Thursday, 26 September 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Movie World part1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Adakah anda semua masih setia membaca blog JM ni..kalau yer..mari teruskan pengembaraan JM di bumi Australia....wahhh...ayat heeeeeeeee...tak boleh blah kan..

Okey kawan-kawan hari ketiga JM di Gold Coast, kami akan bersuka ria di salah satu theme park or taman tema yang ada di sini...mana lagi kalau bukan Movie World. Taman tema ni tak ada banyak bezanya dengan taman tema di Everland Korea, USS Singapore, Disneyland dan Ocean Park Hong Kong..setiap taman tema ni mesti ada Roller Coaster. Ada sesiapa yang takut/gayat bila naik roller coaster tu..kalau ada jangan susahkan diri yer..nanti tak pasal-pasal turun je pening. JM pun penakut jugak tapi partner JM ni seorang yang berani, so JM pun tumpang keberanian beliau...ahahah..boleh pulak macam tu kan..ye lah kalau naik sorang-sorang tak best...perlu jerit sama-sama baru hilang stress.

Ok..let's start from here...

Pagi tu selepas solat subuh, JM sediakan dulu saparan..nak tahu JM masak apa pagi ni..nasi goreng sardin..siapa pernah makan...kalau belum pernah boleh cuba...oleh kerana malam tadi ada nasi lebih so recycle je apa yang ada..save budget. Kiranya sepanjang bercuti di Gold Coast ni tak keluarkan duit makan kat luar..semua masak sendiri...belasah je janji perut kenyang.

Menu : Nasi goreng sardin dan sambal ikan bilis Brahims
Oleh kerana masih awal pagi, kami bercadang nak bersantai-santai sekejap di Surfers Paradise Beach sebelum gerak ke Movie World. Kalau nak ke Surfers Pradise ni just 5 min walk from Islander Hotel. Untuk pengetahuan semua, semasa kami di sini, terdapat construction bagi pembinaan Gold Coast Light Rail yang dijangka siap dan beroperasi pada 2014. Lokasi betul-betul di hadapan entrance hotel. Let's me show the picture.

The future transport is coming - Gold Coast Light Rail
 How to get there - Surfers Paradise from Islander Resort Hotel :
1. Keluar sahaja dari entrance hotel tu, jalan menyusuri/bersebelahan Woolworth Mart
2. Jalan je terus ke hadapan sehingga jumpa Surfers Paradise sign seperti gambar di bawah.

Welcome to Surfers Paradise Beach - JM memang fall in love dengan langit yang biru tu
Meh..kita zooming sikit
Hoyee..dah sampai..apa lagi sesi bergambar pun bermula..jalan menyusuri tepi pantai sambil melihat bangunan-bangunan yang tinggi dan terdapat beberapa orang sedang berjogging, ada yang jalan-jalan menghidup udara tepi laut yang segar, ada yang menikmati keindahan laut yang luas terbentang sambil mendengar deruan ombak yang membelah pantai dan ada juga yang sedang surfing. Ia..surfing adalah aktiviti utama di sini kerana lambungan ombak yang cantik dan amat sesuai sekali untuk melakukan aktiviti tersebut. Walaupun matahari memancar tetapi udara nyaman dan sejuk...

Dah sampai...haruslah tinggalkan jejak..yer dop
View sekitar Surfer Paradise
Kami kat sini tak lama just ambil angin je belum merasai pasir pantai yang halus tu...belum ada aksi baring kat atas pasir ni, so next entry JM cerita lagi bekenaan pantai ni eh...Moh ikut JM kita ke Movie World..dan dalam perjalanan ke bus stop tu haruslah bergambar dulu...heeee dasar suka bergambar betul..

View sekitar Ripley's Believe it or not - kami tak masuk pun
Ok..kalau nak ke Movie World perlu naik bas di bus stop berhadapan Apple Park dan bersebelahan Vibe Hotel yer.

