Hari ini aku amat sedih selepas mendapat berita bahawa kepada semua wanita muslim bujang yang berumur 45 tahun ke bawah dan berhasrat untuk pergi menunaikan UMRAH, kerajaan ARAB SAUDI telah mensyaratkan supaya pergi bersama MAHRAM (suami atau ayah atau saudara lelaki, atau datuk).
Ini bermakna tiada lagi istilah TUMPANG MAHRAM seperti sebelum ini. Notis ini telah diedarkan kepada semua agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan pakej UMRAH.
Kepada wanita muslim yang berumur 45 tahun dan ke atas boleh menggunakan perkhidmatan TUMPANG MAHRAM atau Woman Group.
Arghh..kenapa aku sedih?..iyolah..aku memang berhasrat untuk pergi menunaikan UMRAH..aku ni masih bujang....nak bawak ayah..ayah pulak kurang sihat..nak bawak adik lelaki..mesti berumur genap 18 tahun....
Jadi kepada wanita-wanita muslim di luar sana yang berhasrat untuk pergi menunaikan UMRAH sila pergi bersama MAHRAM jika tidak permohonan akan ditolak.
Sekian dahulu untuk perkongsian bersama ...arghh...sedih...hhuhuhhuu