tawaf plak kat kedai-kedai ni.

Ini deretan kedai depan masjid Huaisheng

Friday, 4 October 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Keindahan Masjid Huaishen/Huaisheng Mosque

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Akhirnya kami dapat jejak kan kaki di Masjid Huaisheng. Bagaimana cara nak ke masjid ni? Sila baca kat entri ni Panduan Ke Masjid Huaisheng Guangzhou

Huaisheng Temple or Huaisheng Mosque
Mosque Lighthouse
Masjid HUaisheng juga dikenali sebagai Masjid Menara Cahaya atau Masjid Rumah Api 
(Lighthouse), terletak di No. 56, Jalan Guangta. Dengan luas 2,966 meter persegi (3,547 meter persegi), ia adalah masjid tertua yang ada di China, mengesahkan kedudukannya yang luar biasa di antara empat masjid tertua di kawasan pantai, dengan tiga lagi ialah Quanzhou Kylin Mosque, Yangzhou Crane Mosque, dan Masjid Hangzhou Phoenix. Masjid Huaisheng pertama kali dibina pada tahun 627, semasa Dinasti Tang (618-907), ketika Islam diperkenalkan ke China untuk kali pertama. Ia dilaburkan dan dibina oleh beberapa orang Arab dan dinamakan sebagai Masjid Huaisheng, yang bermaksud 'mengingati orang bijak', sebagai penghormatan kepada nabi Muhammad S.A.W.

NUFFNANG