Direction to Movie World :
1. Tunggu bas di bus stop berhadapan dengan Apple Park dan bertentangan dengan bangunan Circle on Cavill
2. Naik bus No TX2 - Movie World (kekerapan bus yang tinggi tak perlu risau)
3. Tambang bas : AUD4.11 just touch je Go Card pada mesin ticket
4. Bus akan stop betul-betul di Movie World stop..just jalan kaki beberapa langkah untuk sampai ke entrance Movie World tu

Bus to Movie World - TX2
Laluan bus ke Movie World - Bus No TX2
Nampak tak lokasi Movie World dalam picture kat atas tu...so kenapa kami naik bus no TX2 kerana bus ini akan melalui Surfers Paradise dan kepada sesiapa yang tidak menginap di area ni boleh jugak naik bas TX1 dan TX5. Perjalanan jadi mudah kalau bijak baca laluan bas..tak perlu risau senang je dan kepada sesiapa yang pernah baca route subway di Guangzhou, Shenzhen dan Seoul dan MTR di HK memang tak ada masalah. Alah..kalau festime tengok laluan ni pun mudah faham kan.

Bus stop at Movie World
Info berkenaan Movie World source from Wikipedia

Warner Bros. Movie World (more commonly referred to as Movie World) is a popular movie related theme park on the Gold Coast in Australia. It is owned and operated by Village Roadshow since the take over from Time Warner and is the only movie related park in Australia. It opened on 3 June 1991.

The park contains various movie-themed rides and attractions ranging from motion simulators to roller coasters and slow river rides. In addition, costumed character performers also patrol the park, allowing visitors the chance to take photos with them. These include Batman, Austin Powers, Marilyn Monroe, Scooby Doo, The Mystery Inc. Gang and various Looney Tunes characters. Minor street shows including skits and singing performances are also present. The All-Star Parade showcases costumed characters alongside vehicles and movie-themed floats.

There are a number of active film studios within the Movie World complex. House of Wax, the first Scooby Doo film, the 2003 Peter Pan film, Ghost Ship, The Condemned and Fortress are amongst the many films and television series produced at Warner Roadshow Studios, adjoining Warner Bros. Movie World.

Opening time : 9.30 am - 5.30 pm
Addmission Fee : AUD84.99 Adult, AUD49.99 Child from 3 - 13 years

Lebih kurang jam 10++  pagi kami sampai dan oleh kerana tiket telah di beli online boleh refer SINI  so tak perlu beratur panjang di kaunter, terus sahaja ke entrance, tunjukkan voucher yang telah di cetak, dorang scan bar code terus masuk...pantas!!

Ticket Counter
Movie World entrance
Kalau sampai sini rugi kalau tak bergambar kat depan ni..
Semasa di kaunter check tiket tadi jangan lupa dapatkan 'park map'  dan 'show time' sebagai panduan kat dalam nanti. Masuk sahaja kawasan MW akan nampak Superman Escape terus teringat kepada blogger SuperMeng, pastu sebelah kiri BATWING Spaceshot dan GREEN LANTERN Coaster. Mesti korang tertanya-tanya kan bagaimana nak baik semua ride yang tu kalau penuh di tangan dengan handbag, kamera semua bagai kan..tak perlu risau bersebelahan Green Lantern tu ada locker yang boleh disewa untuk simpan beg dengan kadar bayaran AUD2 for 1 hour. So kami simpan semua beg ke dalam locker sebab nak naik Green Lantern Coaster.

Green Lantern Coaster
The new GREEN LANTERN Coaster is shining a brand new light upon Warner Bros. Movie world. This new coaster gives galaxy sized thrills as you dare to experience the steepest inverted drop in the whole Southern Hemisphere!
 
Perasaan sebelum naik Ride ni rasa berdebar-debar jugak tapi dek kerana rakan JM ni jenis berani, dia beri sikit kata-kata semangat terus JM setuju. So ready...naik je menjerit-jerit apa tak nya berpusing-pusing kepala ke bawah kaki ke atas..tapi akhirnya puas hati..seronok pun ada..kalau anda seorang yang berani..(ahahah..mcm lah JM ni berani sangat)....sila naik..memang best...

Jom ..kita naik Green Lantern Coaster
Next..nak naik Batman Space Shot - yang ni pun best...boleh try

Movie World's high adrenalin ride to compliment Superman Escape and Green Lantern Coaster. Riders pull about the same amount of G's (4.5) as the other two. Only this time it's straight up - then straight down again - real fast. 

