Thursday, 28 February 2013

Air Asia : Booking

Assalamualaikum dan selamat sejahtera my frennnn,

Ada tak sesapa yang intai AirAsia website hari ni..JM kalau ada masa free..website ni lah jadi pilihan utama.

Journey to HatYai : part1

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my readersss....

"SAWADEEEKAAAA" ..ada sesapa rindu nak baca entri HatYai tak...heeeeeeeeee

Travel kali ni banyak betul dugaan dan drama....memula JM dapat surat blacklist sebab jadi penjamin kepada adik yang buat pinjaman MARA...dah settle bab tu..Pastu pada hari kami nak gerak ke HatYai..salah seorang kawan baru nak renew passport...pegi Imigresen dari pagi sehingga jam 4.00 petang..tetiba pegawai tu cakap sistem offline lah pulak..Cuak lah member JM sorang ni..mlm kang dah nak bertolak..passport tak renew lagi....duit dah tukar...takkan nak burn jer..

So JM suggest dia pergi kat UTC, Puduraya Central kerana perkhidmatan disediakan sehingga jam 10.00 malam. Alhamdulillah..urusan passport my friend selesai so sempat dia follow kami ke HatYai.. Let's go to HatYai..Sawadeekaaap..kap kung krap....meh makan karipap...hikssss

Friday, 22 February 2013

Keputusan dari MARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan blogger dan pembaca semua..

Sambungan dari entri yang lepas...

Terlebih dahulu JM nak ucapan perkataan ni....I Lovee u olllllllllss kepada rakan blogger sudi memberi komen yang penuh katan-kata semangat berkaitan kes nama JM kena blacklist from MARA.

MARA oh MARA...Majlis Amanah Rakyat...

Kepada sesiapa yang baca entri JM sebelum ni mesti tahu kenapa tiba-tiba keluar kisah MARA ni..bukan MARALINER ye tapi pinjaman MARA...ada ke yang sambung belajar tapi tak buat pinjaman MARA..ehehe..JM lah tu...JM guna duit sendiri (kerja sambilan selepas SPM)....yo lah..time JM belajar dulu kat UITM jer...masa tu belanja tak banyak..boleh survive lagik..kalau zaman sekarang ni..nak belajar perlu buat pinjaman..kalau tidak melalui MARA mesti ada yang melalui PTPTN kan.

Wednesday, 20 February 2013

Preparation to HatYai

Assamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ku sekalian,

HatYai....BEST tak?

3 Minggu sebelum bertolak my travel partner..aku mention nama korang kat sini eh..kasi glamour sikit..ehehe..Murni, Nida dan Ana....Murni selaku ketua rombongan katanya..ehehe..telah book hotel dan tiket..so aku just tranfer duit jer..

Sebelum membuat trip ke mana-mana tempat 2 perkara ni perlu di 'confirmkan' dulu Hotel dan Transportation.

Akhirnya percutian yang dirancang secara spontan like super spontan giteww :-) Percutian singkat selama 2H1M dengan menaiki keretapi bermula pada 22/02/2012 (Jumaat) jam 9.20 malam bergerak ke Hat Yai Station dan balik semula ke Malaysia pada  24/02/2013 (Ahad) jam 4.30 petang dan dijangka tiba di KL Central pada jam 5.30 pagi 25/03/2013 (Isnin).

Monday, 18 February 2013

RM0 AirAsia Sale

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kengkawan semua,

Apa khabar you alllsss semua...still happy go lucky kerww...jgn sedih2..jagan susah hati dan jangan stress-stress yer...hidup mesti enjoy walaupun banyak masalah...mari kita enjoy...hoyeee.....eheheeheh

Kenapa JM epi sangat hari ni..iyo lah semalam rakan blogger Azra an Orga ada mention berkenaan dengan RM0 ticket fee AA dan hanya perlu bayar tax and fuel jer...so JM pun ambil peluang tunggu nak 'hunting' tiket murah tu..memang dapat tapi tak beli pun kerana ..yer lah kalau travel period Mac - Julai kan...jadual JM dah padat sebenarnya..pastu pitih pun makin kurang...mana leh jalan banyak..nanti bos marah kerja tak siap asyik nak berjalan je katanya...huhuhu

Sale lagik...
Pastu bahagian sumber manusia mengeluarkan surat berkenaan Pembekuan Cuti Rehat Sempena Pilihanraya Umum ke -13, di mana permohonan cuti rehat semua pegawai dan kakitangan hendaklah dibekukan mulai hari pertama Parlimen Malaysia dibubarkan sehinga satu (1) minggu selepas pilihanraya diadakan....kepada semua kakitangan awam....arggghhhhhhhh..TENSION seketika...apa tidaknya..semua hotel di Guilin, Guangzhou dan Shenzen dah tempah....dah CONFIRM...kalau cuti tak lulus macam mana..takkan nak burn jer tiket flight ngan hotel booking tu...UWWwaaaaaaaaaa....*mood sedih*

Rakan-rakan blogger dan rakan pembaca tahu ker tarikh pilihanraya akan diadakan..khaborkan ke JM ni....risau JM tidak dapat pegi obersea nanti..huhuhu..kesian pada tuan hambo ni haaa...

Tak nak sedih-sedih..jom layan citer korea...eheheh

Annyeeonggggggggg...

Wednesday, 13 February 2013

Percutian tidak dirancang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua,

Lama JM tak update kan..korang rindu kat JM tak?..ehehe..perasan..yer lah..cuti raya cina kan panjang..so JM pun bercuti dari menulis ..cheewahh...

