Wednesday 9 January 2013

Hebahan terkini : Umrah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua kawan2,

Hari ini aku amat sedih selepas mendapat berita bahawa kepada semua wanita muslim bujang yang berumur 45 tahun ke bawah dan berhasrat untuk pergi menunaikan UMRAH, kerajaan ARAB SAUDI telah mensyaratkan supaya pergi bersama MAHRAM (suami atau ayah atau saudara lelaki, atau datuk).

Ini bermakna tiada lagi istilah TUMPANG MAHRAM seperti sebelum ini. Notis ini telah diedarkan kepada semua agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan pakej UMRAH.

Kepada wanita muslim yang berumur 45 tahun dan ke atas boleh menggunakan perkhidmatan TUMPANG MAHRAM atau Woman Group.

Arghh..kenapa aku sedih?..iyolah..aku memang berhasrat untuk pergi menunaikan UMRAH..aku ni masih bujang....nak bawak ayah..ayah pulak kurang sihat..nak bawak adik lelaki..mesti berumur genap 18 tahun....

Jadi kepada wanita-wanita muslim di luar sana yang berhasrat untuk pergi menunaikan UMRAH sila pergi bersama MAHRAM jika tidak permohonan akan ditolak.

Sekian dahulu untuk perkongsian bersama ...arghh...sedih...hhuhuhhuu

26 comments:

  1. confrm ne JM? err, ada surat atau sebagainya?? kalau macam tu, err tak tahulah nak kata apa..sedih dan kecewa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyerr..CONFIRM..sygku Zilla...eheeheh...ada surat yang dikeluarkan...huhuhuh..rupanya ada pro and cons jgk kalau idup bujang ni eh..

      Delete
    2. Hai JM. apa susahnya dengan syarat baru kerajaan Arab Saudi tu, Buat saja satu group untuk pergi umrah dan bagi mana-mana yang tak ada mahram carikankan calun dan kahwinkan sebelum kemukakan permohonan VISA. Tentu di antara orang minat pergi tu kalau pun tidak bujang, tapi masih ada kosongnya. Mudah-mudahan bila sampai di Mekah dan doa supaya bahagia walaupun asal untuk tujuan MAHRAM saja. (BUKAN mutaah ya)
      Eloklah cik JM buat group umrah backpacker yang di anggarkan perbelanjaan bawah 4k dengan penguran LA di Mekah di uruskan oleh agensi pengendali UMRAH.

      Satu cadangan dan jika baik boleh di gunapakai.

      Delete
  2. ala, frustnya.. mmg ada plan nk g jgk.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ker...kalau mcm tu..kena tunggu kahwin dulu atau pergi bersama mahram yer.. :-)

      Delete
  3. baru tau info ni...dulu tau boleh tumpang mahram je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a...Hani..mulai tahun 2013..arghh..sedih :(
      sblum ni boleh jerr...tumpang mahram

      Delete
  4. aduhh kemang setaman jadinya, tiba2 org panggil syg :D

    bukan apa JM, saya baru aje register alih2 dapat info ini, mau tak frust huhuhu..hopefully, adalah rezeki utk ke sana sebelum mata tertutup rapat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes dear..hihihhi...ohh..dh register eh..coba call travel agent tu for confirmation..JM dah call Andalusia tadi for confirmation...In Shaa Allah..perkara baik Allah akan permudahkan..Aminnn

      Delete
  5. Eh, kalau yg dah daftar dr thn lepas mcm mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norh..kalau daftar tahun lepas tapi nak pergi thn ni..permohonan Visa tidak akan di luluskan oleh kedutaan Arab Saudi..nanti saya masukkan dalam entri seterusnya ehh..

      Delete
  6. Erk nayo la kat sapo2 yang takdok mahram tu.
    Sbb apa dia tetap syarat lagu ni? :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer dekdaa...dh tak boleh skrg ni..kwn yg nak pergi sama2 tu nangis tak berlagu..entah lah kenapa dorang tetapkan syarat macam tu..huhhu

      Delete
  7. eh, yeke? tak pe, mungkin lebih baik untuk perempuan below 45yrs old untuk pergi ngn saudara lelaki... untuk kebaikan... fikir positif ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a Zette..ada betulnyer tue..cuma bagi yg beriya nak pergi..pastu tiada mahram samaada saudara lelaki, ayah, abang atau adik terpaksa tangguhkan dulu hasrat mereka. Maybe ada hikmah di sebaliknya kan..hmm..think +ve gak wlupun jauh di sudut hati keciwa :-)

      Delete
  8. saya pun sama,dah booking taun lepas,dah tau flight,tup2 dpt berita mcm ni
    harap lar kedutaan arab saudi lepaskan yg dah booking tahun lepas tu,Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMU ini/kami semua.

    ReplyDelete
  9. saya pun sama,dah booking taun lepas,dah tau flight,tup2 dpt berita mcm ni
    harap lar kedutaan arab saudi lepaskan yg dah booking tahun lepas tu,Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMU ini/kami semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha...ye ker...Aida..sy dh berjumpa sendiri ngan travel agen tu..dorang cakap...kalau dah lama booking pun..syarat tetap sama..Kedutaan Arab Saudi di Malaysia tidak akan meluluskan permohonan VISA..huhuh..ada gak try call travel agen lain..semua jawapan sama..FRUST sgt..pastu skrg tgh cari pakej nak melancong ke tempat lain..hhuhhu..kasihan kat kita kan..golongan yg tiada MAHARAM NI..

      Delete
  10. kena dapatkan mahram secepat mungkin lar ni..hehhehehhe..sama2 kita bermohon agar dipermudahkan jodoh n urusan kita ke tanah suci nanti yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheheh...In Sha Allah...Amin...kalau ada MAHRAM tak semestinya suami.Kalau suami x nk ikut boleh jer ajak adik atau abang atau mahram lain dengan syarat berumur 18 tahun ke atas begitu juga untuk perempuan bujang :-). Kalau tiada adik beradik kena ada suami le..itupun kalau suami nak ikut kan..huhuh

      Delete
  11. oh Ros baru tahu tentang ni.. tak ape, Ros doakan semoga dipermudahkan untuk Sis JM yang dah berniat nak ke sana. ..

    ReplyDelete
  12. semua org teringin nk kesana kan InsyaAllah pasti ada rezekinya satu hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul...terima kasih KopiO..semoga cita-cita dan impian sis JM tercapai kan aminnn

      Delete
  13. nasib baik dah nak dekat umur tu ... heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vee..really? JM tgk Vee dalam tengahan 30-an je...so perlu call u sis Vee lah ni ek hihihihi

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG