Saturday, 17 October 2020

Apa??? Great Progress???

 Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat di alam maya 💖


Apa khabar sahabat-sahabat blogger JM semua...sihat ke? musim covid ni sila patuh SOP ye..

Ada yang masih ingat pada JM tak???? hihihi

After 6 month silent..today..JM is back hahah...pastu SILENT balik hahaah

Masya Allah...masya Allah..masya Allah..lama betul JM tak tengok blog...nak baca blog kawan-kawan pun tak sempat, nak reply komen kawan-kawan pun tak sempat...sibuk sangat. Tapi JM tak pernah lupakan korang semua tau 😄

Hari ni ada masa free JM cuba la log-in blogger dashboard...jadi blur sekejap..semua features dan menu dah lain..nampak sangat lama tak check blogger.com..ye lah last update bulan April..skarang dah bulan Oktober...6 bulan dah berlalu..Allah...

Sebenarnya dalam tempoh 6 bulan yang lalu..JM sibuk sangat..hhihi..sibuk buat apa? adalaaaaa...

Ni pun masih lagi banyak benda nak prepare tapi bila tengok ada komen-komen baru masuk dari kawan-kawan blogger, then JM pun rajin-rajinkan diri bukak blogger.com ni. Sejak Covid-19 menular kat Malaysia ni, dengan bilangan kes affected yang semakin meningkat setiap hari..cecah 3 digit..beratus setiap hari..takut pulak rasa nak keluar rumah. Pergi MELANCONG??? memang dah tak ada salam kamus buat masa ni selagi Covid masih menyerang seluruh dunia. Kita melancong dalam negeri jek.

Tapi bukan itu yang JM nak share dalam entri ni..nak cite pasal lain sebenarnya heeee

Baru baru ni pada 14 Oktober 2020, JM ada teima email dari Google Adsense tau...September report: your revenue grew by 59%. Great progress! katanya!!! katanya..terkojut la mak! 

Great Progress from Google Adsense

Monday, 27 April 2020

PKP - Perintah Kawalan Pergerakan (Covid -19)

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat reader 😗




PKP Perintah Kawalan Pergerakan



Lama betul tak update entri...bulan Mac tak ada entri langsung sedangkan banyak masa free kat rumah...kemasalan betul!

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat semua umat Islam. Kita mula berpuasa pada 24 April 2020 dan ada kemungkinan tak kita sambut raya pun dalam tempoh PKP?

Tujuan JM tulis entri ni sebagai kenangan dan memori bagi tahun 2020. Bila eh kita start PKP kerana Covid -19 ni..18 Mac 2020  - 12 Mei 2020 (ni ada kemungkinan sambung lagi tak?)

JM bukan orang yang arif yang cakap pasal Covid-19...semua rakyat seluruh dunia tahu, bila sebut je Covid-19 ni semua orang faham CUMA masih lagi yang ingkar perintah PKP. Mereka bukan tak faham kenapa perlu PKP dan #StayAtHome..bukan susah pun nak Stay At Home tapi entah..ada je yang degil sampai kena denda bayar beratus ada yang kena bayar sampai beribu kerana langgar perintah. Paling kelakar tu kena bayar denda RM800 kerana nak hantar kek batik buat kekasih..adehla..macam-macam.

Jadi dalam tempoh PKP ni, tolong la kurangkan pergerakan, tolong ikut arahan pihak berkuasa, jangan kerana kita boleh menyumpang kepada penyebaran wabak. Jangan sampai jadi seperti di Amerika Syarikat, jumlah mangsa terkena wabak Covid-19 hampir cecah 1 juta!

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni..bersama-samalah kita berdoa agak wabak Covid-19 semakin berkurang, jumlah kematian, jumlah mangsa baru dan jumlah pesakit yang di jangkiti Virus ini berkurang dan mohon supaya hilang terus wabak ni supaya kita dapat melaksanakan aktiviti harian dengan lebih bebas dan sempurna. 

