Showing posts with label Air Asia. Show all posts
Showing posts with label Air Asia. Show all posts

Monday, 26 January 2015

"Kekasih Hati" datang lagi!

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya,


Hai..Hai..Haiii...ini yang membuatkan hati JM berdebar-debar sampai tak tidur malam ni. Kenapa dengan nko JM..dapat penyakit angau ke?

Tak lah....Kekasih JM datang lagi heeeeeeeee...ngada-ngada!

Kepada kaki travel mesti korang dah boleh guess siapakah kekasih hati JM tu kan heeee.


Hari ni Air Asia buat sale No Fuel Surcharge bila check tarikh dapat tiket ke Seoul RM566 (return on winter) dan tiket ke Tokyo pun around RM548 (return on Autumn). Argghh....kalau duit berkepuk dan tak ada trip this year memang takkan fikir panjang. MURAH sgt!!!.

Banyak lagi tempat menarik dengan harga yang boleh meruntun jiwa seperti Melbourne, Perth, China, HK....Bangkok

JM belum pernah bersalji di Seoul, so teringin sangat nak berwinter sonata.

15 Jan 2016 - RM249?
21 Jan 2016 - RM317?
Total RM566?
So macam mana eh..haruskah JM grap je tiket ni tanpa fikir panjang. Ehh..ko ni JM..asyik Seoul je every year dah tak ada tempat lain ke ko nak pegi huhuhu.

Apa pendapat kawan-kawan kesayangan JM sekalian heee. Ada tak yang sudi temankan JM pergi bercuti ahakss

Jadi kepada mereka yang masih mencari-cari destinasi for end of this year until March 2016 sila layari website Air Asia sekarang.

Monday, 25 August 2014

"DIA" datang lagi!!!!

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua


"DIA" datang lagi......siapakah "DIA"?

Inilah "DIA"
Teman setia JM hehehehe

Wednesday, 16 April 2014

Air Asia - Red HOT sales

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan Jm semuanya,


JM dah balikkkkkkkkk....wahh..itu pun nak heboh satu dunia kan heee

Alhamdulillah, tepat jam 12.00 malam 15 April 2014 Jm selamat sampai di rumah dan esoknya terus masuk kerja...gigih tak?..

Semalam Jm dapat info dari blogger DJ bahawa hari ini 16 April, Air Asia ada buat Red HOT sales only for one day...jadi pepagi lagi terus terjah dan hasilnya :

Only Travel to 4 countries
Oleh kerana JM tergoda dengan harga tix nya..tanpa fikir panjang terus rembat tiket RM193 return to Bangkok. Ini adalah kali pertama JM travel solo ke sana kerana apabila di tanya rakan-rakan lain tiada yang berminat. Jika ada yang ingin teman JM boleh beli mengikut tarikh ni ek.

Ini kerja gila sebenarnya...tak pasti JM berani ke tidak nk ke sana sensorang, kawan-kawan rasa selamat tak kalau travel solo ke Bangkok ni.

Departure on 14 Jun 2014 - Saturday
Arrive at Msia on 19 Jun 2014 - Thursday

Baru je balik dari Jepun terus cari tiket ke tempat lain...hai...apa nak jadi lah ngan JM ni kan...

Kepada kawan-kawan di luar sana, jika ingin follow JM jangan malu2 just email me ok.

Wasalam.

Tuesday, 17 September 2013

AA - 1 Million Free Seat?..R U Sure?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


1 Million Free Seat katanya
Booking Period : 17 Sptember - 22 September 2013
Seperti tajuk di atas, semua orang heboh dalam FB, Blog, Twitter dan segala macam media sosial berkenaan dengan Air Asia akan offer free seat kepada 1 juta penumpang...Ada sesiapa yang tahu berkenaan sale yang di tawarkan ni. Adakah ini bermakna harga tiket adalah RM0 fare dan hanya perlu bayar TAX dan FUEL Surcharge sahaja. Kalau betul seperti di maksudkan, kenapa seawal jam 7.00 pagi 17 September 2013 tiada lagi harga yang di tawarkan..adakah seramai sejuta orang telah berjaya mendapatkan harga seat RM0 tu dari jam 12.00 pagi sehingga 7.00 pagi...adakah ini propa semata-mata...ahahahah  nada macam frust jer kan. Please correct me if i'm wrong.

Haip!..jangan marah-marah dulu...bukan propa..memang betul boleh dapat RM0 fare tu tapi perlu cepat dan kalau lelambat mana nak cari lagi. Kalau nak naik domestic flight memang masih banyak lagi seperti ke Alor Setar, Langkawi, Sandakan, Sabah (I's means negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak) TETAPI kalau berangan untuk ke ober sea like Hong Kong, Macau, Thailand, Bangkok, Australia, Korea, Indonesia dan negara-negara yang seangkatan dengan nya agak susah untuk mendapatkan harga seperti yang di harapkan.

JM pun tidak lepaskan peluang untuk intai-intai harga tiket tu...akhirnya berjaya untuk mendapatkan 1 tiket pada bulan Feb 2014. Percutian kali ini JM akan ke Thailand, kalau di tanya which part of Thailand...biarlah rahsia dahulu heeeee...saja je kan. ke ada sesiapa yang boleh guess....

Antara lowest fare to Thailand
Korang perasan atau tidak, ke JM sorang je yang perasan jika beli tiket dan bayar menggunakan Debit Langsung, perlu bayar pemprosesan Fee : RM4.10

Perlu bayar Pemprosesan Fee
So, kawan-kawan kesayangan JM sekalian, korang dapat tiket ke mana untuk tahun depan?

Sekian laporan hari ni...jumpa lagi hikssss

Monday, 1 July 2013

No VISA to JAPAN

Assalamualaikum dan salam sayang semua,

Apa khabar you oulssssssssss...awal minggu bekerja ni selepas 2 hari berhujung minggu...masih ada mood bercuti ke. Minggu ni JM lepak je kat umah..dan macam biasa mendobi, menyapu, mencuci..semua MEN ada....hihhihi

Yeayy...dah tak berapa hari lagi kita nak sambut bulan Ramadhan, dah bersedia ke kalian..kepada rakan sejenis ngan JM ..korang dah ganti puasa ke belum....cecepat tau.

Kali ini JM nak kongsi info berkenaan berita baik kepada kaki travel yang ingin melancong ke Jepun tu..mulai 1 Julai 2013, VISA tidak di perlukan lagi untuk masuk Jepun....Hoyyeeeeeeeeee....tak perlu lagi nak memikir menabung sampai 6-7 ribu ringgit untuk buat VISA tu. Setahu JM ramai rakan travel yang sudah tahu berkenaan info ni dan kepada yang belum tahu boleh refer di blog Azra, Kaki Berangan dan DATT

Kebetulan hari ni JM masuk website Air Asia..yeeayy..ada sale ke Jepun..ada sesiapa yang sempat grab tak tiket tu. JM sebenarnya ada hati jugak nak beli tiket tapi bila di pikirkan semula jadual travel tahun ni dah penuh so perlu tunggu sale untuk tahun hadapan.

Wednesday, 17 April 2013

AirAsia New Route : BUSAN

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua heeeee,


BUSAN ? Apa yang best kat sana tue?

Kenapa tetiba kuar tajuk ni...ahha..JM stop sekejap entry pasal Guilin tu...nak enteframe sale from AirAsia hari ni 17/04/2013 (Rabu) ada keluarkan route baru fly from Kuala Lumpur to BUSAN - RM199.


Agak murah kan..tapi lagi best kalau return tiket RM199 jek mahu lompat sampai ke siling. Tiket murah ni lambat seminit pun boleh SOLD OUT....JM try ricky-ricky gak tadi mana tahu leh dapat rega murah pada musim yang JM nak tu..sekali hambek nko return tiket leh dapat RM577 (include tax & fee), conclusionnya tak jadi beli huhuhuh..nangis tak ada bunyik..

Tapi kalau dapat yang harga RM199 for return tiket busuk-busuk pun hampir cecah RM500 jugak still mahal kan.....perlu tunggu next offer kalau ada rezeki JM, kita terbang ke BUSAN pulak yer...Inilah keroje nya kalau dah kemaruk bercinta berjalan, pantang ada offer je mesti nak buang duit kan heeeee. Bila lah masanya nak menabung.

Ada ke sesapa yang sempat beli tiket ke Busan tu..kalau ada..memang jeless..heee..

*peace no war heeeeeeeeeee* byeeeeeeee

Tuesday, 19 March 2013

Jom! Bangkok Time

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my lovely bloggers & readers,


Kawan-kawan jangan lor menyamfah dengan JM tau..sebab tak habis-habis nak kongsi, nak share pasal travel je ek. Apa boleh buat..dah nama pun Jari Manis : Travel List blog katanya..ahaha...

Hari ni JM ada terima komen dari salah my lovely blogger White Moon Rider a.k.a Aza..sebenarnya ramai my lovely blogger ni tak terkira dek jari..ahaksss...beliau ada hajak-hajak ayam nak travel ke Bangkok (yo lah dia kan sedang berisi sekarang ni heee), jadi JM dengan segeranya terus masuk website Air Asia dan kebetulan ada sale ke Bangkok...dah seperti orang mengantuk di sorongkan bantal.

JM pun sebenarnya tak tahu apa yang menariknya di Bangkok tu selain Floating Market tempat pengambaran City Hunter dan Running Man jek.

