I'm back!!!!.....Masuk je ofis ada bengkel selama 10 hari....sepuloh hari you ouls...tak berasap kepala den ni ha...minggu ni dan minggu depan...fengsan...tak sempat nak mengadap pc nak celoteh kat dalam blog ni, so dek kerana tak boleh nak menahan diri untuk baca dan komen blog kawan-kawan tu, Jm curi-curi baca guna Samsung TAB.
MESTI semua rakan Jm dah tak sabar-sabar nak lihat rupa James Bond yang Jm jumpa di James Bond Island tempoh hari kan...ahahahaha...JB celup je tu..kepada mereka yang nak lihat perlu tunggu sehingga Jm habiskan dulu story percutian ke Cambodia...kemudian baru Jm sambung story percutian ke
Krabi dan
Phuket Thailand...boleh macam tu?
OLEH kerana percutian ke Siem Reap berlaku pada bulan Januari yang lepas, Jm terpaksa bukak semula buku catatan sebelum membuat sambungan cerita ni. Ok..masih lagi kisah percutian pada hari pertama di SR..apa?..hari pertama pun belum habis strory lagi...bulan berapa pulak nak sambung kisah percutian ke Thai Land ni...ahahahaa..sabor ye yeop.
Okeyy...let's go ikut Jm memburu Sunset di
Tasik Ton Le Sap.
 |
| Gambar dari kamera Lumix jadi hasilnya kurang Inzal - leh tak guna term ni Abang Meng |
Selepas balik dari National Museum ke hotel pada jam 12.00 tenghari, Salim berjanji akan jemput kami semula pada jam 3.00 petang untuk ke Tasik Ton Le Sap. Aktiviti utama adalah untuk menembak sunset dan aktiviti sampingan nak lihat kehidupan harian penduduk SR di Floating Village.
Seperti di janjikan, jam 3.00 petang kami turun ke lobi dan Salim telah sedia menunggu dengan penuh sabar. Ingat tak, Jm pernah hebahkan sebelum ini bahawa cuaca pada bulan Januari amat nyaman kiranya walaupun panas tapi tidak berpeluh.
Tempoh perjalanan ke Tasik Ton Le Sap dari Rithy Rine Angkor Hotel mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan keadaan sebahagian jalan yang tidak bertar dan berhabuk serta selari dengan kelajuan tuk tuk. Sepanjang perjalanan kami di hidangi dengan rumah-rumah penduduk di sepanjang jalan raya yang tidak berpintu, agak usang, kecil dan berdindngkan buluh dan bertiang tinggi bagi mengelakkan banjir apabila musim hujan.
Jm kongsi sedikit gambar sebagai gambaran kepada keadaan yang di maksudkan tu. Salim singgah sebentar di stesen minyak untuk mengisi minyak tuk tuk.
 |
| Beginilah keadaan dan rupa stesen minyak di Siem Riep |
Perjalanan di teruskan lagi dan get ready memakai mask.
 |
| Salim mebawa tuk tuk dengan berhemah dan setiap kali terkena bonggol kerana jalan tidak rata beliau akan minta maaf..sorry...sory...tergelak je kami |
 |
| Beginilah keadaan rumah yang Jm maksudkan tu |
Dalam pada tu terpandang lah sesuatu yang menarik perhatian tapi tak sempat nak ambil gambar, pastu minta Salim pusing semula tuk tuk semata-mata nak ambik gambar tu. Nak tahu apa yang menarik perhatian kami!!!!!
 |
| Sorry makcik...kami ambil gambar dengan sengaja |
Akhirnya kami sampai tempat yang di tuju iaitu Pier untuk naik bot ke Tasik Ton Le Sap.
 |
| Dari jauh dah nampak tasik tu...jalan memang tidak ber tar |
Sebaik sampai sahaja, terus ke kaunter untuk beli tiket sekali harga
USD20 per person..WHAT!!!! mahal tu...seingat Jm pernah baca blog kawan-kawan sebelum ni lebih kurang USD15 and below, so kami tak terus beli but Jm discuss sekejap ngan kawan. Jm cakap pada kawan, mahal tu USD20 kalau dalam RM almost RM60++ tu...macam tak berbaloi je dan kawan pun sama pendapat. Pastu you oul nak tahu apa yang Jm buat...ehehehe...
Terus...terus pergi mengadu ngan Salim sambil buat muka sedih (perlu pandai berlakon sikit time ni).
JM :
Salim (panggil dengan manja ahahaahha) mahal lah harga tiket tu USD20 kalau boleh dapat USD15 ke ok jugak. Kalau mahal cam tu kami tak jadi lah ber sunset kat sana...rasa tak berbaloi
Salim :
Oh..ye...meh sini kita buat pandai...dia suruh follow pegi tempat tersembunyi sikit di balik tiang pastu dia cakap biar saya yang tolong belikan tiket. Kalau orang local leh dapat harga tu...tak pasti harga berapa Salim dapat tapi yang pasti kami masing-masing bagi kepada Salim USD15
Kami tunggu dengan penuh sabar di sebalik tiang tu, kemudian Salim datang bersama tiket...Yahhooo...kami senyum riang kerana dapat harga tiket murah. Terdetik pulak dalam hati Jm..kalau lah cakap USD10 je...agak-agak boleh dapat tak ek?
 |
| Semasa kami sampai baru sahaja satu group dah naik bot..so tinggal kami berdua dalam sbuah bot..mmg privacy lah |
Sebelum kami naik bot tadi, Salim dah pesan...nanti jika dorang minta beli beras untuk sedekah kepada komuniti yang ada kat situ jangan beli, then kami tanya kenapa...beliau cakap naik ke darat nanti dia bagi tahu so kami follow tanpa banyak soal.
