Friday, 4 October 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Keindahan Masjid Huaishen/Huaisheng Mosque

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Akhirnya kami dapat jejak kan kaki di Masjid Huaisheng. Bagaimana cara nak ke masjid ni? Sila baca kat entri ni Panduan Ke Masjid Huaisheng Guangzhou

Huaisheng Temple or Huaisheng Mosque
Mosque Lighthouse
Masjid HUaisheng juga dikenali sebagai Masjid Menara Cahaya atau Masjid Rumah Api 
(Lighthouse), terletak di No. 56, Jalan Guangta. Dengan luas 2,966 meter persegi (3,547 meter persegi), ia adalah masjid tertua yang ada di China, mengesahkan kedudukannya yang luar biasa di antara empat masjid tertua di kawasan pantai, dengan tiga lagi ialah Quanzhou Kylin Mosque, Yangzhou Crane Mosque, dan Masjid Hangzhou Phoenix. Masjid Huaisheng pertama kali dibina pada tahun 627, semasa Dinasti Tang (618-907), ketika Islam diperkenalkan ke China untuk kali pertama. Ia dilaburkan dan dibina oleh beberapa orang Arab dan dinamakan sebagai Masjid Huaisheng, yang bermaksud 'mengingati orang bijak', sebagai penghormatan kepada nabi Muhammad S.A.W.
Secara amnya, Masjid Huaisheng mengekalkan gaya senibina asal Arab. Laluan ke pintu masuk yang sempit, dinding skrin dapat dilihat, yang menghalang pengunjung melihat halaman dalaman. Tetapi melalui dinding skrin, bangunan-bangunan pelik kelihatan.

Alhamdulillah..akhirnya kami sampai di Masjid Huaisheng. Ini tembok luar masjid. Berhadapan masjit tu ada deretan kedai makanan HALAL. Nanti JM share dalam entri lain
Pintu masuk utama..jom kita masuk tengok kat dalam apa yang ada...
Masjid di China ni memang berbeza tau senibina nya berbanding masjid-masjid di negara Islam yang lain seperti di Malaysia dan Indonesia sebagai contoh.

Masjid di sini dikelilingi pokok-pokok rendang yang kehijauan, kiranya masuk je kawasan masjid ni rasa nyaman dan sejuk je. Walaupun bayak pokok, kawasan sekeliling bersih terjaga rapi. Ada petugas yang membersihkan rumah Allah ni.

Kami datang masjid ni dengan niat nak solat sunat dan beri sedikit sumbnagan untuk kegunaan walaupun sedikit.

Pokok-pokok menghijau
Ini adalah ruang solat utama
Ruang solat utama untuk lelaki sahaja
Masuk je kawasan masjid...wahhhhh...klik..klik..klik..ambik gambar sebagai kenangan. Pastu bila time sejuk macam ni pundi kencing pun tak menahan...asyik terasa nak kencing jek. So pergi carik tandas dulu, ambik wuduk..solat..pastu sambung klik..klik...klik...hihihi

 
Suka tengok lanskap kat sekitar masjid ni..sejuk mata memandang
Ni pintu masuk ruang solat wanita. Tempat wuduq berhadapan pintu masuk ni
Agak luas ruang solat nya...tenang jek
Tertarik tengok pokok ni
Memag menarik design dia..kalau nak tengok masjid ala-ala di China boleh pergi ke Masjid Beijing di Kelantan tu

SELESAI sudah MISI kami di Masjid Huaisheng..Jom kita pergi MAKAN!!! Nak makan kat mana???? tunggu next entri ye..

42 comments:

  1. Masjid ni cantik dari luar dan dalam. Senibina pun unik.

    ReplyDelete
  2. Ehhh... SS rasa mcm dah komen kat entry ni... iskkss

    ReplyDelete
    Replies
    1. kih kih kih...tajuk entry yang mengelirukan...

      Delete
  3. Cuma yg x best... ramai peminta sedekah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang meminta tu semua nampak sihat..adeh..ada je beberapa org kurang upaya..bg kat sorang lain dtg serbu...adeh

      Delete
  4. Setiap hari jumaat ada jualan makanan sepanjang jalan depan masjid...

    ReplyDelete
  5. Kekuda rehal tu unik... macam nak suruh abg J buatkan jek... abis ngaji leh yehaaa yehaaa naik kuda... 😆

    ReplyDelete
  6. Ialah beza sangat rekabentuk masjid di cina dengan di sini.
    Betullah orang kata jauh perjalanan luas pemandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt Mrs A...bijak nye hiihihi

      Delete
    2. Mrs. S Bijak, Encem, Kacak, Kreatif...ehhh semua laahhh heeee

      Delete
  7. Replies
    1. Kalau hati rasa gundah gulana..masuklah masjid mesti akan rasa tenang je :-)

      Delete
  8. terima kasih JM sudi singgah blog saya, ada benda baru saya akan kongsikan nanti, stay tune hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama..mestilah sudi Cikgu...hihih...x sabo!!!

      Delete
  9. sejuk mata memandang..suasana hijau, bumbung hijau, carpet pun hijau...tenang je semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak Nohas..bila solat kat situ pun tenang jek

      Delete
  10. terbaik JM...niat nak solat dan beri sumbangan.

    ruang solat wanita dah ubah ke tempat lain nampaknya. akak pegi dulu solat kat ruang utama, tapi ada tirai pembahagi. maksudnya jemaah wanita makin ramai sampai perlu buat ruangan lain. alhamdulillah.

    momen yg indah masa akak dok terjenguk2 kat pintu utama, tetiba ada suara bagi salam dan tanya 'Malaysia?'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih..kan kak Ujie..dorang tgk dari segi pakaian jek dorang dah tahu mesti dari Msia

      Delete
  11. Cantiknya suasana di masjid ini. Memang terjaga betul. Moga dapatlah ke sana nanti..

    ReplyDelete
  12. Masjid dia cantiknya.. Macam berada di dalam taman..
    Masjid dalam taman atau taman dalam masjid, lanskap dia mengancam betul.. sejuk mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taman dalam masjid? lain macam jek..Masjid dalam Taman lew hihih

      Delete
  13. cantik landskap dan seni binaan masjid ni. tenang rasanya tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Fizah...masuk dalam masjid kalau tak de aircond pun sejuk jek

      Delete
  14. Sejuk mata memandang sebab banyak pokok2.. mcm dlm taman pun ada...
    binaan masjid2 kat sana mmg unik seni binanya..beruntung jg kiranya sbb dapt melawat masjid tertua di China ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Atie...alang2 mmg beza dari Msia..pokok2 keliling masjid..so redup jek

      Delete
  15. cantik masjid dia JM. rasa tenang dan segar je sebab byk pokok di sekeliling. hiasan dalaman pun unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Ana..betul tu..abis solat lepak bawah pokok...nyaman jek..tapi x leh la nak membawang hihih

      Delete
  16. You have performed a great job on this article. It’s very precise and highly qualitative. You have even managed to make it readable and easy to read. You have some real writing talent. Thank you so much. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...

    ReplyDelete
  17. Memang seronok tengok senibina masjid China sebab ada banyak pokok. Redup dan tenang sangat. Sha tak pernah sampai China lagi. So, this is my checklist..

    ReplyDelete
  18. indah.
    unik.
    simple.
    santai.
    senibina yg klasik pada aida.

    ReplyDelete
  19. Azhan: seronok tgk pengalaman org travel ni..

    ReplyDelete
  20. Sejuk mata memandang. Cantik laa landskap dia. Rasa tenang ja kat sini, duduk lama2 pun tak apa.

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG