Assalam dan salam sayang buat reader blog JM 💖
Sambungan dari entri Departure Day
Masih ada yang berminat nak baca lagi tak kisah trip ke Guangzhou..moh kita sambung!
Selepas almost 1 jam dari South Airport Station (10.25am) ke Beijing Lu Station (11.20am) kami pun sampai di...
***Sunny Private Apartment Hotel Of Grand Continental!!!!***
Kalau baca lagi sekali nama hotel ni macam pelik jek bunyi nya..Sunny Apartment Hotel ke..Grand Continental Hotel?
Lokasi hotel : Beijing Lu Station Exit B
Bab tempah hotel/penginapan ni SS dan HH memang pakar..dorang bijak cari lokasi dan harga. Itu yang menjadi keutamaan dan paling penting bilik hotel tu boleh stay untuk 3 orang. Kalau travel bertiga ni agak susah tau nak dapat bilik katil bertiga kebanyakan nya twin sharing kalau nak juga kena minta extra bed.
Dorang booking kat booking.com untuk 5 mlm 1,392.08yuan (RM841.52) means satu mlm anggaran RM168. Kalau dah stay bertiga setiap sorang bayar RM56.00 sahaja untuk satu malam..MURAH ke MAHAL?
Cara nak ke sini mudah sahaja :
1. Take a Metro Line 6
2. Stop at Beijing Lu Station
3. Exit B
4. Turn RIGHT and Cross the ROAD
Nak lebih jelas lagi JM share lokasi hotel tu seperti MAP di bawah. Kalau tak lukis map macam ni mesti tak tahu nak tuju arah ke kiri or kanan kan, so JM share bagi mudahkan rujukan trip akan datang dan juga mudahkan traveller lain yang berminat nak stay kat sini.
![]() |
| Map lokasi Sunny Private Apartment Hotel of Grand Continental |