Tengahari tadi partner travel datang...dia tanya nak pergi Melbourne tak dalam bulan April atau Mei nanti..pastu JM jawab..I ok jer..tapi perlu check tiket dulu ada sale ke tak..sekali AA dan MAS memang tak ada sale.

JM cakap kita pegi China nak tak..Shanghai ker, Guilin ke ..mana-mana lah janji dapat tiket murah..kawan on jer..tapi banyak juga yang kami bualkan pro and cons..berapa hari..tempat mana nak pegi...Pastu aku call partner travel  lagi sorang..dia pun on jugak..so hasilnya....taraaaaaaa.....

Kuala Lumpur - Guilin
Hong Kong - Kuala Lumpur
JM rasa tak lah murah tiket ni kerana boleh dapat lagi murah..tapi kaki dah gatal nak travel punya pasal..so pasrah je ngan harga. Pasni ni sibuk lah nak siapkan iterenary.

Ticket fee
KL- Guilin : RM284
Hong Kong - KL : RM254.82
Total Cost : RM539 return

Suggestion route Guilin - Guangzhou - Shenzen dan Hong Kong untuk tempoh 11h10m you ollssssss.....Kepada rakan blogger yang pernah ke sana boleh lah yer suggest tempat penginapan yang murah dan selesa.

Pendek je entri kali ni sebab sangat sibuk lately...jumpa lagi yer..Anyeonggg

Thursday, 7 February 2013

Lawatan sambil belajar ke China, KATAnya

Assalamualaikun dan selamat sejahtera kengkawan kesayangan,

Entri ini dikeluarkan sekadar ingin bertanya pendapat rakan pembaca sekalian. Opis JM ada menganjurkan trip ke Guangzhou dan Shenzhen pada bulan April nanti. Lawatan sambil belajar katanya..'rombongan shopping sebenarnya'.

Awal tahun ni belum ada trip mega lagi, cuma trip kecil pada ujung bulan 2 nanti itupun ke negara jiran yang berdekatan je.

Kaki dah rasa gatal-gatal nak berjalan nih...eheheeh
  
Yuexiu Park, Guangzhou
Window Of World, Shenzen
Suggested Itirenary :

Tarikh : 5 April - 9 April 2013 (5H4M)
Harga : RM1,810 termasuk tiket kapal terbang dan Makan (luggage sendiri)

4 April 2013 (Khamis) - Kuala Lumpur
- Berkumpul di Lapangan Terbang LCCT (AirAsia)
- Bertolak ke China

5 April 2013 (Jumaat) - Guangzhou, China
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou
- Terus bertolak ke Shenzen

Shenzhen, China
- Jalan-jalan dan Shopping di Shenzen
- Singgah solat di Masjid
- Makan Malam
- Check in di Changan Hotel

6 April 2013 (Sabtu) - Shenzen, China
- Sarapan pagi di hotel
- Melaat Lotus Mountain Park
- Melawat Kilang Sutera dan Jade
- Makan tengahari dan solat
- Membeli belah di dewan Commercial Luohu
- Makan malam

7 April 2013 (Ahad) - Shenzen, China
- Sarapan di hotel dan terus check out
- Membeli belah di jalan Dongmen
- Makan tengahari dan solat
- Bertolak ke Guangzhou

7 April 2013 (Ahad) - Guangzhou, China
- Melawat Yuexiu Park
- Melawat kubur Saad bin Abi 'Waqas
- Makan malam
- Membeli belah di Beijing Road
- Chek in Duobao Hotel

8 April 2013 (Isnin) - Guangzhou, China
- Sarapan pagi
- Melawat Dr Sun Yat-Sen Memorila Hall
- Makan tengahari
- Solat di Masjid Guang Ta
- Membeli belah di Jln Shangxiajiu
- Makan malam

9 April 2013 (Selasa) - guangzhou, China
- Saparan dan check out
- Membeli belah
- Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou
- Bortolak ke Kuala Lumpur, Malaysia

Apa pendapat you olllsssssss..berbaloi tak kalau JM ikut trip ni...JM masih membuat pertimbangan.. ..rasanya pergi sendiri lagi best, banyak lagi tempat menarik boleh explore..tapi itulah..bak kata JM di awal tadi..ini rombongan shopping kan..

Jumpa lagi..byeee..Anyeonggg... 

Monday, 4 February 2013

Kenangan di Pulau Perhentian

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua!!!!

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower dan semua pembaca yang sudi singgah kat blog aku...aku sangat menghargai kalian. Pertambahan bilangan pembaca memberi suntikan semangat untuk aku terus menulis dan berkongsi pengalaman percutian aku ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia dan juga Luar Negara.

Seperti semua sedia maklum, tujuan utama aku buat blog bukan untuk berkongsi pengalaman, memberi panduan, sebagai rujukan destinasi pilihan sekiranya ingin bercuti ke sana dan juga sebagai rujukan aku sendiri jika aku nak repeat lagi tempat yang pernah aku pergi seperti Hong Kong dan Macau. Kepada kawan-kawan yang belum pernah ke sana..aku cadangkan..masukkan dalam list travel korang..memang berbaloi....Boleh rujuk entri aku berkaitan Hong kong dan Macau yer..

Oh ya...hari ini aku ingin berkongsi pengalaman aku bercuti ke Pulau Perhentian Kecil pulak..sebelum ni Pulau Langkawi kan...siapa yang tak tahu Pulau Perhentian kat mana...eheheh..jangan buat-buat tak tahu yer. Perhentian Island terletak di negeri Terengganu..

NUFFNANG