Kepada wanita muslim di luar sana yang ingin menunaikan Umrah pada tahun ini atau pada tahun-tahun seterusnya, di sini aku kongsikan syarat terbaru dari Kedutaan Arab Saudi berkenaan permohonan Visa UMRAH yang telah di edarkan kepada semua travel agen di Malaysia. Syarat ini telah di SAHKAN benar oleh Pihak Pengurusan Syarikat Andalusia sendiri.
Apa motif kerajaan Arab Saudi berbuat demikian...aku tiada jawapan.
Semua orang sedia maklum, apabila di sebut sahaja Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd mesti berkaitan perkhidmatan pakej UMRAH yang disediakan. Ini terbukti Syarikat Andalusia terkenal di kalangan masyarakat Malaysia.
Seperti juga aku, aku telah berhasrat untuk menunaikan Umrah pada tahun ini selepas duit yang di perlukan telah mencukupi tetapi apa kan daya..Impian hanya tinggal impian.
Sila baca peraturan di bawah dengan teliti.
PENGUMUMAN : PERATURAN PERMOHONAN VISA
Semua jemaah WANITA yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah LELAKI yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan VISA UMRAH TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan di LULUSKAN Visa Umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi
Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-
1. Suami - Surat Nikah;
2. Bapa Kandung - Surat Beranak;
3. Adik beradik lelaki kandung - Surat Beranak;
4. Bapa saudara kandung - surat beranak wanita, surat beranak ibu/bapa dan surat beranak bapa saudara
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/bapa
Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan VISA UMRAH sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.
Pengumuman berkenaan PERATURAN PERMOHONAN VISA boleh di baca dari url ini : http://www.andalusia2u.com/
Arahan Pengurusan,
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Tel No : 03-9283 1588