Showing posts with label JetStar Airline. Show all posts
Showing posts with label JetStar Airline. Show all posts

Monday, 12 November 2012

JetStar Airlines : Cheap Flight

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca semua....

Apa khabar semua...aku doakan semua sihat lah yer...kalau badan sakit-sakit semua kerja tak menjadi..selera makan pun makin berkurang..selera untuk pergi melancong pun tak ada kan..melancong lagi..tak habis-habis cakap pasal melancong kan..Yo lah..dah blog namanya Jari Manis Travel..mestilah cerita pasal travel jer...ehehehe

Aku harap agar semua pembaca enjoy yer bila baca setiap entri aku ni..aku suka nak berkongsi info dan maklumat kepada semua pembaca walaupun sedikit..bukan apa..waktu muda-muda dulu berangan nak jadi cikgu..suka nak mengajar...suka nak bagi maklumat sebab aku suka membaca dan mencari info..at last..itu hanya angan-angan kerana bukan lagi cikgu tapi cikgi...hihihhi. kalau korang suka membaca blog aku ni boleh jer war-warkan kepada kawan sebagai panduan untuk dorang..no problem..apa yang baik jadikan panduan..

Siapa pernah dengar pasal JetStar Airlines..aku dulu pun buta huruf jugak..ehehe...tak tahu menahu pasal syarikat penerbangan ni...sejak dua menjak ni jer baru aku berjinak-jinak mengenali syarikat penerbangan yang ada kat Malaysia ni ha..Kita kan familiar dengan MAS dan AirAsia sahaja kan. JeStar juga merupakan salah sebuah syarikat penerbangan tambang murah tapi tak semurah AirAsia yang selalu sahaja buat sale kan. Kiranya JetStar boleh dijadikan sebagai pilihan ke dua selepas AirAsia sekiranya ingin terbang ke destinasi yang tidak di tawarkan oleh AirAsia dengan harga yang agak murah sedikit berbanding Malaysia Airlines.

Kepada yang belum biasa atau pernah membuat tempahan tiket melalui syarikat penerbangan seperti yang aku nyatakan di atas..boleh klik link di bawah.

Malaysia Airlines  : klik SINI (http://www.malaysiaairlines.com.my/splash/index.html)
Air Asia : Klik SINI (http://www.airasia.com)
JetStar : Klik SINI (http://www.jetstar.com) untuk mendapatkan maklumat lanjut

JetStar Airlines
JetStar Detination

Laluan penerbangan JetStar dari Kuala Lumpur merangkumi negara-negara seperti Australia, New Zealand, Singapore, Philipines, Cambodia,Taiwan, Thailand, USA, Vietnam, China, Fiji, Hong Kong, Macau, Japan dan Indonesia.

Kiranya bagi destinasi yang tidak di tawarkan oleh AirAsia untuk terbang ke New Zealand, JetStar menjadi pilihan tetapi perlu transit di Singapore. JetStar adalah penerbangan altenatif sekiranya korang tidak memilih untuk terbang dengan MAS.

From Kuala Lumpur (KLIA Main Terminal) to New Zealand depart at (Auckland, Christchurch dan Wellington) .

Kesimpulan nya kepada sesiapa yang ingin terbang ke New Zealand boleh juga menggunakan perkhidmatan JetStar Airlines.....buatlah pilihan bijak dan value for money.

Sekian dahulu untuk hari ini...wasalam...

NUFFNANG