Wednesday, 28 November 2018

Persediaan Trip ke Guangzhou China Nov 2018

Assalamulaikum dan salam sayang buat semua pembaca blog JM 💕,

Bismillahirrohmanirrohim

Five Rams Statue antara icon di Yuexiu Park, Guangzhou..ce kira berapa ekor RAMS..hahahaha
Meh sini JM nak kongsi RAHSIA dengan korang hihih. JM mula minat travel ni selepas join trip rombongan ke Beijing, China tahun 2010. Kawan satu kelas waktu study kat UKM dulu tanya “Nak join trip ke Beijing tak?"pakej RM1,000 je all in bawak duit shopping je untuk perjalanan 8 hari 7 mlm ke kalau tak salah. Terus la setuju sebab inilah peluang pertama kali nak travel oversea.

Saturday, 17 November 2018

Double Tripple Surprise on My Birth Day!!!!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Masih ada yang sudi baca blog rerupis ni tak? hihihih

Lama betul tak up entri baru....last update pun bulan April!!! sekarang dah masuk bulan November..almost 7 month..kalau mengandung dah boleh beranak hahahaha.

Bukan tak ada cerita travel nak share...cerita trip ke Hanoi, Danang, Hoi An, Medan dan New Zealand masih belum draft...bukan tak ada masa nak taip tetapi MALAS...😅

Entri kali ni tak nak cerita pasal travel tapi nak share moment-moment yang boleh buat jantung JM jatuh ke lantai, lemah lutut dan saya nak pitam hahaha.

Tarikh 17 November merupakan tarikh istimewa buat JM...it's my BIRTH day...dilahirkan pada hari Rabu jam 7.30 pagi.

Malam tadi jam tepat 12.02am, sedang lena tidur JM terjaga terdengar bunyi message Whatsapp. Terus bangun bukak lampu..tengok voice message dari SS. Bila play..ada suara menyanyi "Happy Birtday to you!!!! Happy Birthday to you!!!! Happy Birthday to you!!!!Happy Birtday to you!!!!!!

Aduhhh...surprise uolsss...JM tak sangka plak dia nak wish awal pagi tu....tersenyum sampai ke telinga heeee. Pastu HH dan SS buat video call gelak-gelak usik JM tanya dah tidur ke belum...serious surprise tak jangka dorang nak wish awal pagi tu. Ingat semua dah tidur.

Pagi tadi lebih kurang jam 7.00am SS cakap la nak balik kampung nak ambik barang, so JM pun ok la....cakap kat dia hati-hati memandu, kirim salam kat kakak. Dalam jam 8.00pagi macam dia message nak singgah tempat makan untuk breakfast.

Hari ni plak JM memang kat rumah je, bangun seleaps subuh tu kemas rumah, cuci baju, vacum rumah, mop lantai. Meang tak keluar sebab SS pesan hari ni awak jangan ke mana-mana so JM ikut jek cakap dia. Rupanya ada sebab dia tak kasi JM keluar..nak tahu kenapa?

SECOND Surprise!!!!

Thursday, 19 April 2018

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Morib

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 👄,


FFFuuuhhhhhhhhhhh...lama betul JM tak update blog. Jeles tengok SS, selang 2 hari mesti ada entri baru. "Itew jeles arr dengan SS...dia rajin..itew tak ada idea nak tulis 😀"

Tengok-tengok last entri 19 Mac..adeh..almost sebulan tak ada entri baru..mesti ramai tertunggu-tunggu jek entri baru JM kan ahaksss...jeling SS dan Mak...ehhh...Mak...JM pun dah lama tak skodeng blog Mak dan rakan-rakan blogger yang komen kat sini...adeh!!!!!!

Ntah macam mana malam ni terasa nak kongsi rumah penginapan yang JM stay bersama SS dan HH hari tu. Ada lah borak dengan SS, dia cakap ramai yang komen kat blog dia..dorang cakap susah tau nak booking rumah peranginan ni..ada tu setahun sebelum dah tempah, ada yang cuba tempah..tapi 'fully book'. 

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) - Hanya kakitangan kerajaan sahaja yang layak membuat tempahan
Lain pulak kes nya dengan JM...alhamdulillah buat masa ni, JM dah tempat rumah RPP di Morib, Cameron Highland dan Bukit Fraser tak perlu tunggu lama..bila buka je tarikh untuk tempat terus JM cari tarikh..ada tu dah lama tarikh tempahan tu di buka..lagi sebulan nak stay..hari ni tempah esok check dah LULUS..memang rezeki kami lah kan.

Monday, 19 March 2018

Persediaan Trip Ke New Zealand 2017 – Bekalan Makanan


Jay Emm oooo Jay Emmm...pe nak jadi dengan ko ni..orang lain nak tulis blog..nko pun nak..enti baru mana..entri baru? 😅

Tak ada entri baru...blog walking pun dah kurang...adehlaaa

Pejam pejam celik..ehh..mana entri baru ni...hari tu bukan main lagi cakap 'nak rajin update blog..kalau boleh paling kurang 4 entri...ciss..hangat-hangat tahi fefen jek hihihih.

Setiap minggu SS mesti tanya "Bila nak up entri baru" adehlaaa...tak ada idea nak taip tapi entri nak update tu banyak....SS selalu pesan...upload dulu gambar pastu taip la sikit-sikit, entri tak panjang pun x pe janji ada entri...

JM nak sambung entri Trip ke New Zealand...entri sebelum ni boleh korek kat sini Harga Tiket Flight ke New Zealand

Bila dah dapat tiket flight, banyak persediaan perlu buat..

1. Senaraikan tempat-tempat yang akan dikunjungi dan Scenic Lookup
2. Dapatkan MAP New Zealand
3. Sediakan full itirenary
4. Buat tempahan tempat penginapan
5. Booking tiket flight dari Auckland ke Christchurch
6. Booking kereta sewa
7. Buat senarai semak item yang akan dibawa..jumlah tshirt, seluar, stoking, tudung, toiletories, winter coat dan barang-barang berkaitan
8. Senaraikan barang makanan yang akan dibawa

So untuk entri ni, JM nak kongsi barang-barang makanan yang kami bawa sepanjang trip ke NZ.

Bila dah ada bekalan makanan, boleh cari tempat rehat untuk berkelah
Nampak tak...nasi, sambal telur dan timun...sedap gilak! timun tu manis dan fresh jauh beza rasanya dari timun kat Malaysia
Walaupun berada jauh dari Malaysia, tetap boleh makan nasi..macam mana tu?

NUFFNANG