JM juga tak berhasrat nak beli pun tiket tu, sekadar nak tahu berapa prize jer..leh dapat murah ke tak. So kepada kengkawan yang berminat nak ke sana dalam masa terdekat ni boleh le book yer. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, akan di ambil orang...ehehehe

Thursday, 28 February 2013

Air Asia : Booking

Assalamualaikum dan selamat sejahtera my frennnn,

Ada tak sesapa yang intai AirAsia website hari ni..JM kalau ada masa free..website ni lah jadi pilihan utama.

Monday, 18 February 2013

RM0 AirAsia Sale

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kengkawan semua,

Apa khabar you alllsss semua...still happy go lucky kerww...jgn sedih2..jagan susah hati dan jangan stress-stress yer...hidup mesti enjoy walaupun banyak masalah...mari kita enjoy...hoyeee.....eheheeheh

Kenapa JM epi sangat hari ni..iyo lah semalam rakan blogger Azra an Orga ada mention berkenaan dengan RM0 ticket fee AA dan hanya perlu bayar tax and fuel jer...so JM pun ambil peluang tunggu nak 'hunting' tiket murah tu..memang dapat tapi tak beli pun kerana ..yer lah kalau travel period Mac - Julai kan...jadual JM dah padat sebenarnya..pastu pitih pun makin kurang...mana leh jalan banyak..nanti bos marah kerja tak siap asyik nak berjalan je katanya...huhuhu

Sale lagik...
Pastu bahagian sumber manusia mengeluarkan surat berkenaan Pembekuan Cuti Rehat Sempena Pilihanraya Umum ke -13, di mana permohonan cuti rehat semua pegawai dan kakitangan hendaklah dibekukan mulai hari pertama Parlimen Malaysia dibubarkan sehinga satu (1) minggu selepas pilihanraya diadakan....kepada semua kakitangan awam....arggghhhhhhhh..TENSION seketika...apa tidaknya..semua hotel di Guilin, Guangzhou dan Shenzen dah tempah....dah CONFIRM...kalau cuti tak lulus macam mana..takkan nak burn jer tiket flight ngan hotel booking tu...UWWwaaaaaaaaaa....*mood sedih*

Rakan-rakan blogger dan rakan pembaca tahu ker tarikh pilihanraya akan diadakan..khaborkan ke JM ni....risau JM tidak dapat pegi obersea nanti..huhuhu..kesian pada tuan hambo ni haaa...

Tak nak sedih-sedih..jom layan citer korea...eheheh

Annyeeonggggggggg...

Wednesday, 16 January 2013

Dapat x tiket MURAH?

Assamualaikum kawang-kawang dan selamat sejahtera semua,

Ehehehe...tetiba je mood hepy kan...
Apa-apa pun..

"WAITING ROOM"
Korang dapat situasi macam ni...tension wooo...tiket murah katakan..mesti ramai tengah 'HUNTING' kan..tungu punya tunggu..pada tarikh yang di pilih..tiket murah dah abis..huhhu..melopong jer..

Hari ini aku dapat 'HUNTIG' tiket MURAH..murah ker?..tapi bagi agak murah ler..maybe kawan-kawan yang lain boleh dapat harga lagi murah kan...mesti korang kata..hak eleh..itu pun nak heboh satu donia..ahaha..yo lah..berita gumbira kan....Mana destinasi yang aku dapat hari ini..yuhuuuuuuuu..TAPI perlu sabar menunggu..travelnya lebih kurang 9 - 1 tahun akan datang..biasalah tu kan..kalau dah tiket murah..ginilah gaya nyer..

1. Cambodia (Siem Reap dan Phnom Penh) - RM225 return per pax
2. Johor Bahru  - RM55 return per pax
3. Ho Chi Minh Vietnam - RM173 per pax

Kiranya jadual holiday aku tahu ni dah penuh yer....buat masa ni yang dh confirm untuk tahun 2013

1.  USS Singapore on April
2.  Gold Coast on August
3.  Sydney on September
4.  Ho Chi Minh Vietnam utk kali ke 3 on Oktober
5.  Johor Bahru - tujuan ke USS utk kali ke 3 on November

Holla...gilosss tak..time nak booking tiket tu..tak ingat mana nak dapat budget untuk pergi semua tempat tu..yang penting beli dulu tiket yang di offer...yang lain-lain kemudian pikir...jangan ikut cara aku tau..ehehe

Kepada pembaca semua..korang jangan ingat aku nak menunjuk-nunjuk atau show off yer...huhuh...sekadar nak berkongsi kegambiraan selepas aku frust impian aku nak mengerjakan UMRAH terkubur.

Aku rasa rakan-rakan travel dan blogger-blogger lain..dah sampai ke semua destinasi yang aku nyatakan tu kan..masing-masing ada cerita dan pengalaman yang berlainan....so boleh ler nanti kita berkongsi bersama yer...

