Showing posts with label Panduan - Hotel Booking. Show all posts
Showing posts with label Panduan - Hotel Booking. Show all posts

Wednesday, 29 January 2014

Agoda.com VERSUS Booking.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua reader yang budiman tu,


"Hai!!..I'm back..semalam di Kemboja...hari ni di Malaysia..hee"

Hari ni JM ingin berkongsi sedikit panduan dan tips semasa membuat tempahan hotel. Kepada mereka yang biasa travel ke sana ke mari, isu tempahan hotel ni bukan lagi menjadi masalah yang besar kan. Kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia travel boleh rujuk sini.

Perkara pertama yang perlu di fikirkan selepas beli tiket flight adalah tempat penginapan destinasi yang di tuju. Sebelum tempahan di buat perlu buat survey dari segi lokasi, harga dan dapatkan info sepenuhnya daripada forum, tripadvisor dan pendapat kawan-kawan yang pernah menginap di sana agar percutian lebih bermakna.

Kepada mereka yang kerap travel ke luar negara salah satu cara membuat tempahan bilik hotel adalah melalui  agoda.com , booking.com  atau  hotelscombined kan...betul tak..ke ada website lain yan boleh di gunakan, jika ada boleh kongsi ngan JM ye. Bagi hotel yang mempunyai laman web sendiri boleh terus booking melalui laman web tersebut. Jika kurang budget boleh tempah hostel melalui  hostelworld  atau hostelbookers .

NUFFNANG