Batman Space Shot
Kemudian dari jauh dah nampak ni...Superman Escape..memang thrill giler tapi sayang kami tak naik sebab miscommunication di situ. Kalau blogger SuperMeng yang naik..tak ada hal..ini semua biasa je bagi dia kan heeee....matilah kalau dia baca entry ni

Is a thrilling theatrical roller coaster ride based on being rescued by super hero Superman.You board a train in a Metropolis subway, only to be caught in the middle of an earthquake. As the situation worsens and to the sound of Police cars hissing about in the rubble, Superman suddenly and in the nick of time arrives to push your open carriage up and out to safety - and he's not lying when he says he'll do it REAL fast. 0 to 100km/h in just 2 seconds! What follows is 760 metres of frightening climbs, drops and adrenalin enhancing twists and turns.

Superman Escape yang boleh luruh jantung
Kalau JM stop dulu entri ni dan akan di sambung ke part 2 aci tak...sebab banyak lagi nak di kongsi sebenarnya..kalau tulis dalam 1 entry..mahu 1 jam belum habis baca lagi heeee (itupun kalau baca lah  hikss).....so kita kasi suspend dulu...sebab banyak lagi story menarik dalam part 2 nanti...so perlu tungguuuuuuuuuuu!!!!!

JM nak rehatkan jejari manis ni jap....ahakssssss

Monday, 23 September 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Wyndham Cruises Sightseeing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat dan rakan pembaca semua,


Apa khabar semua kawan-kawan JM di luar sana, semoga sihat semua hendaknya yer..kalau tak sihat nanti dah ada mood nak baca celoteh JM kat blog ni heee....Sehingga hari ini baru JM tahu rupanya ramai betul silent reader blog ni..terima kasih kepada semua, JM amat hargai...dengan ini semakin bersemangat nak kongsi cerita dan pengalaman menjelajah negara orang. Maybe kekerapan nak update blog agak berkurang di samping tugas-tugas harian so sabar ye menunggu entry baru.

Sebelum JM meneruskan story hari ini, salah seorang rakan blogger (Zura Lee) minta iklan kan berkenaan voucher ticket ke Fraser's Hill 2D1N yang beliau beli melalui MyDeal.co.my tetapi tak dapat pergi kerana suami bekerja pada hujung minggu, so terpaksa korban kan voucher ni. Kepada sesiapa yang berhasrat untuk ke sana boleh dapatkan voucher ni daripada Zura, maybe dapat discout coz dari harga RM170.00 beliau bagi harga RM150.00. Jika berminat boleh berhubung melalui blog link kat atas tu. Kalau JM ada partner leh je rembat voucher ni.....tapi dek kerana sorang...so JM bagi peluang kepada kawan-kawan yang lain.

Fraser's Hill Voucher
Details :
- Harga RM150 (weekend rate)
- Puncak Inn Apartment (Studio Suite)
- Valid from Now until 30 November 2013 ( Not Valid for Public Holiday)
- Kepada yang berminat boleh berhubung dengan Zura dan bank-in ke Akaun Maybank : 166 010 243 560 ATAU CIMB : 144 200 739 23 526 (Zuraini binti Ghani)

*JM tolong war-warkan sahaja kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung terus dengan Zura ye


Tuesday, 17 September 2013

AA - 1 Million Free Seat?..R U Sure?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


1 Million Free Seat katanya
Booking Period : 17 Sptember - 22 September 2013
Seperti tajuk di atas, semua orang heboh dalam FB, Blog, Twitter dan segala macam media sosial berkenaan dengan Air Asia akan offer free seat kepada 1 juta penumpang...Ada sesiapa yang tahu berkenaan sale yang di tawarkan ni. Adakah ini bermakna harga tiket adalah RM0 fare dan hanya perlu bayar TAX dan FUEL Surcharge sahaja. Kalau betul seperti di maksudkan, kenapa seawal jam 7.00 pagi 17 September 2013 tiada lagi harga yang di tawarkan..adakah seramai sejuta orang telah berjaya mendapatkan harga seat RM0 tu dari jam 12.00 pagi sehingga 7.00 pagi...adakah ini propa semata-mata...ahahahah  nada macam frust jer kan. Please correct me if i'm wrong.