End for today.....babaiiiiiiiiiiii... :-)

Monday, 14 January 2013

AA : Free SEATs Again???

Assalamualaikum dan rakan-rakan blogger serta pembaca semua...

Seperti tajuk entry aku ni..semua "kaki travel" dah tahu berkenaan OFFER ni kan..korang dah ada plan ke nak travel..jom kita grab tiket murah pagi esok seawal jam 12.00 am...
Travel Period : Sept 2013 - Feb 2014

Oleh kerana impian aku untuk menunaikan UMRAH pada tahun ini terkubur..aku rancang nak bawa diri melancong ke negara orang..ke mana aku?...tunggu OFFER malam ini..

Atau kawan-kawan pembaca sekalian ada cadangan?..di alu-alukan yer .. :-)

Jom kita rebut tiket murah malam ni..MURAH ker..ahaha..tunggu dan lihat je lah yer..

www.airasia.com

Sekian...jumpa lagi..anyyeongg  :-)


Thursday, 1 November 2012

Free Seats Again??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan,

Hollaaaa....cepat sahaja masa berlalu dan hari ni dah masuk 1 November 2012, bulan yang di tunggu sebab apa uolls nak tahu tak?...ehehe..bulan Nov adalah bulan aku selamat dilahirkan ke dunia. Alhamdulillah syukur kepada Allah aku masih bernyawa sehingga hari ini. You alls tahu tak semakin hari umur kita semakin pendek tau..bukan semakin panjang...why i say like that...uik..speaking sekali sekala..jangan marah yer..ehehe...iyolah....umur semakin menghampiri saat kematian....Ish..ish..kenapa tiba-tiba cakap pasal mati ni kan..bukan apa sebagai peringatan dan kesedaran kita bersama bahawa hidup kat atas dunia ni tidak lama...dunia merupakan jambatan untuk kita ke akhirat..tak gitu kawan-kawan ehehe.

Syukur juga kepada Allah aku dah semakin sihat selepas demam hampir seminggu..sakit tekak dan selsema. Aku demam dah lama tapi tak pergi jumpa doktor sekadar makan ubat selsema jer..ilang selsema..sakit tekak tak hilag..aku ni jenis pemalas nak pergi klinik dan hospital ni..nak tunggu turn jumpa doktor mengambil masa yang lama membuatkan emosi aku bertambah sakit. Atas nasihat kawan-kawan..dorang paksa jugak aku pergi klinik swasta..dorang minta aku ambil MC tak perlu datang keje kerana kesihatan aku bertambah teruk. Aku pun terpaksa mengalah..pergi jugak ke klinik swasta dan dapat MC 2 hari dengan bayaran RM55.00.

Ok..aku stop dulu intro yang tak ada kena mengena dengan tajuk ni..ehehe..sebenarnya  aku nak kongsi yang Air Asia ada buat sale FREE SEAT lagi..tempoh booking until 4 Nov 2012. Aku pasti kawan - kawan suka travel mesti dah tahu pasal sale ni kan. Aku ada jugak intai-intai kalau-kalau ada tiket murah ke destinasi yang aku nak pergi ..tapi aku tengok harga still lagi mahal. Mungkin hanya beberapa seat sahaja yang murah itu pun you all kena cepat grap kalau tak memang tak sempat. So untuk sale kali ini aku tak adalah booking ke mana-mana tunggu lah kalau ada lagi sale next time..nak grab cepat-cepat..ehhehee



Okey lah kawan-kawan aku undur diri dulu...jumpa lagi di lain lain..byeee..Wassalam


Thursday, 20 September 2012

Air Asia BIG SALE

Assalamualaikum semua,

Kepada semua pembaca dan follower blog Jari Manis, terima kasih berbanyak - banyak kerana sudi menjengah dan menyinggah (eheheheeh...bahasa yang tiada dalam kanus Dewan Bahasa dan Pustaka)..ikut suka je kan...ahaha...membaca setiap entry yang dimasukkan. Sebenarnya setiap entry menceritakan pengalaman JM travel secara backpackers ...budget travel kecuali Bandung dan Bukit Tinggi aku terpaksa ambik travel agen kerana kat sana sukar untuk mendapat public transport yang boleh di percayai.

Mesti korang ternanti-nanti entry seterusnya nya (ehehe...perasan)...sebenanya lama tak update dek kerana kesibukan kat opis ni..lagi pun rehat sekejap dari travel sana sini...last travel bulan Julai..JM ke Hong Kong...so takkan tiap-tiap bulan aku nak travel kan...lain lah kalau jenis kerja sendiri..buat business berniaga pakaian ker...boleh lah tiap-tiap bulan travel tanpa perlu memohon cuti rehat kan...tak gitu...ehehehe

NUFFNANG