Rupanya setiap bot di sediakan seorang tour guide dan 2 orang yang akan kemudi bot tu nanti. Kami di temani oleh seorang anak muda bernama Kord dan masih belajar di sekolah tinggi di bandar SR. Beliau kerja sambilan sebagai tour guide untuk menampung kos pembelajaran dan beliau tinggal bersama nenek.
Beliau memulakan bicara tanpa perlu di minta dan menceritakan sejarah SR, kehidupan harian penduduk di Floating Village, bagaimana penduduk mencari rezeki setiap hari dan keadaan rumah terapung yang akan sentiasa berubah kedudukan setiap kali banjir dan setiap kali air surut. Jika nak tahu apa yang di kongsikan bersama kami Jm pun dah lupa so perlu datang sendiri ye heheeh.
 |
| Inilah Kord yang Jm maksudkan tu - selaku tour guide kami |
Mari ikut JM kita lihat apa yang ada di sekitar tasik Ton Le Sap ni.
 |
| Antara bot pelancong ke Floating Village |
 |
| Floating Village |
Kemudian kami dibawa untuk melihat keadaan sekolah anak-anak penduduk di sini dan semua bekalan makanan serta beras adalah ihsan dan sumbangan dari pelancong katanya. Pelancong yang ingin menderma boleh membeli barang keperluan seperti beras di pusat komuniti seperti gambar di bawah.
 |
| Ini adalah suasana dan keadan sekolah di sini...nampak tidak seperti sekolah tetapi lebih kepada rumah kebajikan |
 |
| Ini adalah pusat komuniti, kepada mereka yang ingin menderama boleh beli beras dan hantar ke sekolah tadi |
Kord ada bertanya kepada kami sama ada nak beli ke tak beras di pusat komuniti tu, tapi di sebabkan Salim dah pesan kepada kami, so kami batalkan hasrat tu maybe ada kisah di sebaliknya. Perjalanan di teruskan ke kedai souviner untuk melihat sangkar ikan dan buaya. Di kawasan ini kanak-kanak bermain dengan ular itu biasa dan jika nak bergambar perlu bayar USD1. Kord menceritakan ramai kanak-kanak di sini tidak bersekolah kerana ibu bapa mereka paksa untuk keluar bekerja dan duit yang di terima akan di gunakan untuk berjudi atau minum minuman keras.
 |
| Kedai souviner dan sankar peliharaan ikan dan buaya |
 |
| Kanak-kanak di sini dah biasa dengan air dan boleh lompat dari satu perahu ke perahu yang lain, ada yang merayu-rayu minta sedekah dari pelancong |
 |
| Ini pulak adalah port untuk menebak sunse |
Hari semakin petang, matahari mula menghilangkan diri dan saat-saat yang kami tunggu telah tiba. Kami tidak bercadang untuk tembak sunset di port yang disediakan, just tembak dari atas bot sahaja.
 |
| Cantik sungguh ciptaan Allah |
Kami mula bergerak menuju ke jeti sambil menikmati keindahan sunset.
 |
| Sunset mula menghilangkan diri |
 |
| Jeti untuk ke Tasik Ton Le Sap |
Jika ada orang bertanya kepada Jm berbaloi tak bayar USD20 (kalau beli tiket sendiri/foreigner) untuk menembak sunset, bagi Jm memang tidak berbaloi dengan harganya kerana gambar sunset boleh je ambil dari jeti kerana view dari sini juga cantik dengan warna langit yang kuning ke orengan (boleh ke ayat ni) belasah je hahahaah.
Setiba di jeti kami tanya pada SAlim kenapa tidak benarkan beli beras di komuniti tu, then Salim cakap selepas kita beli beras tu dorang akan hantar ke sekolah tadi, kemudian apabila seua pelancong dah balik, semua beras tadi akan di pulangkan semula ke pusat komuniti tu. Oh!!...begitu rupanya.
On the way balik ke bandar SR kami singgah di kampung berhampiran untuk solat maghrib. Terdapat sebuah masjid yang di dirikan hasil derma dari seorang dermawan dari Malaysia. Rakan blogger DJ juga pernah solat disini. Kami di sambut dengan mesra sekali oleh jemaah masjid dan ketika ini Jm dapat 'cuti'.
 |
| Masjid semasa kami on the way untuk ke Tasik Ton Le Sap |
 |
| Singgah solat di sini semasa on the way balik ke bandar Siem Reap |
Sampai sahaja di bandar SR kami singgah di
Old Market untuk melihat barang-barang atau ole-ole yang boleh di beli. Seperti biasa di sini banyak kedai so survey dahulu harga setiap kedai tu kerana harga totally different. Masih belum puas sebenarnya shopping di sini so kami akan datang lagi sebelum ke Phnom Penh.
 |
| Pelbagai jenis pakaian dan alas meja di jual di sini. FM juga murah |
 |
| Kami beli table colth di kedai ni kerana harga murah berbanding kedai-kedai lain |
Selesai sudah aktiviti kami pada hari pertama di SR dan nantikan percutian yang lebih menarik pada hari kedua nanti.
Salam sayang dari JM....bye!!!