Kepada sahabat-sahabat yang baca entri ni..sudi-sudilah share apa aktiviti korang sepanjang PKP ni :-)

Salam Ramadhan buat semua dan selamat berpuasa 😍

Terima kasih kepada yang masih sudi berkunjung di blog JM..
JM cuba balas kunjungan ye...

Friday, 28 February 2020

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!!! Cisssss!! apa la ko ni JM ahahahah....marah diri sendirik!! Adeh! Sibokkkkkkkkkkkk!  ye ke sibok ke jadi penyebok hahah..nak blogwalking pun tak sempat..Macam mana nak jana income melalui blog ni..nak update blog pun malas..Issskkkk!

ADAKAH KERANA FAKTOR USIA...makin berusia ni makin malas pulak nak menulis. Seronok tengok blog kawan-kawan sentiasa ada cerita baru..

Hari ni mood JM rajin sikit so nak sambung journey story di Guangzhou China. Sambungan dari entri Baiyun & Leather Market

Sebut pasal China ni..satu dunia tahu pasal penderitaan rakyat China yang perlu berdepan dengan serangan Corona Virus atau Covid19 yang mana virus tersebut mula merebak ke beberapa buah negara lain termasuk Malaysia. Bila China dapat serangan 'seperti' ni, ekonomi negara secara tidak langsung amat terjejas begitu juga sektor pelancongan. Tiket penerbangna dijual dengan harga murah tetap tidak mendapat sambutan..tidak berani untuk menempah maut. Duduk la diam-diam kat rumah.

Semoga apa yang terjadi menjadi iktibar, pengajaran dan peringatan kepada semua dan ia adalah 'teguran' bagi mereka yang BERFIKIR. Hanya mampu berdoa agar 'serangan' ini dapat dipulihkan dengan cepat dan semoga wujud kesedaran dikalangan penduduk dunia atas apa yang berlaku itu adalah 'peringatan' dari yang Maha Agung terutama bagi yang beragama Islam.

Jom sambung story trip di Guangzhou

Guangzhou Cultural Park

Tourist Map Of Guangzhou Cultural Park

Monday, 13 January 2020

Tulis BLOG dapat DUIT????

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Tulis BLOG dapat DUIT???? Siapa yang tak nak DUIT???? Betul tak? sebut je DUIT, MONEY..semua orang NAK??? Ada pelbagai cara nak dapat duit..TAPI dengan cara yang betul la..jangan pulak mencuri, merompak..NO..BIG No!!!

Beberapa hari lepas, JM ada baca blog Mak entri ni Pertama kali dapat duit dari Iklan Google Adsense. Sebenarnya JM dah lama tahu tau pasal Iklan google Adsense ni, tetapi dari bacaan JM sebelum ni, agak susah nak dapat kelulusan tau. Ada orang setahun berkali-kali apply tak APPROVED dan ada yang JM baca, kali ke-5 apply baru approved..means susah jugak nak dapat kelulusan tau. So JM pun malas nak cuba sebab blog JM ni pun sendu, update entri pun sebulan sekali paling banyak pun 4 entri sebulan.

Selepas baca entri dari blogger Mak tu, beliau share hasil dari Iklan Google AdSense, JM rasa tertarik nak mencuba. JM pun bacalah cara nak mendaftar Google Adsense ni. Boleh baca kat link ni Cara Mendaftar Google Adsense

Korang follow jek cara mendaftar tu, mudah je..pastu nanti dalam tempoh 48 jam pihak Google Adsense akan respond melalui email sama ada permohonan tu LULUS atau TIDAK. JM pun kurang pasti apakah CIRI-CIRI atau KRITERIA untuk dapat KELULUSAN tau, JM just cuba nasib je..suka-suka..kalau APPROVED alhamdulillah kalau tak berjaya cuba lagi.

KORANG NAK TAHU LULUS ke TAK????

NUFFNANG