Haip!..jangan marah-marah dulu...bukan propa..memang betul boleh dapat RM0 fare tu tapi perlu cepat dan kalau lelambat mana nak cari lagi. Kalau nak naik domestic flight memang masih banyak lagi seperti ke Alor Setar, Langkawi, Sandakan, Sabah (I's means negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak) TETAPI kalau berangan untuk ke ober sea like Hong Kong, Macau, Thailand, Bangkok, Australia, Korea, Indonesia dan negara-negara yang seangkatan dengan nya agak susah untuk mendapatkan harga seperti yang di harapkan.

JM pun tidak lepaskan peluang untuk intai-intai harga tiket tu...akhirnya berjaya untuk mendapatkan 1 tiket pada bulan Feb 2014. Percutian kali ini JM akan ke Thailand, kalau di tanya which part of Thailand...biarlah rahsia dahulu heeeee...saja je kan. ke ada sesiapa yang boleh guess....

Antara lowest fare to Thailand
Korang perasan atau tidak, ke JM sorang je yang perasan jika beli tiket dan bayar menggunakan Debit Langsung, perlu bayar pemprosesan Fee : RM4.10

Perlu bayar Pemprosesan Fee
So, kawan-kawan kesayangan JM sekalian, korang dapat tiket ke mana untuk tahun depan?

Sekian laporan hari ni...jumpa lagi hikssss

Friday, 13 September 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Currumbin Wildlife Sanctuary

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Moh ikut JM kita bergurau senda dengan kanggaroo"

Sebelum JM meneruskan celoteh kat sini, JM memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas nikmat kesihatan yang baik sehingga sekarang dan juga mempunyai rakan-rakan travel dan blogger yang baik-baik hati..terharunya....Terdapat beberapa rakan pembaca telah inform mereka dah terima ole-ole dari JM tu..alhamduillah...ole-ole yang tidak seberapa nilainya..yang penting niat JM ikhlas...kalau ada rezeki lebih..In Shaa Allah kalau JM berpeluang jenjalan ke obersea lagi..leh la JM kirim ole-ole yang lain pulak.

Meh ikut JM sambung cerita...sebelum tu sediakan kopi ke, milo or nescafe panas coz entry ni agak panjang....nanti bosan nak baca :-)

Oh yer..terlupa pulak JM nak kongsi sedikit info berkenaan dengan tempat penginapan di Islander Resort Hotel ni. Entry lengkap berkenaan hotel ni boleh di capai di label sebelah kanan blog. Kedudukan hotel ini amat strategik sekali kerana berdekatan dengan Woolworth, Hard Rock Cafe Surfers Paradise, kedai - kedai souviners dan just a few minutes walk to Surfers Paradise. Kiranya keluar sahaja dari entrance hotel tu akan nampak semua bangunan yang JM nyatakan di atas tadi. So memang highly recommend hotel ni tapi kalau rasa nak menginap hotel lain, banyak lagi hotel di area Surfers ni.

Tuesday, 10 September 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Brisbane

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Brisbane: perlu ke nak ke sana?"

Terlebih dahulu JM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada follower-follower baru blog ni, sudilah kiranya baca dan komen apa yang patut ye and keep on reading.

Okey berbalik kepada tajuk, hari ni kami akan ke Brisbane. Mesti ramai akan tertanya-tanya..apa yang best kat Brisbane tu, cam tak berapa glamour je nama tempat tu, perlu ke nak ke sana?...okey semua persoalan tu akan terjawab kiranya baca entry ni sampai habis ye. Entry ni agak panjang, kalau rasa bosan nak baca scroll down cepat-cepat tengok gambar je heeee.

Brisbane Map
Story Bridge and Brisbane City
Brisbane adalah sebuah ibu negeri Queensland yang mempunyai penduduk kira-kira 2 juta orang dan menjadikannya bandar ketiga terbesar di Australia.

Monday, 9 September 2013

Avatar at HUNAN, China?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan pembaca kesayangan semua,
(Woow...tgk tu JM syg korang semua tau heee)


Story perjalanan ke Gold Coast baru bemula tapi JM rasa nak publish entri ni dulu coz dah lama berada dalam draft. Sambungan citer ke Gold Coast tu nanti JM sambung bila ada kelapangan...sabar yek.

"AVATAR? Hunan? kenapa Avatar begitu sinonim dengan Hunan, China"

Hunan Country, China
Hunan, China...pertama kali JM dengar nama tempat ni selepas di suarakan oleh salah seorang rakan blogger JM iaitu CIKU (taggadominociku) . Selepas itu gigih JM google carik info berkenaan tempat ni.

Friday, 6 September 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Arrival

Assamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Journey to Gold Coast is START from here"

Sesi memasukkan souviner ke dalam sampul bagi semua pembaca blog JM yang telah emailkan alamat sudah selesai dan telah di hantar kepada pak posmen. Terima kasih kepada semua termasuk silent reader yang sudi menghantar alamat, sebenarnya niat di hati JM adalah untuk merai para pembaca kerana sudi singgah dan baca blog ni. Niat JM ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Mungkin ole2 yang di kirim kecil nilainya, so JM harap semua dapat menerimanya ye. Kepada yang belum mengirim alamat....masih di alu-alukan.

Mari baca kisah perjalanan JM ke Gold Coast.

Selepas setahun penantian akhirnya hari yang di tunggu telah tiba. Semua sedia maklum bahawa JM telah melancong ke Gold Coast dan Sydney mulai 23/08/2013 sehingga 01/09/2013 bagi tempoh 9 hari 8 malam dan semua persiapan berkaitan telah di rancang dengan teliti sekali agar tiada masalah semasa di sana nanti. Semua persiapan boleh di rujuk di blogroll sebelah kanan. Alhamdulillah sepanjang berada di sana semua berjalalan lancar seperti di rancang.

Moh ikut JM kita mengembara di bumi kanggaroo. Maybe story percutian kali ini seperti entri ke China dulu di mana ia mengambil masa hampir 3 bulan untuk lengkapkan semua kisah perjalanan di sana, kemungkinan bulan disember baru selesai. Ye ke?..lamanya..mesti bosan kan..tapi tak pe JM akan cuba siapkan secepat mungkin dan itupun bergantung kepada masa dan keadaan.

Wahh..panjang nya..itu baru intro..sudilah baca penerangan yang panjang lebar ni ye

Tiket penerbangan ke Gold Coast telah di beli pada 20 Sept 2012, cuba korang kira berapa lama tiket ni di beli dan alhamdulillah JM masih sihat dan berpeluang menjejak kan kaki ke sana pada tarikh 23/08/2013.

Detail Flight :
Flight Number : D7206 (Economy Promo)
Departing : Kuala Lumpur (LCC Terminnal), Friday 23 Ogos 2013, 9.25 PM
Arrival : Gold Coast (OOL) Goolongatta Airport, Saturday 24 Ogos 2013 (7.25 AM)
Ticket Price : RM299 include Airport Tax n Fuel Surcharge (one way)

Seperti biasa 2 jam sebelum check in di kaunter Air Asia untuk drop luggage dan dapatkan boarding pass kami dah sampai di airport dan seperti biasa juga trip kali ini JM berdua sahaja dengan travelmate JM, siapa lagi kalau bukan Mrs E. Kepada yang belum kenal nanti JM show her picture ok.

Oleh kerana kami sampai di airport lebih kurang jam 7.00 malam, terus pergi timbang luggage bagi memastikan tak exceed limit kerana berat luggage masing-masing adalah 15 kg. Baru-baru ni JM dapat info dari blog Azra, no more luggage in 15kg, so perlu pandai-pandai adjust nanti. Bila sebut berkenaan berat luggage ni terdapat kisah sedih dan gembira di sebaliknya semasa nak check in di kaunter airport Gold Coast dan Sydney. Apa yang berlaku pada waktu itu, JM akan cerita apabila tiba entri berkaitan nanti....biar suspend dulu.

Kemudian kami terus ke kaunter kerana apa di lihat pada notice board, status check in OPEN dan rupanya kami orang pertama yang ada di kaunter jadi tak perlu beratur panjang. Semua urusan check in berjalan lancar, pergi isi perut dulu pastu baru boarding. Oleh kerana tak ada orang lain, sempat snap gambar ni.

Ready to Check in
Urusan imigresen dan kastam juga berjalan lancar kerana untuk trip kali ini, bekalan makanan yang JM bawa hanya lah :

Thursday, 5 September 2013

Ready to POST

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

JM harap kawan-kawan semua sihat-sihat hendaknya ya. Susulan daripada entri yang lalu, selepas di kumpul semua alamat kawan-kawan dan rakan blogger rupanya ramai jugak pembaca blog JM ni hampir 30 keping surat dan itu belum lagi termasuk rakan-rakan blogger yang belum hantar alamat seperti Janggel, Orga, Cho Zila, Cik Da, SR, Dila Bangi, Hadrawillin, Hulubalang, Hang Dhamin, Linda Yusof, Intan Lavender, PM, Zura Lee, DJ, Maya Dhira, Zara AB, Beb, Irfa, Cik Viva, GB, Ako, Zette, Azra, Liza, Ayu Fatarina, ASP, Norh, Liza Razak, Blog Malas, Time Traveller Girl, Kak Kiah, Myra Elmyra, Supermeng, Diana Teo dan ramai lagi lah.

Maybe dorang tak baca entry yang lepas tapi tak per kepada yang tidak mendapat FM dari Aussie, JM akan poskan FM dari next destination ye. Ke mana tu...tunggu heeeee.

Kepada mereka yang telah membaca entri lepas, sudi-sudi bagi alamat jer ..kalau tak nak pun tak pe. Ini adalah tanda ingatan tulus ikhlas kepada semua pembaca blog JM yang budiman itu dan tanpa kalian blog ini tidak berseri..chee wahhh...ayatttttttt heeeee. Nilainya tidak lah seberapa tapi yang penting keikhlasan.

Semua alamat akan dirahsiakan dan tidak akan digunakan untuk tujuan yang lain atau di siarkan di mana-mana dada akhbar. I will keep this information confidentially.

Bila di kira almost 30 pieces
Tunggu yer..maybe next week sampai lah kat rumah dan opis kalian tu.

Tuesday, 3 September 2013

JM in the HOUSE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Ole-ole untuk pembaca setia blog JM"

Hari ini JM baru mula bekerja selepas 9hari bercuti ke Gold Coast dan Sydney Australia. Mood bercuti masih terasa tetapi rutin harian perlu di teruskan. Sebelum JM update full story holiday di Aussie, terlebih dahulu JM ingin menghadiahkan ole-ole dari Aussie kepada semua rakan pembaca setia blog JM. 

Nak tahu tahu berapa banyak ole-ole yang JM Beli..cer tengok beg kat bawah.

Nak tahu apa yang ada dalam beg ni?
Taraaaaaaaaaaaa

Yeahh...penuh dengan souviner dan ole-oleh untuk kawan-kawan semua
JM mohon sangat-sangat kepada semua rakan-rakan blogger dan pembaca, emailkan alamat serta nama pena (tidak perlu nama sebenar) untuk membolehkan JM menghantar ole-oleh ni ye. Oleh kerana ramai pembaca setia, so tak perlu JM senaraikan di sini. Jangan malu-malu, cecepat emailkan sahaja kepada jarimanis4ever@gmail.com

Maybe ole-ole tidak semengah nilainya tetapi ia adalah tanda ingatan dan penghargaan dari JM buat semua.
Alamat korang akan JM rahsiakan dan tidak akan di gunakan untuk tujuan lain.

JM setia menunggu :-)

Sunday, 1 September 2013

Teaser lagi : Queen Victoria Building


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua,

Sekarang  jam 12.30pm  dan cuaca dingin sekali, JM berada di Queen Victoria Building (QVB). Oleh kerana terdapat kemudahan Wifi Free..apa lagi JM ambil kesempatan untuk update blog :-) sebelum sambung jalan-jalan sekitar city.

Siapa berani shopping kat sini JM cuci mata sambil guna melihat kecantikan architechure nya.


Architechure in Queen Victoria Building (QVB)
JM senyum sorang-sorang lepas baca komen kawan-kawan dan JM akan reply lepas balik nanti. Enjoy sangat kat sini sampai tak ingat nak balik katanya. Kepada yg belum sampai Sydney dan akan datang ke sini dalam beberapa hari lagi, JM syorkan korang mesti datang..memang best.

Jam 5.00 petang nanti peru gerak ke airport coz flight jam 9.25 malam, ohhh tidak tak nak balik nak migrate ke sini boleh heee.

Jumpa lagi

NUFFNANG